Thursday, October 23, 2008

KRISIS EKONOMI DUNIA- BERAKHIRNYA ERA KAPITALISME ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hujung minggu yang baru berlalu saya habiskan masa dengan membaca sepuas-puasnya pelbagai artikel berkaitan dengan kemeleseten ekonomi yang melanda Wall Street yang mana krisis tersebut kini telah berpindah ke Main Street ( rakyat jalanan ). Sehebat-hebat Amerika sebagai “superpower” mereka hanya dapat mengeluh melihat kehilangan lebih dari trillion dolar wang Amerika di pasaran saham mereka dan 700 bilion dolar wang pembayar cukai kini digunakan untuk menyelamatkan krisis ekonomi mereka yang amat tenat.

Bagi memahami isu tersebut saya menekuni beberapa artikel seperti artikel yang ditulis oleh Francis Fukuyama ( “The Fall of American Inc” ) , Fareed Zakaria ( “The Age of Bloomberg” dan “There is Silver Lining “), Zachary Karabell (“ Awakening From the All-American Dream” ), Roberth Shiller ( “ The Ownership Myth“ ), William Underhill ( “Dark Days For the City of London” ), Jeffery E. Garten ( “We Need A New Road Map” ), Rana Foroohaar ( “ A New Age Of Global Capitalism Starts Now” ), Mohamed A. El-Erian ( “The Storm Cloud Spread” ) dan artikel-artikel yang ditulis oleh pakar Ekonomi Malaysia seperti Datuk Salleh Majid di dalam Malaysian Business ( “In Need of A New Financial Structure” ) dan artikel oleh Anna Taing di akhbar the Edge ( “Are We Too Optimistic about the Economy” ) .

Secara ringkasnya pakar ekonomi merumuskan kemeleseten ekonomi yang melanda Amerika Syarikat dan juga United Kingdom secara khususnya bukan sahaja menyebabkan seluruh dunia mempersoalkan keutuhan sistem perbankan negara-negara tersebut malahan keseluruhan sistem kapitalisme Anglo-Saxon juga kini dipersoalkan.

Di Perancis misalnya Presiden Sarkozy merancang satu forum dunia “ to rethink capitalism” ( "untuk fikirkan semula kapitalsime" ). Malahan Menteri Kewangan Italy menyatakan bahawa krisis ekonomi menunjukkan “berakhirnya Amerika sebagai “superpower” kewangan”. Para pemimpin Kerajaan Amerika Latin seperti Hugo Chavez , Fernandez de Kirhner dan Evo Morales pula dengan nada sinis menyatakan “ The U.S economic model is terminally ill.” ( Model system ekonomi Amerika sedang sakit tenat” )

Kemeleseten yang melanda Wall Street menandakan berakhirnya sepertimana dikatakan Francis Fukuyama era Reaganism dan Thatcherism. Kedua-dua pemimpin ini iaitu Ronald Reagan dan Margaret Thatcher yang digelar sebagai ahli politik yang mesra pasaran ( market friendly politician ) telah melakukan revolusi pembaharuan kewangan sejak tahun 1970 an dengan melancarkan sistem kewangan yang tidak diikat dengan peraturan ( financial deregulation ).

Revolusi pembaharuan kewangan inilah akhirnya diterjemahkan kepada doktrin yang dikenali sebagai “Persetujuan Washington” ( “Washington Consensus” ). Berdasarkan doktrin inilah pihak Amerika dan mana-mana institusi di bawah pengaruh dan telunjuknya seperti IMF dan Bank Dunia menggesa negara-negara sedang membangun untuk membuka ekonomi mereka agar lebih mesra pasaran.

Meskipun pembukaan sistem ekonomi tersebut mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang agar agresif seperti mana yang dinikmati oleh India dan China sekarang ia juga mendatangkan bala yang besar kepada negara-negara seperti Korea Selatan dan Thailand . Thailand dan Korea yang mengikut model Amerika di atas nasihat dan tekanan Amerika sejak tahun 1990 mengalami kegawatan ekonomi yang teruk pada tahun 1997-98 setelah mereka membuka dan membebaskan pasaran modal mereka yang mengakibatkan wang panas ( hot money ) mula mengalir masuk yang akhirnya mewujudkan buih-buih spekulasi ( speculative bubble ) sekaligus mendatangkan kegawatan ekonomi.

Krisis ekonomi kali ini memang mewujudkan satu krisis keyakinan masyarakat dunia kepada sistem kapitalisme laissez-faire dan pasaran bebas ( free markets ). Sebenarnya sepertimana yang dikatakan oleh editor Newsweek, Fareed Zakaria sejarah sistem Kapitalisme penuh dengan krisis kredit, panik, kecairan sistem kewangan ,kemelesetan dan kegawatan ekonomi. Fareed juga bersetuju bahawa krisis ekonomi ini membawa makna bahawa era dominasi global Amerika kini mula berakhir.

Dari perspektif Islam , kita tidak perlu merasa hairan dengan apa yang yang berlaku ini. Sejak dari awal ramai pakar ekonomi Islam yang bertaraf antarabangsa seperti Dr. Muhammad Umer Chapra ( Penasihat Senior Ekonomi Agensi Kewangan Arab Saudi ( yang juga ahli ekonomi yang amat saya minat dan kagum ) menyatakan baik sistem ekonomi kapitalisme atau sistem ekonomi sosialisme akan menemui ajalnya.

Sistem kapitalisme yang berasaskan fahaman sekularisme membawa manusia mengejar kepentingan diri yang tidak terhad yang diterjemahkan melalui sistem pasaran terbuka /kebebasan pasaran. Sistem yang walaupun tidak menafikan kewujudan Allah tetapi menganggap kewujudanNya tidak membawa sebarang signifikan kepada kehidupan manusia.Urusan dunia termasuk urusan dunia ditadbir berasaskan anggapan tiada lagi kehidupan selepas mati dan tiada akauntabiliti di hadapan Allah.

Pengasasnya Adam Smith menganggap dengan memenuhi kepentingan diri akan akhirnya membawa faedah kepada kepentingan awam. Atas dasar itulah mana-mana individu patut diberikan kebebasan yang maksimum untuk memenuhi kehendak dirinya . Kapitalisme mewujudkan “manusia ekonomi” yang mana tujuan besar kehidupan manusia hanyalah penggunaan ( consumption ) semata-mata sekaligus mewujudkan budaya consumerism. Riba juga asas utama sistem kapitalisme.

Jelas doktrin kebebasan mutlak menggunakan harta dan pendapatannya berlaku dalam krisis ekonomi Amerika ini apabila Kerajaan Republikan memberikan ruang kebebasan yang seluas-luasnya untuk rakyatnya, termasuk yang tidak mampu, untuk memiliki rumah kediaman dengan pelbagai insentif yang menarik seperti membeli rumah tanpa wang deposit, tidak perlu membayar ansuran bulanan sehingga tempoh 24 bula malahan boleh meminjam tanpa sebarang dokumentasi. Malahan diberitakan purata setiap isi rumah di Amerika memiliki 13 kad kredit . Hutang Negara kini meningkat dari 5,75 trilion pada tahun 2000 kepada 10.2 trilion .

Sistem ekonomi kapitalisme kini diakui gagal. Sosalisme juga sebelum ini telah gagal. Inilah peluang keemasan untuk dunia global mencari alternatif sistem ekonomi yang baru. Tidak seperti agama lain, Islam sudah terbukti mempunyai sistem ekonomi yang hebat dan mampu jadi alternatif yang terbaik, jika diberi peluang.

Malangnya negara-negara dunia Islam gagal mengambil peluang terbaik ini. Amat malang sistem ekonomi Islam hanya diyakini hebat oleh gerakan Islam yang sehingga kini masih belum mampu menguasai kepimpinan utama negara-negara umat Islam.

3 comments:

Korakora said...

terima kasih tuan atas kesimpulan yg dibuat. saya akan terus mengikuti kesimpulan tuan

Tome Cruise said...

I totally disagree with you that capitalism has failed miserably. The high current living standard we are enjoying now compare to centuries ago should contribute more to evolving capitalism. Without the capitalism we might still living in kampong without even simple sanitary system and electrical facilities.

The current capitalism is broadly accepted by most of the people because it respects the right of individual. Individual have the constitutional right to accumulate the fortune and pass down to their inheritors. These certainly drive more people to produce better service and products. Indirectly consumers have better choices and the living standard improve tremendously.

I admit that the current economic system might not be the best. But it is the known best system after so many failures in human history.

Why should we give Islamic based economic system a try. It is centuries-old archaic. Don’t you think it is silly to put the old rigid system to the modern world?

You were enjoying the products and service of capitalism such as internet yet you denied the system.

Based on my shallow understanding, the current crisis was triggered by sub-prime mortgage. The mortgage had substantially helped more poor Americans buying houses. At the same time the mortgage based securities drew a lot of investors from around the world. When the property price went down more people could not afford to pay the loans. The value of the mortgage based securities lost tremendously.

The America banker who came out the idea of mortgage based securities was driven by individual desire. Indirectly the poor Americans had the chance to own a house. Do you see the beauties of capitalism here? Individual desire indirectly benefits the rest of people and drive the growth of economy.

What went wrong here was the Federal Reserve of USA truly believed that banker would self-regulate and justify every loan given out. The bankers overlooked the risks ahead just to pursue the revenue growth.

This gave a hard lesson to Federal Reserve. They would likely to come out a better solution to prevent the similar crisis to repeat itself in the future. However abandon the current capitalism is ridiculous.

Tome Cruise said...

here is the link to a professional view on the current financial crisis:

http://www.waubebas.org/ms/node/262