Tuesday, August 11, 2009

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

20 comments:

Rohaifi Azri said...

orang-orang UMNO ni bongok. setiap tindakan mereka umpama 'meludah ke langit, jatuh atas muka sendiri!'

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Harap beri kerjasama untuk gerakan perpaduan kali ini. Semoga Allah SWT melindungi kita daripada sifat benci membenci sesama sendiri.

Layari http://waadat.blogspot.com

yes said...

Saudara Demang Lebar Daun, tolong jelaskan gerakan perpaduan yang anda maksudkan?
Kalau perpaduan menolak arak, jangan gunakan label Melayu, gunakan label Islam. Sudah tentu ramai yang akan menyokong. Tepai jika di bawah label UMNO, sorrylah gua tak caya lu. Lu pergi nasehat kan kaum kerabat you yang pernah jadi kaki tonggang dan ada kemungkinan yang masih lagi tonggang sekali sekala.

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan artikal ini. Saya amat berharap kalau boleh semua orang UMNO berpeluang membaca artikal ini. Saya yakin orang UMNO yang betul betul ikhlas mahu Islam akan setuju dengan artikal ini. Yang hairannya kenapa orang UMNO yang benar benar cintakan Islam tidak mahu keluar UMNO. Saya juga yakin orang UMNO ini akan serta merta sertai PAS bila saja Pakatan Rakyat berkuasa di negara ini.

Unknown said...

matmantau said...
kesimpulannya.. teringat pesan dialog Tokmantau & matmantau…

matmantau : tok.. tok.. …
Tok : ya cu…
matmantau : mana baguih.. kawan dgn. org. Islam yg. buat2 tak tahu pasal Islam atau org. bukan Islam yg. memang tak tahu pasal Islam
Tok : Baguih, mai kita tanya Tok Hanipa..…
Wassalam…

masuk blogspot http://pasbktsubang.blogspot.com http://surau-almahdi.blogspot.com/ http://www.khalidsamad.com/ http://pascaw17.blogspot.com/ http://amkshahalam.blogspot.com/

yes said...

Orang UMNO ni berlumba lumba nak jadi jagoh mengampu kerajaan BN. Mana tahu kot dapatlah habuan, sikit sikit pun jadilah.

Tinta Hitam said...

Orang UMNO takkan pergi demo kalau tak dapat upah.Dapat upah la tu.Bukan prinsip atau halal haram.Mereka man reti sanagat pasal halal haram ni

leeza said...

Zaid Ibrahim lagi tegar arak kita bawa masuk dalam Pakatan. Org yg ikhlas berjuang clean rekodlah patut kita terima bukan orang yg pernah maki hamun dan berkarat dan talam dua muka kita ambil masuk. Ini semua bencana. Kita ni serupa cuma cara berbeza "umpana meludah kelangit terkena batang hidung sendiri"...bagaimana kita hendak memimpin kalau pemimpin kita sendiri pun tak kosisten terutama pemimpin melayu, pemimpin melayu umpama "pengundi atas pagar" Hasan terpaksa menelan segala kepahitan tanpa sokongan padu dari pemimpin islam lain, kenapa? Hak orang Islam dan Orang Melayu sepatutnya dipertahankan dan diperjuangkan bukan mengikut saja apa yang pemimpin bukan islam mahu. Selagi Pakatan tidak didaftar sebagai satu parti gabungan yang sah pemimpin kita boleh bersuara dan mempertahankan, perlu apa kita perlu risau dan bimbang atau takut. Takut kerana Allah lebih mulia dari takut kepada DAP laknat. Disini saya cuma menyata keinginan melihat parti PAS teguh dan parti ke2 selepas UMNO kerana Orang Melayu tetap menyokong pemimpin melayu islam untuk memerintah tak kira apa jua parti politik yg berteraskan agama islam dari mengangkat pemimpin dari kaum cina sebagai pemimpin tertinggi yg terang terang menjatuhkan maruah dan air muka pemimpin kita terutama Hasan Ali...Walaupun PAS memerintah Kedah, kami orang melayu bersyukur kerana orang melayu yg pegang pemerintah tapi yang menyedihkan orang melayu pulau pinang, mana pergi suara suara pemimpin melayu disana, umpana hidup segan mati tak mau, kampung kampung semakin tak terurus terutama kawasan Barat Daya dimana orang melayu majoriti, cuba lihat kawasan Georgetown sehingga Batu Feringgi umpama syurga mcm Hong Kong. PAS dahulu cukup meriah dan aman damai. Allahualam...

Abdul Azim said...

Mereka xfaham ape yang mereka buat...Arak tempat die xpe....tempat org jadi haram plak...cerdik punye UMNo...cube pkir dalam.....

Navi said...

Many of the UMNO leaders seize opportunities to 'put down' and create problems for the Selangor government with some unwitting PR AdUNs unknowingly support.
A true Muslim would not touch liquors even if placed in front of him, what not a convenience store that also caters to all.
The action of these UMNO goons is sheer hypocrisy. Why don't they visit some of the private clubs where you can catch them gambling and consuming alcohol freely?

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal said...

"PAS dulu TAKBIR! Sekarang TAKE BEER"

Aku dari kecik dah minum beer ... ROOT BEER kat A&W!!!!

http://ustjai.wordpress.com/2009/05/13/beer-halal/

Perawi said...

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menyifatkan hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mengancam untuk berbogel sebagai tanda protes kepada kerajaan Selangor sebagai "miskin idea dan tidak waras."

Beliau berkata, orang yang bijaksana akan memprotes dengan cara lain yang melambangkan kewarasan dan berasaskan etika.

"Ada banyak cara (untuk memprotes). Cara seperti separuh bogel atau berbogel adalah sikap yang melampau.

"Adakah telah miskin idea untuk menzahirkan protes sehingga boleh berfikir hendak berbogel?" katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Wan Mohamad berkata, kumpulan itu perlu kembali kepada kewarasan dan memikirkan kesan jangka panjang terhadap keluarga mereka jika meneruskan demonstrasi 'bogel' tersebut.

Jumaat lalu, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

Antara perkara yang menyebabkan kemarahan Reformis adalah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Reformis jika mereka masih berkeras mahu mengadakan demonstrasi 'bogel' tersebut.

Katanya, tindakan terhadap mereka boleh dikenakan di bawah peruntukan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menetapkan denda maksimum RM1,000.

komando said...

la hai, jijik di mana wei loh
duk overseas duk telan balik cakap lain

sudah lah...UMNO bangsat melayu

Unknown said...

Benarkah PR jijik pada arak?

Aluminum Siren said...

org2 umno mana ada perasaan malu dh skrg. biar la nampak tuduhan diorg berat sblh, yg penting utusan malaysia dgn tv3 ada bhn fitnah utk dijaja di media arus perdana setiap hari.

kesian bg mereka2 yg tiada akses kpd media alternatif, bila disogok dgn bahan2 memperbodoh spt ini sepanjang masa, mana tak bertambah banyak golongan2 racist dan pengampu spt org umno dari hari ke hari.

fateh saleh said...

jawapannya TIDAK BENAR

Adam said...

Have to agree with this, it was them who allowed it, and now bark loud when it happens

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

antipas said...

tak kira UMNO ke PAs yg penting kita sesama Islam dan org Islam sepatutnya have common ground ttg isu arak ni. yg haram tetap haram

UMNO PARTI PENJARA said...

Take Beer :-)














Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan

>>> Blog 1 Malaysia <<<