Tuesday, November 22, 2011

UMNO TERUS KETAGIH TIPU RAKYAT

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menurutnya lagi dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

Inilah masalah Umno. Mereka masih anggap rakyat negara ini hidup dalam zaman Raja Bersiung –yang mudah untuk ditipu. Umno tipu rakyat dengan permainan istilah. Nama ISA tidak lagi digunakan tapi dua Akta yang masih mempunyai roh dan jasad seperti ISA akan diperkenalkan untuk terus menerus menzalimi rakyat.

Untuk Umno dan Hishamuddin kita ingin mengatakan bahawa rakyat menentang ISA bukan kerana namanya. ISA ditentang kerana isi kandungan Akta tersebut. ISA ditentang kerana ia membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Penahanan tanpa bicara adalah mekanisme yang subur kepada penyalahgunaan kuasa. Penahanan tanpa bicara menutup rapat pintu Mahkamah sehingga keadilan tidak dibenarkan masuk. Penahanan tanpa bicara melanggar prinsip asas dalam undang-undang yang diterima secara universal iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Bagaimana Kerajaaan boleh membuktikan seseorang itu bersalah jika orang itu tidak dibicarakan dan bagaimana seseorang itu boleh mencabar bahawa beliau tidak bersalah jika ia tidak dibenarkan untuk pergi ke Mahkamah untuk dibicarakan.

Apa guna ISA dimansuhkan jika roh ISA iaitu penahanan tanpa bicara diserap pula ke dalam dua Akta yang akan digubal oleh Umno nanti. Dalam bahasa Inggeris tindakan Umno ini dipanggil “ old wine in a new bottle” ( arak yang lama di dalam botol yang baru” ). Maknanya dua Akta yang akan menggantikan ISA adalah benda yang sama yang dihiasi dengan “make up” yang baru bagi menutup wajah asalnya yang hodoh.

Hishamuddin menyatakan Akta yang akan menggantikan ISA nanti akan akan mempunyai persamaan dengan Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan.

Kita ingin menjawab begini. Mengapa kita harus meniru negara lain dalam menggubal undang-undang yang melanggar prinsip keadilan. Jika Umno ketagih ingin meniru Amerika sebagai contoh kenapa tidak tiru aspek positif demokrasi negara tersebut. Mengapa sebagai contoh Umno tidak tiru budaya perdebatan terbuka yang disiarkan secara terbuka di media massa calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika. Mengapa tiru benda yang tidak baik dan tidak tiru benda yang baik.

Keduanya adakah Umno dan Hishamuddin sedar bahawa Patriot Act di Amerika tidak digunakan ke atas rakyat Amerika. Ia hanya digunakan ke atas bukan warganegara Amerika khususnya orang Islam yang sering dilabel sebagai Pengganas oleh Amerika.

Hishamuddin juga menyatakan bahawa dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.

Ini muslihat halus Umno untuk mengelirukan rakyat. Nampak jelas Umno tidak faham atau sengaja tidak faham asas penentangan kepada ISA. Seperti yang kita katakan asas penentangan ISA adalah ia membenarkan penahanan tanpa bicara bukan kerana isu tempoh penahanan atau notis kepada keluarga. Ini bermakna jika pun Akta yang baru mungkin menghadkan tempoh tahanan atau keluarga tahanan wajib diberitahu sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan masih boleh menahan seseorang tanpa bicara Akta baru tersebut tidak akan membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya ia satu penipuan.

Hishamuddin menyatakan terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan oleh itu beliau menyatakan jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit. Apalah malang rakyat Malaysia dapat Menteri seperti ini. Sejak bila pula kita setuju Amerika tahan orang tanpa bicara dan diletakkan di Guantanamo Bay ? Kerana kita tidak setuju Amerika dan Guantanamo Bay sebab itulah kita menentang ISA dan mana-mana Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Bagi kita Guantanamo Bay dan Kem Kemunting adalah kembar siam yang berpuaka- kedua-duanya kita tentang !

Friday, October 21, 2011

ZULKIFLI NORDIN “JAHIL MURAKKAB” TENTANG HUDUD

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Nordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa’zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “ Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa’zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno” Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ).

Tuesday, October 04, 2011

HUDUD DAN MEMAHAMI KEUTAMAAN

oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Pengalaman Mahathir selama 17 tahun sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipandang ringan. Isu sama ada kita setuju dengan beliau atau tidak bukan isunya di sini. Yang penting kecerdikannya menonjolkan isu hudud di saat Pakatan Rakyat berada di dalam 'good shape' suatu lontaran taktikal yang amat efektif.

Mahathir amat arif perpaduan Pakatan Rakyat adalah suatu yang tidak menguntungkan Umno dan BN. Isu hudud, bagi Mahathir , adalah senjata ampuh bagi memecahkan perpaduan Pakatan sekaligus berkesan bagi memesongkan fokus utama Pakatan- meranapkan BN di dalam Pilihan raya umum yang akan datang.

Bagi saya sedikit sebanyak lontaran Mahathir tersebut berjaya di satu tahap tertentu memerangkap pemimpin Pakatan khususnya di dalam Pas dan Dap. Secara jujur saya merasakan lebih elok lontaran Mahathir tentang hudud tidak disambut olen mana-mana pemimpin Pakatan. Saya lebih selesa jika isu hudud tidak dibincangkan di saat ini oleh mana-mana pemimpin Pakatan.

Namun saya mungkin tidak nampak apa yang Tuan Guru Nik Aziz nampak. Saya melihat isu hudud ditimbulkan oleh Mahathir untuk memerangkap Pakatan Rakyat sekaligus melupakan 'aulawiyyat' atau fokus utama Pakatan - menjatuhkan BN .

Bagi menjatuhkan BN , Pakatan tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan dan terjebak dengan permainan jahat BN. Tok Guru dengan keilmuan, kewarakan dan pengalaman lamanya dalam politik mungkin melihat dari kacamata yang lain. Saya amat hormati pandangan beliau. Namun saya percaya Tok Guru juga menghormati pandangan orang lain.

Jika elok sekalipun Tok Guru menyambut lontaran Mahathir bagi saya lebih elok lagi jika lontaran dari manusia yang menentang hudud itu tidak dilayan.

Di dalam seerah Rasulullah s.a.w sahabat Rasulullah Hubbab Al Mundzir r.a pernah memberikan pandangan strategiknya di dalam perang Badar tentang di mana sepatutnya tentera Islam seharusnya berpengkalan meskipun pandangan tersebut dilihat bertentangan dengan pandangan awal Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. berlapang dada menerima pandangan Hubbab kerana ia bukan menyentuh isu wahyu ( nas ) sebaliknya ianya isu taktikal semata-mata. Di atas ruh tersebut saya berpandangan melayan atau tidak melayan isu hudud yang Mahathir dan Umno lontarkan lebih berkaitan isu taktikal -tidak lebih dari itu.

Pandangan saya bahawa isu hudud tidak sepatutnya dilayan oleh pemimpin Pakatan khususnya Pas sudah tentu bukan kerana saya tidak selesa dengan hukum hudud. Buat apa saya sokong dan bersama Pas jika saya tidak selesa dengan hukum hudud.

Saya sendiri pernah menulis buku dan beberapa artikel di ruangan ini tentang hukum hudud . Malahan saya berani berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja tentang kehebatan hudud dibandingkan dengan undang-undang manusia. Namun isu di sini bukan soal kehebatan hukum hudud. Soal penerangan tentang kehebatan hukum hudud bagi saya adalah proses yang berterusan dan tidak semestinya dilakukan di saat ini. Saat dan waktu ini aulawiyat kita adalah perkara lain.

Seperkara lagi bagi saya risiko menonjolkan isu hudud secara berlebihan akan menyebabkan ada yang beranggapan bahawa seolah-olah hudud adalah Islam dan Islam adalah hudud. Sudah tentu itu bukan pendirian Pas tetapi jangan salahkan mereka yang tidak mengenali Pas mempunyai tanggapan sebegitu.

Isu di sini adalah mengapa kita harus cuai dan lalai dengan aulawiyyat atau fokus kita untuk jatuhkan BN dengan bertelingkah dengan DAP soal hudud. Percayalah sebarang tikam lidah secara terbuka antara pemimpin Pakatan tidak menguntungkan sesiapa kecuali BN. Ini point yang saya ingin tekankan di sini.

Bagaimanapun Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Percubaan Umno atau Mahathir untuk memerangkap Pas nampaknya memerangkap Umno sendiri. Isu hudud kini dilihat memecahkan Najib dan Muhyiddin. Rakan kongsi Umno , Mca juga mainkan Umno.

Najib yang menyangka isu hudud akan memecahkan Pakatan dan berakhir dengan keluarnya Dap dari Pakatan memberi reaksi yang membingungkan Umno . Najib merasakan kenyataan terbukanya yang menyatakan hukum hudud tidak akan sama sekali (never ) dilaksanakan akan memerangkap Dap.

Najib berharap Karpal atau Dap akan sokong pendirian liberalnya. Namun apa yang berlaku kematangan Pakatan menghidu permainan jahat Umno bukan sahaja menyaksikan Dap terus setia bersama Pakatan malahan pengundi melayu/Islam kini sedar siapa yang tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini. Ya, Najib dan Umno adalah “musuh” hukum hudud.

Thursday, September 29, 2011

MEMFITNAH ORANG MATI- MALAYSIA BOLEH ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dengan pertuduhan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Sepertimana yang semua tahu Mahkamah telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM 15,000-00 . Pihak pendakwa pula pada asalnya menawarkan jaminan sebanyak RM 50,000-00. Saya membantah tawaran pendakwa tersebut yang saya sifatkan sebagai tidak masuk akal kerana tujuan jaminan hanya sekadar untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah .

Saya hujahkan jaminan RM 50,000-00 adalah terlalu tinggi dan boleh dikira bersifat menghukum tertuduh sedangkan prinsip undang-undang jenayah adalah seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Saya juga hujahkan Mohd Sabu bukanlah “flight risk” ( orang yang berisiko akan melarikan diri ) kerana terbukti meskipun beliau dihentam habis-habisan selama lebih kurang 17 hari tanpa henti oleh Utusan dan pihak-pihak lain beliau tidak melarikan diri. Saudara Aminuddin Zulkifli yang turut membantu saya juga berhujah bahawa Mohd Sabu juga telah berkerjsama dengan pihak polis apabila diminta hadir ke Balai Polis sehari sebelum beliau didakwa.

Isu sama ada Mohd Sabu benar-benar memfitnah polis-polis di Bukit Kepong masih awal untuk ditentukan . Namun apa yang menarik untuk dilihat nanti adalah bagaimana sistem kehakiman negara ini akan mendepani isu tuduhan memfitnah polis-polis di Bukit Kepong pada tahun 1950 tersebut..

Pihak pendakwa yang berketuakan Peguam Negara yang penuh kontroversi, Tan Sri Ghani Patail memilih untuk mendakwa Mohd Sabu kerana dikatakan memfitnah polis-polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Kini semua orang tahu isu Bukit Kepong juga tidak dapat lari dari seorang individu yang bernama Mat Indera .

Dalam perbahasan yang kita boleh baca di media-media massa dan juga alam siber timbul polemik adakah benar polis-polis di Bukit Kepong tersebut benar-benar wira sebenar atau mereka juga boleh didakwa sebagai petualang bangsa kerana berkhidmat dengan penjajah British ? Timbul juga polemik yang sama iaitu sama ada Mat Indera yang diburu dan digantung oleh Penjajah British adalah seorang wira atau seorang petualang kerana melawan British ?

Dalam keadaan polemik yang timbul dan masih belum selesai itu memang susah untuk akal kita menerima bagaimanakah dan kenapakah hanya orang yang dikatakan memfitnah polis-polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka sahaja didakwa di Mahkamah sedangkan mereka yang mendakwa Mat Indera seorang yang berfahaman Komunis yang dikatakan kejam dan ganas ( seperti dakwaan Menteri Besar Johor ke atas Mat Indera ) tidak pula didakwa oleh Ghani Patail ? Inilah risko yang Najib dan Kerajaan BN tanggung apabila mereka membawa isu pentafsiran sejarah ke dalam dewan Mahkamah .

Ramai yang mungkin pernah menonton filem Titanic. Di dalam filem tersebut digambarkan First Officer William McMaster Murdoch ( tokoh bangsawan yang kaya raya ) yang berkahwin dengan wanita biasa yang dilakonkan oleh Kate Winslet adalah orang yang kejam dan telah menembak para penumpang kapal Titanic yang karam itu . Apa yang berlaku selepas kematian William McMaster Murdoch didapati bahawa bukan sahaja tiada kejadian tembakan berlaku pada malam kapal Titanic karam malahan William McMaster Murdoch adalah hero sebenar di dalam tragedi tersebut kerana beliaulah yang telah memberikan jaket keselamatannya kepada penumpang dan akhirnya beliau sendiri yang mati bersama-sama kapal Titanic yang karam. Bagaimanapun Pengarah dan Penerbit filem Titanic , James Cameron bernasib baik kerana tidak tinggal di Malaysia . Jika tidak, tidak mustahil beliau juga mungkin akan didakwa seperti Mohd Sabu.

Sebagai peguam yang mengetuai pasukan pembela Mohd Sabu ini saya masih tertanya-tanya di dalam hati bagaimanakah orang yang sudah meninggal dunia boleh difitnah ? Saya juga tertanya bagaimakah mereka akan dipanggil menjadi saksi-saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah bahawa mereka difitnah ? Seram sejuk setiap kali saya memikirkan hal tersebut .

Pengetahuan undang-undang saya yang terhad terhadap undang-undang fitnah mengajar saya bahawa di bawah sistem “common-law” peraturan yang terpakai di dalam kes fitnah adalah “reputasi seseseorang itu adalah bersifat rapuh ( perishable ) sepertimana rapuhnya seseorang manusia itu . Peraturan atau prinsip tersebut dinyatakan di dalam doktrin yang dinyatakan dalam bahasa Latin “ actio personalis moritur cum persona (“ hak peribadi seseorang di dalam kes fitnah mati sebaik matinya seseorang itu )

Seorang hakim Inggeris iaitu Sir James Stephen telah seawal tahun 1887 menyatakan “The dead have no rights and can suffer no wrongs.” ( orang yang mati tidak ada hak dan tidak akan menederita sebarang salah laku ke atas dirinya ).

Bagi mereka yang menekuni sejarah hidup orang-orang ternama di dunia ini seperti Elvis Presley, Queen Victoria , Abraham Lincoln dan Winston Churchill misalnya mereka pasti akan menemui tuduhan-tuduhan yang berbaur fitnah ke atas tokoh-tokoh ternama tersebut.

Sebagai contoh Elvis Presley dituduh seorang yang mempunyai keinginan seks ke atas kanak-kanak ( pedophile ). Queen Victoria pula dituduh seorang lesbian. Abraham Lincoln pula dituduh sebagai seorang penzina gay ( gay adulterer ) dan Winston Churchill pula didakwa konspirator pembunuh.

Kesemua tuduhan tersebut yang diterbitkan beberapa tahun kebelakangan ini adalah secara jelas fitnah per se ( maksudnya fitnah yang terlalu serius sehingga tidak perlu dibuktikan mereka telah menanggung kerugian akibat fitnah tersebut ). Bagaimanapun tuduhan-tuduhan tersebut juga berkongsi elemen yang sama iaitu kenyataan-kenyataan tersebut dibuat selepas tokoh-tokoh ternama tersebut meninggal dunia. Oleh yang demikian pihak penerbit yang menerbitkan kata-kata atau tuduhan-tuduhan tersebut tidak dibawa ke Mahkamah kerana mereka dilindungi oleh satu peraturan yang telah lama bertahan “ kamu tidak boleh memfitnah orang mati”.

Tidak dinafikan ramai dari kita dibesarkan dengan ajaran jangan bercakap perkara tidak baik ke atas orang yang sudah mati namun undang-undang yang masih terpakai sehingga kini adalah undang-undang yang tidak menyalahkan orang yang berbuat demikian ( memfitnah orang yang mati ). Adakah undang-undang di Malaysia menyimpang dari prinsip undang-undang yang saya sebut tadi sama-sama lah kita tunggu dan lihat !!!

Thursday, August 25, 2011

Anwar berjaya menjerat musuhnya


oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

Thursday, June 30, 2011

POLIS KETAGIH SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?

Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?

Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.


Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .

Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?

Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.


Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?

Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .

Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahan

Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.

Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?

Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.

Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin.

Tuesday, May 17, 2011

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Monday, May 16, 2011

THE COURT MUST BE JOKING

by : Mohamed Hanipa Maidin

The Judge in calling Anwar's for defence described Mohd Saiful Bukhari Azlan as a credible and truthful witness.

I believe the first reaction of any concerned Malaysian is this : the court must be joking !!!

Is history repeating itself ?

When Anwar was convicted by Arifin Jaka J. few years ago the Judge also complimented Azizan. Arifin Jaka described Azizan's evidence as strong as Gibraltar.

Common Mr Prime Minister !! dont you have better scripts !!!

Terjemahan :-

Apabila Anwar dipanggil membela diri, Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi yang benar dan berkredibiliti.

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin adalah seperti berikut : Mahkamah mesti membuat lawak jenaka !!!

Adakah sejarah kini berulang kembali ?

Apabila Hakim Arifin Jaka mensabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu beliau juga memuji keterangan Azizan sebagai pihak pengadu di dalam kes tersebut. Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah terlalu kuat sekuat gunung Gibraltar.

Common Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Friday, March 25, 2011

Anwar’s trial reaches mind-boggling phase

The following is my article appeared in Malaysian Insider

Tell me if the following rulings by the judge in Anwar Ibrahim’s trial is not mind boggling.First the court ruled that a towel, a toothbrush and a mineral water bottle introduced by the prosecution were inadmissible as they had been unlawfully obtained.

Subsequently, the same judge overruled his own decision and held that the items are now admissible and can be relied upon by the prosecution.Perhaps because Anwar has been accused by the prosecution of indulging in an unnatural sexual act, an unnatural trial is therefore to be expected.

What I mean is that people are too naive or foolish if they expect Anwar’s trial to be placed in the same category as other ordinary criminal trials involving the average person.

Don’t believe me? Can anyone tell me if any other sodomy complainant has been allowed to see the prime minister or his wife at their official residence? Or if other victims could personally contact the IGP? Or allowed to provide their police statement in the privacy and comfort of a hotel room? Or if Anwar is not being put on trial in the court of public opinion, courtesy of the pro-government media? Or if other prosecution affidavits are published in newspapers before they are submitted to the trial? Or if we have unrelated organisations organising protests to pressure the accused into surrendering his DNA samples?

And the lists goes on.

Like it or not Anwar’s trial has never been usual and natural to begin with. You don’t see many such stunts appearing anywhere else but here.When Anwar is tried, it seems that the entire machinery of the government have been in operation to viciously finish him off. As far as Umno is concerned, Anwar is the enemy of the State thus any means to destroy him is justified.

One must be crazy to even dream that Anwar would be accorded a genuine due process. What transpired inside and outside the trial reaffirms the people’s belief that the ghost of his first sodomy trial has now returned with a vengeance.

Judging from what has happened throughout his trial so far, people suspect something must be wrong somewhere.Is his a legal or political trial? Is he or our administration of justice being tried? What do his enemies really want?

Many well-planned coincidences also emerge in Anwar’s fiasco.

When Anwar was to be nominated as a candidate for Permatang Pauh’s by-election, the public were suddenly shown Saiful’s oath in the Federal Territory mosque.

Now, when people are to go to the polls in Sarawak, they are shown yet with another stunt — a sex video tape purportedly featuring Anwar as the main actor of the scene.

For the first time, a sex video was publicly viewed without any interference from the police. And for the first time, Malaysians are told Datuk T comprises of three individuals .

Anyway Anwar should be thankful to his political rivals as they do not mind Rahim Tamby Chik’s role in this new release video.When Rahim shows his utmost concern on sex related materials, history is being rewritten.

Never mind Anwar... lawan tetap lawan

Anwar’s trial reaches mind-boggling phase

The following is my article appeared in Malaysian Insider



MARCH 25 — Tell me if the following rulings by the judge in Anwar Ibrahim’s trial is not mind boggling.

First the court ruled that a towel, a toothbrush and a mineral water bottle introduced by the prosecution were inadmissible as they had been unlawfully obtained.

Subsequently, the same judge overruled his own decision and held that the items are now admissible and can be relied upon by the prosecution.

Perhaps because Anwar has been accused by the prosecution of indulging in an unnatural sexual act, an unnatural trial is therefore to be expected.

What I mean is that people are too naive or foolish if they expect Anwar’s trial to be placed in the same category as other ordinary criminal trials involving the average person.

Don’t believe me? Can anyone tell me if any other sodomy complainant has been allowed to see the prime minister or his wife at their official residence?

Or if other victims could personally contact the IGP?

Or allowed to provide their police statement in the privacy and comfort of a hotel room?

Or if Anwar is not being put on trial in the court of public opinion, courtesy of the pro-government media?

Or if other prosecution affidavits are published in newspapers before they are submitted to the trial?

Or if we have unrelated organisations organising protests to pressure the accused into surrendering his DNA samples?

And the lists goes on.

Like it or not Anwar’s trial has never been usual and natural to begin with. You don’t see many such stunts appearing anywhere else but here.

When Anwar is tried, it seems that the entire machinery of the government have been in operation to viciously finish him off. As far as Umno is concerned, Anwar is the enemy of the State thus any means to destroy him is justified.

One must be crazy to even dream that Anwar would be accorded a genuine due process. What transpired inside and outside the trial reaffirms the people’s belief that the ghost of his first sodomy trial has now returned with a vengeance.

Judging from what has happened throughout his trial so far, people suspect something must be wrong somewhere.

Is his a legal or political trial? Is he or our administration of justice being tried? What do his enemies really want?

Many well-planned coincidences also emerge in Anwar’s fiasco.

When Anwar was to be nominated as a candidate for Permatang Pauh’s by-election, the public were suddenly shown Saiful’s oath in the Federal Territory mosque.

Now, when people are to go to the polls in Sarawak, they are shown yet with another stunt — a sex video tape purportedly featuring Anwar as the main actor of the scene.

For the first time, a sex video was publicly viewed without any interference from the police. And for the first time, Malaysians are told Datuk T comprises of three individuals .

Anyway Anwar should be thankful to his political rivals as they do not mind Rahim Tamby Chik’s role in this new release video.

When Rahim shows his utmost concern on sex related materials, history is being rewritten.

Never mind Anwar... lawan tetap lawan

Monday, February 28, 2011

KEGANASAN POLIS BOLEH MENCETUSKAN REVOLUSI RAKYAT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Mendengar “khutbah” polis bahawa beberapa ceramah Pas didakwa tidak ada permit di Kerdau amat menyakitkan hati dan telinga. Dalam waktu kempen yang hanya seminggu panjangya mengapakah isu permit ceramah terus menerus didendang.

Kita merasa kesal kerana sehingga kini pihak polis masih tidak mahu menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman. Tindakan pihak polis menangkap dan menganggu perhimpunan aman kaum india di ibu kota baru-baru ini menunjukkan sikap polis terhadap perhimpunan aman masih tidak berubah. Bagi polis perhimpunan khususnya dari rakyat yang tidak menyokong BN adalah satu kesalahan tanpa mengira ianya aman atau tidak. Zikir polis adalah apa sahaja perhimpunan tanpa permit adalah haram maka halal bagi polis untuk mengganggu dan bertindak ganas ke atas ahli-ahli perhimpunan tersebut.

Polis di negara ini amat “allergic” dengan mana-mana perhimpunan rakyat . Meskipun sudah banyak kali pihak polis kalah di dalam perbicaraan di mahkamah yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram sikap polis dan peguam negara tidak pernah berubah. Polis akan terus mengganas dan menangkap mana-mana orang yang terlibat dengan perhimpunan dan pihak peguam negara akan terus mendakwa mereka yang ditangkap.

Untuk polis dan BN kita ingin mengingatkan bahawa revolusi yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini dan telah berjaya di Tunisia dan Mesir setakat ini adalah hasil dari perhimpuan haram mengikut definisi polis di negara ini. Hanya dengan perhimpunan haram itulah kerajaan haram di Tunisia dan Mesir berjaya diguligkan. Jika Kerajaan di bawah BN terlalu benci dengan perhimpunan haram kita ingin lihat sama ada Malaysia akan terus mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan baru di Tunisia dan di Mesir yang lahir dari satu perhimpunan haram !

Kita sering mengingatkan BN jika kamu masih terus menerus menutup pintu demokrasi kamu hakikatnya sedang membuka pintu demonstrasi dan jika kamu terus menerus menekan demokrasi tidak mustahil akan munculnya satu revolusi.

Ramai mungkin tidak sedar antara faktor kuat yang mendorong dan mempercepatkan lagi revolusi rakyat di negara-negara Arab khususnya di Tunisia dan Mesir adalah faktor keganasan polis ( police brutality ). Dengan wujudnya teknologi IT yang terkini isu polis bertindak ganas ke atas rakyat mudah tersebar luas dan berjaya mencetuskan gelombang rakyat .

Majalah The Times yang terbaru melaporkan di Mesir sebagai contoh seorang pelajar Universiti ,Kamel dari Delta Nile menceritakan bagaimana beliau terjatuh dari kereta api di stesyen dan terbaring di landasan kereta api tersebut dan pihak polis telah datang ke tempat beliau terbaring. Beliau amat terkejut apabila pihak polis yang diharapkan akan menolongnya sebaliknya telah bertindak ganas dengan memukul beliau . Beliau bukan sahaja merasa sakit tetapi merasa amat terhina dengan tindakan polis tersebut. Beliau menyebar luas apa yang terjadi kepada beliau di alam maya melalui blog beliau

Kemudiannya dalam musim panas berlaku lagi kes keganasan polis yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat internet ( online community ) . Di Iskandariyyah seorang ahli perniagaan muda , Khaled Said telah dipukul sehingga mati oleh pihak polis. Tragedi itu melahirkan Facebook yang bertajuk “ We Are All Khaled Said” ( “ Kita Semua Adalah Khaled Said” ) yang dikendalikan oleh seorang pentadbir yang tidak bernama.

Kamel yang sebelum ini dipukul polis di landasan kereta api turut serta dalam Kumpulan Facebook tersebut dan menjadi salah seorang perancangnya yang utama. Hanya pada 7 Februari 2011 barulah Kamel mengetahui bahawa pentadbir Facebook yang tidak bernama tersebut adalah Wael Ghonim , eksekutif Google yang menjadi hero rakyat dalam perhimpunan di Dataran Tahrir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak.

Kamel dam Wael Ghonim adalah dua anak muda yang menjadi pencetus perhimpunan besar-besaran dan bersejarah pada 25 Januari di Dataran Tahrir .Keganasan polis telah memberikan mereka satu kekuatan baru untuk meminta rakyat Mesir turun ke jalan raya menggulingkan rejim Mubarak.

Keganasan polis wanita ke atas Mohammad Bouazizi sehingga membuatkan beliau membakar dirinya menjadi pencetus revolusi Jasmine di Tunisia.

Di Malaysia keganasan polis juga berlaku dalam skala yang amat besar. Yang rakyat tahu seperti kes Kugan dan adik Aminurrasyid adalah kerana ianya didedahkan di msia massa. Kes kematian adik Aminurasyid yang dibunuh oleh polis tidak melahirkan Facebook “ KITA SEMUA ADALAH AMINURRASYID” namun kita percaya akan muncul wira-wira baru jika pihak polis masih terus tidak berubah.

Mungkin bagi BN keganasan polis bukan satu isu yang mereka perlu takuti . Ya, ia mungkin bukan satu isu pada masa ini tetapi apa jaminan ia tidak akan menjadi isu besar di masa hadapan. Adakah BN ingat kaum muda di negara ini yang saban hari terdedah dengan internet , facebook dan twitter hanya melihat apa yang berlaku dan tidak merasa apa-apa.

Jika itu yang Najib dan BN fikirkan kita juga ingin menyatakan itu jugalah yang difikirkan oleh rejim Zine el Abidine Ben Ali dan rejim Mubarak ke atas anak-anak muda di Tunisia dan Mesir. Sebelum revolusi di Tunisa dan Mesir berlaku anak-anak muda arab di sana dianggap oleh rejim –rejim diktator tersebut sebagai generasi yang hilang arah.

Seorang Profesor Sains Politik di Universiti Cairo, Hassan Nafaa menyatakan “ jika kamu katakan beberapa tahun lalu bahawa pelajar-pelajar saya adalah bertanggungjawab ke atas pertukaran rejim di Mesir saya akan hanya ketawa ,,tetapi tidak sekarang.”” Hassan yang menamakan generasi muda di Mesir itu sebagai “Generasi Internet” atau “Generasi Facebook’ menyatakan “ budak-budak muda ini telah melakukan banyak perkara daripada apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam masa 30 tahun.”

Revolusi di negara-negara Arab memberi satu signal kepada kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia ini bahawa jangan perkecilkan kuasa rakyat. Hanya kerana kamu lama berkuasa dan terus menang dalam pilihanraya dan dalam masa yang sama masih terus mencengkam rakyat dengan pelbagai polisi dan undang-undang yang draconian jangan kamu ingat kamu tidak diperhatikan oleh rakyat.

Di Tunisa pemuda-pemuda yang menentang Ben Ali bukanlah pemuda-pemuda yang melaungkan ayat-ayat Al-Quran sebaliknya mereka adalah generasi Rap yang bangkit menentang rejim Ben Ali dengan senikata lagu rap yang ditulis oleh ElGeneral “ Lihat apa yang berlaku Mr Presiden/ rakyat mati, rakyat makan sampah/ lihatlah Mr Presiden , aku bercakap tanpa takut, meskipun aku tahu aku akan dilanda masalah/ lihatlah Mr Presiden aku menyaksikan ketidakadilan di mana-mana.”

Saturday, January 22, 2011

How a man setting fire to himself sparked an uprising in Tunisia

A relatively minor incident has become the catalyst for a wave of protests that may end the presidency of Zine El Abidine Ben Ali

Watching events in Tunisia over the past few days, I have been increasingly reminded of an event in 1989: the fall of the Romanian dictator, Nicolae Ceausescu. Is the Tunisian dictator, Zine El Abidine Ben Ali, about to meet a similar fate?

After 22 years in power, Ceausescu's end came suddenly and somewhat unexpectedly. It began when the government harassed an ethnic Hungarian priest over something he had said. Demonstrations broke out but the priest was soon forgotten: they rapidly turned into generalised protests against the Ceausescu regime. The Romanian public, to put it mildly, had had enough.

The riots and demonstrations that have swept through Tunisia during the past 10 days also began with a small incident. Twenty-six-year-old Mohamed Bouazizi, living in the provincial town of Sidi Bouzid, had a university degree but no work. To earn some money he took to selling fruit and vegetables in the street without a licence. When the authorities stopped him and confiscated his produce, he was so angry that he set himself on fire.

Rioting followed and security forces sealed off the town. On Wednesday, another jobless young man in Sidi Bouzid climbed an electricity pole, shouted "no for misery, no for unemployment", then touched the wires and electrocuted himself.

On Friday, rioters in Menzel Bouzaiene set fire to police cars, a railway locomotive, the local headquarters of the ruling party and a police station. After being attacked with Molotov cocktails, the police shot back, killing a teenage protester.

By Saturday, the protests had reached the capital, Tunis – and a second demonstration took place there yesterday.

Reporting of these events has been sparse, to say the least. The Tunisian press, of course, is strictly controlled and international news organisations have shown little interest: the "not many dead" syndrome, perhaps. But in the context of Tunisia they are momentous events. It's a police state, after all, where riots and demonstrations don't normally happen – and certainly not simultaneously in towns and cities up and down the country.

So, what we are seeing, firstly, is the failure of a system constructed by the regime over many years to prevent people from organising, communicating and agitating.

Secondly, we are seeing relatively large numbers of people casting off their fear of the regime. Despite the very real risk of arrest and torture, they are refusing to be intimidated.

Finally, we are seeing the breakdown of a long-standing devil's compact where, in return for submitting to life under a dictatorship, people's economic and welfare needs are supposedly taken care of by the state.

Officially, unemployment levels in Tunisia are around 13% though in reality they may be higher – especially among university graduates. According to one recent study, 25% of male graduates and 44% of female graduates in Sidi Bouzid are without jobs. In effect, they are victims of an educational system that has succeeded in providing them with qualifications that can't be used and expectations that can't be met.

The regime also seems to have overdone its trumpeting of Tunisia's economic progress. If those claims are true, people ask, what happened to the money? One answer they give is that it has gone into the pockets of the Ben Ali family and their associates.

"The First Lady," Dr Larbi Sadiki of Exeter university wrote the other day, "is almost the Philippines' Imelda Marcos incarnate. But instead of shoes, Madame Leila collects villas, real estate and bank accounts". Then there's the president's son-in-law and possible successor, Mohamed Sakhr el-Matri whose OTT lifestyle and business interests were eloquently described, courtesy of WikiLeaks, by the US ambassador.

The defining moment in the Romanian revolution came when President Ceausescu and his wife held a rally – televised live – to drum up support. But instead of cheering as they had always done before, the crowd booed and heckled. Visibly stunned, the Ceausescus disappeared inside the building and the whole country knew their game was up.

President Ben Ali has so far avoided that mistake and continues to be extolled by the official media. But there was a telling straw in the wind when his Constitutional Democratic Rally party called a meeting in Sidi Bouzid last week. "The meeting, which was supposed to deliver a strong political message and calm things down, was feeble," one journalist was quoted as saying. In the event, very few party members turned up

The regime's claim that (unspecified) sinister forces lie behind the riots and demonstrations also sounds half-hearted. By hastily finding $15m (£10m) in economic aid for Sidi Bouzid it has, after all, acknowledged that the protesters have a point.

The crucial question is what members of the security forces, members of the ruling party and government officials – all those who have helped to keep the Ben Ali show on the road for the past 23 years – really think. How many of them have family members among the unemployed? And, more important, how many really believe Ben Ali is the man to lead the country out of its problems?

Most Arab regimes rely on patronage networks to keep themselves in power but Ben Ali's support base looks comparatively small and increasingly fragile, as the US ambassador noted last year in one of the WikiLeaks documents. He described a regime that has lost touch with the people, a regime that tolerates no advice or criticism and whose corruption has become so blatant that "even average Tunisians are now keenly aware of it".

Ben Ali may try to cling on, but his regime now has a fin de si├Ęcle air about it. He came to power in 1987 by declaring President Bourguiba unfit for office. It's probably just a matter of time before someone else delivers that same message to Ben Ali.

Tuesday, January 11, 2011

KHUSRIN JAGA SELANGOR IBARAT KUCING JAGA IKAN

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.

Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno “merogol” bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin “trias politica” ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala “dosa” yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .

Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai SUK Selangor.

Umno penuh sedar Khusrin telah banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara terbuka polisi Kerajaan Selangor. JAIS yang pernah dikepalai oleh Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan Selangor. Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan kata-kata Khusrin bahawa “ Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam masjid kerana berhadas besar” sedangkan Nabi Muhammad sendiri membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di Masjid Nabi .

Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan “fatwa hadas besarnya” kepada Ahli Parlimen MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di dalam masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno bagi memberikan replica cek .

Adakah Umno ingat rakyat sudah lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid –masjid dan surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid tersebut

Umno sudah tentu tahu bahawa dalam mana sistem demokrasi berparlimen ala Westminster menjadi satu prinsip yang diterima pakai secara sejagat bahawa seorang Ketua Setiausaha sama ada di peringkat pusat atau di peringkat negeri bertanggungjawab berkhidmat dengan Kerajaan semasa ( government of the day ) dengan jujur dan setia. Tidak perlu diiingatkan SUK di Negeri Selangor mestilah seorang yang bersedia secara jujur dan penuh taat setia memastikan dasar Kerajaan Pakatan di Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Dengan lain perkataan SUK tersebut mestilah individu yang tidak membuat tindakan yang dilihat bertentangan dengan polisi Kerajaan Pakatan.

Bertolak dari situ , menjadi satu konvesyen Perlembagaan ( constitutional convention ) mana-mana Kerajaan Negeri di Negara ini mestilah mempunyai suara dan wajar dirunding sebelum seorang SUK ingin dilantik di Selangor . Sudah tentu mana-mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor tidak akan mahukan SUK yang dilantik adalah individu yang mempunyai track record yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Khusrin adalah seorang kakitangan awam di Negeri Selangor yang secara jelas termasuk dalam kategori individu yang tidak dapat dan tidak bersedia melaksanakan polisi Kerajaan Pakatan di Selangor. Tagline 'khusrin anti Pakatan dan pro Umno/BN ' terpampang di dahi Khusrin.

Khusrin bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk melaksanakan polisi Kerajaan Selangor sebaliknya beliau telah dibuktikan secara terbuka menentang , mensabotaj dan memburukkan imej Kerajaan Selangor dengan tindakan-tindakannya yang saya telah nyatakan sebelum ini. Mungkin Khusrin sesuai berkhidmat sebagai SUK jika Kerajaan Selangor masih diterajui oleh Kerajaan bobrok Umno tetapi beliau amat tidak layak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Pakatan yang berpegang kepada paradigma politik yang baru.

Memanglah seorang SUK pada prinsip umumnya harus bersifat berkecuali dan “apolitical” ( tidak menyebelahi ). Dengan lain perkataan seorang SUK tanpa mengira parti mana pun memerintah mesti bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi kerajaaan yang beliau bertugas di bawahnya. Adakah ada orang yang sihat pemikirannya boleh percaya Khusrin akan bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi Kerajaaan Pakatan di Selangor.

Mungkin ada yang berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu menjalankan tugasnya sebagai SUK Selangor . Ini hujah yang agak menarik tapi penuh dengan racun. Hakikatnya hujah ini meminta Kerajaan Selangor memberi peluang Khusrin meranapkan Kerajaan Pakatan di Selangor. Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan namanya kucing !

Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau ?