Monday, November 09, 2009

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

13 comments:

mountdweller said...

Benar yang dihakimi adalah Hakim dan Sultan sendiri begitu juga reputasi Najib.

Muslimat Dengkil said...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

Malaysian said...

Maaf tuan blog...

Artikel ini saya akan publishkan di blog saya!

Kembalikan Hak Rakyat! Bubarkan DUN Perak!


Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

JEBAT MENGKUDA said...

Dulu2 ada Menteri Kehakiman...BN Umngok hapuskan...Dulu2 ada Ketua Hakim yang betul2 hakim..PM BN Umngok PECAT...senang cerita tak payah ada apa2..buat mahkamah BN Umngok..lantik hakim dari orang2 BN Umngok..Polis pun orang BN Umngok...Pegawai Penjara pun orang BN Umngok...TUKANG PUKUL dan TUKANG SEBAT pun orang BN Umngok...akhir sekali tukar nama MALAYSIA kepada BNUMNGOK..kau pikul lah sendiri sampai kiamat...

House PK said...

Mamu, awat hari tu bila kita panggil hang join dan pertikai keputusan sultan hang tak mai?

Kat dalam blog hang berani sebab hang tau takdak sapa nak lawan no...memang mamak palaykat la lu mamu oi...hehehe

Nik Aziz ditaja oleh Abroad Technology

angah09 said...

Hakim adil selamat dunia akhirat tapi ingat, mati teman hidup, selepas mati kita jumpa dengan hakim yang maha adil

angah09 said...

Di dunia hakim boleh menjatuhkan hukuman mengikut kehendaknya tetapi ingatlah setiap yang dilakukan akan dihisab diakhirat dan ingatlah hukuman Allah itu maha adil

gengkilangspeak said...

Hujah u cam copy dari actikel orang lain jer.
Satu jer gua nak cakap, ni sume dah takdir Tuhan. Sume kehendaknyer. BN hilang 3 negeri pon tak kecoh pon. Nampak sangat macam giler kuase. Kalau orang tu kuat agama nyer tak kan melatah, melompat,melolong. Contoh dah ade, Tuan Guru Nik Aziz, relek jer.

dmh1876 said...

dear Hanipa,

lama tak jumpa bila nak balik jb, seem it was like yesterday that I attend your wedding any way after reading your article I would say that all this fiasco could have been avoided if Nizar used simple arithmetic i.e. look at himself in the mirror and asked himself whether he has the majority or not. If yes then fight all the way but if not, then the most honourable thing for him to do is to resign like what Pairin Kitingan did.

I do not know Nizar personally but by looking at his face I could see a tinge of arrogance which sometime he fails to hide.

People of Perak think rationally and don’t be clouded by fanatical blind disarray loyalty to a leader. Malaysia is a free country so the wakil rakyat is legally free to joint any party he/she wishes, “morally” well the word moral and politic is synonym to the nature of oil and water.

Before you all start criticising others look at yourself in the mirror first. one good example is when the Bota MP switch to PKR or when the PR de facto leader is trying to persuade BN MPs to jump ship nobody made a fuss out of it, to me you all are hypocrite of the highest order "cakap tak serupa bikin" and cannot accept especially when others is doing the same thing that you are doing to them. PR is pissed of coz BN successfully adopted and implemented PR own blue print aka “Dummies on how to take over a Government”

If you cannot stand the heat please get out of the kitchen instead of making noise.

Who say politic is clean, it is the survival of the fittest, it's not how you play the game but who would finally win.

Just to quote what W.Shakesphere said "If you want justice kill the lawyer first" i.e. the root of the problem is the LAWYER in giving Nizar all sorts of advice for which they fail to enlightened him that he is actually has lost the votes and confidence of the majority members of the house thus should do the most honourable thing and just resign and resigned to the fact that he has lost. But instead the went on technicalities and using every tricks available to cling to power even though he knew that the number is not with him, which to me is pathetic.

SyawaL said...

PAS dan PR telah berusaha, semoga usaha mereka dikira amal soleh.
Gerombolan mmg tidak nampak silap sendiri. Kalau dikata mereka silap sekalipun, terus menerus buat silap..Gerombolan peduli hapa dengan rakyat, peduli hapa dgn dosa pahala, janji dunia mereka PUAS.

internet sukses said...

hukum sekarang itu kurang adil

SMART said...

Kes ini semua senang di lihat
1. Sultan yang bodoh lagi hina
2. Sultan yang korup
3. Sultan dah tak ada diut
4. Anak-anak Sultan yang kumpul duit tergendala dalam masa pemerintahan PR.
5. Masih ada Sultan yang berfikiran BN sahaja mampu tadbir.

Shopping Blog said...

Many jewelers have personnel links jewellery on staff that is able to create a unique piece of jewelry to your specifications, links of london bracelet sale and if there are no personnel that can accomplish this task, links of london charms sale they can order it specially made for you. Not only do you have links of london womens watches the option of making this piece exactly the way you want it links of london rings sale to look, but no one will have one exactly like it. links of london necklaces sale Unique diamond jewelry does not have to be gaudy, but many people think gaudy is gorgeous.