Tuesday, May 08, 2012

UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH

oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Presiden Amerika. Obama menyatakan " bagi rejim yang bergayut kuasa melalui korupsi dan penipuan dan juga dengan mendiamkan suara-suara yang menentang , mereka kena tahu dan faham bahawa mereka sedang berada di kedudukan yang salah tentang sejarah ( wrong side of history )." Melihat kepada keganasan polis menyerang rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa , warna kulit, bahasa dan agama di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno berada-meminjam kata Obama- 'on the wrong side of history.' Masa hadapan negara ini dengan izin Allah akan didirikan oleh rakyat yang berjiwa seperti penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun pada 28 April yang lalu . Rakyat seperti itulah yang tidak pernah putus asa mencari sinar keadilan ('adalah'- justice) , persamaan ( 'musawah-equality) dan kebebasan ( huriyyah-freedom) untuk dikecapi dan dinikmati keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi kita Malaysia hanya boleh bergerak ke arah 'kedudukan betul sejarah' jika Kerajaannya mengetahui dan mengiktiraf bahawa rakyat seperti penyokong Bersih 3.0 tempoh hari adalah sebenarnya kekuatan kepada negara ini dan bukannya musuh negara ini. Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Penganjur Bersih yang menolak tawaran berhimpun di Stadium sebagai punca kepada kegawatan yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih 3.0 Maaf Perdana Menteri alasan anda terlalu naif bagi seorang Perdana Menteri. Alasan kamu tersebut mengigatkan kami kepada filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Hanya kerana adinda bongsu Abdul Wahub memprotes keputusan dua kekandanya yang enggan menghantar ayahanda mereka ke Hospital ( supaya ayahanda mereka cepat mati dan mereka boleh membalut segala harta) Abdul Wahub dinafikan oleh kedua-dua kekandanya segala harta ayahandanya di dalam negeri Istambola. Nampaknya begitulah logik Perdana Menteri. Hanya kerana penganjur Bersih enggan menerima keputusan Kerajaan Najib untuk berhimpun di stadium maka ikut logik Najib polis tidak salah melakukan tindakan ganas ke atas para penyokong Bersih 2.0 . Kita ingin katakan pada Perdana Menteri bahawa isunya bukan keengganan berhimpun di stadium. Sebaliknya isunya mengapa rakyat dilarang untuk duduk bantah secara aman hanya untuk tempoh 2 jam di Dataran Merdeka. Sejak bila duduk bantah secara aman dikira satu tindakan jenayah sehingga polis perlu dapatkan perintah Mahkamah untuk melarang rakyat duduk membantah. Amat malang Majistret begitu mudah memberikan perintah secara ex parte ( sebelah pihak) kepada pihak polis hanya dengan sekadar berbekalkan maklumat atau versi pihak Polis tanpa mendengar versi pihak Bersih khususnya dari Pengerusi Bersih, Ambiga. Jika Majistret faham bahawa tugas hakiki seorang Hakim adalah melaksanakan keadilan dan untuk berlaku adil beliau perlu mendengar versi dua dua pihak sudah tentu beliau tidak akan begitu mudah memberikan perintah yang dipohon oleh polis secara ex parte. Apabila Rasululullah s.a.w menghantar Syaidina Ali r.a menjadi Hakim di Yaman antara pesanan Baginda s.a.w kepada Imam Ali r.a adalah jika ada pihak-pihak yang datang mengadu ( kes) kepada beliau ( Ali ) maka beliau dilarang membuat keputusan sehingga beliau mendengar dari pihak yang sebelah lagi. Dalam undang-undang pentadbiran ini mendengar dua-dua pihak dinamakan 'audi alteram partem' yang menjadi asas utama prinsip keadilan semulajadi ( natural justice). Untuk Majistret yang berikan perintah melarang rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 28 April ingatlah kamu tidak akan sama sekali terlepas dari keadilan Allah di akhirat kelak! Kita juga hairan sejak bila pula membantah piliharaya kotor menjadi satu kesalahan sehingga Datuk Bandara Kuala Lumpur yang dibayar gaji dengan wang rakyat bertungkus lumus mencari 1001 alasan untuk tidak membenarkan rakyat melalui Bersih untuk duduk bantah. Dataran Merdeka milik rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) hanya penjaga dan bukannya pemilik Dataran Merdeka. Untuk Datuk Bandar KL kita ingin mengingatkan kata-kata Imam Ali r.a kepada Malik Al-Asytar r.a ( yang dilantik sebagai gabenor di Mesir ) " tanamkan dalam hati kamu rasa belas ehsan ke atas rakyat di bawah kamu, sayangi mereka dan berlaku baik ke atas mereka..kerana mereka ada dua kategori iaitu saudara kamu seagama dan saudara kamu yang dicipta oleh Allah..kesalahan datang dari mereka, kelemahan muncul dari mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu berikan mereka kemaafan sebagaimana Allah memaafkan kesalahan kamu..kerana kamu adalah di atas mereka dan mereka yang melantik kamu berada di atas kamu dan Allah berada di atas orang yang melantik kamu ..dan melalui rakyat Allah menguji kamu.' ( lihat buku "the sacred foundations of justice in Islam di m.s 85 ) Jika program-program yang lain termasuk program bersifat 'laghah' boleh dibenarkan oleh Dato' Bandar dan DBKL sebelum ini mengapa program duduk bantah secara aman untuk tempoh 2 jam tiba'tiba menjadi isu besar- mengancam keselamatan negara jika diteruskan! Bukankah lebih elok jika Dato Bandar atau DBKL atau pihak polis berterus terang kepada rakyat bahawa mereka adalah 'ejen' Umno dan mereka hanya menjadi 'jurucakap' Umno. Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu kita boleh menghormati mereka kerana berterus-terang!! Sebenarnya keganasan polis amat tidak perlu pada 28 April yang lalu. Jika rakyat dibenarkan berhimpun secara aman di Dataran Merdeka apa perlu polis ditugaskan di sana pada tarikh dengan jumlah yang ramai. Tugas rasmi polis menentang penjenayah dan bukan menjadi penjenayah dengan bertopeng uniform polis. Sedarlah Najib dan Umno hari di mana kamu menjadikan rakyat yang menyokong Bersih sebagai musuh kamu adalah hari di mana Kerajaan kamu mula menghitung saat kehancurannya. Teruslah bermusuh dengan rakyat jika kamu rasakan kamu terlalu hebat!!! Delete ReplyReply ForwardMovePrint Actions NextPrevious

Thursday, April 05, 2012

KERAJAAN KOTOR TAK BENAR HIMPUNAN BERSIH DI DATARAN MERDEKA

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Menteri Umno kata dataram merdeka bukan tempat diwartakan untuk berhimpun. Maknanya Bersih tidak boleh berhimpun di Dataran Merdeka.

Kita nak tanya sedikit : bukankah selama ni banyak perhimpunan diadakan yang dianjurkan olej Kerajaan kotor di dataran merdeka. Bukankah himpunan 'laghah' yang mengkhayalkan anak-anak muda diadaka di situ?

Cukuplah Nazri ! Dont fool yourself one too many!

Thursday, March 29, 2012

ANCAMAN KRISTIAN ATAU ANCAMAN UMNO?

Saya boleh bersetuju orang Islam berhak mengadakan seminar bertema ' ancaman kristian' kerana ia sebahagian dari hak bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan walaupun saya tak bersetuju seminar yang dicadangkan tersebut adalah 'aulawiyyat' ( keutamaan ) umat Islam di negara ini pada masa ini. Gagal memahami aulawiyat juga satu ancaman kepada umat Islam

Namun bagi saya 'aulawiyyat' nombor satu umat Islam negara ini adalah memahami bahawa Umno adalah ancaman besar negara ini jika parti itu terus diberi mandat untuk memerintah negara ini. Umat Islam kena difahami bahawa negara ini akan terjerumus ke lembah kehancuran jika Umno diberi kuasa untuk 5 tahun lagi memerintah.

Wednesday, March 21, 2012

TARIK BALIK PINJAMAN PELAJAR AMALAN LAPOK BN

Saya ingin menawar diri menjadi peguam secara pro bono ( tanpa bayaran ) pelajar-pelajar yang ditarik balik pinjaman oleh Yayasan Terengganu jika mereka ingin mencabar kes tersebut di Mahkamah.

Perbuatan menarik balik pinjaman pelajar atas dakwaan terbabit dengan himpunan Bersih menunujukkan betapa tidak bersihnya pemikiran Menteri Besar Trengganu dari kejahilan dan kezaliman. Individu seperti ini dan parti yang beliau sokong wajib dibersihkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Thursday, March 15, 2012

HAKIM AMERIKA PERTAHAN ISLAM DI MAHKAMAH

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”

Thursday, January 26, 2012

Pakatan leaders should respect Pakatan's reform agenda.

Anybody who supports Auku is not fit to be in Pakatan. If he holds any position in any party in Pakatan he should graciously resign. When the general election is just around the corner Pakatan has no luxuries of retaining such a person.As far as Pakatan leadership is concerned you are either an asset or a liability.

Tuesday, November 22, 2011

UMNO TERUS KETAGIH TIPU RAKYAT

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menurutnya lagi dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

Inilah masalah Umno. Mereka masih anggap rakyat negara ini hidup dalam zaman Raja Bersiung –yang mudah untuk ditipu. Umno tipu rakyat dengan permainan istilah. Nama ISA tidak lagi digunakan tapi dua Akta yang masih mempunyai roh dan jasad seperti ISA akan diperkenalkan untuk terus menerus menzalimi rakyat.

Untuk Umno dan Hishamuddin kita ingin mengatakan bahawa rakyat menentang ISA bukan kerana namanya. ISA ditentang kerana isi kandungan Akta tersebut. ISA ditentang kerana ia membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Penahanan tanpa bicara adalah mekanisme yang subur kepada penyalahgunaan kuasa. Penahanan tanpa bicara menutup rapat pintu Mahkamah sehingga keadilan tidak dibenarkan masuk. Penahanan tanpa bicara melanggar prinsip asas dalam undang-undang yang diterima secara universal iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Bagaimana Kerajaaan boleh membuktikan seseorang itu bersalah jika orang itu tidak dibicarakan dan bagaimana seseorang itu boleh mencabar bahawa beliau tidak bersalah jika ia tidak dibenarkan untuk pergi ke Mahkamah untuk dibicarakan.

Apa guna ISA dimansuhkan jika roh ISA iaitu penahanan tanpa bicara diserap pula ke dalam dua Akta yang akan digubal oleh Umno nanti. Dalam bahasa Inggeris tindakan Umno ini dipanggil “ old wine in a new bottle” ( arak yang lama di dalam botol yang baru” ). Maknanya dua Akta yang akan menggantikan ISA adalah benda yang sama yang dihiasi dengan “make up” yang baru bagi menutup wajah asalnya yang hodoh.

Hishamuddin menyatakan Akta yang akan menggantikan ISA nanti akan akan mempunyai persamaan dengan Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan.

Kita ingin menjawab begini. Mengapa kita harus meniru negara lain dalam menggubal undang-undang yang melanggar prinsip keadilan. Jika Umno ketagih ingin meniru Amerika sebagai contoh kenapa tidak tiru aspek positif demokrasi negara tersebut. Mengapa sebagai contoh Umno tidak tiru budaya perdebatan terbuka yang disiarkan secara terbuka di media massa calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika. Mengapa tiru benda yang tidak baik dan tidak tiru benda yang baik.

Keduanya adakah Umno dan Hishamuddin sedar bahawa Patriot Act di Amerika tidak digunakan ke atas rakyat Amerika. Ia hanya digunakan ke atas bukan warganegara Amerika khususnya orang Islam yang sering dilabel sebagai Pengganas oleh Amerika.

Hishamuddin juga menyatakan bahawa dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.

Ini muslihat halus Umno untuk mengelirukan rakyat. Nampak jelas Umno tidak faham atau sengaja tidak faham asas penentangan kepada ISA. Seperti yang kita katakan asas penentangan ISA adalah ia membenarkan penahanan tanpa bicara bukan kerana isu tempoh penahanan atau notis kepada keluarga. Ini bermakna jika pun Akta yang baru mungkin menghadkan tempoh tahanan atau keluarga tahanan wajib diberitahu sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan masih boleh menahan seseorang tanpa bicara Akta baru tersebut tidak akan membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya ia satu penipuan.

Hishamuddin menyatakan terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan oleh itu beliau menyatakan jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit. Apalah malang rakyat Malaysia dapat Menteri seperti ini. Sejak bila pula kita setuju Amerika tahan orang tanpa bicara dan diletakkan di Guantanamo Bay ? Kerana kita tidak setuju Amerika dan Guantanamo Bay sebab itulah kita menentang ISA dan mana-mana Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Bagi kita Guantanamo Bay dan Kem Kemunting adalah kembar siam yang berpuaka- kedua-duanya kita tentang !