Thursday, December 09, 2004

Cabar PAS fail saman: Pengerusi SPR sah nyanyuk - Peguam

Cabar PAS fail saman: Pengerusi SPR sah nyanyuk - Peguam
Dilulus Oleh:Bukitbesi Online | Thursday, December 09 @ 19:47:37 SGT


Oleh MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Tidak semena-mena pengerusi SPR menyertai "bandwagon" parti politik dengan menyerang PAS secara tiba-tiba.

Perbalahan PAS dan UMNO mengenai politik wang dalam pilihanraya tiba-tiba menyenakkan perut pengerusi SPR.

Beliau tidak senang dengan kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Aziz yang menuduh UMNO menggunakan politik wang dalam pilihanraya yang lepas.

Utusan Malaysia melaporkan pengerusi SPR tersebut menyifatkan "kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk melepaskan geram. Justeru, beliau meminta supaya tidak mengambil berat kenyataan itu kerana ia hanya membuang masa.

Beliau seterusnya berkata, "Memang perangai dia (PAS) begitu. Saya serta SPR banyak kali menerima tuduhan PAS yang mendakwa mempunyai bukti (kegagalan SPR menguruskan pilihan raya). Saya tunggu sampai sekarang pun tidak ada (PAS) hendak mendakwa SPR (di mahkamah),'' ( lihat muka hadapan Utusan Malaysia 9/12/2004)

Kegopohan Pengerusi SPR dalam memberikan komen bukan sahaja menjijikkkan malahan menampakkan kealpaan beliau dan menyerlahkan kenyanyukan beliau.

Kenyanyukan beliau atau kesibukan beliau membodek UMNO telah menyebabkan beliau tidak sedar bahawa PAS telah pun memfailkan Writ Saman ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17/5/2004 dan No Kesnya di Mahkamah ialah R2-22-02-2004 (Kes Nasharudin bin Mat Isa (menyaman sebagai Setiausaha Agung PAS dan sebagai wakil ahli-ahlinya lwn SPR ).

Pihak SPR sendiri telah membuat permohonan melalui Peguam Negara untuk membatalkan Writ Saman tersebut dan permohonan SPR tersebut telah disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Dato' Wan Ahmad bin Wan Omar pada 14/8/2004.

Permohonan SPR tersebut ini akan didengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar pada 21/2/2005.

Tentang dakwaan beliau mengapa PAS tidak memfailkan petisyen sekali lagi sinyanyuk ini tidak sedar bahawa PAS telah memfailkan lebih kurang 24 petisyen pilihanraya di seluruh negara ( 5 di Kelantan, 9 di Trengganu, 5 di Selangor, 2 di Perak, 1 di Kedah, 1 di Perlis dan 1 di Johor ) dan dalam ke semua petisyen tersebut SPR telah dinamakan sebagai Responden.

PAS memang berhasrat untuk memfailkan petisyen di seluruh negara tetapi kemampuan wang tidak memungkinkan Pas berbuat demikian.

Pemfailan Petisyen di negara ini ibarat memasuki bursa saham kerana ianya menuntut pempetisyen mendepositkan RM10,000.00 di Mahkamah.

Di Selangor meskipun petistyen ditolak oleh Mahkamah namun segala tuduhan PAS bahawa SPR dan UMNO melanggar undang-undang diterima oleh Mahkamah cumanya Mahkamah menyatakan di dalam undang-undang pilihanraya di negara ini tidak mencukupi jika pempetisyen hanya dapat membuktikan bahawa terdapat perlanggaran undang-undang, pempetisyen juga mesti membuktikan bahawa perlanggaran undang-undang itu mestilah menjejaskan keputusan pilihanraya.

Saya masih ingat semasa berhujah di Mahkamah semasa pendengaran petisyen pilihanraya DUN Bangi, Peguam Negara berhujah antara lain bahawa UMNO menang besar dalam pilihanraya tersebut dan perlanggaran undang-undang tersebut meskipun berlaku tidak menjejaskan keputusan pilihanraya kerana UMNO menang dengan majoriti yang besar.

Ketika menjawab hujah tersebut, saya menyatakan "Yang Arif !UMNO menang besar sebab mereka pembohong BESAR !!! Di Bangi calon UMNO, Amran Kasimin sanggup berbohong menggunakan gelaran Profesor di dalam poster calon meskipun beliau tidak pernah menerima gelaran tersebut oleh mana-mana universiti.

Jika Rashid benar-benar berminat memasuki gelanggang politik ayuh tanggalkan uniform SPR dan ahlan wa sahlan ke gelanggang dan bertarung sebagai orang politik.

Ketika itu kamu bebas menghentam PAS sesuka hati kamu dan kami berbesar hati melayan karenah kamu sebagai ahli politik.

Jika kamu tidak bersedia menanggalkan uniform SPR kamu hormatilah uniform itu jika kamu ingin dihormati itupun jika kamu masih ada saki baki "dignity" sebagai pengerusi SPR.

No comments: