Tuesday, January 26, 2010

BEZA PAS DAN UMNO DALAM ISU ALLAH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .

Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.

Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.

Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini. Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.

PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.

PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang. Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan. Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.

Siapa tidak kenal kebobrokan bangsa Yahudi. Apa yang tidak dilakukan oleh orang Yahudi ke atas para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Namun tidakkah kita sedar asbabun nuzul ( sebab turun ayat ) surah Al-Nisa ayat 105 menunjukkan bagaimana Islam membebaskan tuduhan ke atas orang Yahudi yang dianiyai dengan tuduhan palsu oleh orang Islam sendiri. Tu‘ma ibnu Ubayriq , seorang Islam yang mencuri baju besi tetapi kemudiannya meletakkan baju curi tersebut di rumah orang Yahudi. Meskipun Tu’ma bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri dan dalam keadaan kaum Tu’ma meminta Rasulullah s.a.w membela Tu’ma namun ayat Allah membebaskan bangsa Yahudi yang dianiyai itu.

Jika emosi dan taksub menjadi taruhan dan sandaran sudah tentu orang Islam yang dibela ( kerana seagama ) dan Yahudi ( berlainan agama dan zalim dengan orang Islam ) dibiarkan terbiar dianiaya.

Tetapi itulah Islam. Keadilannya merentasi garisan perkauman dan keagamaan.

Dalam konteks keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.

Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana disamping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengesakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Apabila Hakim Lau Bee Lan menyatakan bahawa Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja , dari segi Islam di mana silapnya ? Sepertimana kata Yusuf Al-Qardhawi sebaik sahaja kita buka Al-Quran dan membaca Al-Fatihah kita sudah disajikan dengan kalimah “Allahu rabb al-‘alamin” bukan Rabb Al- Muslimin au Rabb al-masihiyyin . Jika dari segi Islam tidak salah adilkah kita untuk menyatakan ianya salah hanya kerana yang menggunakan kalimah itu adalah orang Kristian.

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?

Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkap
pada tahun 1879 sehingga sekarang .

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .

Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutusakn bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?

Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima.”

16 comments:

musalman said...

Adakah selama ini perhimpunan besar2an PAS kerana emosi?

Apakah kesilapan lampau oleh sesetengah penterjermah hendak dijadikan hujah bagi membenarkan?

Apakah kesilapan yg bakal mendatang tak boleh dibendung dari sekarang?

Mana ayat2 jelas dimana Allah membenarkan mereka memanggil manusia, roh, batu, busut, banir, ukiran2, bulan dan bintang sebagai Allah?

Apabila Allah menerangkan kesilapan mereka adakah itu membenarkan mereka?

Apakah PAS tidak dpt melihat perencanaan2 yg mendajal dari mereka selepas ini?

Tidakkah Allah ini sebagai satu floodgate?

Adakah selepas ini kitab suci Allah dibolehkan? Firman Allah? Ayat2 Allah? Wali2 Allah?

Adakah selepas ini pernikahan org Islam dgn org Kristian@Nasrani@Ahli Kitab akan dibenarkan jua?

Adakah tanda halal tiada perlu lagi kerana kiranya ianya disembelih oleh ahli2 kitab?

Apa gunanya ada kuasa?

Pada siapa kekalutan umat Islam akan datang di Msia akan dipertanggungjawabkan? Dahlah konsep berpegang kepada mazhab cuba dikikis. Sedang suruhan nabi mewajibkan mengikut jemaah dibuang.

You are looking at the tree but you are missing the forest. Unable to see the grand picture. Follow by the letter but not by the spirit. Sedangkan pada zaman2 awal dan kegemilangan Islam hudud itu boleh dilonggarkan dan diketatkan mengikut suasana keadaan.

Merasakan bahwa kita di Malaysia ini isolated. Terlindung dari kancah permainan kotor kuasa2 besar dunia. Nobody cares. Negara kecil. Penduduk pun tak sampai 30juta.

Tapi anda semua mudah lupa....Selat Melaka terlalu strategik utk kuasa2 besar. In the last 500 years, kita baru merdeka 53 tahun!

Namun begitu ulama2 dahulu telah berjaya mempertahankan aqidah kita sehingga ke hari ini. Adakah kita mampu mempertahankan aqidah kita for the next 500 years?

And stop looking the whole thing from political perspective seolah2 ini semata2 a fight between UMNO and PAS!

To you I am extremist but to me you are a liberal.

ondastreet said...

Assalamualaikum,
Artikel saudara telah dicopy dan paste sebagai komen ke artikel saudara.

Alang-alang, ingin saya bertanya..soalan paling mudah..

Dalam Bahasa Malaysia, “water” adalah air.. dan “God” adalah Tuhan..

Kenapa perlu berhujah pakai gunakan bangsa arab? The Herald mahu alih bahasa Bible Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab atau ke Bahasa Malaysia?

Disinilah nawaitu The Herald diragui.. bukan kerana sepotong kalimah, tetapi niat disebalik tindakan tersebut..

~ OnDaStreet

Arni said...

Saya mmg faham dgn pendirian PAS yg menyatakan "Allah" itu untuk semua. Mmg tak salah pendirian itu.

TETAPI, kena kaji dari segi keunikan kes ini bagi penduduk Malaysia. Tak usah bicara tentang negara yg penduduknya berbahasa Arab. Ini Malaysia. Dan bilangan rakyat Malaysia Muslim yg guna "Allah" dlm konsep Islam LEBIH RAMAI dari penganut Kristian (yg rata2nya dari Sabah & Sarawak). Kristian Semenanjung pun tak guna "Allah" dlm kitab mereka.

Oleh itu, untuk KEAMANAN NEGARA. Lebih elok "Allah" hanya untuk Islam.

Saya analogikan kes ni macam kes Faizal Tahir bukak baju dulu la. Mmg tak berdosa lelaki tak pakai baju di khalayak ramai, tapi 'kurang manis' dan menimbulkan rasa tak senang pada ramai org. Betul tak?

kaptenhasan said...

Kalau kita tidak izinkan orang kristian menggunakan perkataan Allah maka hentikan lah usaha untuk berdakwah kapada orang bukan islam mulai sekarang .mereka akan ada asas menakutkan orang bukan islam kapada islam .Yadim patut di tutup . Kalau anda pikir dakwah hanya untuk orang islam teruskanlah kerana ia telah banyak di buat . Ingat lah iblis dan syaitan tidak suka ramai orang masuk syurga . Saya ialah kaptenhasan dan lagu "biru mata hitamku" nyanyian kumpulan wings dan lirik di tulis oleh allahyarham loloq adalah ditujukan kapada saya . Nyanyilah ramai ramai dan tujukan lagu itu kapada saya .

January 25, 2010 10:02 PM

Kalau anda takut kapada dakyah ugama kristian kapada orang islam , Majlis ugama islam telah melarang orang bukan islam menggunakan 35 perkataan arab antara nya firman syafaat dan lain itu . Saya baca dalam berita harian 15 january lalu tetapi kita semua tak boleh melarang orang bukan islam mengunakan perkataan Allah kerana ia nya hak Allah , hak tuhan bukan hak manusia . Kesalahan orang bukan islam bila menggunakan perkataan Allah ada dosa anatara manusia dengan Allah bukan dosa antara manusia dengan manusia , bukan juga dosa orang kristian kapada orang islam . Khalid samad mementingkan masa depan iaitu dakwah orang islam kapada bukan islam dan hanya kerna itu anda berdua tak patut bermusuhan . Pengharaman 35 perkataan daripada digunakan oleh org bukan islam telah cukup menghalang dakyah kristian jika itu yang anda takutkan .

Mohd said...

PAS akan berpendirian utk menjaga hati orang2 bukan Islam. Utk menagih simpati dan undi orang2 bukan Islam. Itu saja asasnya.
Tak perlu belit2!

alhusseyn said...

SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih

nOtCinDeReLLa said...
This comment has been removed by the author.
nOtCinDeReLLa said...

Sinar 4 Jan - "Kita bimbang perkataan Allah ini disalahgunakan sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru...dia kata sana Allah, sini pun Allah. Elok adakan rundingan antara Islam dengan Kristian." -Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.

Cmne ni? Kejap xboleh, kejap boleh. Confuse la cmni (awal2 pun dah keliru ngan kenyataan Nik Aziz).

P/S Saya budak baru belajar. Kna byk cedok ilmu. Thnks.

beruang said...

kenapa kristian di malaysia sibuk nak pakai Allah,pihak vatican pun muntah tak mau guna Allah,apakah kristian d malaysia lebih beriman pd tuhan 3 dlm satu drp puak2 d vatican city?pakailah terjemahan the original language bible yg ada sekian lamanya di Eropah drp mengugat keamanan malaysia..kalau dapat murtadkan org Islam pun nak buat apa...qualiti tak ada....syaitan tak dapat menguasai hamba2nya yg solleh,hentikanlah isu2 mengarut, umat Islam ada agenda yg lebih besar memimpin ummah,agama deen yg di redhai hanya Islam.

exedy said...

setuju dgn beruang, ada isu yg lagi besar dari dok bertelagah psl kalimah Allah ni. pada saya, yg penting bukan mempertahankan kalimah itu, tapi apa yg Allah mahu kita pertahankan sebenarnya. adilkah mempertahankan kalimah Allah yg boleh ditulis merata2 oleh sesiapa pun tapi dlm masa yg sama hukum Allah kita langgar? cth mudah, Allah suruh pemimpin Islam berlaku adil, pemimpin adil masuk syurga. nah, adilkah menafikan royalti minyak rakyat kelantan?di manakah tercampaknya hukum Allah di situ? tolong faham ini bukan isu politik tapi keadilan dlm Islam.
saya nampak golongan yg membantah pendirian PAS menghujahkan nawaitu puak kristian itu i.e. mereka mahu memurtadkan org Islam. persoalan saya, benarkah org Islam yg murtad setakat ini kerana percaya Allah itu tiga? saya rasa org melayu murtad kerana terlalu banyak dipengaruhi budaya barat & kesempitan hidup. itu lebih senang kita lihat krn buktinya ada dimana2. pergi sahaja bangsar di malam minggu. lihat siapa minum arak & berdisko di situ. adakah dlm disko itu ceramah pasal jesus itu Allah?
maksudnya, kalau org Islam itu kukuh akidahnya, bolehkah dia dimurtadkan? setakat ini, adakah kita mendidik rakyat kita, anak2 kita dgn akidah yg benar2 kukuh? setakat ini saya nampak kita didik rakyat dgn hedonisme. remaja melayu lebih hafal finalis akademi fantasia dari 99 nama Allah. ibubapa lebih minat melatih anak mereka utk masuk idola kecil dari berbicara soal sifat2 Allah. toksah susah2, tanya saja budak2 sekolah sekarang habis sekolah mahu jadi apa, anda pasti akan terlopong. maksudnya, kalau inilah kualiti rakyat kita, jangan disalahkan siapa yg memurtadkan mereka. marahkan nyamuk, kelambu dibakar. tolong faham ini juga bukan isu politik tapi isu cara didikan dalam Islam.

kalau akidah benar2 terdidik nak takut dakyah kristian pasal apa? ibu bapa yg berkaraoke itulah yg patut disalahkan kalau anak murtad, bukan memenjarakan org kristian itu.
lagi satu, kalaulah kebimbangan remaja2 Islam ini dimurtadkan benar serius, Rasullullah takkan buat perjanjian damai dgn yahudi & nasrani yg mmg dikenal musuh tradisi Islam. lebih baik perangi saja mereka atau halau awal2 lagi. tapi ia tidak berlaku, baginda menerima perbezaan pendapat dlm isu Allah ini, cumanya menekankan tanggungjawab umat Islam ialah membetulkan kefahaman mereka berkenaan Allah melalui jalan musyawarah, bukan kekerasan. lagipun, baginda tinggalkan cth bahawa pemimpin negara wajib menjaga soal akidah rakyatnya, didik betul2 lah sifat Allah itu, bukan guna undang2 larangan itu dan ini. kalau begitu, nak lebih berkesan, halau saja kristian, buddha dan hindu dari negara ini, baru org Islam selamat.

Hamizon said...

Siapa pun boleh guna kalimah Allah.
Cina jual paper pun selalu cakap "itu kerja tuhan Allah". Walau bagaimanapun dalam kes ini nampaknya the Herald memang ada niat jahat.
Itu saja yang aku nampak.

Wassalam.
berniaga online

Hamizon said...
This comment has been removed by the author.
Hamizon said...
This comment has been removed by the author.
The Spiral Eyes said...

saya bersetuju untuk fakta agama selama mana ia menepati al quran dan hadis sahih

tetapi umno atau pas mereka bisa membuat kesilapan,tidak lari siapapun dari membuat kesilapan dan sebaik baik irang yang membuat kesilapan adalah mereka yang bertaubat

Rahimi said...

ulama mempunyai dua pandangan yg berbeza didlam pengunaan nama Allah, ada yg melarang dan ada yg membenar. Yg membenar menyatakan agar ianya tdk salah gunakan sepertimana pandangan hj hadi dan yusuf qardawi.

salah guna bermaksud juga tidak menggunakannya sbg tujuan propaganda yg boleh mengelirukan org Islam terutamanya golongan muda dan kanak-kanak melalui penerbitan komik dsbnya.

BAGI GOLONGAN PENYOKONG KRISTIAN SEPERTI ANDA INI MENGAPA TIDAK DIBINCANGKAN MAKSUD SALAHGUNA YG DIMAKSUDKAN OLEH PRESIDEN PARTI KITA. ADAKAH ANDA HANYA SALAH SEORG BURUNG KAKAK TUA SI ANWAR IBRAHIM PENGHALAL MURTAD ITU?

Redzwan Raffe said...

penulis berfikiran terlalu terbuka nampaknya. cuba penulis bayangkan generasi akan datang generasi yang tidak kenal dan fasih mengenai islam dimana islam mereka adalah islam kad pengenalan dan islam dariketurunan tanpa kekukuhan ilmu didada.

akan timbul persoalan dimana 'apa bezanya allah(islam) dan juga allah (kristian)?'. penyembahan tuhan yang sama tetapi dalam kepercayaan yang berlainan.
mengapa tidak boleh menganut kristian jika tuhan yang disembah adalh tuhan yang satu.

mungkin persoalan diatas agak mengelirukan tetapi bagi saya persoalan-persoalan ini kemungkinan besar akan timbul jika isu penggunaan nama allah oleh piha kristian ini menjadi kenyataan.

politik dan islam pada masa kini tidak boleh disatukan kerana kebyakan ahli politik menggunakan dan melaungkan islam hanyalah untuk kepentingan dan keuntungan sendiri berbeza pula dengan zaman Rasullah S.A.W dan para sahabat dimana islam itu adlah politik untuk berdakwah sekaligus megajak umat manusia menganutinya ,menyembah Allah yang satu, membentuk sebuah negara islam yang bersatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

sya disini buknlah mahu memihak kepada mana2 parti politik cuma ingin menyatakan biarlah umat islam dimalaysia sahaja yang menggunakan kalimah Allah kerana kesan yang buruk nescaya akan lebih berat kepada umat islam (melayu) daripada umat lakhanatullah.

p/s: sya bdak baru blaja kalo salah tolong tunjukkan, Allah itu satu sahaja,kalo kita berani tegakkan.