Tuesday, December 15, 2009

ISU ROYALTI- UMNO AMAL POLITIK FEUDALISME

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara. Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum.

Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat . Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang.

Mengenai warisan aset petroleum, ianya adalah hakmilik rakyat Kelantan. Dengan lain perkataan tidak kira parti mana pun yang memerintah aset petroleum itu adalah milik rakyat Kelantan dan Kerajaan Kelantan hanya bertindak sebagai pemegang amanah mewakili rakyat Kelantan. Petroluem wujud di persisiran pantai Negeri Kelantan bukan atas kebijaksanaan mana-mana parti yang memerintah. Ia adalah anugerah atau nikmat Allah kepada rakyat Kelantan.

Tidak seperti aset petroleum yang mana kewujudannya tidak ada kena dengan parti yang memerintah , hutang sesebuah Kerajaan ada kena dengan pentadbiran parti yang menguasai Kerajaan tersebut.

Apa yang malang meskipun Kerajaan PAS Kelantan mewarisi kedua-dua aset dan hutang, Kerajaan pusat yang diwakili oleh BN bertindak dengan zalim kepada Kerajaan PAS . Kerajaan Pusat memaksa Kerajaan PAS Kelantan membayar hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN. Tetapi apabila menyentuh aset petroleum yang ada di muka bumi Kelantan, Kerajaan Pusat BN tidak membenarkan aset tersebut dinikmati oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan Negeri Kelantan

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Najib ini , jika boleh dibuat analogi, adalah seperti mana kisah seorang ayah yang kaya tetapi kedekut dan busuk hati. Ayah tersebut kaya raya dengan memiliki banyak aset. Tetapi dalam masa yang sama beliau juga banyak hutang. Sebelum beliau mati , ayah tersebut mewasiatkan pada anak-anaknya , tolong jelaskan segala hutang beliau tetapi anak-anak beliau tidak boleh sama sekali menggunakan asetnya yang banyak itu. Tolong beritahu saya ayah seperti ini ayah jenis apa ?

Mana-mana pihak yang membaca Akta Pembangunan Petroleum 1974 sudah pasti akan tahu bahawa menjadi tanggungjawab Petronas untuk membayar bayaran tunai ( cash payment ) kepada mana-mana Negeri termasuk Negeri Kelantan jumlah wang yang dipersetujui antara Petronas dan negeri-negeri yang ada sumber petroleum.

Mengapakah Petronas dikehendaki membayar kepada negeri-negeri tersebut ? Jawapannya sepertimana di dalam seksyen 4 Akta tersebut.

Seksyen 4 menyatakan , sebagai ganti kepada pemberian hakmilik, hak, kuasa dan kebebasan yang diberikan oleh negeri-negeri kepada Petronas untuk mencari gali dan menyedut minyak dari mukabumi negeri-negeri tersebut , Petronas bersetuju untuk pertamanya membuat perjanjian dengan negeri-negeri tersebut dan keduanya untuk membayar jumlah wang tertentu dalam bentuk wang tunai kepada negeri-negeri tersebut .

Atas dasar itulah pada tahun 1976 semua negeri-negeri di Malaysia telah bersetuju menandatangani perjanjian royalti petroleum dengan pihak Petronas.

Sejak perjanjian royalti ditandatangani antara negeri -negeri dan Petronas pada tahun 1976, Petronas tidak pernah mengkhianiti perjanjian tersebut apabila ia secara konsisten dan menepati masa membayar royalti kepada negeri-negeri yang memilik sumber Petroleum seperti Negeri Trengganu, Sabah dan Sarawak .

Hanya setelah Kerajaan Trengganu dikuasai oleh PAS pada tahun 1998, barulah Petronas dengan berat hati dan setelah didesak oleh Kerajaan Pusat menghentikan bayaran royalti berbentuk tunai kepada Kerajaan PAS Trengganu. Di situlah bermulanya pengkhianatan yang dilakukan oleh BN atas sifat dengki dan politik sempit yang mereka amalkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menunjukkan bahawa jika negeri-negeri tidak setuju untuk menyerah hakmilik , hak , kuasa dan kebebasan untuk sedut dan carigali minyak dari negeri-negeri di Malaysia ini termasuklah negeri Kelantan, maka Petronas tidak berhak sama sekali mendapat manfaat dari hasil petroleum tersebut dari negeri-negeri tersebut.

Jelas negeri-negeri atas semangat Federalisme sanggup berkorban demi kepentingan negara untuk membiarkan asetnya diambil atau diurus oleh Petronas. Ini satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh negeri-negeri di Malaysia demi menjunjung semangat Federalisme.

Malangnya semangat Federalisme hanya dijunjung oleh negeri-negeri sahaja dan tidak oleh Kerajaan Pusat.

Secara zahirnya saya rasa mana-mana negeri tidak ada masalah dengan pihak Petronas mengambil alih pengurusan petroleum menggantikan negeri-negeri. Meskipun PAS adalah parti pembangkang, kita juga rasa bangga dengan pengurusan Petronas yang dikendalikan secara profesional dan cekap sehingga mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan negara.

Malangnya orang-orang politik di dalam BN dengan tanpa rasa bersalah sanggup melakukan perkara-perkara yang memalukan Petronas seperti menyalahgunakan wang petronas untuk kepentingan politik mereka dan mengkhianati perjanjian yang ditandantangani dengan pihak negeri-negeri seperti Trengganu dan Kelantan.

Umno dan BN tidak mempunyai alasan sama sekali untuk menafikan hak rakyat Kelantan kepada royalti Petroleum. Memandangkan perjanjian royalti ditandatangani antara Kelantan dan Petronas, secara mudah wang royalti itu hanya boleh dibayar kepada Kerajaan Kelantan sahaja dan mestilah, berdasarkan seksyen 4 Akta tersebut dibayar secara tunai.

Ini perkara yang amat asas dalam mana-mana undang-undang kontrak - iaitu mana-mana pihak yang bukan pihak kepada perjanjian tidak berhak mendapat manfaat dari perjanjian itu.

Oleh itu tindakan Kerajaan Pusat menggunakan wang tunai yang menjadi milik Kerajaan Kelantan dengan berselindung atas nama wang ehsan adalah satu jenayah pecah amanah ( breach of trust ) dan juga boleh tergolong kepada kesalahan mencuri . Jika wang ehsan itu benar-benar diambil dari wang royalti yang sepatutnya menjadi hakmilik Kelantan ia adalah satu kesalahan. Jika sebaliknya wang ehsan itu bukan dari royalti yang menjadi hak milik Kelantan, ia sekaligus mengesahkan bahawa Kelantan harus diberikan wang royalti tersebut kerana wang ehsan itu bukan datang dari wang royalti.

Persoalammya dari mana wang ehsan itu Kerajaan ambil ? Jika ia ambil bukan dari wang royalti , ia bertanggungjawab untuk memberitahu rakyat dari mana wang itu diambil ? Pihak Audit dan SPRM harus menyiasat perkara tersebut .

Malang sungguh bagi negara ini dalam perkara yang sepatutnya tidak perlu kepada pertikaian -iaitu hak Kelantan kepada royalti pertroleum- ianya masih menjadi bahan pertikaian . Mengapa ? Jawabnya kerana inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya- hanya tahu menipu dan menzalimi rakyat. Itulah kepakaran Umno yang sukar untuk mana-mana pihak ingin tandingi !!!

8 comments:

SyawaL said...

Terus menerus MELAYU di aniaya oleh melayu sendiri...
Mana ketuana Melayu nya entah...

alhusseyn said...

Please give your comment on this issue below :

Ini pun payah nak faham. Jangan dianggap semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bodoh berlaku. Mereka tak sekolah, tak faham perlembangaan. Kitalah paling arif dan bijak sehingga memberikan lesen untuk kita cerca Presiden, Timbalan, Naib Presiden dll.Apa ingat Hanipa Maidin bangang ke? (saya guna perkataan bangang pasal Hanipa selalu guna bangang dalam perbahasan pemuda) tak ada sijil untuk mengetahui perlembangaan itu halal atau haram?Ok, habis di situ.Daripada Greenboc susah-susah serang Tuan Ibrahim yang nampak baik, warak baik Greenboc serang Dato' Mustafa Ali. Dulu dia jadi Ketua Pengarah Pilihan Raya (lama dah ni guna perlembangaan haram!!) guna Fasal berapa dalam Perlembangaan Pindaan 2001? Tolong Jawab? Klik sini

nazari said...

tuan lawyer...

saya nak minta tuan lawyer ulas pasal royalti minyak kelantan yang berkaitan dengan Akta Pelantar Benua,akta zon ekonomi ekslusif dan akta dharurat,sebab nak bersoal jawab dgn puak-puak UMNO ni. kalau ada atikel pasal akta2 tersebut senang nak balas balik.

nazari said...

tuan laywer..
skrang ni puak2 umno dok main akta pelantar benua,akta zon ekonomi dan akta dharurat,payah juga kita nak jawab balik ni,sebab kalau akta tu ada berkaitan..boleh tolong hurai sikt tuan lawyer.

adf55650 said...

Sdra Nazari,
Buat apa suruh Tuan Lawyer ni pening2kan kepala jer. Ikut akta manapun, Kelantan memang tak layak terima royalti. Tapi seronok jugak macam mana die nak putarbelit.

Mahkamah Malaysia ni tidak adil jika tidak memihak kepada PAS. Inilah hujah yang nyata.

myblog said...

salam semua....
kalu kelantan tak layak untuk dapat royalti minyak...bagaimana terengganu, sabah dan sarawak dapat...sedangkan jarak pelantar minyak dengan negeri masing-masing adalah melebihi 5batu n/tika..cuba kita semua pk... dan kenapa dalam akhbar dan tv sekarang sering menyiarkan akta2 yang berkaitan dengan petroleum...sedangkan banyak lagi iklan2 yang boleh d tayangkan untuk panduan rakyat seperti bijak berbelanja, pengguna berhemah, tentang kebersihan diri atau tempat kerja,cara mengawal penyakit bawaan serangga atau sebarang iklan yang berkaitan dengan pengguna.....disini juga saya ingin memohon maaf sekiranya ader individu yang tidak berpuas hati dengan ulasan yang saya berikan...harap d maafkan....wasalam...

Sekolah Bahagia said...

setuju dengan myblog...

semua komentar yang pro BN jenis tak memikir... kisah bapa si kaya dengan hutang yang banyak pun tak dipikirkannya.. memang kaki bangang. bukan di blog ini sahaja. semua blog yang dikomen oleh pro BN nampak bangang semuanya!!

Sekolah Bahagia said...

alhusseyn..

kita bercerita mengenai royalti, petronas dan kerajaan kelantan. Usah dibabitkan hal dalaman parti lain. Ulasan biar kena dengan perkara yang telah disampaikan oleh blogger ini..

Harap Paham..