Saturday, July 26, 2008

PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .

Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’. Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.

Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.

Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.

Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.

Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.
Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat meraskan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.

Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.

Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.

Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar al-amin Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.

Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.

Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”

Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya mejuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.

Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.

Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.

Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!

71 comments:

Aris Awang said...

Salam

Tahniah dan terima kasih di atas ulasan yang berterus terang.

Saya sependapat dengan kamu.

Aris bin Awang

Aris Awang said...

Salam

Tahniah dan terima kasih di atas ulasan yang berterus terang.

Saya sependapat dengan kamu.

Aris bin Awang

bat8 said...

Sdara Hanipa

Pendapat sdra megenai realiti sokongan orang bukan melayu kepada PAS adalah benar. Banyak ulasan-ulasan dari bukan melayu mengingatkan PAS tentang apa yang sdra suarakan terdapat diberbagai blog.

Saya bukan ahli PAS atau UMNO(baru). Tetapi jika diberi pilihan, l choose PAS over UMNO anytime. Perlu diingat, ahli PAS hanya sekitar 900k, tetapi orang seperti saya lebih ramai dari itu yang memberi sokongan kepada PAS dalam PRU12 yang lalu.

I have a very great respect for TG Haji Hadi as an Islamic scholar but as a politician, l dont think, it is in him to be one. One trait which is to my opinion to be his biggest handicap as a politician i.e - he is always out of touch with reality. He's understanding of reality has always been a bit skewed .

Pandangan yang paling tepat untuk describe TG Haji Hadi adalah seperti dinyatakan oleh Irwanis Johan dalam malaysiakini - TG Haji Hadi lebih sesuai untuk menjadi pendakwah sepenuh masa ( dari menjadi politician ).

Membaca komen terakhir beliau semasa merasmikan konvensyen PAS Perak just make me realise that his presidency is untenable now.

TGNA baru-baru ini telah menolong membersihkan maruah TG Haji Hadi dengan mengatakan future meeting dengan UMNO adalah Muqabalah dan bukan Muzakarah.

Yet he shot his foot again bila mengatakan : We went to see them because they invited usand imply that in Islam we have to oblige when invited.

My question to him now - if you are invited to a sin party, then you are obliged to attend too?

Another reason given for the meeting given by TG haji Hadi - meeting is to resolve the PAkatan problems with the federal gomen. Cheap Xcuse...your excuse is of same class as reason usually given by AAB who always think the rakyat are a bunch of idiots.

Guess no point of dwelling about TG haji Hadi and his cohorts further. Suffice to say, his presidency is untenable anymore so as with his cohorts.

If they think sudah jemu dan rimas pakai jubah...dok nampak seronok pakai baju kot, naik kereta mewah, hidup dalam rumah macam istana....plse just go join UMNO. Maybe you can be more successful than DSAI in cleaning up UMNO

bat8

bat8 said...

Sdara Hanipa

Pendapat sdra megenai realiti sokongan orang bukan melayu kepada PAS adalah benar. Banyak ulasan-ulasan dari bukan melayu mengingatkan PAS tentang apa yang sdra suarakan terdapat diberbagai blog.

Saya bukan ahli PAS atau UMNO(baru). Tetapi jika diberi pilihan, l choose PAS over UMNO anytime. Perlu diingat, ahli PAS hanya sekitar 900k, tetapi orang seperti saya lebih ramai dari itu yang memberi sokongan kepada PAS dalam PRU12 yang lalu.

I have a very great respect for TG Haji Hadi as an Islamic scholar but as a politician, l dont think, it is in him to be one. One trait which is to my opinion to be his biggest handicap as a politician i.e - he is always out of touch with reality. He's understanding of reality has always been a bit skewed .

Pandangan yang paling tepat untuk describe TG Haji Hadi adalah seperti dinyatakan oleh Irwanis Johan dalam malaysiakini - TG Haji Hadi lebih sesuai untuk menjadi pendakwah sepenuh masa ( dari menjadi politician ).

Membaca komen terakhir beliau semasa merasmikan konvensyen PAS Perak just make me realise that his presidency is untenable now.

TGNA baru-baru ini telah menolong membersihkan maruah TG Haji Hadi dengan mengatakan future meeting dengan UMNO adalah Muqabalah dan bukan Muzakarah.

Yet he shot his foot again bila mengatakan : We went to see them because they invited usand imply that in Islam we have to oblige when invited.

My question to him now - if you are invited to a sin party, then you are obliged to attend too?

Another reason given for the meeting given by TG haji Hadi - meeting is to resolve the PAkatan problems with the federal gomen. Cheap Xcuse...your excuse is of same class as reason usually given by AAB who always think the rakyat are a bunch of idiots.

Guess no point of dwelling about TG haji Hadi and his cohorts further. Suffice to say, his presidency is untenable anymore so as with his cohorts.

If they think sudah jemu dan rimas pakai jubah...dok nampak seronok pakai baju kot, naik kereta mewah, hidup dalam rumah macam istana....plse just go join UMNO. Maybe you can be more successful than DSAI in cleaning up UMNO

bat8

ANAK BAPAK said...

salam...,

tahniah atas pandangan dan pendirian anda yang berani..

saya setuju bahawa kini kita berdepan dengan tomahan dari PKR dan DAP pula..atas kapasiti mereka yg sekular maka mereka terjebak dengan spin media UMNO/BN dan akhirnya menyebabkan ada dikalangan penulis2 mereka menghentam 'ulamak PAS...

UMNO hampir berjaya meragukan fikiran dan pendirian penyokong malah ahli PAS sendiri terhadap jalan politiknya..namun secara harakinya tidak mustahil PAS akan kembali bersendirian memperjuangkan Islam..boleh jadi pkr dan DAP tinggalkan kita dan UMNO menerajang kita...

natijah dari pertemuan TGNA dgn Dato' Seri Presiden dan lima orang AJK syura yg lain saya kira sebagai point penyelamat PAS, dan PAS wajib terus kekalkan pendirian terhadap dasar menegakkan negara Islamya walaupun dengan UMNO, hakikatnya UMNO PKR dan DAP adalah sekular..namun titik pertemuan perjuangan yg sama lebih kepada PKR dan DAP..malangnya mereka berdua menerima spin media yg cukp hebat dan saya kira UMNO berjaya mencipta fitnah yang besar kepada PAS yg menyebabkan PAS diragui..

saya bersama dengan pednirian tuan dalam hati kecil juga agak agak kecewa dengan apa yg telah berlaku kepada jemaah kita..namun saya yakin jwatankuasa syura bukan begitu mudah membuat suatu keputusan dan saya yakin dikalangan besar mereka juga berpendirian speperti ini dan TGNA adalah orang yang paling awal menyedarinya...

Unknown said...

My personal opinion

Frust frust
bila dah jumpa umno kita telah mengkhianati amanah pilihanraya lalu, yg amat-amat menyedihkan ialah amanah non muslim.Dekat lima puluh tahun berusaha tiba tiba amanah mereka kita khianati.my personal opinion he should resign bukan untuk pulihkan kepercayaan non muslim tapi just untuk tunjukan kita serius. Semalam di Ipoh cuba menegak benang basah lagi.Lagi marah non muslim dengar.
lagi satu watch out , bukan nak tuduh , org yg kat Selangor, kena control sikit dia tu, ex BTN pula tu.

Executive Director said...

Tahniah atas keberanian tuan menyuarakan kebenaran. Saya yakin kalau pun tidak semua, majoriti AJK PAS Pusat berfikiran seperti tuan, tetapi almaklumlah.....

Mohamed Zainal Abidin bin Hussin
Putera Tok Bali

Anonymous said...

warekganal.

Memang anda ada prinsip taniah kerana berani berterus terang.

Itu peringkat atas dibawah banyak ahli pas diperingkat cawangan yang telah keluar parti dan berkira-kira keluar parti. Mereka tak puas hati cara AJK Kawasan selepas kuasa rakyat memberi kemenangan di beberapa negeri. Ahli akar umbi tiada dipedulikan, pelantikan K.Kg tiada dibuat mesyuarat. Ini kisah benar semalam aku dipangil oleh Ajk Cawangan yang meluahkan perasaan takpuas hati dan telah keluar parti Pas termasuk 5 ahli dari cawangannya.

Kita berharap agar satu post moterm perlu dibuat kita tidak mahu Kedah menjadi Terengganu.Dan banyak cawangan yang tak aktif dan ahlinya telah lari selepas PR12.

amni said...

saya setuju sangat2... wala' saya hanya pada pemimpin.
namun pemimpin turut perlu menghormati penyokong dan pendokong..

bila ulama + umara' + rakyat bersatu, Islam tertegak.

Mogen Ali Rico said...

Ulasan yang baek dan berterus terang..Salam takzim..

pendapat peribadi saya..

Secara jujur saya bersetuju dgn muzakarah ini demi menyampaikan dakwah dan tazkirah kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada pihak musuh.Antara sebabnya ialah

1) Tiada sempadan dalam islam dalam konteks berdakwah.Kita tidak tahu bagaimana pendirian UMNO skrg.semuanya hanyalah berdasarkan tapsiran dan desas desus pengalaman yang lepas.Jadikan platform muzakarah ini sebagai platform berdakwah.Jgn disalah ertikan bahawa jika kita berbincang sesuatu dgn mereka maka kita perlu bersama mereka.Gunakan masa yang telah dianugerahkan dgn bermuzakarh, berbincang dan berdakwah dan insyaalah perkara yang baik daripada Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan kita sendiri.Bukankah bersangka baik itu baik namun kebijaksaan perlu ada dalam menilai setiap tindakan.

2)Kontek penubuhan Negara Islam.Jika pakatan rakyat ditakdirkan menjadi kerajaan.Jika ahli parlimen dan adun kaum melayu bukan lagi menjadi majoriti, maka PAS perlu memastikan Kaum Melayu tetap memegang kuasa politik di MALAYSIA ini dgn menarik diri daripada parti rakyat.

3)Jika perjuangan selama ini adalah utk Islam dan sebenarnya2 utk islam..Maka politik mahupon pangkat dan kedudukan bukan lagi menjadi soalan pokok.Namun persoalannya..jika malam ini UMNO ubah dasar kepada ISLAM, adakah PAS akan dibubarkan pada pagi esok??

wallahualam..maaf kepada yang tidak bersetuju.It's just my two cents..

. said...

Salam buat Tuan..

Terima kasih atas artikel yang JUJUR ini. Saya pun sebenarnya sudah penat dan "terasa angin" juga membaca isu muzakarah umno (yang sangat saya benci) ini dan PAS (parti yang saya sokong dan sayang).

Tetapi, kebelakangan ini setiap kali membaca kenyataan2 dari pemimpin tertinggi PAS saya mula rasa mual dan RASA KECEWA dengan kapa yang saya baca.

Memang saya sangat kecewa sekarang ini. Apa lagi sangat sukar mendengar ppenjelasan orang yang terlibat kecuali YB Ir Khalid Samat. Yang lain membisu dan sudah mempunyai "gaya bahasa" umno yang nampak berbelit-belit memutarkan kenyataan.

Saya sedih kerana PAS berdiri atas prinsip POLITIK ISLAM iaitu jujur dan ADIL. Berjumpa dengan umno satu hal tetapi gaya berdolak dalik pemimpin PAS yang paling mengecewakan.

Dan yang menyedihkan, PAS terlupa yang undi dalam PRU12 adalah juga undi non muslim yang YAKIN dan PERCAYA dengan PAS atas dasar prinsip JUJUR dan ADIL tadi. Maka bila PAS berjumpa atas dasar MELAYU TANPA MELIHAT harapan pengundi yang telah memilih PAS. Ia semacam PAS MENGKHIANATI HARAPAN dan PERASAAN pengundi PAS. Apatah lagi dengan peranan yang di mainkan oleh ahli PAKATAN yang lain.

Saya tidak tahu tentang strategi politik tetapi mungkin dari segi dakwahnya bagus. malangnya UMNO ingin bertemu pas atas strategi politik mereka. Dan dari sudut strateginya, PAS sudah nampak macam salah..(maafkan saya jika saya salah) Apatah lagi saat mengenang apa yang UMNO telah lakukan pada RAKYAT dan apa yang SEDANG dan MASA mereka lakukan PADA RAKYAT. Tiba-tiba beberapa pemimpin PAS mula mempunyai nada seperti gaya UMNO?

Saya cuba mencara blog pemimpin pAS yang boleh saya luahkan perasaaan saya. kebetulan blog Tuan menulis tentang isu ini.
Secara ikhlas, mula ragu-ragu dengan gaya dan strategi pas dalam isu ini.

Mohon Tuan dapat sampaikan ISU ini tanpa RASA TAKUT dan BIMBANG. Ini soal HARAPAN rakyat terbanyak yang PERCAYA dengan PAS...bukan dengan UMNO. KEnapa PAS mahu menyelamatkan UMNO saat ini? Dan sejak bila pula PAS mengiktiraf NIAT umno yang IKHLAS tentang ISLAM?

Sekian.
Sekadar meluahkan rasa kecewa ini.
Penyokong PR dan Ahli Pas

Abu Muhammad Haikal said...

salam

terima kasih kerana berbicara berterus terang..

Muhammad Sabri Sahrir said...

saudara Hanipa dan ahli2 PAS yang lain, saudara2 semua ada jawatan dalam PAS, sepatutnya saudara terus bertanya dan mempersoalkan pimpinan jamaah di atas segala masalah. Luahan peribadi seperti ini hanya menambahkankan kekusutan tidak menyelesaikan masalah lebih2 lagi apabila kenyataan saudara diambil kesempatan oleh ORANG YANG TIDAK BERAPA CERDIK ATAU TIDAK FAHAM.

Kalau dah cerdik sangat, bertanding jer jawatan Presiden atau Timbalan, tukar kepimpinan parti dan tengoklah apa yang anda semua termasuk yang dok cakap pandai dalam artikel dan ruangan komen dalam TKO untuk merealisasikan wawasan anda terhadap politik Malaysia. Cakap memang senang, mamak roti canai lagi pandai cakap tapi HAMPEH baru berjuang 2 atau 3 tahun dah nak hadiah nobel mcm TGNA.

R@duan said...

KITA BUAT PARTI PAS BARU. SAPA-SAPA NAK BUBAR PAS DAN MASUK AMNO SILAKAN...

diarihijau said...

Saya tak berapa setuju dgn pendapat anda. Harap maaf jika tulisan ini membuat anda dan pembaca lain terasa hati. Mungkin pandangan saya ini berbeza disebabkan saya berada di luar negara yang memandang dari kejauhan.

Saya teringat kata2 To' Guru Nik Aziz dlm kuliah mingguannya semasa belajar di sekolahnya Pulau Melaka dahulu. Katanya, "Nabi pesan, jgn terlalu syg kpd seseorang krn mgkin klak dia akn jd musuh kamu dan jgn terlalu bnci kpd seseorg krn mgkn klak akn jd sahabat kamu."

Mmg bnr UMNO mgkin nk prgkap PAS tp cuba kita renung firman Allah ini, “Dan jika kiranya mereka condong ke arah perdamaian, maka condonglah kamu juga ke arah itu dan bertawakkallah kepada Allah..”

Mmg la UMNO trsepit ms ni sbb tu nk 'bermuzakarah'. Mmg lumrah manusia mcm tu, ms susah baru nk insaf, igt asal usul nk mnta tlg. tggjwb kita sbg sorg islam kna bdamai klw musuh condong ke arah perdamaian stlh dinilai scara teliti tlbh dhlu. jika mereka nk khianati kita ats dasar pdamaian itu, Allah suruh kita bertawakkal kpdnya. Maknanya, klw mereka khianati maka Allah sendiri akn mmbalas kpd mereka.

Nabi Muhammad sggup buat pdamaian dgn kafir musyrik dan yahudi walaupun Nabi tahu mereka akn khianati. Inikan pula UMNO yg sama bangsa n sama agama. adakah anda i'tikad yg UMNO lbh kafir drpd yahudi n kafir Mekah ms Nabi dahulu?

lg plk 'muzakarah' bkn bererti nk bgabung. ia cuma utk kepentingn Islam n Melayu. jika tidk bcggah dgn Islam n dasar PAS serta menguntungkn Islam is diterima. Saya percaya yg presiden tlh menilai dgn ilmu n imannya sblm prtemuan itu dibuat.

sy tak stuju pd pndpt yg kata pjuangn PAS selari dgn PKR n DAP utk tegakkn Islam di Malaysia. DAP trg2 lawan Islam. PKR cuma nk tegak keadilan bkn negara Islam. PR hnya spakat utk jatuhkn BN bkn spakt ats dasar parti masing2. bg sy, shingga skrg lbh baik brsama PR krn ia lbh mberi kbaikn kpd PAS n Islam berbanding brsama UMNO. mgkin esok lusa ia akn berubah.

sy nk tya anda semua, adakah melayu n Islam terbela jika PKR/DAP jd tonggak pemerintahan M'sia? DAP awl2 lg dh tolak melayu n Islam. PKR bkn parti berteraskn Melayu n Islam. Maknanya, skrg ni klw biar UMNO perintah Malaysia, Melayu akn rugi. Klw PKR printah M'sia pun Melayu akn rugi. Yg untung melayu n Islam jika PAS memerintah tp PAS tak kuat. seharusnya Pas kena kalahkan BN n memerintah negara. tp boleh ke mcm tu? Lu pk la sendiri.

Bg saya, UMNO mmg parti nak tlg Melayu cuma pemimpin2nya yg menghancurkan Melayu. PKR parti semua bangsa n semua agama. Sy nampak, klw PKR memerintah bangsa2 lain akn tuntut hak persamaan n PKR kena akur sbb ia bkn Parti berteraskan Melayu n Islam. jd, keistimewaan Melayu akn hilang walaupun tlh dihilangkan oleh parti melayu UMNO itu sendiri. Hak diskaun 10% utk bumi petera utk beli rumah akn hilang. And byk lg keistimewaan Melayu yg masih tersisa akn hilang. Tngoklah kt Selangor, MB kata akn nilai cdgn nk besarkn rumah ibadat org bkn Islam yg tlh dihalang oleh kerajaan terdahulu. spatutnya kna cantas terusla cdgn2 mcm tu. kt penang nak letak bahasa lain kt papan tanda. isu Mas idayu n Ella MB Selangor tak ambil berat bahkan buat PAS mcm melukut ditepi gantang.

Saya harap kalian menilai dgn teliti apa yg saya tuliskan. Kita jgn letakkan semangat dihadapan kerana ia akn jd ta'sub. letakkan agama n pemikiran mendahului semangat. Sebarang komen amat saya harapkan...

chuss said...

assalamu'alaikum wm wbt.

tk di atas keikhlasan sdr, sbg ajk pas harian, utk berkongsi pandangan yg amat dinanti2 oleh ahli2 biasa.

apa yg berlaku boleh diibaratkan sbg satu 'kecelakaan' kpd pas.

pertama, ia mendedahkan ada perlakuan tidak sopan (bersembunyi-sembunyi) di kalangan kepimpinan.

kedua, bertindak tanpa mengambil kira suasana dan mood semasa.

ketiga, nasihat yg tidak benar kpd kepimpinan tertinggi oleh mereka yg disekelilingnya.

keempat, menggadai prinsip "pas 4 all" yg telah mula diterima ramai khususnya non-muslim.

kelima, kebarangkalian usaha utk memperlekeh tg presiden (sdr mungkin lebih arif ttg ini).

sdr mungkin boleh terima jika saya mencadangkan supaya penjawat parti tidak dibenarkan menduduki kerusi majlis syura. sbg contoh, presiden parti, sbg ahli majlis syura, besar kemungkinan berlaku 'conflict of interest'.

perkembangan selepas pertemuan majlis syura di jkr 10 - cadangan tg nik aziz, "bubar umno dan pas tubuh parti baru" memberi gambaran bahawa 'tidak semuanya baik' pada pertemuan tsb.

Allah jua Yang Maha Mengetahui...

diarihijau said...

cdgn tok guru nik aziz spy bubar umno n pas kmudian tubuh parti baru berteraskan islam hanyalah ulangan pegangan beliau sblm ini. katanya, "pas hanyalah wasilah/jalan, Islam adalah matlamat. jika umno ubah perlembagaannya kpd Islam maka PAS akn bubar n sokong UMNO." saya nampak kebanyakan kita perjuangkan PAS seolah2 PAS itu matlamat, seolah2 PAS yang dapat memasukkan kita ke dalam syurga. Padahal, kita wajib sokong Pas sbb PAS perjuangkan ISLAM. kena faham konsep matlamat n wasilah...

Sang Rajuna said...

Tahniah atas pendapat tuan yang berterus terang.

Sebelum ini saya telah membaca pendapat Nik Aziz yang menyatakan bahawa "muzakarah" antara PAS dengan UMNO akan menyebabkan ahli-ahli PAS marah dan parti lain dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) mencurigai PAS.

Hal ini nampaknya telah pun berlaku.

Saya rasa ini adalah kesilapan Haji Hadi yang telah termasuk ke dalam perangkap UMNO.

Haji Hadi boleh mengatakan PAS boleh berbincang dengan siapa saja, termasuk UMNO.

Akan tetapi, setelah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat dengan DAP dan PKR, dan ketika Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil alih kerajaan daripada BN, tentulah bukan masa yang sesuai untuk PAS bermuzakarah dengan UMNO.

Dr. Z menulis said...

Saya setuju setiap orang berhak memberikan pandangan. Saya berharap budaya ini subur. Budaya mengampu mesti dibuang.
Bayangkan apabila rakyat merasai ahli politik hanya satu standard sahaja. Iaitu pembohong, penipu, pemutar belit, bermain perkataan, hari ini cakap lain-esok cakap lain dsb. Di mana lagi letak muka orang yang mengaku berjuang Islam melalui politik?

hairel dean said...

Salam..
saya menyokong pendapat saudara tentang sokongan bukan Islam terhadap PAS. byk kalangan rakan2 saya juga mulai menyenangi matlamat perjuangan PAS..ketokohan & kesederhanaan pemimpin PAS memikat hati bukan Islam.mereka melihat PAS sbgi pengganti UMNO yg ideal in leading this nation..I hope PAS leaders would better sooner than later realized this.

My best regards to all supporters.

Anonymous said...

Salam,

Sy bukan ahli pas atau umno mahupun PKR.

Pada pengamatan saya ada hikmah disebalik pendedehan muzakarah ini kepada semua.

Alhamdulillah pemimpin PAS tidak mudah termakan umpan jawatan yang diberikan UMNO dan apabila PAS menolak jawatan dan mempertahankan prinsip itu saya lihat banyak komen yang positif tentang pemimpin PAS dalam kebanyakan blog dan media alternatif.

Saya yakin selagi PAS mempertahankan prinsip yang dipegang dan setia kawan dalam Pakatan Rakyat, rakyat akan terus yakin dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Saya selalu berdoa agar UMNO meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar parti mereka dan TG Nik Abdul Aziz akan menunaikan janjinya membubarkan PAS dan pada masa itu kita semua kan bersatu, insyaAllah.
May Allah guide all of us.

www.budakpekan.blogspot.com

bat8 said...

cinta telah membangkitkan sesuatu yang menarik....

"Saya tidak tahu tentang strategi politik tetapi mungkin dari segi dakwahnya bagus...."

Kita sepatutnya melihat dengan kacamata yang lebih luas baik dari segi strategi politik atau dakwah. Kita diberi akal untuk menilai dan bertindak mengikut cara yang paling baik berdasarkan realiti.

The realiti dari tawaran muzakarah UMNO adalah seperti berikut :-

1. UMNO tiba-tiba menyedari bahawa dia kehilangan sokongan dari orang melayu dalam PRU 12. Golongan yang paling ramai desert UMNO adalah di kalangan generasi muda yang berpendidikan ( termasuk mereka2 dalam usia 40an). Kebanyakan melayu dalam golongan ini mengundi PAS dalam PRU12 dan dijangka akan terus mengundi PAS dalam PRU13 jika PAS bersama Pakatan dan Pakatan dapat memerintah 5 negeri dengan baik.

Pihak UMNO amat gusar dan bimbang dengan nasib mereka dalam PRU13 nanti.

2. Cadangan terbaru UMNO adalah dalam rangka untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS tetapi UMNO masih tetap bersama BN.

Dengan PAS mereka bercakap perpaduan Melayu dan Islam, bila bersama BN dia kena cakap benda lain! Tidakkah pelik?

Yang pasti dari usaha UMNO ini - UMNO akan terus menjadi tunggak kepada kerajaan tanpa halangan. INIKAH YANG SEGELINTIR PEMIMPIN PAS MAHU?

3. Jika UMNO benar-benar ikhlas untuk menyemarakkan perpaduan melayu dan mengukuhkan Islam - UMNO patut ajak PAS selepas PRU11 yang lalu.

Pada masa itu, UMNO berada dalam tahap paling kuat dalam sejarah politik negara. UMNO boleh terus ajak PAS bermuzakarah dan bekerjasama untuk memperkuatkan Islam tanpa risau kepada tentangan parti komponen BN yang lain.

Mengapa bila dalam keadaan lemah sekarang dan masa depan PRU13 yang gelap baru nak ajak PAS? UMNO insaf betulkah atau helah untuk terus mengekalkan cengkamannya keatas kerajaan?

Ini ahli PAS kena renung.

4. Dalam Pakatan, PAS hanya kena berurusan dengan 2 parti komponen yang lain dan menjadi rakan setara.

Jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS kena berurusan dan mengambilkira 13 parti komponen BN yang lain yang mempunyai pelbagai tuntutan.

5. Penyokong dan ahli UMNO hanyalah 3 juta orang. Hanya ini aja yang hendak kita dakwahkan. Ahli komponen lain susah amat susah nak dakwah kerana PAS tidak mempunyai hubungan langsung dengan mereka.

Tetapi PAS mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berdakwah kepada penyokong-penyokong Pakatan. Penyokong Pakatan yang bukan Islam telah menunjukkan sikap terbuka mereka kepada PAS. PAS mempunyai peluang yang amat cerah untuk diterima sekiranya mereka mempamirkan kesyumulan Islam melalui Pakatan Rakyat.

Tidakkah wadah dakwah PAS lebih luas melalui Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO?

banyak lagi hujah yang boleh diketengahkan tapi cukuplah setakat ini. Mungkin pembaca lain boleh tokok tambah.

bat8

ps: Tektik terbaru UMNO mengajak PAS bermuzakarah antara lain adalah untuk memecahkan Pakatan rakyat.

Bagaimana caranya? 1. Discredit PAS pada kacamata bukan Islam betapa teroknya Islam yang diperjuangkan oleh PAS 2. Memecahbelahkan PAS sebagai cara untuk mengekalkan sokongan orang melayu kepada UMNO.

bat8 said...

sdra hanipa

izinkan hamba tambah satu lagi maklumat penting untuk renungan bersama.

6. Sejak UMNOmasuk kesabah tahun 1992, keahlian UMNO telah dibuka kepada semua bumiputra tak kira Islam atau tidak, asalkan memenuhi syarat takrif bumiputra dalam perlembagaan. ( sdra hanipa mungkin boleh bagi seksyen mana yg dimaksudkan).

Kalau kita bukak daftar ahli UMNO di sabah, kita akan dapati ader ahli-ahlinya yang terdiri dari bumiputra sabah bukan Islam dan bukan melayu.

Dimanakah kedudukan UMNO dalam konteks mengukuhkan perpaduan melayu dan Islam - AHLI-AHLI PAS TOLONG JAWAB!

nasru said...

sebenarnya kita terperangkap dalam isu ini dimana ianya satu propaganda dari UMNO untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

zamin imran said...

salam,

saya sgt sependapat dgn saudara. saya
teramat kecewa dgn presiden & timbalan presiden pas. saya berharap saudara dapatkan penjelasan dari mereka yg terlibat. saya mula berasa sangsi dgn parti pas. harapan saya moga terlerai dgn segera kesangsian saya. tq

Reformasi..

zamin imran said...

salam,

saya sgt sependapat dgn saudara. saya
teramat kecewa dgn presiden & timbalan presiden pas. saya berharap saudara dapatkan penjelasan dari mereka yg terlibat. saya mula berasa sangsi dgn parti pas. harapan saya moga terlerai dgn segera kesangsian saya. tq

zamin imran

zamin imran said...

salam,

saya sgt sependapat dgn saudara. saya
teramat kecewa dgn presiden & timbalan presiden pas. saya berharap saudara dapatkan penjelasan dari mereka yg terlibat. saya mula berasa sangsi dgn parti pas. harapan saya moga terlerai dgn segera kesangsian saya. tq

Reformasi..

bat8 said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).


Tidakkah kita kena guna akal, fikir, renung dulu, mentang-mentang lah Islam kata: "Kalau orang ajak, kita ke pi jumpa"

Hamba Allah said...

Apabila sesaorang AJK PAS Pusat tidak bersuara dalam mesyuarat yang beliau ahlinya, tetapi bersuara diluar 'dewan' kepada bukan ahli/ korumnya.

Saudara sebenar tidak berakhlak dalam konsep berjamaah. Kalau kira nak dedah, hamba pun boleh dedah.

Saya nak bertanya siapa lawyer yang ambil kes PAS Kelantan VS BN Kelantan, petisen Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir. Dah lah melibatkan belanja guaman sebanyak RM100,000, TETAPI kes kalah.

PAS Kelantan 2X rugi. Satu rugi kehilangan kerusi kalah dalam pilihan raya kecil. Dua rugi kehilangan wang kalah kes di Mahkamah. Ketika pemimpin PAS Kelantan tak berminat nak bawa kes ini ke Mahkamah segelintir pimpinan yang sejiwa dengan saudara yang berminat untuk kendalikan kes ini.

Sepatutnya tuan-tuan lawyer korban sikit kos guaman tu, jangan miskin kan PAS Kelantan. Ketika pak mat, pak lah dikampung menderma dengan ikhlas, walaupun samah serial, tuan-tuan lawyer tak ada niat langsung untuk dermakan ilmu dan kepadakaran kepada PAS Kelantan.

Bukan lah maksud hamba ini tak ambil kos, ambillah sekadar cukup untuk tambang dan penginapan, gaji staff untuk seminggu dua. Tetapi kalau 100,000 dan kalah pulak amat memalukan.

Kalau PAS orang sukar nak percaya selepas ini, antaranya sikap sebeginilah yang menyebabkan rakyat semakin sukar nak percayakan pada PAS>

harlequin said...

wtf pink??!!

Unknown said...

perkara yang asalnya bertujuan baik akhirnya bertukar menjadi buruk apabila ada pihak yang cuba memperbesarkan isu ini. PAS juga seperti ada masalah dalaman apabila pendirian antara pemimpin mereka sendiri bercanggah

Indahnya Islam said...

Kita nak jaga Islam atau Melayu?Kalau nak jaga melayu,tak betul,kita kena jaga Islam" - kata TGNA. Saudara nampaknya kecewa sgt,smpi keluar penulisan yg bukan2 spt "meluat dgn sesetengah peminpin kelantan" dan "kelantan bukan model kerajaan islam yg terbaik dlm malaysia" ..hmm...ikut rasa ,badan binasa... kenapalah tidak berhati2 dlm menulis? Sekarang semua akan tertanya, siapakah yg saudara menyampahkan tu.. menyampah kerana apa? kerana dia tak islamik,atau kerana dia cakap kelate pekat,atau apa? sekarang fitnah terbuka luas oleh kerana penulisan saudara, sekarang nih nampak terbuka luas marahnya dan meluatnya hati saudara pada rakan seperjuangan saudara,nauzubillahiminzalik. Next ,Kelantan bukan model terbaik utk kerajaan islam dlm Malaysia... kerajaan negeri mana lagi yg praktikkan islam sehabis boleh dgn perlembagaan sekarang selain kelantan? negeri Johor ke,atau negeri Penang atau negeri apa? Jelaslah , sabar itu separuh dari iman dan belajarlah bersabar ..jangan melatah dan diperkotak-katikkan oleh musuh sebenar,iaitu syaitan yg direjam.

webmaster said...

Saya berpesan kepada saudara atas dasar taqwa dan Islam. Jangan lupa bahawa saudara pimpinan PAS. Kemenangan dalam pilihanraya yang sudah bukan hanya kerana bukan Islam menyokong PAS. Saudara kena ingat! Kerana Allah yang mendorong hati-hati mereka untuk mengundi PAS. Tiada kuasa yang lebih layak untuk memenangkan Islam. Jangan berbuat syirik!

zahidyusof said...

assalamualaikum.....

mengulas tulisan peguam ni kekadanga tak berapa sebab mereka orang berkeliber padanganya di terima...kita ni orang kolot ngaji pondok buruk je....dalam banyak percakapan dan ulasan ni dan Hanipa selaku AJK PAS Pusat, Aris awang (orang yang menyokong mula-mula sekali) jugak boleh di anggap pimpinan PAS.

Soalan saya 1 je,, agak-agak la selepas 16 september ni bila Anwar Ibrahim Jadi PM, kita parti PAS di Kelantan & Kedah (perak tu kita minoriti)selaku parti pemerintah boleh laksana hukum Islam sepenuhnya atau tidak? ada jaminan atau tidak tiada gangguan dari DAP dan PKR yang Non Muslim, nak azan di selngor pun exco tunjuk perasaan, nak buat surau pun Ahli Parlimen tunjuk perasaan...kita nak buat hudud dan hukum Allah ni...PR boleh jamin bagi ke kalau Anwar jadi PM. soalan sikit je tu

smallvillages said...

Saudara Peguam PAS.

Untuk makluman, saya bukan ahli PAS tapi sekadar penyokong PAS. Namun saya suka memberi peringatan.

Sebagai seorang berada dalam jemaah khasnya pemimpin tertinggi seperti saudara, tidak sepatutnya membawa perkara yang TELAH diputuskan oleh Presiden ke pengetahuan umum bahawa ada beberapa perkara yang saudara tidak setuju dan menampakkan cacat cela telah berlaku.

Kedua, adalah tidak sesuai jika saudara merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin tertentu di kalangan-kalangan tertentu. Ini tidak sesuai dengan akhlak islam. Sedangkan penghinaan terhadap musuh adalah kerja tercela inikan pula sahabat dalam satu jemaah.

Ketiga, penyataan umum tentang ada ketidak setujuan terhadap sahabat dalam jemaah adalah mengundang perpecahan dalam parti saudara, dan ia boleh memburukkan imej saudara sebagai pemimpin. Katakan kalangan tertuduh mengambil tindakan mendiam diri demi kesatuan parti saudara, tetapi ia tidak berupaya untuk menyekat kemarahan penyokongnya terhadap saudara dari mengkritik saudara.

Keempat, saudara adalah orang berilmu. Mungkin saudara cemas seketika dan tidak dapat mengawal emosi sehingga membenarkan perasaan tidak senang saudara meledak di blog. Saudara sepatutnya berupaya menjernihkan suasana dari terus menambah beban rakyat dengan pelbagai masalah. Kelihatan saudara gagal. Tak aper, ini sebagai pengajaran.

Kelima, saya mohon maafan atas terjahan yang bisa melukakan hati saudara. Sesungguhnya saya perlu katakan kerana saudara adalah Seorang Pemimpin.

Mohon Ampun Saudara Peguam PAS

malaysian sabahan said...

Sdra Hanipa,

Walaupun selama ini saya tidak pernah setuju dengan PAS ( mungkin disebabkan saya bukan MUSLIM)tetapi setelah penubuhan Kerajaan PR di beberapa buah negeri, persepsi saya tentang PAS mula berubah dengan mempercayai bahwa PAS tidak mungkin menikam kawan dari belakang. Tatapi apa yang berlaku sekarang ini, membuatkan saya keraguan saya terhadap PAS kembali. Walaubagaimanapun, saya masih berharap PAS dapat kekal dalam PAKATAN RAKYAT demi Negara kita yang tercinta ini. UMNO memang sudah sakit yang kronik dan tak mungkin boleh disembuhkan, jadi sanggupkah PAS dijangkiti penyakit yang sama?

matcomot said...

tahniah buat saudara........

saya bkn penyokong pas atau pkr...saya adlh penyokong barisan alternatif yang kini pakatan rakyat.
saudara berterus terang dlm menyatakan pendapat.
jgn biarkan pas mejadikan alasan melayu dan islam sbg alasan utk berkerjasama dgn umno.
jika perbincangan tentang islam..adakah islam hadari atau hadharoh islamiah yang akan di bincangkan atau akan muncul satu lagi fahaman islam baru ciptaan pas dan umno

Damitri said...

salam saudara lawyer,

Saya berpendapat saudara agak beremosi dalam menulis pendapat saudara dlm blog ini dan saya jg dpt merasakan bahwa saudara begitu marahkan TGH dan PAS....
saya ni bukan ahli PAS, pun begitu saya amat berharap PAS akan memerintah MALAYSIA.....as a conclusion, saudara cuba menghemburkan emosi seolah2 mcm gunung berapi tetapi tidak kena dgn tempatnya..sepatutnya saudara mengambil kira aib yg diterima oleh pimpinan PAS jika saudara menghebahkan dlm blog ini....lastly saya sokong pendapat saudara cuma tempatnya tidak berapa sesuai..

Smile alwez

Anonymous said...

Salam Sdr Hanifa.
Mohon mencadangkan agar saudara membaca tulisan Ust Nik Abduh, Ust Din Tantawi dan Ust Yusainee dlm blog mereka berhubung isu ini...emmmm Sdr Aris Awang pun leh baca gak...untuk mencambah minda

Unknown said...

PERTANYAAN saya yg kurang tidak arif dlm sirah nabi.

1.Kenapa nabi membawa tentera membuka Kota Makkah walaupun dah buat perjanjian Hudaibiyah ?

2.Kenapa bani Qainuqaq (?) yg mungkir dengan perjanjian dng nabi di hukum lepas perang Khandaq ?

3.Kenapa nabi menolak jemputan membuka masjid Dhirar (jawapan kpd org islam kalau dijemput mana nak tolak) ?

ALI MAIDIN said...

So, siapa punya angkara sebenarnya. Apa perlu buat sekarang. takkan hendak mengeluh aja. Reformasi diperlukan segera. Umno tu LUBUK RASUAH. Yang tu ke Umno nak berkawan sangat.

hanipamaidin said...

terima kasih atas semua pandangan. Tulisan saya bukan untuk meminta sokongan. Insya'Allah saya tidak akan berbesar hati dengan komen yang menyokong saya dan saya juga tidak akan sesekali berkecil hati dengan mereka yang mengkritik tulisan saya itu. Saya hormati semua pandangan. Terima kasih sekali lagi.

Unknown said...

Terima kasih atas komen yang berjela-jela. Saya jugak nak tumpang sekaki

Isu ini menjadi bola tanggung UMNO. Senang saja mereka SMASH pimpinan PAS.

Artikel ini menjadi sangat berguna untuk mereka yang menggunakan minda yang terbuka. Tidak semua strategi memuaskan hati semua orang.

Bagi mereka yang suka menangguk di air keruh, menabur ftnah, artikel sebegini akan menjadi senjata mereka.

artikel yang sedap di baca akan menjadi sampah bila memudaratkan parti yang kita sama-sama sayangi.

Ketika pimpinan kita dihentam kiri dan kanan, apa pendirian kita?

bat8 said...

rajasedaka

Sebenarnya bukan semua pemimpin PAS yang dihentam kiri dan kanan. Hanya segelintir yang terlibat dengan muzakarah dengan UMNO.

Sebelum ahli-ahli PAS berfikir tentang apa pendirian mereka - tolong baca surat khabar , tengok TV : tengok bagaimana UMNO telah menggunakan sepenuhnya peluang untuk menyisihkan dan memburukkan PAS dari arus perdana politik tanahair.

Cuba peratikan bagaimana canggihnya teknik mereka gunakan. Kalau dulu mereka mereka menggunakan tektik memburukkan PAS, mengambarkan PAS sebagai parti jumud, tak mahu pembangunan dsb.

Tapi tektik kali ini lain skit - depa dok canang betapa bagusnya jika PAS bekerjasama dengan UMNO, depa dok jaja bagaimana perpaduan melayu akan menjadi kukuh.Cara depa tunjuk macamlah PAS beria-ria nak bekerjasama dgn depa.

Tujuannya, satu - untuk menanam rasa curiga terhadap PAS dikalangan orang melayu bukan ahli PAS dan bukan melayu yang mula menerima PAS dalam PRU12. Harapan mereka, dalam PRU13 nanti, mereka ini tidak akan mengundi PAS. Kenqa ingat PAS menang banyak kerusi di pantai barat sebab kedua-dua golongan ini.

kedua - Menanam bibit-bibit perpecahan di kalangan pimpinan PAS. Dengan propaganda yang begitu efektif sekarang, harapan mereka, akan ade pergeseran dikalangan pimpinan PAS antara yang menyokong dan menentang kerjasama dengan UMNO.

Jadi peratikan tindakan dan ucapan-ucapan pemimpin hangpa untuk melihat kearah mana halatuju parti hangpa.

bat8

ps: Harapan hamba PAS akan kekal di arena politik perdana. Tidak kembali menjadi parti kecil di negeri2 melayu yang mundur dan ketinggalan dari semua segi seperti sebelumnya.

che mat said...

Salam,

Berikut adalah analisa peribadi saya sebagai pengundi RAKYAT:

Peralihan kuasa eksekutif di Kedah dan pentadbiran negeri amat lancar. Pendekatan mesra rakyat. Tiada tadika dan balai raya di kunci, bahkan berjalan seperti biasa.

Peralihan kuasa di Perak juga lancar. Kecuali isu JKKK, yang merasakan mereka dilantik oleh Kerajaan BN, bukan Kerajaan Negeri.

Ini adalah penggal pertama. Masih ada lebih kurang 4 tahun lagi, dan rakyat akan bersuara.

Gelombang hijau melanda Terengganu, macam-macam isu timbul. Dalam tahun pertama berbagai isu sensasi telah keluar. Tadika ditutup, guru dan imam dipecat. Peralihan kuasa terlalu kasar.

Tindakan yang tidak berdiplomasi ini mengakibatkan gelombang biru melanda Terengganu. Rakyat telah bersuara.

Kini, PRU telah berlalu, walaupun 4 negeri lain jatuh di bawah Pakatan Rakyat tetapi tidak Terenggnu.

Rakyat Terengganu masih mengalami trauma kerajaan terdahulu, rakyat Terengganu masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Mungkin dengan sebab itu gelombang hijau tidak menjadi. Rakyat telah bersuara.

Rakyat Terengganu bukan seperti Rakyat Kelantan. Persepsi mereka adalah mengikut kaedah mereka sendiri, kerana itu, mereka masih memilih BN, walaupun jauh disudut hati mereka ingin memilih PR.

Kini, dikala Pakatan Rakyat telah mentadbir 4 negeri baru, TGHH cuba mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan dengan UMNO, mengenepikan PKR dan DAP tanpa mengira perasaan mereka.

PKR dan DAP terpaksa menjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih utuh, walaupun Presiden PAS cuba membuat pusingan 180 darjah.

Pada statistik, kebanyakan undi adalah dari kalangan India dan Cina yang menolak secara total parti komponen BN. Kemenangan PAS juga bukan diperolehi secara total, tetapi sedikit sumbangan dari DAP, PKR dan UMNO. Walaupun kita tahu kebanyakan ahli UMNO memilih untuk merosakkan undi.

Saya merasa sedih dan terkilan kerana Ketua Penerangan PAS, terpaksa membuat kenyataan maaf secara terbuka, walaupun bukan kesalahannya. Mungkin ini dinamakan "Bohong Sunat".

Saya harap jangan kerana sikap keterlaluan TGHH semasa menerajui Terengganu, mengakibatkan kesan seperti itu terpalit kepada 4 negeri Pakatan Rakyat. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Ada pengikut yang boleh menjadi pengikut yang paling setia dan baik, tetapi bukan semua pengikut yang setia dan baik boleh menjadi pemimpin yang baik.

Jangan cari perbezaan diantara kita, carilah persamaan dan teguhkan asas diatas tapak persamaan tadi.

Rakyat akan bersuara dan tetap bersuara lagi.......

bat8 said...

che mat

Sama-sama kita tunggulah keputusan mesyuarat pemimpin-pemimpin PAS pada 31/7/08 ini untuk tahu halatuju PAS dalam isu kerjasama dengan UMNO.

Adakah PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat bersama 2 rakan setara? Atau memilih langkah PAS terdahulu bersama-sama UMNO dan 13 lagi parti komponen yang bukan melayu dan Islam?

Sementara itu marilah kita sama-sama saksikan drama istimewa yang dihidangkan oleh UMNO melaui surat khabar dan TV menganyang PAS untuk santapan kita, rakyat malaysia.

Che Mat

Itulah bezanya gaya kepimpinan PAS.Dengan gaya yang berbeza, satu negeri PAS masih lagi memerintah selama 18 tahun. Di satu negeri lagi tak sampai sepenggal. Sedangkan asakan dan deraan yang dikenakan oleh UMNO keatas kedua negeri tersebut sama kotor dan sama getir.

Kedua-duanya menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan. Satu memerintah dengan mengambilkira realiti dan suasana politik yang ada manakala yang satu lagi pakai ikut tafsiran sendiri sahaja, terpisah dari cabaran dan realiti tempatan semasa.

bat8

sama-sama kita

Org kanan johor said...

Salam Tetuan Hanipa

Selaku Yg rapat dengan pimpinan PAS Johor, ana amat kesal dengan kenyataan tuan.

Sudahlah johor hendak dijadikan sebagai Muzium UMNO Malaysia seperti kenyataan "bongkak" MB Kedah yang baru, inikan pula kenyataan anak johor seperti tuan yang masih tidak mahu memahami senario politik terutamanya di johor.

Tuan sepatutnya duduk di johor dan berhempas pulas berjuang dgn kami di Johor bukannya mengeluarkan kenyataan yang terlalu negatif tentang Muzakarah.

Berdasarkan pemerhatian ana menyelami pimpinan PAS Johor dapati lebih positif sekiranya PAS bersetuju menerima muzakarah dengan UMNO kerana untuk memerintah malaysia selagi Johor yg mempunyai 26 kerusi Parlimen tidak kita kuasai di tambah pula nak jadikan muzium umno, maka sampai bila kita akan di takuk lama. Oleh itu lebih baik Muzakarah dgn UMNO dan memikirkan apa yang perlu "dilakukan" selepas itu.

Kalau tuan boleh slow talk dgn Mazlan dan kepipmpinan Pemuda Johor yang kononnya lantang menentang Muzakarah, ana rasa tuan akan dapat yang sebaliknya.

Baliklah berjuang di Johor dan selamilah senario politik Johor, maka Tuan akan bersetuju dengan Muzakarah PAS dan UMNO

Orang Kanan Johor

pemudamalaysia said...

jgn syok berada di atas shj..ikutilah proses tarbiyah yang betul..bila keseorangan maka syaitan sentiasa membisikkan kejahatan...

Mohd Ismail Mirasa said...

Kalau inilah cara PAS ingin menunjukkan keangkuhannya, PAS akan berkubur lebih awal dari UMNO. Kemudian, PAS akan menjadi sejarah buat selama-lamanya kerana segelintir pemimpin pas yang tidak mengenang jasa.

admin said...

Salam,

saya bersetuju dengan pandangan saudara.

ahli2 PAS adalah pengikut setia. ke mana saja dikerah pergi, pasti mereka bergegas turun. tetapi awas. pemikiran mereka lebih terbuka, tajam dan kritis.

oleh itu, jika ada pemimpin PAS yang mahu menongkah arus dan bermimpi di siang hari, wajar sahaja beliau turun sebelum diturunkan.

sweetlilcups said...

Salam Hanipa,
Sebagai ahli tertinggi parti yang memperjuangkan Islam, seharusnya segala isu dilihat dari perspektif Quran dan Sunnah. Tidakkah muqabalah/muzakarah/hiwar sesama Muslim tuntutan Quran dan Sunnah? Bila saudara mengatakan "PAS FOR ALL", apakah tidak ada ruang dakwah untuk orang-orang UMNO yang Muslim, yang mereka ini tersilap dalam banyak perkara sebelumnya. Wajarkah kita menolak saudara Muslim kita secara total, dan kita mengambil orang-orang bukan Islam sebagai sasaran dakwah kita, dalam ketidakpastian kita tentang penerimaan mereka kepada Islam? Mengapa tidak didakwahkan orang-orang UMNO yang sememangnya Islam? Islam rahmat untuk semua, termasuk orang-orang bukan Islam. Ssaudara tidak perlu khuatir selagi pendirian saudara teguh dengan prinsip Islam tulen, sebagaimana yang digariskan Quran dan Sunnah, orang-orang bukan Islam akan terus menyokong PAS. Itulah matlamat akhir kita dalam dakwah. Yakinlah Quran tidak pernah silap dalam memberikan panduan. Yang kita mahukan bukanlah orang-orang bukan Islam menyokong parti kita kerana bencikan UMNO, tetapi kerana melihat keadilan Islam yang memayungi orang-orang Islam dan bukan Islam. Saya menyokong muzakarah tersebut, namun jika ia melanggar prinsip-prinsp Islam, maka berundurlah. Namun, setakat ini tidak ada tanda-tanda ke arah perlanggaran tersebut. Berlapang dadalah. Kepada bukan Islam, gembiralah jika asas penyatuan kedua-dua parti adalah Islam kerana rahmat keadilan Islam akan terkena kepada anda juga.

marn said...

aslkm..

salahka pemimpin pas jumpa pemimpin umno? tak salah kan? yang salah cuma cara dan masa.

bila duduk berjemaah, kena la info kat jemaah kita dulu, bincang apa tindakan dan pendirian kita, dah selesai dalaman, baru lah jumpa.

jangan main terjah je. ni dah kira buka pintu fitnah. fitnah ni lebih kejam dan besar daripada membunuh. kalau kita tak suka difitnah, tutup pintu fitnah.

pada aku, adalah menjadi satu kesalahan bila mana tak duduk sekali dan berbincang sesama kita dulu. kena ada musyawarah sesama ahli, barulah boleh berjumpa pihak luar.

jangan main belakang beb!

bat8 said...

marn

saya setuju dengan pendapat anda. Cuma saya nak tambah sikit.

Jumpa dengan UMNO memang tak salah. Yang mejadi kesalahan adalah bila balik bermusyawarah, kita tak berterus terang dengan apa yang terjadi. Kita sorok setengah fakta dan menyebabkan parti atau jamaah membuat keputusan yang salah.

ANAK BAPAK said...

salam...

ana baru je postingkan tulisan anta yang sejojok dengan jiwa dan pendirian ana terhadap PASdan pimpinannya...

betul kata enta...presiden juga manusia dan kita sedang hadapi satu pengalaman baru untuk pas menjadi parti jemaah islam yang lebih matang...

ana berharap apa yang enta jangka biarlah tak jadi kenyataan..kita bina balik kepercayaan mereka dan pimpinan PAS mesti lebih bertanggungjawab dengan allah...

ANAK BAPAK said...

PEMIMPIN PAS PERLU BELAJAR HADAPI MEDIA


Seorang kawan saya, pemberita akhbar The Star baru-baru ini memberitahu, dia mungkin dipanggil untuk memberi penerangan kepada Pemimpin dan AJK Pusat Pas bagaimana sepatutnya menghadapi media.

Inisiatif itu dilakukan oleh salah seorang Dewan Pemuda Pas.

Saya sangat mengalu-alukan kerana dalam banyak perkara kita melihat Pas masih tidak mampu memenuhi cara dan etika dengan media, terutama apabila membuat sidang akhbar. Sedangkan orang-orang media kebanyakannya ingin mencari peluang kelemahan dan ‘kesilapan’ melalui ‘sidang press’ itu.

Saya mendapat tahu, ada sidang media, orang Pas mengeluar kenyataan dalam bahasa Arab atau banyak menggunakan istilah Arab. Ada sidang media, pihak Pas tidak menyediakan kertas ‘ sidang akhbar’, yang menyebabkan pemberita terlalah-lalah mencatat. Sedangkan mana-mana press, kertas sidang akhbar itulah yang penting bari pemberita.

Contoh paling terdekat, Buletin Utama TV3 25 Julai 2008, Presiden Pas mengatakan, bukan ‘Muzakarah’ tapi ‘Muqabalah.’ Apabila pemberita bertanya apa benda muqabalah itu, Presiden Pas menjawab, “Itu kena tengok kamuslah.”

Menjelang kempen Pilihanraya ke 12 atau ke 11 yang lalu, saya sering dijemput berceramah. Saya sering terlalah-lalah mencari nama-nama yang harus disebut ketika hendak berucap, kerana itu adalah protokol dalam ucapan. Tak seorang pun jawatankuasa majlis memberitahu siapa yang akan datang dan siapa yang turut ada di dalam majlis itu untuk disebut dari peringkat atas hingga ke jawatan bawah.

Tetapi lain pula apabila saya hendak berceramah di majlis Pas, yang dikelola oleh bekas pemimpin Umno. Sebelum naik ke pentas, mereka akan memberi senarai nama dengan jawatannya sekali yang patut disebut.

Tidak bersedia dan tidak mengatur acara dengan baik menyebabkan majlis atau persidangan akhbar menjadi keliru dan hasilnya apa yang tersiar juga menjadi keliru, mudah diputar belit.

Apabila soal muzakarah antara Pas dengan Umno menjadi hebuh sekarang, kita telah melihat bagaimana dari segi moral dan imejnya, Umno telah berjaya. Apa yang berlaku di dalam Pas, antara pemimpin dengan pemimpin, terutama Mursyid Am dengan Presiden, antara Ketua Pemuda dengan ahli-ahli bawahan sudah bercelaru. Saya tidak mengatakan Umno yang betul tetapi sangat jelas Pas sudah diperkotak katek dan dipermain hanya kerana kelemahan Pas menghadapi media.

Memang semua orang tahu, termasuk pemimpin Pas yang Umno dalam keadaan tersepit, menggelupur mencari ruang hendak menyelamatkan diri, tetapi kerana pemimpin Pas tidak pandai menghadapi media, maka gambaran yang dilihat oleh orang awam, ahli bawahan ialah, Pas bersedia dan Pas sangat perlu kepada penyatuan melalui Umno.

Di kalangan pemimpin Pas kita melihat, mereka sangat ghairah dan beria-ria sangat hendak ditemuramah. Mereka menjadikan pintu terbuka kepada pemberita bersoal jawab, malah ketika dalam keadaan kelamkabut keluar dari persidangan atau mana-mana mesyuarat, mereka sanggup berhenti dua minit untuk menjawab soalan pemberita. Kadang-kadang yang sepatutnya atas nama peribadi menjadi suara jawatan tertinggi, manakala yang sepatutnya suara jawatan tertinggi, menjadi suara peribadi.

Soal muzakarah, walaupun dikatakan sudah ditutup pintunya, kita yakin yang menutup pintunya ialah hendak bermuzakarah. Tetapi kita akan lihat bagaimana media menggunakan kebijaksanaan mereka di atas kelemahan pemimpin Pas, maka muzakarah yang ditukar kepada muqabalah ini akan berterusan, kerana ini agenda Umno.

Adakah pemimpin Pas akan mejawab,’ No komen?’ atau ia akan berhenti sekejap untuk menjawab soalan pemberita atau kononnya ingin memberi penjelasan?

Saya lihat isu muzakarah ini pada satu peringkat Umno sudah berjaya memporakperandakan pemikiran dan pendirian ahli Pas. Jika pemimpin Pas tidak berhati-hati, tidak membuang tabiat suka sangat diwawancara, ditemuramah dan menjawab soalan press, maka Pas akan mengulangi kesilapannya yang lebih buruk.

Mursyid Am Pas seharusnya jangan terlalu banyak bercakap dan memberi pandangan, kecuali dalam kuliah-kuliah. Saya sangat bimbang pandangan dan teguran yang remeh temeh, ia akan menjadi fatwa mufti yang tidak dipeduli oleh golongan artis. Presiden Pas juga harus mendapat persetujuan dari barisan AJK lain, dan mestilah perkara pokok, perkara penting apabila hendak bercakap kepada media.

Bagi saya, temuramah eksklusif dengan mana-mana akhbar perdana tidak harus dilayan. Tapi itulah yang sering terjadi. Siapapun tahu, temuramah di dalam akhbar milik Umno selalunya menjadi ‘bola tanggung’ kepada mereka sedangkan untuk menjawabnya sudah tidak ada peluang lagi. TV juga, Pempimpin Pas harus waspada apabila siaran bersifat tertunda dengan siaran langsung.

Apakah pemimpin Pas bersedia dalam hal ini?

Isu muzakarah ini sudah bermula sejak zaman Dato’ Asri lagi. Malah menurut Mursyid Am, Pas sudah serik dengan tipu helah BN terhadap Pas pada satu ketika dulu. Tapi anihnya pemimpin Pas tetap melayannya.

Saya melihat hal ini berlaku adalah kerana:

1. Pemimpin Pas mebuat komen ‘ingin menafikan’ tetapi cara komennya menyebabkan press boleh memutar belit.

2. Pemimpin Pas ingin memberitahu press bahawa dia terlibat dalam isu yang tidak dipersetujui. Tapi cara dia memberitahu memberi ruang kepada press untuk menyatakan dia sudah turut serta. Ini satu kesilapan.

3. Pemimpin Pas harus sedar, antara komen peribadi dengan komen atas jawatan, jika didedahkan kepada umum, ia sama saja. Rakyat, terutama ahli Pas tidak melihat pemimpin Y itu memberi komen atas nama peribadi walaupun Y berjawatan X. Maka apapun kategori komen, ahli akan mengatakan komen Y = Y+X.

4. Komen tidak harus dibuat hanya ketika keluar dari Parlimen dalam keadaan berjalan. Komen tidak harus dibuat ketika pemberita menyoal sewaktu hendak masuk ke dalam kereta.

5. Pemimpin Pas haruslah ingat, berbaik dan ramah mesra dengan pemberita berlainan sekali dengan berbaik dan ramah mesra pemimpin Umno. Ada tulisan pemberita menyebut, pemimpin Umno X atau Y mudah ditemui, mudah berbicara dan sangat mesra. Pemimpin Pas tidak boleh mengguna kaedah ini untuk merapatkan jurang antara pemberita dengannya, dengan harapan ucapannya akan selalu keluar di dalam akhbar. Pemimpin Pas kenalah ingat, apa saja yang ditulis oleh pemberita tersebut, tidak semestinya akan disiar bulat-bulat, kerana ia bergantung pula kepada Ketua Editornya dan Ketua Editornya akan disunting pula oleh orang yang lebih atas.

Masakan imej dan isu pemimpin Pas hendak diutamakan?

Oleh itu, kita rasa cukuplah isu muzakarah ini sebagai isu terakhir yang menunjukan kita sangat tidak kena dengan cara kita bermedia. Muzakarah tidak menguntungkan Pas. Muqabalah pun tidak menghuntungkan Pas. Tidak payah menyimpul awan gemawan untuk menjadi selimut Umno. Marilah kita menyimpul aqidah untuk jadi selimut di kamar akhirat.

sumber;

http://aziziabdullah.blogspot.com/

Dr Ahmad Muhammad said...

Wallahi.....saya sangat sedih. Rasa sia-sia bertungkus-lumus kalahkan UMNO-BN jika muzakarah, muqabalah atau apa sahaja nama yang diletakkan ini menjadi kenyataan.

Jika jemaah ini hancur dan runtuh, jawablah anda tiga empat kerat nih di hadapan Alah swt. Masa di hadapan Allah swt, kelululusan anda tu dah takde guna. Dolak-dalik anda dah takde nilai.

Tahniah buat YB Hj Mahfuz Omar. Walaupun sekolah tak tinggi tetapi jujur dalam perjuangan.Berani minta maaf secara terbuka tanpa perlu tunggu ahli marah-marah. Apa guna sekolah tinggi tapi suka memandai-mandai sendiri.

Ya Allah, ampunilah kami dan pimpinan kami. Kurniakanlah kepada kami pimpinan yang tidak mengkhianati perjuangan ini. Ameen.

Dr Ahmad Muhammad said...

drahmadmuhammad.blogspot.com

Dr Ahmad Muhammad said...

Assalamu 'alaikum

Buat komen memang sedap tetapi untuk menjiwai sesuatu isu memang sukar. Ramai di kalangan kita hanya pandai mengulangi apa yg orang lain cakap tetapi gagal untuk meluahkan rasa hati dan buah fikiran sendiri.

Berada dalam saf pimpinan sememangnya berada dekat dengan pimpinan atasan tetapi tidak bermakna boleh sentiasa mendekati pimpinan atasan.

Berada dalam saf pimpinan sememangnya membuatkan kita dekat dengan kuasa membuat keputusan tetapi mampukah kita menjiwai rasa hati pejuang yang berada di pelusuk kampung yang bertungkus-lumus menangkan PAS?

Berapa ramai di kalangan pimpinan yang gagal membuang jauh jurang pimpinan-pengikut setiap kali turun berceramah di kampung-kampung?

Berapa ramai di kalangan pimpinan yang akan terus menghukurkan tangan bersalam dan mendekati ahli setiap kali ahli tersenyum kepada pimpinan?

Berapa ramai pula pimpinan yang turun ke kampung-kampung macam tuan-tuan ladang turun ke estet-estet untuk bertemu dengan para pekerja?

Jangan dipersoalkan tentang ketaatan kepada jemaah sekiranya semua permasalahan dan persoalan tadi gagal untuk kita jiwai.

Saya sedikit tersinggung dengan beberapa komen sebelum ini. Apabila Sdra Hanipa menulis berkaitan isu muzakarah atau muqabalah ini atas tiket peribadi, ramai yang cenderung menggambarkan Sdr Hanipa sebagai tidak begitu wala' kepada pimpinan PAS. Sedarkah ikhwan sekali bahawa pandangan ikhwan sekalian sama seperti komen-komen pimpinan UMNO setiap kali ahli akar umbi mereka bersuara? Nampak macam ahli bawahan tidak punya ruang untuk bersuara dan meluahkan pandangan.

Maaf jika saya sedikit emosional tetapi inilah hakikat yang perlu diakui sebelum kita menjatuhkan hukum. Pandang dan nilaikanlah sesuatu perkara itu atas rasional dan dengan hati yang terbuka. Janganlah taksub dengan mana-mana individu kerana hanya ketaatan kepada Allah swt dan Rasul-Nya sahaja yang merupakan ketaatan tanpa syarat.

drahmadmuhammad.blogspot.com

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saya sokong pendapat abg tu! Selagi Umno dengan prinsip penubuhannya itu dan tidak menukar kepada mendaulatkan Islam, selagi itu saya tidak percaya kepada Umno. Saya yakin dan percaya, sekiranya Pas meneruskan hasratnya ini akan terjadilah perpecahan dalam Pas ini.

Semut Api said...

Muzakarah tak salah. Semua orang PAS boleh terima

Tapi 'rundingan sulit' itu yang mengecewakan.

Apabila gembar-gembur muzakarah (muqabalah) dilatari dengan 3 rundingan sulit, maka itu yg menyebabkan ramai yang sedih. Lantas menolak.

Termasuk saya.

Sdr Hanipa mungkin salah seorang daripadanya.

Huraian panjang saya dalam http://wajahesok.blogspot.com

ANAK BAPAK said...

ini komen ana kepada tulisan MSO yang bertajuk:

Mahfuz Ikhlas Tetapi Berbau Hipokrit!

rujuk: http://msomelayu.blogspot.com/2008/07/lepas-rasa.html

Saya kira tindakan beberapa individu di peringkat pimpinan tertinggi PAS membuat satu tindakkan berjumpa UMNO tanpa merujuk kepada seluruh AJK PAS pusat ( tidak dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS pusat atau mesyuarat dewan harian ) adalah satu perkara yang memberikan kerugian yang amat besar bagi PAS.

bayangkan pada walnya pertemuan itu dinafikan tetapi tiba2 paklah umum dah jumpa 3 kali dan kita mati2 ingatkan bahawa paklah berbohong, saya nampak perkara ini agenda UMNO untuk menjerat PAS untuk menjauhkan masyarakat melayu dan bukan melayu kepada PAS. akhirnya PAS terperangkap. kalaulah Dato seri Presiden buat kenyataan menafikan, nampak jelas parti kita berbohong kepada ahli dan pengundi. Nak tak nak Dato' Seri Presiden jawab dengan kebenaran dan memang jumpa, maka sekarang UMNO telah manipulasikan kenyataan itu di media dengan membesarkan isu muzakarah dan muqabalah sehingga mereka berjaya meragukan ahli pas terhadap pimpinannya dan meragukan pengundi bukan melayu terhadap perjuangannya.lainlah kalau itu adalah keputusan dari mana2 mesyuarat AJK atau dewan harian, kalau semua AJK pusat tau saya yakin isu mahfuz dan hanipa buat kenyataan tak akan timbul, dan saya pasti wajib bagi semua pimpinan taat kepada keputusan mesyuarat dan jika isu ini timbul mereka wajib mempertahankannya...masalahnya sekarang saya kira ramai di kalangan AJK pusat tak tau, kalau ketua penerangan pun tak tahu apalagi AJK yg lain2!!! kenapa perkara itu tidak dibawa berbincang dalam mana2 masyuarat untuk diputuskan..yang akhirnya hanya kerana tindakan individu terus membawa masalah dalam parti..apakah itu akhlak yang di ajar dalam program tarbiyyah parti??? sekarang masalahnya apa nak jawab bila pengundi tanya???

kena ingat pada zaman rasulllah s.a.w. sebelum berlaku perang badar. nabi mesyuarat dulu dengan para sahabat tentang di mana kedudukan tentera yang paling strategik. rasulullah meletakkan cadangan pada suatu tempat. tetapi salah seorang sahabat bertanya kepada rasulullah..apakah cadanganmu itu wahai rasul allah satu wahyu atau pandangan kamu sendiri wahai rasulullah...kalau ia satu wahyu kami akan taat..jika bukan wahyu kami akan beri cadangan yang lain. rasulullah menjawab..ini adalah cadangan dari diriku sendiri..maka para sahabat mencadangkan agar pasokan tentera islam di tempatkan di tempat lain kerana di sana ada telaga air yg akan membolehkan tentera minum air dan membersihkan badan..setelah dipersetujui, pandangan rasulullah di tolak dan pandangan sahabat diterima bahkan rasulullah sendiri bersetuju dan menyokong cadangan itu...bukankah itu satu panduan yang baik kepada jemaah dan parti??? apakah kita lupa bahawa perkara taktik dan strategi perlu lihat pada waktunya..pakatan rakyat bukannya kuat lagi..patut kita kuatkan dan kukuhkan hubungan pakatan rakyat. soal ada yg menolak dasar pas..teruskan dakwah dan penerangan.. setakat karpal singh biarlah dia, ahli DAP sendiri pun ramai yg kata itu bukan suara DAP...pernah saya dengar dari rakan DAP di kg saya...dia sudah tua..tak lama lagi matilah dia..dia nyatakan sokongan terhadap islam yg diperjuangkan pas bahkan beliau adalah ahli kelab penyokong pas yang mahu pas terus berjuang menegakkan negara islam hasil usaha penerangan dan dakwah kepada bukan islam...

dalam isu ini saya sendiri dapati krisis kecewa pengundi bukan melayu dan golongan profesional yang simpati pada pas harus kita ambik kira..prof zulkifli muhammad sendiri dalam pidatonya pernah berkat..satu hari nanti yang akan memenangkan islam adalah golongan bukan islam yang faham tentang islam. kita lihat pu;a perkembangan terbaru ada ahli kelab penyokong pas yg sudah memeluk islam..kes ini direkodkan di pas kawasan puchong kalau tak silap saya..

saya menyokong kenyataan mahfuz dan pendirian peribadi hanipa maidin ini..saya kira antara mesej yang hendak disampaikan ialah, pimpinan wajib bertanggungjawab terhadap tindakkan dan sikap mereka yang dilihat mewakili parti..kedua, membersihkan imej PAS dari dipalit salah faham pengundi melayu atau bukan melayu kalau2 mereka anggap Pimpinan tertinggi PAS mengamalkan oligarki...mesej lain juga ialah, nak beritau kepada masyarakat seluruhnya, kita semua adalah manusia yg tidak lari dari buat kesilapan dan kesalahan, termasuklah presiden pas, tinb..hatta mursyidul am pun dia adalah manusia..maka jika ada silap dia mesti ditegur dan pAS adalah parti terbuka selagi mana perkara yang ditegur itu tidak melibatkan perkara yang qati'ie di dalam alquran dan hadith ijmak dan qias..dan tidak mempersoalkan sautu yang diluar roh islam..ini yang kita kena faham...saya yakin suara mahfuz dan hanipa bukanlah suara pas..tapi suara seorang ahli pas yang sayangkan pas..saya sendir berpendirian sebagai mana mereka berdua..soal hipokrit atau tidak saya tak tau sebab itu soal hati allah saje yg tahu..kesilapan individu yg berjumpa umno saya rasa bukan juga untuk kepentingan peribadi, saya pasti mereka juga bertindak begitu kerana sayangkan islam dan sayangkan pas yg jadi wadah perjuangan islam cuma silap taktik dan teknik dan masa yg tak sesuai..mungkin kerana terlepas pandang dan sikap lupa yg ada pada manusia, dan sepatutnya perkara itu mestilah dari keputusan mesyuarat..bil dah jadi keputusan mesyuarat barulah boleh bertindak dan kalau jadi apa2 kita semua dah bersedia nak tanggung..ingat bahawa kita berada di dalam lapangan politik...nak berkawan dengan ular pun kena tau jens ularnya..membelit ke mematuk ke menelan ke..UMNO jelas telah merancang perkara ini saya rasa lah..kalau sungguh2 UMNO nak bincang soal melayu soal islam..kenapa hebohkan perkara ini lebih awal sehingga presiden pas tak bersedia menjawab isu ini..contoh la..kita berpakat dengan orang..tiba2 kita pulak pergi bocorkan rahsia pakatan ini dengan org lain..bukankah itu perbuatan khianat..nyata UMNO tak ikhlas dan hanya mahu haru-birukan PAS..ni khairy rembau tengah senyap..diam-diam ubi berisi..diam-diam khairy kita tak tahu..

saya sokong pendapat Sdr FreeHappy di atas..at least mahfuz dan hanipa mintak maaf jugak..yg individu tertentu itu bila lagi..molek juga kiranya individu itu dan itu buat kenyataan maaf terbuka kepada seluruh ahli pas, pendokong dan penyokong juga pengundi..respesct akan kemballi kepada pas insya-allah..

hakim noh said...

ada yang bersilat dalam gelap ni........

diarihijau said...

Gue rasa pun ada yang bersilat dalam gelap ni... hehehe...

DrRantissi said...

Sdra,cukuplah dapat tepuk meja dalam mesyuarat,tak perlu luahkan hati kita dalam blog.Sdra tak akan dapatkan pisahkan otak peribadi dan otak sebagai pemimpin PAS.Bila lepaskan perasaan dalam blog, jatuh standard sdra sebagai pemimpin PAS - perangai macam budak-budak!! tu yang orang tak yakin pada 'pemimpin PAS'!! Pilihan terbaik ialah sdra VSS dari pemimpin PAS, buat apa tunggu parti 'yang sukar dipercayai lagi selepas ini" Jika ada peluang, masuk parti 'yang semakin dipercayai kini" kalau ada rezeki selepas 16.9.08 boleh jadi menteri, at least yang jaga Pk Hakim dan Pak Lawyer.....

ANAK BAPAK said...

DrRantissi ni satu lagi tak paham..kamu tu yang patut kluar parti..dah kalau benda tak sebut langsung dalam miting..takde dalam keputusan miting..dia nak tepuk meja apa..ni sah tak baca pa kandungan atikel ni..baca bagi paham..paham la sikit disiplin miting kalu ye pun..kalau dah benda tu tak dimaklumkan..mestilah maknanya tak dimaklumkan dalam mitig dan tak ade ape2 kputusan tentang isu ini dalam mana2 miting..bila takde keputusan dalam miting..macam mana semua ajk nak tau hal ini ade ke tidak..apara..cakap ikut nafsu..dok pecah belah ahli jamaah buat apa..ntah2 ahli umno kecewa belakon jadi ahli pas bukan boleh kira ni..sekarang ramai sangat dah jadi abdullah bin ubai..masalah dah selesai pun dia yang terus dok hurung isu...sekian

Admin said...

oho..saya ambil kesimpulan lah..sekarang ini trend,,,,semua perkara berkenaan dengan PAS boleh dibincangkan disini.

Ada sapa-sapa nak bincang pasal minit dan agenda mesyuarat cawangan atau kawasan masing-masing?Silalah berblog...

Atau nak protes mana-mana keputusan mesyuarat cawangan atau kawasan yang dibuat tanpa ikut artikle or whatever...silalah dedah dalam blog..

sumayyah said...

Salam...
Saya amat tk sependapat dengan saudara..saya berasal dari kelantan.Matlamat utama Pas adalah untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya kepada seluruh umat. Rakyat kelantan contohnya,menerima Pas bukan kerana ia sebuah parti politik Islam tetapi kerana perjuangan Islamnya. Kita sebagai umat Islam perlu sentiasa berdakwah tanpa jemu kepada sesiapa sahaja termasuk umat Islam yang terlalai dan juga pada kaum bukan Islam. Di mana ada peluang,selagi tidak bercanggah dengan agama,kita patut gunakan.Orang bukan Islam di kelantan dan terengganu dapat menerima Pas adalah kerana mereka menghormati dan menyanjung akhlak yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi.Pas sepatutnya berjuang untuk Islam dan bukannya untuk meraih undi semata-mata..Apakah maksud Pas mungkin akan sukar dipercayai lagi selepas ini?Islam adalah agama yang memperjuangkan hak semua umat tk kira bangsa,tk kira beragama Islam atau pon tidak.Pas memperjuangkan Islam dan Islam adalah sesuai sepanjang zaman.Di kelantan kini tetap ada pencuri,penzina,perompak,kaki judi dan segala macam manusia yang melakukan maksiat..tetapi apa yang membuatkan Pas diterima di kelantan adalah kerana di hampir setiap lubuk hati orang kelantan,kami yakin bahawa hanya Islam yang benar dan yang selainnya adalah sesat semata.walaupon seorang pencuri/penzina/kaki judi melakukan maksiat, mereka tahu mereka berdosa besar,mereka bersalah pada agama dan yakin Allah akan menghukum andai tidak bertaubat..apabila ada keyakinan pada Islam,insyaAllah nur Islam akan singgah pada mereka untuk membuka hati mereka untuk bertaubat..Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini,rakyat kelantan dari kecil lagi telah diperkukuhkan akidah mereka melalui budaya hidup tradisional kelantan..Kami yakin pada Islam bukan pada parti..So,kenapa rakyat negeri lain tidak boleh mencontohi kami..jika orang bukan Islam kita nk tarik untuk mendekati Islam,kenapa tidak orang Islam juga kita tarik untuk balik ke pangkal jalan.mungkin dalam muzakarah tersebut Pas nampak bodoh,tapi jika ada seorang ahli UMNO yang tertarik dengan perjuangan Islam kerananya,ia tetap menguntungkan..Lebarkan minda kita..Islam itu luas..dakwah itu sakit tetapi manis..Seorang Islam yang jahat tapi yang tidak terpesong akidahnya,destinasi akhirnya tetap di syurga manakala seorang bukan Islam yang baik akhlaknya,destinasinya tetap di neraka.So sebagai pejuang Islam dan Pas,misi menyatukan umat Islam tidak kira apa bangsa di Malaysia perlu diutamakan..Jangan jadi macam Umno yang hanya pentingkan Melayu..Jadilah pejuang Islam yang sebenar dengan mentauladani Rasulullah s.a.w

saidibadri said...

Salam,
Saya berpendapat kerja yg dibuat itu memang merugikan semua pehak cuma yg untung UMNO saja. Pimpinan pun mengakulah kalau dah buat silap, ni tidak....bukan semua ahli & pendokong PAS berfikiran macam pak pemimpin! Waktu2 sebegini teringat Almarhum Ustaz Fadhil Noor...Al-Fatehah.

Jundikamikaze said...

Maaf,Saya jg secara peribadi tidak bersetuju dgn saudara.

Saya lebih percaya keputusan Syura dari pandangan peribadi. Tiada sifat thiqah pada pimpinan.

Sekadar menyatakan kekecewaan saya kepada segelintir pimpinan PAS yang tidak thiqah pada pimpinan, tak berpuas hati, terus menyatakan dalam khalayak umum. Nampaklah lagi kepimpinan dlm jemaah tidak satu hati..

Jundikamikaze said...

SAYA TIDAK SETUJU DENGAN SAUDARA.

Atas sebab andalah PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI.

Tindakan tidak berpuas hati terus nyatakan pada umum.

Mana THIQAH pd pimpinan syeikh!!

Jundikamikaze said...

Bagi saya secara peribadi, keputusan SYURA ada rahmat dan hikmah dari Allah.

Dan bagi saya juga, SYURA tidak hanya bincang bab hukum, malah semua perkara dalam jemaah PAS, SYURA wajar menyentuh dan selayaknya mengambil bahagian.

JIka itu keputusan SYURA. Berdoalah moga itu yang terbaik.

Saya tidak bersetuju 100x tak setuju.