Wednesday, October 21, 2009

TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS . Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

44 comments:

mhasnol said...

Sokong ulasan enta! Sanggahan2 komen Prof Abdul Aziz Bari nampak emosional

Anonymous said...

saya sedang membayangkan...kalaulah Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Aziz Bari...nescaya bangkitlah sekalian rakyat PKR dan termasuk pegumapas membela bermati-matian.
nescaya akan dituduh pula Aziz Bari ni ada unsur mala fide.
Tetapi, apakan daya...yg dituduh ialah Presiden dan Timbalan Presiden PAS....pimpinan PAS sendiri tidak bangkit mempertahankannya....

lann-b said...

kalau pas fraksi umno berjaya meenjauhkan orang bukan islam dari mendampingi pas dan orang islam meluat dengan gelagat hipokrit pemimpin pas , sila katakan selamat tinggal kepada kemengan pas pada pru 13 nanti.

Anonymous said...

sukar nak sanggahkan pendapat Prof Aziz Bari kerana memang nampak jelas pendirian presiden dan timbalan PAS ke arah mana. Badan dalam PAS tapi hati pada UMNO.

Unknown said...

sdr hanifa

i salute you.

jika ramai pimpinan PAS berfikiran spt tuan,saya percaya kami ahli pas biasa di bawah ini yg juga bukan perwakilan ke muktamar akan terasa lebih bersemangat untuk berjuang demi islam dan pas.

kami agak kecewa dgn sestengah pemimpin pas terutama di selangor(tempat lain saya kurang arif).kepercayaan mereka terhadap umno lebih dr parti pakatan kita.

jab sp said...

Respon terhadap kritik pedas tetapi membina olih Dr Aziz Bari terhadap PAS menyebabkan Ustaz Idris Ahmad ,Ketua Penerangan PAS melenting kuat sekali.
Jika selama ini Dr Aziz Bari disanjung sebagai seorang pakar undang undang,ianya hilang kelayakan dimata hati setengah pemimpin PAS dan penyokongnya hanya disebabkan terbitnya pandangan terbaharunya.
Malam tadi tergerak dihati untuk mencatitkan sedikit ulasan berkaitan dengannya(dalam blog Azizi Hj Abdullah),bukan apa,sekadar hendak menunjukkan bahawa jika banyak lagi pemimpin PAS seperti ini,saya percaya PAS akan hanyut dengan syok sendiri.Tetapi bila mood hilang akibat feedup dengan sikap ini,keinginan untuk lakukan sedikit catatan terhenti.
Syukur Alhamdulliah,pagi ini bila membuka Harakah Daily ,rupanya masih ada pemimpin PAS yang amat terbuka mindanya dan berupaya menerima segala teguran dengan tiada prasangka.Terima kasih Hanipa Maidin.

11:26 AM

orang kertas said...

salah satu indikator menunjukkan seseorang itu besar jiwanya adalah kesediaannya menerima kritikan. sentiasa (atau sering) menafi dan menolak pandangan yang tak seiring hanya akan menyebabkan minda beku dan amat bahaya kepada pas.

sedangkan seorang munafik membawa berita pun Allah suruh selidik (bukan tolak dan kritik terus), inikan teguran seorang kenalan, kan?

saya suka dengan penjelasan tuan dalam entri ini.

cia said...

perangai mereka2 ni macam orang UMNO.......lihat saja pentas melantik pimpinan pas...nak undi juga macam UMNO buat je.....org malaysia senang dibeli ke....? Nak tahu tanya ADUN pas.Boleh beli dgn cash money...kekekekek

loyarberjurus said...

Salam,

Kita hendaklah konsisten dalam menerima input dari pihak lain. Jika kita berbesar hati menerima pujian, maka kita hendaklah berbesar hati dan berlapang dada menerima kritikan. Betul atau salah pandangan Prof Aziz adalah isu kedua dan untuk dimuhasabahkan. Respon yang emosional dan berlebihan adalah tidak perlu dan mungkin menjauhkan lagi pihak neutral tapi kritikal dari PAS. Teruskan dengan pandangan saudara yang kritis itu.

Tokki said...

Saya sokong 100% ulasan peguampas di atas.
Saya yakin teguran Dr Aziz Bari adalah tepat pada masanya dan dari hati yang ilkhlas.
Cuba kita pandang ke belakang sejenak... kalau tidak kerana ketegasan TGNA tentang pembentukan UG, entahlah apa yang terjadi dengan PAS sekarang ini.
Sehinggakan kesungguhan orang2 bukan Islam menyokong perjuangan PAS menjadi terenjat.
Tapi, AlhamduliLlah, penyakit ini tidak melarat .

kotabharudaily said...
This comment has been removed by the author.
kotabharudaily said...
This comment has been removed by the author.
kotabharudaily said...

tahniah,

cuma saya bertanya sorang-sorang,

1. berapa lama artikel ni boleh bertahan di harakahdaily

OTAM67 said...

Salam,

Demi Masa; (Allah Bersumpah)

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh;

Berpesan-pesan lah dengan kebenaran;

Berpesan-pesanlah dengan kesabaran.

Tuan di hormati amat bertuah & moga d beri hidayah Allah SWT , didoakan tuan bukan golongan pemimpin pas yang menjualkan akhirat mereka untuk kesedpan dunia yang sementara "(Terpesona dengan amal yang sedikit)" .
Tak mampu kita untuk menjawap persoalan di Makamah Allah dengan tindakan kita kerana pendakwa dikalanagan Allah PAS ramai...

Anonymous said...

cuba baca apa yang disarankan oleh Naib Presiden PAS....Ust Tuan Ibrahim Tuan Man - ahli PAS kena kena banyak ikut pandangan ulama sepertinya berbanding dgn Hanipa Maidin yang hanya pandai dan suka mengkritik org...tapi kerja tak jalan!



PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI
RABU, 21 OKTOBER 2009 | 02 ZULKAEDAH 1430H

Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Anonymous said...

.....sambungan

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

Anonymous said...

....sambungan

Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah : “Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.


http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/10/pandangan-dr-abdul-aziz-bari-dihargai.html

Asrof Gulam said...

Entah, kepa ustaz idris and ustaz tuan ibrahim is living a lie and tak memuhasabahkan diri...sgt merisaukan....selagi we do not admist the mistakes selagi tu its difficult to move forward...tak kan depa tak tahu...

Unknown said...

Sila tuan ke http://pasakgeraham.blogspot.com ada cengih buat tuan

Unknown said...

sila ke http://pasakgeraham.blogspot.com ada cengih buat tuan

watasikadi said...

Saya sangat menyokong pendapat tuan peguam yang bijaksana. Kita sebagai penyokong PAS harus melihat apa sahaja kritikan dari sudut positif dan baik untuk parti. jika kita terlalu tertutup sehingga tidak mendengar pendapat luar maka mudahla bagi BN memecahbelahkan kita. Harus ada permuafakatan bersama secara dalaman dahulu sebelum memperlihat diri pada khalayak. persepsi manusia itu berbeza mengikut hati, prinsip dan pengalaman masing-masing. tiada faedahnya kita bertengkar sedang kita dilihat negatif oleh pengundi terutama kami pengundi muda yang sensitif. Apapun tindakan dan tulisan kita harus bertunjangkan prinsip kebenaran sambil tidak mengabaikan kepentingan parti. tekadkan perjuangan dan sokongan kita tetap pada PAS apapun terjadi. TAKBIR!! - penyokong tegar PAS dari Kota Belud tempat lahirnya UMNO sabah.

me,myself n all around da world said...

alhamdullilah..

kembara putih said...

Salam PeguamPas

Saya bersetuju dengan pandangan Dr Aziz Bari tentang TINDAKAN SEGERA PERLU DILAKUKAN KE ATAS HASSAN ALI. Berapa segera tu? Sesegera yang mungkin. Banyak sudah kerosakan yang Hassan Ali lakukan berhubung rampasan arak dan SELCAT. Tindakan beliau terlampau gelojoh dan rakus, dan kadang2 macam orang merajuk. Tidak bolehkan teguran dibuat ikut saluran yg sepatutnya? Tindakan beliau itu mengggambarkan PAS ni parti yang berjiwa kecil, cepat merajuk, malas berfikir panjang, bodoh dalam bertindak dan berpolitik secara tidak berhemah. Juga PAS sekarang dilihat tidak memperdulikan pengundi non-Muslim yg banyak berkorban untuk PAS di PRU12 lepas. Beliau dilihat enggan campurtangan dalam isu kuil, sedangkan beliau bos no 1 PAS di Selangor.

Pada PRU12 lepas, PAS kalah tipis di 6 DUN (majoriti kurang dari 650 undi). Kalaulah Pesuruhjaya Selangor ni bersabar sedikit, sabar untuk 5 tahun saja, lalu beri kerjasama penuh kpd kerajaan PR, kritik ikut saluran dan jaga hati pengundi non-muslim. Sambil tu gerakkan jentera, bekerja keras utk menawan 6 Dun ini. Jika ini dilakukan di PRU13 nanti PAS bakal memperolehi 14 DUN, lebih 1 Dun dari yg dimenangi DAP sekarang ni. Masa tu sudah pastilah PAS boleh demand jawatan EXCO lebih dari DAP.

Tapi sayangnya nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan pengundi lari lintang-pukang.

Jika tidak ditangani SEGERA virus Hassan Ali ni, akibatnya amatlah dasyat. Pada PRU13 nanti PAS bakal kalah di 6 Dun (Cempaka, Selat Klang, Sijangkang, Gombak Setia, Hulu Kelang & Lembah Jaya) dan 2 kerusi Parlimen (Kuala Selangor & Hulu Langat). Nampak kejam kan. Kejam kpd pekerja bawahan PAS. Hanya seorang yang berpenyakit, habis bungkus semua.

kembara putih said...

Pengundi non-muslim sekarang menantikan satu tindakan drastik dari PAS, samada nak ambil tindakan ke atas Hassan Ali ataupun tidak berbuat apa2. Kenapa Hassan Ali saja? Ye, sebab dia punca segala masalah, jika beliau hanya sekadar Adun biasa tidak menjadi barah, tapi beliau Pesuruhjaya PAS Selangor. Segala tindakan beliau menggambarkan tindakan PAS pusat.

Cadangan saya untuk short term, lucutkan jawatan Pesuruhjaya beliau. Bagi suasana menjadi sejuk sedikit. Jawatan Exco tunggu dulu, tengok respon dari pengundi non-muslim macam mana. Sekurang2nya ada sedikit tindakan drpd tiada langsung. Barulah PAS dilihat parti yang berkaliber. Undur setapak untuk hari ini, maju 5 tapak untuk esok hari.

Anonymous said...

saya tak faham kenapa semua pakat dok hentam Hasan Ali. Kita sebagai orang Islam wajib bersama beliau untuk memartabatkan Islam. adakah kita perlu ikut tindakan menghalalkan arak semata2 untuk dapatkan undi bukan melayu? mana prinsip Pas?

memang tindakan Hasan dilihat membelakangi PR dengan mengkritik tindakan keputusan PR dalam kes arak dan Selcat. dalam kes arak, tindakan Hasan perlu dipertahankan. dalam kes Selcat, nampaknya PR sama seperti BN yang menutup ruang kritikan dan demokrasi.mereka rasa semua tindakan mereka betul sahaja dan tak boleh ditegur sama seperti BN.

Hisyamuddin Che Ali said...

Bermuhasabalah semua. Saya tak kata pandangan aziz bari 100 % betul..dan saya rasa sikap pro dan kontra dalam menafsirkan pandangan aziz bari perlu ada. Supaya nampak PAS tak kemaruk dengan Pandangan persepsi aziz bari, pada masa yang sama ada pemimpin yang boleh meneutralkan keadaan yang berkecamuk ini..

Ibnu Qalil said...

ada beberapa perkara yang saya tak faham bila membaca komen-komen kekalahan PAS/PR di Bagan Pinang baru-baru ni, termasuk komen oleh Prof. Aziz Bari ini:
1. Dalam PRK-PRK sebelum ni apabila PAS/PR menang di K.Trg dan P.Pinang khususnya dan kemenangan di PRK lain oleh parti lain dalam Pakatan Rakyat, semua org kata kita sedan menuju kemenangan besar PRU 13, rakyat seluruhnya bersama PR, dan tidak timbul secubit pun akan kelemahan pimpinan mana-mana parti, bahkan semuanya seperti comel belaka. Tiba-tiba kalah dalam satu PRK, semuanya jadi buruk belaka. Ana tak boleh nak faham lojik ini.

2. Agak-agaknya kalau PKR atau DAP yg bertanding di Bagan Pinan hari tu, boleh menang tak? Kalau kalah, agk-agaknya ada tak org cadang supaya rombak kepimpinan PKR dan DAP ?

3. Tak kan lah kalah satu PRK, tiba-tiba kepimpinan PAS nak kena rombak? Selama-lama ni, PAS tak pernah kalah PRK ke? Lagipun Bagan Pinang ni Neg.9, bukannya di Kelantan ! Tempat tu pulak penuh dgn undi Pos tentera, cawangan PAS pulak hanya ada dua, dgn keahlian lebih sikit dari 100 org. So, ana tak nampak rasionalnya tulisan Prof. Aziz tu di sini.

4. Dalam suvey Merdeka Center tu, 43% dari pengundi berdaftar tak yakin dgn PR. Kenapa tidak diberi angka berapa peratus yang yakin dgn PR? Adakah ini bermakna selebihnya tu yakin dgn PR? Kalau betul, makna hebatlah PR ! Maka, konsistenlah dgn keputusan PRK-PRK sebelum ini. So, kenapa di highlightkan yg 43% tu dan dikaitkan seolah-olahnya PAS yang bertanggungjawab sepenuh nya, sedangkan survey tu utk Pakatan Rakyat, bukannya kpd PAS sahaja. Takkan Prof. Aziz tak perasan yang majoritynya mungkin yakin dgn PR? Ini yang saya tak boleh faham ni..

5. Dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai keahlian yg jauh lebih besar dari PKR dan DAP. PAS juga mempunyai cawangan yang jauh lebih banyak. Umum semua tahu, kalau kerja-kerja operasi di bawah, ahli PAS lah yang terpaksa membantu kekawan lain. Alih-alih bila ada 43% tak yakin dgn PAkatan Rakyat, PAS pula yang dipersalahkan.

6. Kalau ikut undi popular PRU12 di peringkat DUN, PAS jauh lebih popular dari PKR dan DAP. PAS dpt 21% dari seluruh undi DUN negara, PKR 12%, DAP 14%. Habis, bila kalah di Bagan Pinang, tempat di mana kalau Anwar Ibrahim bertanding pun belum tentu menang, PAS dikatakan sangat lemah lalu kena tukar kepimpinan.

7. Porf. Aziz kaitkan punca kekalahan dengan isu-isu di negeri PR. Tapi isu-isu yang memberi imej yg tidak elok kpd PR tu berlaku di Pulau Pinang (kampung Buah Pala) dan Selangor (Selcat dan kepala lembu). Tapi bukan ke P.Pinang di bawah teraju DAP, Selangor pulak di bawah teraju PKR, apa pasal PAS pulak yang menjadi kambing hitam? Satu lagi logic yang ana tak boleh faham.

8. Prof. Aziz single out Dr. Hassan Ali. Mungkin kerana bagi Prof Aziz, isu Selcat memberi kesan sehingga kalah teruk di Bagan Pinang. Ana tak tahu lah dengan org lain, tapi ana sendiri tak berapa nak faham apa kebenda Selcat tu?? Ana rasa, kalau india-india estate di Bagan Pinang tu faham tentang Selcat, memang kesedaran politik rakyat Malaysia amat hebat lah!

9. Yang paling saya tak boleh nak faham, kenapa ditimbul-timbulkan lagi tentang UG tu? Takkan lah kalah sekali dari 8 PRK, di tempat yang memang kubu kuat UMNO, di tambah dengan undi tentera mencecah 5000, tiba-tiba dikaitkan balik dgn UG yangd ah lama berkubur, dan Presiden PAs pulak yang kena hentam.

Kalau ada sesiapa yang nampak the whole logics behind this article, please elighten me. I am in the dark here.

Wsm

Unknown said...

Teguran Prof. Aziz Bari adalah konsisten sejak aku kenal dia bbrpa tahun ni...ia selari dengan kehendak public yg mahu reformasi dalam PAS...Maka saranan TGNA untuk EGM adalah tepat & oerlu disegerakan...untuk menampung kelemahan & bina kekuatan PAS & PR...So what with Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris or even Ustaz Tuan Ibrahim kalau tak setuju pun? Tu macam ker melayan sabahat kita yg berani tegur kesilapan PAS? Pemimpin mana pun anda diperhati oleh semua kami people.

march on peguampas...many're right behind you & co.

Wan Rashid Mohammad said...

Ingatlah firman Allah SWT :

“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

dap.melayu@rocketmail.com

ibnu sidek said...

salam, kenapa kita nak tunjukkan kelemahan kita kepada musuh, sedangkan itu yang mereka mahukan dari kita. Pas amalkan pendekatan yang diutarakan oleh Nabi SAW dengan berbincang dan bersama menyelesaikan masalah yang timbul lebih baik daripada kita mencanangkan kelemahan kita pada musuh. Melakukan EGM adalah satu langkah terakhir sekiranya majis syura tidak berhasil. Rasanya perkara UG ni dah lama berakhir kenapa luka lama diusik lagi, sedangkan tiada siapa yang bangkitkan lagi masalah ini. Kita takut dengan kecelaruan ini akan berulang lagi kegagalan kita menang selesa di Manek Urai. Umno sekarang sedang bertepuk tangan dan cuba untuk mengeruhkan lagi masalah ini, ana tak kata apa yang dikritik oleh Prof Aziz itu tidak ada faedahnya tapi dia harus fikir apa yang dikritik itu akan menyebabkan orang yang dikritik itu akan menanggung beban kritikan itu. Beliau sebagai orang luar jika nak beri pandangan tidak ada masalah, tapi beliau tidak boleh mencadangkannya secara terbuka kerana kita ada saluran tertentu untuk dibincangkan. Sekarang semua tahu yang kita ada masalah sedangkan masalah itu datang hanya selepas kritikan. Walaupun kita seorang yang menerima sebarang kritikan demi menjaga hati pengundi namun ianya mestilah ada batasnya.

Sesiapa pun boleh memberikan komen tentang apa yang berlaku namun harus difikirkan apa yang akan berlaku sekiranya kita terus dan berterusan dikritik tanpa mengambil peranan untuk mempertahankannya.

Ghaza said...

Saya amat menyokong ulasan tuan pada perkara ini. Bagi saya, semua ulasan2 ini menunjukkan yang tuan tidak terpengaruh dan seseorang yang profesional dalam membuat sebarang ulasan. Bagi sesetengah anon tu, nampak sgt emosionalnya. Bagi saya, kita perlu melihat perkara ini , daripada skala yang besar, dan tidak memfokusknnya pada perkara yang kecil. Sbg contoh, mengenai perkara Arak di Selangor,Selcat dan lain2, PAS tidak sesekali berganjak daripada perkara utama perlembagaan parti , ISLAM, bilanya kita pernah bertolak ansur kepada perkara yang haram, adakah kerajaan Kelantan terus mengharamkan Arak, padahal non-muslim juga ada di Kelantan? Apakah tindakan kerajaan Kelantan? Bagi saya, setiap komen2 tidak bersetuju dengan tuan adalah pencacai UMNO, emosional, ASSOBIYAH, orang yang pendek akal, angkuh , ego, bodoh dan yang sewaktu dengannya....

Muhammad Khairi bin Kamaruddin said...

tahniah sebab rasional dlm menerima kritikan,.. wpun tuan peguam paham dgn keadaan ust idris yg melatah dan emosional, hakikatnya ramai pejuang pas peringkat bawah dan pengundi atas pagar yg tak faham kenapa beliau menjadi tidak keruan. bahkan dlm kritikan ust idris secara terang menghina golongan akedemik sbg mata duitan dan golongan hanya bergelumang dgn paper work.sy juga merujuk blog ustaz tuan ibrahim, dan dapati beliau lebih rasional dlm menepis dakwaan prof. aziz bari..
skrg pas kne berubah, jgn jd parti yg jumud, ketua penerangan pas adalah lidah parti..ape yg dikatakan dianggap seolah2 pandangan parti, so beliau kene lebih berhati2.sy tidak menyokong sepenuhnya pandangan prof aziz bari, walau bagaimanapun, sy hormatinya dan menganggapnya satu kajian akademik tentang persepsi public terhadap pas..bukankah politic is art of perception?

Unknown said...

Ada beza antara perjuangan Islam dengan perjuangan Bukan Islam (Sekular dsb). Tapi pendekatan PR adalah mencari titik persamaan. Kalau Pimpinan PAS macam Tuan boleh terpengaruh dengan suara perjuangan Bukan Islam, tak gunalah saya berpemimpinkan Tuan! Lebih baik saya masuk PKR atau DAP, sebab mereka juga memperjuangkan keadilan. Fikirkan...

Abu Aliya said...

Abu Aliy @ Shah Alam,

Saya personally lebih rela PAS tidak menang dalam PRU13 akan datang daripada kita menggadaikan prinsip perjuangan kita. Saya sokong PJ PAS Selangor yang tegas tentang arak dan tatacara SELCAT. Semua perkara yang tidak mengikut prinsip Islam perlu ditegur. Apa guna kita memerintah kalau tangan kita terikat? Bukankah PAS pernah memerintah Malaysia dulu bersama BN. Berapa banyak perubahan yang kita dapat lakukan dalam keadaan tangan kita diikat? Apakah jaminan tuan, perkara tersebut tidak akan berulang sekiranya PR memerintah dalam keadaan PAS tidak memimpin? Contoh yang paling dekat di Selangor, kita selalu diperlekehkan dan dikecam bila mengutarakan ketegasan prinsip kita. Nanti kalau ditakdirkan PR menang dan ramailah menteri dari PAS, tetapi bila nak buat perubahan semua ahli PR lain (PKR dan DAP) tidak setuju, lantas kita pun mengalah atau ditendang keluar dari PR. MP-MP PAS yang pro-Anwar Ibrahim akan menyertai PKR atau BEBAS untuk meneruskan agenda PR. Akan berulanglah senario PAS ditendang keluar BN dan terkapai-kapailah sendirian membina semula kekuatan. Apakah kita tidak mahu belajar dari kesilapan tersebut. Janganlah kita semata-mata nak memenangkan PR dengan menggadaikan prinsip-prinsip perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi Malaysia khasnya. Marilah kita wala’ dan bersangka baik dengan Presiden yang dibantu barisan kepimpinan PAS untuk terus berjuang dalam menang atau kalah, masa merintah atau bukan memerintah. Bagi mereka yang dah tak wala’ dengan Presiden tu, saya cadangkan bersabar sikit hingga Muktamar akan datang atau keluar dari PAS dan tubuhkan PAS Baru, itu lebih baik dari menjadi parasit atau anai-anai yang cuba menghancurkan dan memcahbelahkan PAS dari dalam. Kita jemaah Islam bukan sekadar parti politik macam PKR ,DAP dan UMNO ! Ada adab dan prinsip kita sendiri, kalau kita asyik kondem dan tidak wala kepada Presiden sekarang dan mahu jatuhkan beliau, pasti PAS akan jadi 2 kem dan perkara ini(menjatuhkan Presiden) akan terus berulang lagi bila Presiden PAS baru memimpin PAS, dan tiada lagi Pas sebagai Jemaah Islam tetapi hanya Parti politik semata-mata. Fikir-fikirkanlah jika wahai pejuang PAS.

Brain of Brodiin said...
This comment has been removed by the author.
Brain of Brodiin said...

Kesan tulisan Dr Aziz Bari telah pun kelihatan. EGM yang hebat diperkatakan boleh menghancurkan PAS.Adakah benar wujudnya pimpinan yang pro UMNO? Benarkah Dr Hassan Ali pro UMNO?..hanya kerana beliau kritik SELCAT. Memperjuangkan pengharaman arak di Selangor, adakah itu salah? Apakah dalil yang boleh menyatakan Ust Nasharudin dan Dato Mustapha Ali pro UMNO... kerajaan perpaduan kan dah diselesaikan ....apa lagi ?segalanya akan terjawab pada mesyuarat khas pimpinan PAS nanti. Semoga EGM tak akan berlaku dan tuduhan pimpinan pro UMNO hanya satu tuduhan liar.. Hanya PAS yang boleh di harap menyelamatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Tuan selaku pimpinan diharap untuk menyuarakan kepada barisan pimpinan supaya berhati-hati dalam tulisan di blog atau media. PAS boleh hancur melalui blog dan media. Dalam Islam muhasabah dan musyawarah adalah jalan terbaik...

MOHD FAIRUZ said...

salam,
tahniah, saudara hanipa memberi pandangan yang baik. saya setuju, kita dalam jamaah harus bermuhasabah untuk membetulkan satu dua kepincangan / perselisihan yang berlaku. Rakyat memerhatikan kita. lagi 2 tahun masa kita untuk membuktikan kita mampu membawa pembaharuan pada Malaysia...lagi 2 tahun ....bukannya lama..sebelum PRU13

Mohd Basir Ahmad said...

beberapa pemimpin PAS dilihat pro-UMNO kerana mereka berunding/berkhalwat dengan UMNO dalam gelap selepas PRU-12.

mereka menafikan.

hanya setelah abdullah badawi mengakui bahawa terdapat perundingan, barulah mereka mengaku. tembelang sudah pecah.

bayangkan tunang kita gi hot-date dengan orang lain, dan masih berunding untuk check-in dengan orang lain. tentu saja tunang kita itu memberikan isyarat yang busuk.

ini dilihat sebagai cubaan pengkhianatan.

berlaku khianat terhadap janji, bukan sifat parti islam.

tidak perlu emotional terhadap pandangan orang lain sepertimana pandangan prof aziz ini. Kalau jadi ketua penerangan, kena ada skill politik. melenting bukan caranya.

terima dengan berlapang dada. dalam politik, kita tidak boleh syok sendiri.

terimakasih sdr hanipa atas pandangan saudara yang membina.

primehonda said...

syabas tn hanipa, anda mmg konsisten sejak dari saya mula melayari emel anda. inilah pemikiran yg perlu ada pd pemimpin pas kalau mahu kalahkan umno.

kpd abu aliya, saya bukan apa, saudara menyeru pejuang pas mcm saudara pun pejuang juga, tapi rasanya x beramal dgn sirah nabi-nabi pun. apa yg para nabi x harungi dlm tempoh puluhan, malah ratusan tahun mereka berdakwah? lebih teruk dari yg kita alami skrg. kenapa x buka minda luas2..asyik terkongkong duduk jaga iman masing2 dlm jemaah sajakah yg org pas tahu buat (panas x?) nah, bila ada cabaran nak bekerjasama dgn org2 yg dilabel anti-islam i.e. dap? mulalah melenting, yg x sangka tu ada yg sanggup kalah pula di tangan umno yg thaghut?? apakah ini sikap pejuang pas@islam??

saudara, mana lebih baik, kalah terus & x bangun2 semula, dibenci oleh kaum bukan Islam sebab x boleh dibawa berbincang, dimomokkan oleh umno lagi 7 keturunan (PAS parti kampung aje!), atau, MENGEKALKAN KEMENANGAN. siapa kita awal2 nak mengalah dgn golongan anti-islam? rasullullah saw lagi hebat berdakwah & ditentang oleh kafir quraisy. apakah sudah tiada lagi dakwah berhikmah atau dakwah bil hal dikalangan pejuang pas@Islam? kalau setakat ini sahaja semangat pejuang pas@islam, baik masuk saja umno, banyak boleh dibuat di dalam sana utk islam cap umno, duit pun dapat. maaflah saya panas hati juga dgn org2 mcm ini. Allah swt dah beri kemenangan tapi kita sendiri yg menggadaikannya.

kpd saudara anonymous, xkan prof kritik sikit nak melenting kot. jemaah islam apa mcm ni? kalau betul nak jadi parti pengganti kepada umno, xkanlah org luar tegur sikit dah nak marah. mujur prof x kena label anti-islam/murtad/liberal. haii..inikah sikap pejuang islam..mudah mengamuk... mcm mana la nak perintah malaysia..

KHATEEB said...

Salam ukhuwah...
secara individu, kita patut menerima sebarang teguran demi kebaikan masa depan...
terutama sekali teguran untuk membaiki kekurangan diri...
walau bagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan teguran isi teguran oleh prof aziz bari yang jelas tiada bukti,kerana ia secara terang lagi bersuluh menunjukkan ada niat lain disebalik teguran dengan menyebut nama individu tertentu...
nampaknya pihak ketiga dalam PAS yang mempunyai agenda sendiri untuk dicapai,berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa lepas...
isu demi isu yang melibatkan hal dalaman PAS dilondehkan oleh pihak ketiga ini...
saya ucapkan selamat berjaya kepada pihak ketiga ini,dengan kata-kata 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'...
sekian...

Abu Aliya said...

Sebentar tadi, kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Najmi di surau As-Sakeenah.Tmn TTDI Jaya Shah Alam tentang sirah sahabat. Malam ini kisah 2 bapa saudara nabi iaitu Saidinna Hamzah ra (Asadullah/ Singa Allah) dan Saidinna Abbas ra. Banyak sungguh perkara yang kita tidak tahu dari sirah sahabat yang disampaikan oleh Ustaz Najmi. Jadi jangan lupa setiap Selasa minggu ke-4 setiap bulan. Di masjid Al-I'tisam pun ada pada 1 subuh sebulan sekali

Salah satu pengajaran yang paling besar dalam perang Uhud adalah bagaimana umat Islam ditewaskan oleh musuh ketika itu. Padahal pada awal pertempuran umat Islam yang di pimpin Rasulullah saw telah mengatur strategi yang teliti dan kemas yang menyebabkan tentera musyrikin lari meninggalkan medan pertempuran. Bila Allah campakkan sedikit kemenangan, mulalah terasa diri hebat, kuat di tambah pula melihat ghanimah (harta rampasan peperangan) melambak didepan mata. Perintah Pemimpin No 1 ketika itu (Rasulullah saw) telah diingkari oleh sebahagian besar (50 dari 60 orang) dari barisan Pemanah yang ditugaskan di atas Bukit Memanah, telah turun bukit untuk bersama mengutip ghanimah. Padahal Pemimpin No 1 ketika itu sudah memerintahkan agar tiada seorang pun berganjak dari bukit tersebut walau apa terjadi di bawah bukit, sehingga diarahkan.

Namun begitu, 50 dari 60 Pemanah ni telah ingkar arahan Pemimpin, dan akibatnya amat parah untuk jemaah Islam. Khalid AlWalid dan Ikrimah Abu Jahal (yang belum Islam ketika itu) telah menyedari kealpaan umat Islam lantas melakukan serangan balas yang tidak dapat lagi ditangkis oleh umat Islam. Rasulullah saw sendiri hampir terbunuh, cedera parah terkena penangan musuh. Saidinna Hamzah ra, walaupun berjaya membunuh 30 orang musuh, telah syahid ditombak Wahsi (Wahsi kemudiannya masuk Islam dan membunuh musuh No 1 Islam di zaman Khalifah A Bakar ra iaitu MusailamatulKazzab).

Pengajaran besar dari lipatan sejarah Rasulullah saw. ini telah berulang dan akan terus berulang selagi mana kita tiada wala' kepada Pemimpin yang telah dipilih, apalagi kita curiga dan suuz-zan (prasangka buruk) terhadap tindakan beliau. Kata-kata seperti Pertemuan dalam Gelap, Barua-UMNO dan label-label lain amatlah biadap dan tidak sesuai untuk Pemimpin yang sepatutunya kita sokong dan sanggup syahid mempertahankan beliau. Kerana apa? kerana beliau adalah Pemimpin kita, sebuah wadah Islam, bukan parti politik semata-mata. Kita berjuang kerana Allah dan Rasul, bukan kerana nak memerintah Malaysia semata-mata, sampai sanggup langgar semua prinsip jemaah Islam. Melebihkan PR lebih dari PAS/Islam itu sendiri. Apakah ini cara nak dapat keredhaan Allah swt?

Abu Aliya
Shah Alam

sembang haroki said...

saya anggap pandangan anda sangat jahat. sebagai ajk pas pusat anda tak boleh memberitahu kepada umum bahawa anda tak bersetuju dengan pandangan ketua penerangan kerana ianya adalah juga merupakan pandanga jamaah kecuali presiden menjelaskan sebaliknya. anda seorang peguam bukan da'i, tentu kaeda2 usul dan fekah berlainan dengan ilmi anda.Walau pun anda lulusan universiti yang dikatakan Islam.
anda perlu bawa isu tersebut dalam mesyuarat ajk pas pusat. saya percaya anda tak menghayati fikrah rachid ghounushi. pandangan anda tak bersetuju dengan ketua penerangan anda ulangi dalam hujah semalam.anda bukan saja jahat, tapi apologetik... memalukan.
Bukti anda tak memahami fikrah islamiyah harokiyyah jelas melalui soalan provokatif dr agus gagal dijawab oleh anda. misalnya masalah tiada pegundian dalam mesyuarat khas ajk yang menolak egm. anda dan mujahid berputar2(circular reasoning) ditempat yang sama, bimbang dikatakan pas tak mengamalkan demokrasi. sepatutnya anda menjelaskan dalam perkara nas, tiada angkat tangan, sedangkan mullah nik aziz gagal membawa hujah syarak mengapa mesti diadakan egm.. bahlol.dalam masa yang sama tanpa disedari mengiyakan apa yang berlaku dalam mesyuarat.... ajk pusat standard mana anda? takut ke anda jika dikatakan pas tidak mengamalkan demokrasi?
sebagai kecaman penganguhan, aziz bari seorang professor, mengkritik tanpa berdasarkan kaedah setaraf seorang professor sebenarya mendedahkan kegagalan puak2 anda (dr dzul, solahudin)mengendali PRK. memang puak2 husami tak ada pengalaman mengendalikan PRK atau PRU. Us Nasha dan cikgu pa, berjaya merampas parlimen K terengganu dari umno dengan penuh bergaya walaupun undi China kepada pas merosot!! anda tak faham2 fiqh amal islami.

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... said...

Dengan komen anda sebegini, anda tak layak jadi pemimpin Pusat PAS di masa akan datang! Anda adalah salah seorang dari golongan orang yang mengengkari perintah Rasul dalam perang uhud sampai akhirnya tentera Islam kalah teruk. Tanpa anda sedari, anda mengkhianati amanh sebagai pemimpin PAS yang bukan sahaja parti politik semata-mata tapi satu-satunya gerakan Islam dalam politik di Malaysia.Saya kesal dengan anda!Kalau anda masih terus dengan sikap seperti in, saya doakan Allah keluarkan kamu dari kepimpinan PAS! Kerana kamu hanya akan menjatuhkan satu-satunya gerakan Islam yang ingin mendaulatkan hukum Islam di Malaysia, negara kita tercinta.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Prof Aziz Bari. Kenyataan ini adalh datang dari seorang profesional yang ingin melihat pimpinan Pas lebih profesional dan berpendirian dalam mengemudi PAS. Walaupun ianya agak pedas tetapi itulah hakikat yang kita tidak boleh lari darinya. Jangan kerana tidak mahu menerima kritikan menjadikan kita dilabel oleh rakyat sebagai Boneka UMNO. Jangan sampai pemimpin vateran atau saya sendiri suatu hari nanti mengatakan "PAS rotten to the core", di sebabkan kelemahan yang ada pada pemimpinnya....Saya yakin kritikan yang membina ini dapat menjadikan PAS sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan diri dalam menghadapi apa juga kemingkinan yang mendatang!!!
Takbir!!!! Reformasi!!