Tuesday, October 27, 2009

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

29 comments:

magn said...

saya terharu membaca tulisan tuan.

alangkah baiknya jika presiden yg ada skg berperanan seperti itu.

anak muallaf said...

Salam tuan lawyar,
Sebagai anak didik almarhum ana masih tetap berpegang sampai hari ini PAS belum lagi melahirkan pemimpin seperti almarhum...
Gaya imbas Us.Azizan ada sedikit tetapi belum cukup umph...

En.Ilyasak said...

Saya 100% bersetuju dengan pandangan saudara berasaskan kepada pengalaman saudara dengan Almarhum, malahan ia sejajar dengan sepanjang beliau menerajui PAS. Beliau tidak mudah melatah dengan sesuatu isu tetapi bertindak dengan bijaksana.

Kebijaksanaan beliau itu terdapat pada TG Nik Abdul Aziz.

Kota Bharu, Kelantan

Rijal82 said...

Saya tersentuh hati dengan tulisan saudara. Kita merindukan 'pemikiran' dan ruh perjuangan Ust Fadzil. Teruskan menulis.

- bekas aktivis mahasiswa Uiam semasa kes Mozahiri -

-thethinker- said...

terima kasih kerana membangkitkan hal hal spt ini... Prinsip-prinsip besar haruslah didahuluikan.
Tegakkan negara berkebajikan, rakyat pasti akan ikut cakap jika itu berjaya dilaksanakan.

bikir said...

Gelombang Reformasi bangun bila kezaliman dilakukan oleh Mahadhir keatas Dato' Sri Anwar..Di mana Al marhum Ustaz Fadhil dengan tangkas telah menghimpunkan parti-parti dan NGO melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK).

Dari situ bermulalah reformasi rakyat dengan mudah satu malam saja boleh menghimpunkan 100 ribu orang di Taman Melewar saja hingga jalan raya sesak teruk..!!!

Ketokohan beliau amat jelas...seperti TGNA.....terlalu besar jihadnya melawan konspirasi besaran dari rejim UBN ni...sehingga DIA di lantik Ketua Pembangkang di Parlimen..

Ibnul Munzir said...

Sdr. Hanifa,

Saudara juga perlu menonjolkan ketokohan Presiden PAS sekarang di kala orang ramai mempertikaikannya. Sumbangan saudara amat diperlukan.

Kalu saudara membangkitkan isu seperti ini di kala ini, orang yang berfikiran singkat mungkin akan mengatakan "tengok... lemahnya Presiden PAS sekarang. Tak macam arwah Ust. Fadzil."

Sekarang adalah masa untuk membina dan menguatkan kepimpinan masakini. Menimbulkan cerita ini akan menjejaskan kredibiliti pimpinan yang sedang teruk dihina oleh mereka yang keliru.

Teruskan menulis. Jarang saya terlepas tulisan saudara.

PRO ISLAM said...

Salam.

Bila membaca tulisan saudara mengenai Almarhum Ustaz Fadhil air mata saya mengalir tanpa di sedari mengenangkan beliau. salayaknya tiada pengganti yang sama dengan beliau.
Beliau sentiasa tenang dalam mengahdapi apa jua keadaan.

Wamli said...

Betul kata atas tu atau nanti org kata sdr sindir ke TG Nik Aziz pula...

Wamli said...

Betul kata atas tu.. lebih takut klau ada orang kata tulisan ini sindir TG Nik Aziz.. Wallahu A'lam

hakim noh said...

salam hanifa,

katalah yang benar walau ianya pahit...

katalah walau ianya akan mengoncang kedudukan anda....

katalah dgn hikmah...menegur, menerang, menyindir hatta marah mahupun memaki....


bukan hikmah...namanya jika kita terus menyokong sesuatu.... walau kita tahu gelap rentak tari dan silatnya.....

akhirnya kebenaran akan terserlah juga....

kita tidak perlu pemimpin yang telunjuk lurus, kelingking mengait....

pedulikan lah kegermelapan kuasa ...pangkat....harta ...dan wanita...walau ramai yang sudah terpedaya walau serban sebakul beratnya....

dulu sanggup berjuang bersama walau hanya menaiki c22...kini terus bertanya kondo yang ada kolam renang walau baru sekali bersidang....

kemana hilangnya semangat jamai dan perjuangan...walau baru sekali kita di uji dengan kemenangan....

MUNGKIN KITA BELUM LAYAK...MENERIMA LIWA' MUHAMMAD...PANJI KEMENANGAN...

Muhd Syafiq Mat Jap said...

usah tangisi pemergian beliau...namun ambil pengajaran positif dari kebijaksanaan almarhum...kepimpinan dahulu terbaik di zamannya..kepimpinan kini juga terbaik di zaman kini....hikmahnya besar dan banyak sekali....

Muhd Syafiq Mat Jap said...

tok guru nik aziz juga hebat strategi saraf siasahnya...beliau bukan semata-mata figure tarbiyyah...bersama dengan beliau adalah pengajaran al-quran dan sunnah serta seerah...kalau tidak,mana mungkin kelantan mampu bertahan 19tahun dalam kepungan umno-BN yang siang malam melakar makar mahu menghancurkan Islam...pasti tok guru nik aziz juga buat begitu ada asas dan tujuannya bukan saja-saja suka-suka...mustahil seorang khalifah Allah yang ditarbiyyah fikrahnya,jiwanya dan nafsunya berkelakuan begitu...mustahil beliau membuat sesuatu tanpa tujuan yg selari dengan matlamat ditetapkan Allah...positif dari kepimpinan almarhum ust fadzil wajar diteladani...namun,tetap pimpinan yg berada sebagai kepimpinan kini adalah terbaik di era ini...

Adie said...

Sayang ketokohan beliau hanya ada pada TGNA sahaja. Orang lain hampeh.

Teluk Bakong said...

Gaya UFN sama dengan TGNA cuma sebagi Mursyidul Am tiada kuasa esekutif beliau cuma ada kuasa mengawal polisi je. Hanifah insyaAlllah kita jumpa kat court 5/11 nih, nak sembang dengan tuan nampak sibuk giler je kat court tu. he he

Abdul Malik Ab Razak said...

Presiden PAS skrg org HEBAT!!!
Usah byk prtikai tp kita sama2 naikkan & izzahkan pimpinan. hargailah mereka & jagalh adab dgn pimpinan. usah dikritik semberono. cuba kita brada ditempat beliau apa yg kita dpt wt???

fugaz said...

directly point to current MR President..maybe PRESIDENT PAS tak baca tulisan u nie..macam NASA kata dia belum baca lagi tulisan NIK Aziz dlm blogtokguru tu padahal dah 4/5 hari dah org dok sibuk...memanglaa terharu tulisan u nie..tapi mesti ada org yg terasa diri dia tak sehebat former president..tapi jgn takut PAS tak akan ambil apa2 action kepada ahli parti mereka jika mereka bikin masalah cuma kalau PAS memrintah 1MALAYSIA 10/15 TAHUN AKAN DATANG MAYBE ORG MACAM U DAH KENA BOIKOT, PROFESSOR ABD AZIZ KENA ISA, KHALID SAMAD..DIPECAT KEAHLIAN PAS..BLA..BLA..HELLO TUAN LAWYER.. U BAGITAU KENAPA ORG MUDA MACAM I NIE NAK UNDI PAS, MASALAH KECIL PUN TAK BOLEH HANDLE..MACAM MANA NAK HANDLE NEGARA..?

naz_103 said...

tak payah renung,ust.fadhil memang hebat,org kampung aku,yb tempat aku,renungkan diri hang tu sendiri yg rajin sangat fitnah atau pun setidak-tidaknya bersama org yg memfitnah pejuang islam!!!sedarlah diri tu sendiri!!!ingat,salah menuduh org yg iltizam dgn islam,kamu akan didakwa di akhirat!!!jgn main tuduh sembrono,jaga la adab ckit bila org tak bleh 1 pandangan dgn kamu,ini tidak,berlain sikit,hentam kata nak masuk umno!!!ingatlah azab Allah yg pedih ke atas org yg bersama pemfitnah!!!

MISAIMERAH said...

Pemimpin sekarang pun bukan tak ada yang berkebolehan tapi bila kemewahan kuasai diri, pangkat dan darjat jadi keutamaan , semangat perjuangan jadi luntur .Lidah yang dibasahi perjuangan Islam jadi lemah untuk berbicara, tak mampu lagi menyanggah Umno dengan kata-kata 'ilmu mantiq' yang mematikan hujah lawan. Banyak jadi kaki bebal dan loyar buruk macam MB Kedah

sembang haroki said...

apa tujuan anda menulis tajuk tersebut? apakah anda ingin menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan ahli kepada presiden sekarang? atau anda ingin mengundang pandangan kedua yang mengimbangi tulisan anda? atau ini semua termasuk plan menggulingkan kepimpinan ulamak? atau kemana anda nak bawa pengikut anda? jangan sekali2 kepintaran anda membelit di mahkamah digunakan di dalam jamaah pas.
sebagai imbangan awal (jangan anda mengurangi mizan/imbangan) Almarhumlah memulakan masalah hari ini dalam pas dengan menziarahi brother anwar semasa dipecat mahathir kemudian membawa gerombolan anai2 ke dalam pas spt mujahid dan abu iman. Mullah nik azizlah busutnya kini!!

mufara said...

salam...saudara hanipa..nk cdgkn 1 cdgn apa kata saudara hanipa tanya tok guru haji hadi bbrp soalan2 yg mencabar sprt soalan yg diajukn pada Almarhum ust fadzil noor.nk tgk kebijaksanaan tok guru haji hadi pulak.ni duk bw tulis kewibawaan ssorg shj.jgnla taksub wahai manusia.adilla..kena ingt kita akan dihisab di akhirat..kl saudara btl2 hayati sirah, blh bgth perbezaan 4khalifah awal Islam..?jgnla kita jd mcm golongan yg taksub pd Ali dan muawwiyah,memandang remah antr 1sama lain.hang nk tiru perangai syiah ka..sedih aku..dgn golongan taksub ni..

mamasherry said...

janganlah gaduh-gaduh...

Abu Aliya said...

Salam peguampas,

Pemimpin-pemimpin PAS dulu dan kini amat banyak sumbangan dan pengorbanan mereka sehingga menjadikan PAS bukan sahaja parti tetapi jemaah Islam yang mantap. Alhamdulillah.TG Yusof Rawa ada kekuatan sendiri, Ustaz Fadhil ada kekuatan sendiri begitu juga TGHH pun ada kekuatan sendiri.

Insyaallah kekuatan mereka sesuai untuk zaman mereka. Bukankah kita yang memilih mereka, apa tiada solat hajat dan solat istikharah dan doa yang kita lakukan untuk memilih saf pemimpin PAS? Kalau tuan menghargai Ustaz Fadhil kerana hubungan rapat beliau dengan tuan, perkara yang sama juga patut dilakukan kepada Presiden sekarang.

Adalah satu tragedi kepada jemaah apabila ahli-ahli bawahan dilihat bersama orang-orang lain yang diluar jemaah menghidupkan gelombang untuk menyingkirkan Presiden PAS yang ada, bukan atas hujjah ilmiah, tetapi atas beberapa isu atau pendirian Presiden yang tidak selari dengan kehendak golongan tersebut.Kenapa ketika peluang dihidangkan kepada ahli untuk memilih kepimpinan baru pada Muktamar yang lepas tidak digunakan sepenuhnya untuk memilih Presiden yang baru? Kemudian apabila barisan kepimpinan baru telah dipilih, masih ramai yang tidak berpuas hati kerana calon pilihan hati tidak terpilih. Cuba kita serlahkan sikit sifat tawakkal kita. Sikap sebahagian kita yang cuba memburuk-burukkan Pemimpin kita tidak akan mendatangkan menfaat apa-apa pun untuk perjuangan kita, malahan barah yang tersebar akan bertambah parah walaupun Presiden bertukar ganti.

Sebagai pendokong jemaah Islam, marilah kita sama-sama sokong Presiden dan saf kepimpinan beliau. Mana yang kurang, kita tampung, mana yang tidak kemas, kita sama-sama kemaskan. Ketika beliau diserang bertalu-talu, kitalah yang sepatutnya menjadi perisai untuk mempertahankan beliau, sekalipun ada ijtihad beliau tidak memenuhi selera dan cita-cita kita. Itu lebih baik untuk kita sebagai amal didunia buat bekalan di alam yang kekal nanti. Ingat saudara! perjuangan kita bukan setakat nak menangkan Islam di Malaysia, tetapi yang lebih penting lagi adalah kita menjadi golongan yang menang diakhirat nanti. Wallahu ak'lam.

Abu Aliya
Shah Alam

Hazimi said...

Salam.

Saudara antara pimpinan pas yg saya hormat dan kagum.Tulisan dan ulasan sdr bernas dan berfakta(mgkin sbb sdr seorg peguam)

Cdgan saya.

1- Teruskan menulis "utk kebaikan islam,negara dan parti.

2- Sekiranya issue tersebut perlu dirujuk pd pimpinan jgn menulis dlm blog - fitnah dan kepercayaan masyarakat kpd pas akan menurun.

3-teruslah pimpin pas kearah yg lebih kemas,teratur,tenang dan lebih berstrategi(pening dgn suasana skrg-pimpinan kurang stategi).

4-jadikanlah pas lebih "mendepani dan menarik" dalam apa segi sekalipun.

Hazbj
(pasir gudang)

محمّد سيف الله بن عمر said...

Hebat sekali beliau...namun dalam berjemaah, kita selalu salah faham konsep berjemaah.

Perlu diingat jemaah itu bukan hanya seperti parti politik.

Dalam keadaan pemimpin sekarang, bukan sepatutnya kita merendahkan.
Tetapi sebenarnya kita yang menjadikannya nampak seperti tiada ketokohan.
Mana tugas kita?
Apa yang kita buat?
Ingat, jemaah adalah untuk menegakkan Islam bukan untuk berada dalamnya dan main tarik tali.

Moderator said...

Salam, seseorang pemimpin selalu dinilai selepas beliau tiada. Semasa Almarhum masih hidup, banyak juga tentangan dibuat terhadap tindakan-tindakan beliau seperti bergabung dengan S46 dan menziarahi Anwar semasa ambang kejatuhannya. Tentangan itu sehingga membawa kepada tertubuhnya kumpulan serpihan. Tetapi zaman itu tiada blog dan lain-lain, jika tidak situasinya sama seperti hari ini. Bagaimanapun Almarhaum beruntung kerana beliau mempunyai sokongan daripada team kerjanya termasuk Timbalan Presiden yang sentiasa taat kepadanya.

Pimpinan tertinggi PAS hari ini juga mempunyai kebijakan politiknya sendiri. Seperti Almarhum tindakan mereka turut mendapat tentangan, tetapi sekarang ada ruang blog dan lain-lain sehingga tentangan itu menjadi sangat ketara. Malangnya bagi pimpinan tertinggi PAS sekarang mereka tidak mendapat sokongan dari team kerjanya seperti yang ada pada Almarhum

NeOroMaXER said...
This comment has been removed by the author.
NeOroMaXER said...

Assalammualaikum.. bagaimana saya boleh hubungi tuan ya? Ada sedikit hal ingin ditanya

-hafiz bangi-

ini emel sy
ahafiiz.abubakar@yahoo.com

Shopping Blog said...

Many jewelers have personnel links jewellery on staff that is able to create a unique piece of jewelry to your specifications, links of london bracelet sale and if there are no personnel that can accomplish this task, links of london charms sale they can order it specially made for you. Not only do you have links of london womens watches the option of making this piece exactly the way you want it links of london rings sale to look, but no one will have one exactly like it. links of london necklaces sale Unique diamond jewelry does not have to be gaudy, but many people think gaudy is gorgeous.