Monday, January 04, 2010

KES HERALD –DI MANA SILAP DAN BETULNYA HAKIM LAU BEE LAN ?

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan saya di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.

Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.

Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri ( MDN ) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.

Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum saya memulakan ulasan saya terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut saya perlu menyatakan di sini sebagai seorang peguam saya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan saya benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca saya hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka saya berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.

Bagi saya Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa saya kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah saya bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.

Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil ouster clause.

Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Pengalaman saya mengendalikan kes kebebasan beragama iatu kes tiga pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban menyakinkan saya bahawa kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.

Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.. Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Saya berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia ( Islam dan bukan Islam ) malahan Tuhan kepada seluruh alam . Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.

Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Saya juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun saya berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama..

Saya berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar the Herald menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).

Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Saya tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 ( 5 ) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun saya tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 ( 5 ) tersebut.

Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 ( 5 ) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.

Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.

11 comments:

zubaidis said...

Jelas, terang..

AKU said...

salam, minta kebenaran utk copy artikel ini...
penjelasan dari sudut undg2 yg amat berguna...
tahniah.

Habib RAK said...

saudara hanipa, reading your view point was great in the beginning but ended as anticlimax. Once you have established that the non-muslims have a right to use Allah, you should as a true muslim suggest ways to educate the ill informed muslims on what it means to respect what is provided for in the Al Quran. Instead, you are suggesting to use "security and peace" as an excuse to deny their rights. This is simply not a muslim way. The reason why so many of the muslims are ill informed is because they have not taken the trouble to inform themselves on what is permitted in this matter. They are simply using their emotions and politics to fuel the objections. You are suggesting to succumb to it. What you should do is help the muslims understand better. If we deny others their rights, we will lose our moral standing. How can we then question nations that deny building of mosque with minarets, deny wearing of scarf/purdah, deny muslims from praying/fasting as it happens in Xinjiang among the Uyghur muslims, etc? Saudara Hanippa, I am surprised with your reasoning for the second part. It is totally not you as I have followed your views in many other matters. May Allah guide us all.

looking forward said...

i agree with bro hanipa's view and disagree with bro habib rak. simply bcs what did hanipa do is totolly commenting on the judgment of the judge and he argued and suggested in the eyes of law or constitution as he said at the beginning. You try to suggest that hanipa should tell or help muslim to understand better is not what he intends to do in nis entry because clearly he said that he just give a comment on the judgment and argued according to law... you are true but your comment and suggestion is wrong..

Anonymous said...

Habib,
If only all moslems are like. Frankly, I respected Hanipa's argument though I agree with you Habib completely. I believe Hanipa has forgotten the implication if the Bee Lan rule otherwise.

Hanipa,
What happen to Sabah & Sarawak? Their rights are accorded in the constituition. Constituition must be consistent without discriminating anybody. Hence, why certain political parties including DAP fight for people to respect the original constituition
If Catholics can't use Allah, what about the Sikhs? Best way is to have a frank dialogue. I boldly suggest set all Malaysians free. Of course, it's just my wish

Unknown said...

Walaupun peguam PAs...tapi Peguam Melayu...go figure.

Rizal Jalil said...

dah tau dan paham... kanapa x pi tolong lawan kes ni... nak tgu org krajaan kalah dulu pastu baru nak jadi hero ka? bodoh betulah.... emosi plak aku... ada org bijak dan pandai tapi sibuk berpolitik... pentingkan diri sendiri... ada segelintir yang protes dikatakan juak uMNo lah hapa lah.... x paham aku....

Mazliza Othman said...

No monopoly on Allah: http://myblog.mazlizaothman.com/?p=42

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Dalam penghakimannya, Hakim Lau Bee Lan mendapati tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan syarat terhadap mingguan Herald Katolik sebagai tidak sah di bawah artikel 3(1) dan 11(3). Ini boleh membawa misalan kes (precedent) dan implikasi yang besar terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan hak penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible dalam penyebaran bahan-bahan dakwah agama Kristian di dalam negara ini.

Tanpa kuasa untuk mengenakan syarat, ini bermaksud selepas ini tidak ada sebarang syarat boleh dikenakan jika bahan-bahan dakwah dan Bible terjemahan bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sebagai ganti kepada perkataan God dan diedarkan kepada sesiapa sahaja. Bila misalan kes ini telah wujud, maka akhirnya tidak ada sebarang sekatan boleh dikenakan terhadap penggunaannya di dalam media bercetak dan elektronik dalam negara.

Begitu pun sebelum mahkamah memutuskan rayuan dan walaupun dalam tempoh penangguhan keputusan yang dibenarkan oleh mahkamah, `Perdana Menteri baru Malaysia' telah memutuskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.


Bagi sejumlah pejuang Islam yang menyedari implikasi keputusan mahkamah ini, mereka berjuang bagi menegakkan kebenaran yang asas, iaitu penggunaan kalimah Allah ini tidak pernah wujud di Vatican dan dalam Bible versi bahasa Inggeris dan asal Vatican.

faham apa yang diperjuangkan, sila baca sterusnya di sini -

http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/fahami-apa-yang-diperjuangkan.html

Pandangan 7 Pakar - http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/biblical-god-tidak-sama-dengan-allah.html

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

UMNO track record is far better thn Pas

Kata orang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya tidak tahu apa definisi sosialisme, komunisme, nasionalisme dan sekularisme. Disebabkan bila dia memberi pandangan, fikirannya tidak boleh membezakan antara komunisme dengan nasionalisme dan mengatakan ianya lebih kurang serupa. Dia juga tidak faham apa maksud nasionalisme dan menyamakan perjuangan UMNO adalah nasionalisme yang disifatkannya sama dengan komunisme dan assobiyah.


Menurut orang lagi, dia pun sudah keliru tentang yang mana satu sosialisme, yang mana satu sekularisme dan yang mana satu Islam dan difikirkannya semua itu serupa dalam Pakatan Pembangkang. Mungkin juga betul kata mereka ini, kerana jika dinilai dari perkataan Nik Aziz, dia mungkin tidak benar-benar faham akan maksud perkara yang diperkatakan. Malah ada kemungkinan Nik Aziz sengaja menyembunyikan kebenaran tentang beberapa perkara termasuk tentang maksud sebenar assobiyah, ayat al-quran dan hadis yang menyeru kepada ketaatan terhadap pemerintah dan perjuangan Islam UMNO.

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara yang lebih utama. Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

baca artikel penuh di sini -


http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/hanya-pas-bukan-umno-perjuangkan-islam.html

Robie said...

menurutku itu lumayan bagus,aku sekarang akan memberi blogspot http://muruyung.blogspot.com