Sunday, February 07, 2010

HATI-HATI PAS JANGAN SAMPAI RAKYAT MELUAT KEPADA KITA

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!

40 comments:

BELAJAR BLOG said...

Saudara, blog ni untuk ditulis dengan tenang dan rasional. Kalau tengah marah tengah melenting, jangan tulis. Ketika manusia marah, nafsu dan syaitan lebih mengawalnya daripada aqal dan iman. Biarpun kita beralasan marahnya kita ni adalah kerana mempertahankan Islam, namun terkadang kita tak sedar syaitan juga boleh kuasai kita dalam keadaan kita menyangka ia untuk Islam...

Wa 'asa an takrahu syai'an fa huwa khairullakum

BELAJAR BLOG said...

Saudara, blog ni untuk ditulis dengan tenang dan rasional. Kalau tengah marah tengah melenting, jangan tulis. Ketika manusia marah, nafsu dan syaitan lebih mengawalnya daripada aqal dan iman. Biarpun kita beralasan marahnya kita ni adalah kerana mempertahankan Islam, namun terkadang kita tak sedar syaitan juga boleh kuasai kita dalam keadaan kita menyangka ia untuk Islam...

Wa 'asa an takrahu syai'an fa huwa khairullakum

MS said...

Salam.
jika peguam menang bicara,
atau perdana menteri yang berkuasa,
sejarahnya bermula dari seorang
guru biasa

ayuh

kita kembali
pada guru biasa kita!

Anonymous said...

kepada peguampas yang selalu kalah kes kat court,
ahli PAS juga adalah sebahagian rakyat Malaysia. dan kebanyakannya meluat dgn anda.
anda bercakap mengunakan akal bodoh anda bukan pakai Al-Quran.
Mursyidul Am dan TG Presiden bercakap berdasarkan ilmu dan maunah mereka bukan kepala lutut anda.
belajarlah untuk berjamaah dan berakhlak/beradab dgn akhlak/adab jamaah.

dulu dengar2 anda ugut presiden nak letak jawatan...kenapa sampai sekarang tak letak jawatan????

Tuk Ketuo said...

Memang den sebagai salah sorang pengudi PAS dah meluat dongan gelagak PAS nih, maunah konon, oiii rakyat memerhati la kito tengok sapo bodoh sapo cerdik PRU13 nanti.Dah la kito percayo parti ni buleh bagi perubahan tapi akhirnyo hampeh jugak...

Anonymous said...

sebenarnya rakyat kebanyakannya dah meluat dengan Pakatan Rakyat. bukannya tahu memerintah, begaduh sesama sendiri ja pandai. pastu dedahkan aib orang.
kalau sdr hanipa, kalid samad, dr zul dan yang seangkatan dgnnya betanding skali lagi kat selangor, ada harapan hilang wang pertaruhan.
kalau kalah nnti, jgn salahkan dato pj plakk.

jab sp said...

Salah satu blog yang pasti saya layari selain daripada "blog peguampas" walaupun catatannya kadang kadang bersifat batu api dan ditulis berdasar marah dan dendam peribadi ialah Tinta Merah MSO.Untuk kali pertama saya setuju dengan catatannya bahawa pemimpin PAS ,sejak mutakhir ini mengundang masaalah tanpa diundang.Sewaktu ahli diminta jauhi maklumat media perdana,pemimpin pula terhegeh hegeh melayan akhbar ini.Bila putar belit kenyataan dilakukan,barulah kelam kabut membuat komen bahawa akhbar tidak melapur perkara sebenar.MSO kata,jangan layan adalah lebih baik daripada melayan kemudian kelam kabut cuba memperbetulkan.
Begitu juga dengan "peguampas" yang mencatatkan perkara yang betul.Hasilnya lihatlah antara komen yang telah diterima,mengutuk kerana mungkin terlalu wala' hingga tengelam dalam pemikiran mereka pemimpin kita maksum sebagaimana junjungan SAW.
Amat kerap dikatakan bahawa PR diundi bukan kerana orang suka PR,tetapi kerana orang dah meluat pada UMNO-BN.Jika ungkapan ini dipandang remeh terutama olih mereka yang wala' membuta tuli,akan jatuhlah kita bersama pemimpin yang terlalu diwala'.
Akan bertelagahlah kita sepanjang masa demi wala yang sepatutnya betempat dan ada masa ketika.

Anonymous said...

jab sp - kalo tak tahu makna wala' toksah cakap, wat malu org kampung.

kalo dulu org meluat BN/UMNO, sekarang org dah meluat Pakatan Rakyat...baru 2 tahun perintah mcm2 peristiwa belaku. dan yg kelakonya bila nak tutup kelemahan sendiri, main tuduh semua tu puncanya umno.
mika ingat rakyat semua buto ko?

harap2, mursyidul am dan presiden pas dapat perbetulkan balik keyakinan "rakyat" - bukan keyakina cina dan india saja.

Unknown said...

aku dah lama meluat dengan hang dan PAS. dua2 suka sebar cerita tak betoi. tapi bila kena batang hidung sendiri tak nak mengaku.

Executive Director said...

Alhamdulillah, seorang lagi pemimpin yang sayang PAS bersuara. Rasanya yang penting sekarang mencari penyelesaian. Jalan sebenarnya masih terbuka luas. Usahakan segera supaya semua boleh duduk bersama. Kalau dengan Umno yang kita berseteru tok nenek boleh ditawar untuk berbincang apa hal sama-sama kita tak boleh!!!. Tolonglah... buatlah sesuatu supaya kita dilihat ada conflict resolution mechanism yang tuntas. - abdi PAS

Unknown said...

SDR HANIFA

saya amat berterimakasih dengan tuan kerana meluahkan perasaan kami ahli PAS bawahan yg tidak ada saluran terus dengan pimpinan.

alangkah baiknya jika ramai ajk pusat spt tuan.

saya percaya komen yg negative terhadap tuan datangnya dr ahli yg syok sendiri,cuma duduk atau berkawan dgn golongan sepermikiran dan wala membabi buta spt KP pusat sekarang.mereka ini syok sendiri dengan program dalaman atau berbentuk pas sahaja,walhal kami ini berinteraksi dengan semua rakyat.

walaupun begitu kami ahli pas akan terus bersama PAS inshallah selagi PAS terus dengan agenda menegakkan syiar islam di malaysia ini.

thanks again bro.

Unknown said...

Saya, sebagai seorang ahli PAS selama hidup mengeloh melihat bertapa senang dan kerap Pemimpin Parti menunjukkan kebodohan politik mereka. Tapi apa nak buat - kebanyakkan ustaz2 ni banyak ilmu islam tapi tak boleh pakai dalam hal lain - walau pun nampak bersungguh sungguh berlagak macam mengerti.

Amri Yunos said...

Salam Tuan,

Saya tidak meluat kepada PAS mau pun UMNO. Yang saya meluat ialah suasana keruh hari ini di kalangan orang Melayu.

Saya meluat dengan gelagat sanak saudara saya yang sering menimbulkan suasana kurang selesa khususnya semasa perjumpaan keluarga tak kira semasa menandang biasa, majlis tahlil mahu pun kenduri kendara.

Kelompok yang merasakan mereka mempunyai monopoli moral di dalam keluarga sering dengan lantang menimbulkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan majlis mencetuskan susana kurang selesa ramai. Ke mana perginya rasa hemah serta peka terhadap perasaan lain khususnya tuan rumah?

Saya sendiri sudah lama tidak lagi membuat sebarang majlis kekeluargaan di rumah sendiri kerana ia tidak pernah bebas dari suasana sedemikian.

Kalau tuan betul ikhlas dengan perjuangan saya katakan biarlah orang meluat dengan parti asalkan terhakisnya perasaan meluat yang timbul akibat suasana keruh yang wujud hari ini.

Apakah benar tuan tidak mahu RAKYAT meluat kepada parti tuan?

Amri

Anonymous said...

aku pun boleh kata ahli PAS seumur hidup.
aku lagi banyak berinteraksi dgn org ramai, masyarkat awam, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dsbnya.

yg ramai org bawah nampak, spesis mcm peguampas ni lah yg membuatkan org makin meluat dgn PAS...mungkin dlm PAS ni semua ahli dia PRESIDEN kot???

sebusuk-busuk umno, tak ada pimpinan dia menyanggah pandangan presiden dia secara TERBUKA mcm mamat perasan sorang ni.

Quantum Metal Consultant said...

Jangan libatkan 'rakyat' sebab setakat ini, di PRU12, PAS dan sekutunya menang mengejut di beberapa kawasan kerana 'rakyat' memang nak ajar UMNO dan BN - bukan sebab sayang sangat dengan PAS.

Lebih penting, PAS jaga hati ahli dan penyokong setianya.

Bekerjasama untuk kebaikan dan kemudiannya memang betul membawa kebaikan memang boleh bukan sahaja dengan UMNO tetapi juga dengan parti atau pihak lain.

Apakah bekerjsama dalam pakatan pembangkang selama dan setakat ini membawa kebaikan?

Dan kena ingat ukuran 'kebaikan' adalah untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri.

Sebelum menuduh puak lain tidak bagus, cermin dulu diri sendiri?

ag said...

anon 6.16pm

sah anda dumbno.

of course dlm umno tidak bole kritik presiden atau pimimpin mereka,apa dia org nak melantak nanti.

persoalan kami ahli PAS bawahan inilah jgn pemimpin PAS jadi macam dumbno.

saya amat setuju dgn sdr hanifa,u r our true leader.

psychedelicmundo said...

Betul saya juga setuju dengan saudara hanipa.mengapa perlu diulang2 soal nak berbincang nak berdialog ini.sekarang bukan masanya.Sepatutnya sekarang lebih kan kerja.tumpukan pada kwasan masing2.Buat checklist apa lagi yang manifesto PRU 12 yg masih belum terlaksana.nak berdialog apa semua ini hanya akan mengundang padah.Nampak PAS tak konsisten.Flip flop.Nak berdebat ok.biar rakyat tahu hujah siapa kuat.tapi kalau nak berdialog ap semua,UMNO akan gunakan peluang ini untuk menarik simpati rakyat.percayalah

Unknown said...

No lah...TGNA is a shrewd politician sebenarnya. Dia nak mendekati wang royalti tu. Jadi perlu maintain direct contact with federal or at least present himself to be a trouble-maker klu state gov't kene bypass. Macam blackmail federal lah ni. I will make you look bad klu u tak involve dgn kami. As simple as that. Kelantan first.

Katon Tin Ton said...

join PAS reform sudah

awat said...

Anon 4:49PM
Kenapalah kamu bangang sangat.Kamu ka tak faham atau JAP SP yang tak paham perkataan wala'.Yang kamu paham waluk kot.
Jenis manusia yang takut guna nama walaupun nickname memang jenis manusia yang bukan taraf manusia.Jadi bila dah taraf "binxxxxg" tentu dia buat ikut apa saja yang dia fikir saja waktu tu walaupun benda tu sebenarnya dia tak perlu buat ,umpama macam kamu.Mabok kah?

Spy Melayu said...

TGNA komen lain dan disiar lain. Tetapi yang TGHA pula pi tambah lebih-lebih kenapa? Memang meluat pun dengan sikap pimpinan PAS yang tak habis-habis dengan UMNO. Suruh ahli-ahli UMNO masuk PAS aje lagi senang. Buat kerja jangan sampai sesama kita yang bercerai berai.

Memang TGHA dah kena rehat supaya pimpinan baru ambil alih. Nampak sangat lesu dan penat kepimpinannya. Datang muzakarah kat Shah Alam pun setengah jam. Ahli menunggu daripada jam 8.30pm. Dia sampai jam 11.30pm. Aduhhhh.....

Yang dok sibuk tentang wala' tuuu suruh dai terjun laut dengan wala'-wala'nya ......

speaker parlimen said...

Tuan,
Nampaknya Tuan begitu marah dengan sesiapa saja di kalangan pemimpin parti Tuan, Parti PAS yang membayangkan keinginan untuk berbincang dengan UMNO sama ada dalam idea kerajaan perpaduan atau muzakarah secara umum. Tidakkah Tuan berfikir bahawa sikap seperti ini sebenarnya tidak membayangkan peribadi seorang pejuang Muslimin yang jujur tetapi sebaliknya Tuan adalah seorang yang dikuasai emosi kepartian dan kekumpulan yang terlalu tebal? Apakah salah sangat orang PAS duduk semeja dengan orang UMNO untuk membincangkan kepentingan negara? Sikap angkuh yang terlalu tebal seperti inilah yang boleh memporak-perandakan masyarakat. Sebagai seorang pemilih, kalau pun saya orang PAS saya tidak akan memilih orang seperti Tuan kerana saya pun meluat.

aljo said...

Jangan marah pada peguam ni, kerana dia melihat dari sudut apa yang rakyat lihat. Bukan dari sudut apa yang pemimpin atau penyokong kuat PAS lihat.

Rakyat tak pernah peduli siapa yang memerintah Malaysia terutamanya Melayu yang tak pernah ada kesedaran politik. Jika para pemimpin PAS masih dibuai angan-angan dan syok sendiri maka jadilah ia umpama KATAK DALAM GELAS. Boleh nampak masalah tapi tak boleh nak keluar dari gelas.

Tentang emosi, kita harus terima bahawa setiap insan dianugerahkan EQ dan IQ. Jadi kita gunakanlah sebaik-baiknya apa yang telah dianugerahkan Allah.

Untuk pemimpin dan penyokong tegar PAS yang masih duduk di dalam gelas tu, diharap dapat keluar dari gelas tersebut.

Unknown said...

algo

kami ahli pas pun setuju dgn sdr hanifa,masalahnya segelintir ahli dan pemimpin pas yg berkuasa tidak menghiraukan apa yg berlaku di bawah ini.,jadi kami perlukan pemimpin spt hanifa dan khalis untuk bersuara.

memang ada pemimpin lain yg tidak setju dgn geng UG/perpadauang tetapi mereka tidak lantang bersuara,tak taula apa sebabnya

Elbaritii said...

Apakah hujah yang dirujuk daripada nas ketika kita menyertai Pakatan?

Apakah hujah itu tidak langsung boleh digunakan untuk parti2 lain?

Umno menolak Islam, betul. DAP bukan setakat menolak, kena langkah mayat Karpal Singh dulu.

Atau kita menyertai Pakatan atas hujah politik yang langsung tiada kaitan dengan Nas?

RuslyIsLam said...

Aku jugak meluat dgn hanipa, yg terpengaruh dgn anasir2 luar sgi sumber maklumat..
apa yg salahnya keputusan jwtnkuasa disiplin?kalu nmpk salah tegur la scr berhemah datuk tuan ibrahim..bukan guna blog bodoh mcm ni..perangai tak serupa pimpinan..
yg pergi percaya sgt mainan media wtpe?..
salah kah bermuzakarah??bukan sampai nak masuk UMNO pun.perkukuhkan pakatan bukannya penghalang kita bermuzakarah dgn UMNO. tegur pemerintah scr baik dan bijak..

Bajukumbang said...

sabar la saudara ku hanipa..biasa la tu, dlm PAS ni mmg pantang tegur menegur, pasti ada ahli yang kononya 'berjihad' mempertahankan pemimpin mereka.

satu soalan: PAS menang siapa yang undi? Ahli Pas yang undi atau rakyat yang undi. Kalau rakyat yang undi, cubalah memahami kehendak rakyat. tak payahlah bercakap soal wala' dan adab berjemaah dgn rakyat biasa. yang mereka tahu kalau pemimpin tu bagus mereka undi.

bagus kalau pengomen2 kat atas wala' pd pemimpin, tapi jgn fikir rakyat biasa yg bukan ahli pun kena wala' pd pemimpin.

sekian.

syed putra ahmad said...

saya tidak mahu komen tentang isu prosedur, mekanisme atau proses dalaman pas kerana tidak tahu tentangnya. barangkali penulis lebih tahu kerana beliau ajk pas pusat.

namun begitu, entri beliau ini ada benarnya. pas kini terlalu banyak menghabiskan masa 'bertelagah' atau 'berpolemik' tentang isu-isu yang remeh dan 'dicipta' oleh orang lain, terutama akhbar.

adalah lebih baik dan tepat - sekiranyanya pas benar-benar serius dan melihat dirinya sebagai sebuah parti yang layak dan mampu dipertanggungjwabkan dengan tugas memimpin negara - jika ia memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar (real issues) yang akan menentukan masa depan dan hala tuju negara, sekali gus rakyat sendiri.

janganlah turun ke darjat artis-artis kita yang mengisi ruang awam dengan kisah-kisah 'keanak-anakan' mereka - rumah tangga mereka, cerai-berai mereka, kes mahkamah mereka, percintaan mereka. memang meloyakan.

saya percaya, islam, rakyat dan negara ini berhak mendapat yang lebih baik daripada semua itu.

bat8 said...

Sdra hanipa

Saya juga meluat bebebo dengan tingkah laku pemimpin PAS terutama yang masih berjuang untuk UG.

Senang je cerita - PAS terlalu besar berbanding dengan pemimpin-pemimpinnya. Sejarah PAS, ada presiden PS satu masa tetapi diakhir hayatnya masuk UMNO. Ada setiausaha Agung PAS satu masa dulu merangkap strategis parti telah tinggalkan PAS dan masuk UMNO. Pun begitu, PAS tetap utuh tetapi pemimpin-pemimpin PAS yang joined UMNO tak kemana juga.

Jadi, mengambil iktibar dari sejarah, saya sarankan bahawa mana-mana pemimpin PAS termasuk pucuk pimpinan tertinggi yang merasakan bekerjasama dengan UMNo itu lebih baik - eloklah mengikut jejak langkah pemimpin terdahulu masuk UMNO.

PAS lebih besar dari mereka semua. PAS tidak akan ranap jika mereka ini masuk UMNO. Sebenarnya, mereka mungkin dapat membantu UMNO dengan lebih baik jikaa menyertainya - itu pun kalau pemimpin UMNO nak bagi peluang mereka menyumbang bakti kepada UMNO. Else, jadilah kain buruk ditepi dinding je la


bat8

Unknown said...

Takdelah susah sangat nak sebut perkata "meluat" atau "bodoh" kepada pimpinan.

Juga takdelah susah sangat nak memperlekeh "wala' & "thiqah" kepada pimpinan.

Dalam hidup ada pasang dan ada surutnya. Ingatlah dalam dunia ni bukan kita seorang saja yang pandai dan hebat.

Hari ni hari kita, esok belum tahu..ingat hanipa!!

macamoranggila said...

Mohon bertenang, komen atau pesan memesan dengan kebenaran dan kesabarabn.

Saya adalah tukang kempen bawahan yang jalan dari rumah ke rumah. Apa kah saya hanya perlu menuju kerumah PR sahaja untuk mendapatkan undi? saya terpaksa kerumah Umno/BN untuk menambahkan undi bagi PR. Ceramah mereka tak pergi.Inilah cara terbaik bagi saya untuk menjelaskan kpd mereka. Saya berbincang dgn mereka, mak Bapak tak ikut tak apa, mungkin anak atau menantu dapat hidayah. Dan Saya yakin walaupun semua tak ikut, Insya'Allah ada ganjaran pahala dakwah disitu.

AFP RESOURCES said...

Dear Y.B. Khalid Samad,

I congtratulate you on your consistency and dedication to the public office you hold, as people's rep for Shah Alam and as a dedicated member of PAS.
Too many politicians after They have gain positions in public or party loose their sense of direction and purpose, because suddenly for many politicians keeping the status quo is paramount to protecting their hard-gained positions.
You serve a Multi-Racial, Multi-cultural and Multi-Religious Consitutency in Shah Alam, as a PAS politician that has helped many non-Muslims get a better perspective of Islam through you words and action. I hope the PAS that won the elections in so many seats do not forget why we supported them.
Now, just the thought that PAS seek to collaborate with UMNO for Malay Unity sickens us. I believed that as long as people of any religious faith practice the true teachings of their faith - there is hope. GOD is OMNIPOTENT, GOD is UNIVERSAL. Man needs human institutions to practice their faith. I believe after 8 March 2008 that we should try to give PAS the opportunity to practice real democracy based on the Teachings of Islam, I thought that for PAS members, their consience should always be guided by "FEAR OF GOD". Many leaders in OMNO have lost their fear of God a long time ago. And for PAS to publicly announce that they want to 'talk' to UMNO abot Malay unity is very disappointing to me and many Malaysians of all faiths, and I believe among true believers of Islam.
YB KHALID, OUR PRAYERS ARE WITH YOU AND FOR PAS. Be firm in your convictions, we will back your ALL THE WAY. I am ready to organise mass suppport for you in Shah Alam, we will use the most modern and traditional methods to publicise any wrong doing of any political party in Shah Alam, including PAS leaders who try to hinder the political career of our Shah Alam MP. MAY ALLAH CONTINUE TO INSPIRE YOU AND ALL TRUE BELIEVERS OF ALLAH.

osh said...

saudara, saya nak tanya saudara. salah ke manusia duduk bersama, berbincang? 'rakyat' yang saudara maksudkan tu, rakyat jenis yang macam mana? jangan golongkan rakyat dalam satu kategori saja, please.

or adakah saudara ini ahli freemason? yang cuba memecahbelahkan umat Islam?

sharifah said...

hangpa dok komen sokong maidin ni semua ikut emosi saja.

la ni org kat kapong semua meluat sikit2 umno ngan pas dok balah.

kalu ikut maidin ni cakap silap 2 kubu kuat pas kat kedah , kelantan jatuh... tapi pas boleh menang kat beberapa kerusi yang demografi kaum dia seimbang... tempat2 yang demografi kaum seimbang yang pas menang disebabkan rakyat (bukan ahli2 pas)

tapi kat kubu pas ... pas menang disebabkan raminya ahli2 pas tegar.
sbg contoh kawasan pendang ... pas sentiasa menang walaupun dgn majoriti sikit... sebab ahli2 pas kat situ mmg penyokong tegar.


so pilih la baik2 ....sama ada nak menang kat kubu sendiri...atau kita sanggup kubu sendiri ditawan umno semata2 nak puaskan sebilangan kecil penyokong2 pas.

aja49 said...

I am not siding any side. From what I see and observe in the past, UMNO would try its best to come up with something up their sleeves to create a magical solution with any party when UMNO is actually desperate to save its already tainted image. In times of comfort and secure stage UMNO never want to discuss with any party for the sake of improving the well being of the people.

It is strong in UMNO the "Not Feeling Guilty Syndrome" which makes UMNO politicians do things the way they like even if it's not in accordance with the law. Do not forget the Oil Royalty issue for which Kelantan and Terengganu are lawfully and rightfully entitled to.

Don't we see them having the hypocritical syndrome as well?

Stalker said...

Saya sekeluarga pernah bekerja untuk kempen pilihan raya tuan di Batu Pahat. Kalau2 la tuan ada hajat hendak singgah ke Batu Pahat lagi, boleh kita berjumpa, sy ingin memberikan tuan BORANG KEAHLIAN PKR, DAP pun boleh kot. Sah yang tu dua tak de ape2 kaitan la dgn UMNO, berbincang dgn UMNO lagi la mustahil, lembaga disiplin pun tak "sepening" lembaga disiplin PAS. PKR dan DAP tak de salah nye kan pada pandangan tuan serta rakan2 seangkatan? dalam erti kata lain, berbincang dgn LGE lebih senang dari TGHH @ DS Najib, betul? So tak perlu lah kot ade nak PAS Reform. Reform2 ni semua serah la pada PKR, ikot betul2 mereka, biar kan sahaja orang2 yang "memeningkan" tuan tinggal dalam PAS. After all, bukan TGHH yang akan jd PM, tapi Anwar yang akan jadi PM pada 16hb September tahun .... Jap... Tahun bila tu yea? Yang tu lebih confusing dari isu muzakarah ke hape ni. Semua dah lupa ke? Atau buat bodoh? Atau mmg sedia bodoh sampai sekarang?

Siberangan said...

Pada saya, bahan bacaan Peguampas ni, bagi wrning pada ahli PAS saja atau rakyat umum?. Jika kapada ahli PAS saja, oky. Jika kapada rakyat menyeluruh, tak kena.

Pada pandangan rakyat menyeluruh, tolak ahli PAS dan ahli pembangkang lain, apa yang disarankan itu lojik jika dirujuk kapada kemelut yang sedang dihadapi oleh umat Islam dalam negara ini. Kerana, setiap langkah dan satiap saranan yang dibuat oleh tokoh2 pembangkang adalah merugikan perjuangan umat Islam.

Segala kelemahan yang sedang melanda umat Islam sekarang, kesempatannya diambil oleh parti2 yang memang menganggapkan bahawa Islam itu tiada guna pada mereka.

Mereka tidak solat, mereka tidak puasa, mereka tidak memberi zakat fitrah dan mereka tidak mengerjakan haji di Makkah. Apa yang mereka lakukan, kerja yang diharam Allah, pada mereka halal. Mereka makan babi, kita tidak. Mereka bela anjing dirumah, kita tidak. Mereka berak tak basuh, kita basuh. Banyak yang berbeza antara kita dan mereka.

Lagi satu, apa saja yang mereka buat hanya keuntungan yang mereka cari. Jika mereka tak untung mereka tak buat.

Jika sekalipun nakkan kuasa jangan sampai hak keistimewaan kita akan hilang, agama kita dipermainkan.

Kita bimbang, kongsi kuasa dengan mereka boleh, tapi jangan sampai kita ditendang ketepi. Jika kita sampai terandas kedinding, 'MENGAMOK ADALAH PERANGAI ORANG MELAYU'. Bahayaaaa...

Ape2 aje said...

Saya rsa ahli Pas kna singkirkan Ust Hadi Awang, saya tak faham rmai yg salahkan Nasha & Mustapha Ali sdgkan masalh ni sebenarnya disebabkan Hadi Awang sendiri, tp mgkin dia takut untuk tonjolkan secara terbuka sbb takut kehilangan undi, ape punya lemah Presiden Pas ni.

Bg saya, selagi Mustapha still SU Pas, saya rasa semua tindakan diorg ni , Hj Hadi lah yg dibelakng tabirnya, klu tak dia takkan lantik Mustapha sbgai SU wlaupun dh ade kes yg same sblum itu.

Jd diharap ahli Pas tdk terpedaya utk singkirkan Nasha & Mustapha je sdgkan masalah sebenarnya dtg dr Hadi awang sendiri sbgai punca masalah.

Wassalam

rabun said...

saya nak nyatakan di sini bahawa en peguampas hanya memecahbelahkan org melayu dgn org melayu dan org melayu dgn bangsa lain.islam ntah kemana perpaduan lagi la ke mana2 ntah. jgn jadikan "perjuangan islam" korg sebagai lampu hijau untuk nak memburukkan org lain demi dpatkan apa yg korg nak.lgpun bagus apa klu pas gabung ngan umno yang tentunya ISLAM drpada dok di"kuda"kan parti lain yg BUKAN ISLAM.dok domonstrasi sampai baring2 atas jalan, tinggal anak bini tapi tgk la kawan parti hangpa duk kat umah duk plan nak sebat tanah rizab melayu yg mana plak pasni.

Golden girl said...
This comment has been removed by the author.