Friday, July 04, 2008

ISU TUDUHAN LIWAT ANWAR - LAKSANAKAN HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Berita TV3 malam ini ( 4/7/2008 ) menyiarkan berita bahawa Mufti Perlis meminta Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari Azlan melakukan mubahalah. Apa yang saya faham mubahalah merupakan satu kaedah di dalam Islam ( yang ada disebut di dalam Al-Quran ) bagi menentukan kebenaran. Kedua-dua pihak yang bertikai dipertemukan dan masing-masing bersumpah sekiranya mereka tidak bercakap benar mereka akan dilaknat oleh Allah.

Ketika mengulas saranan Mufti Perlis tersebut Pengerusi Putera UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan bahawa Anwar hendaklah bersumpah dengan AlQuran daripada menggunakan media bagi membuktikan beliau tidak bersalah ( lihat Malaysiakini : Swear on the Quran, Anwar told )

Saya kurang pasti sama ada Pengerusi Putra UMNO tersebut faham dengan istilah mubahalah. Mubahalah bukan satu sumpah dengan AlQuran seperti yang didakwa . Saya rasa tidak perlulah pengerusi Putera UMNO yang kecetekan ilmu syariah dan undang-undang untuk menjuarai isu tuduhan liwat ini. Makin dia bercakap makin nampak beliau merapu.

Ada beberapa perkara yang saya rasa perlu diperbetulkan kerana daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan di dalam kes tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.

Pertama, ingin saya nyatakan di sini baik dari segi sisi Islam mahupun undang-undang negara ini Anwar adalah seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan beliau juga tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa jauh sekali membuktikan beliau tidak bersalah.

Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini , bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Prinsip ini dikenali sebagai “presumption of innocence.” Prinsip ini sebenarnya diambil dari syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “ al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu –baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Apa yang berlaku di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah . Jadi tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Jika pun beliau dituduh di Mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Yang demikian mana-mana saranan yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran supaya membuktikan beliau tidak bersalah adalah saranan yang menggambarkan seorang yang jahil dengan syariat Islam dan juga undang-undang negara ini.

Kedua, jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum Al-Quran. Ulama Islam mengklasifikasikan kesalahan liwat adalah sama dengan kesalahan zina . Maka mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan liwat adalah sama seperti orang yang menuduh seseorang itu melakukan zina. Menuduh seseorang berzina ( termasuk liwat ) tanpa mendatangkan empat orang saksi boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf . Qazaf adalah hukum Al-Quran yang diklasifikasikan sebagai salah satu kesalahan di dalam jenayah hudud.

Memandangkan Anwar dituduh kononnya melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful maka mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya Saiful mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut. Kalau Saiful tidak dapat mendatangkan empat saksi tersebut mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran hendaklah meminta Kerajaan mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf di Mahkamah Syariah di negara ini

Berkemungkinan besar pihak yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran berhujah balas di negara ini hukum qazaf tidak dijalankan , jadi bagaimanakah Saiful boleh didakwa dengan kesalahan qazaf. Jika ini hujahnya maka jawapan saya adalah kenapakah kamu sibuk bercakap tentang Al Quran jika hukum qazaf yang terdapat di dalam Al-Quran kamu pendamkan dan tidak dilaksanakan selama puluhan tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Kenapakah kamu tidak menuntut hukum qazaf tersebut dilaksanakan di negara ini agar Anwar mahupun Saiful boleh diadili oleh hukum Islam.

Tidakkah sikap kamu yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran ( yang tidak ada pun nasnya di dalam Al-Quran ) tapi tidak mahu menuntut hukum Al-Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah satu sikap yang dilihat berpura-pura. Saya ingin bertanya dengan Putera UMNO- betul ke kamu bersungguh dengan Al-Quran ini ? Ingat Al-Quran ini boleh jadi “hujjatun lana” ( hujah untuk kita ) atau “hujjjatun ‘alaina” ( hujah ke atas kita ).

Kesimpulannya tidak perlu Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Mubahalah juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya .

13 comments:

Letting the time pass me by said...

Satu komen yang bagus...
Kalau Ketua Putera UMNO komen, mungkin ade kekurangannya.. Tetapi disebabkan Mufti Perlis menyarankan supaya dibuat Mubahalah, saya rasa mungkin kena tengok perkara ini dengan teliti...

1. Jika meliwat dengan kerelaan mungkin sama dengan zina tapi kalau meliwat dengan paksaan, tidakkah ianya sama dengan merogol?

2. Masalah sekarang ialah orang yang berzina atau dirogol yang mengaku melakukan zina/rogol dengan pasangannya, bukan masalah orang lain yang menuduh...

3. Mungkin ade pendapat lain yang berkaitan dengan penzina yang mengaku berzina atau mangsa rogol yang mengaku dirogol... Adalah sukar seorang mangsa rogol untuk mendatangkan 4 saksi yang menyaksikan peristiwa rogol tersebut... Dan jika seorang itu mengaku berzina, bukankah sudah tentu ade pasangan zina-nya...

Wallahu'alam....

mat penang said...

Saya sokong kenyataan saudara Hanipa ini. Kenapa nak mempergunakan Islam bila dah terdesak ni.

Dah 50 tahun merdeka, mereka yang berkuasa selama ni begitu keras menentang usaha pejuang Islam menegakkan undang2 Islam di Malaysia.

Ni la puak2 kurang ajar. Guna Islam bila convenient. Bila tak ada kepentingan kepada mereka, Islam di bakul sampahkan.

Ibnu Ali said...

"Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran,"

Saya tidak sokong pendapat mufti dan Tok Guru.

Sepanjang saya belajar dari tingkatan satu sekolah agama hingga sekarang, tidak pernah saya dengar dari mana-mana ulama atau baca dari mana-mana kitab, tertuduh dan penuduh dalam kes liwat/zina bermubahalah "bersumpah". Ini bukan kes li'an, ini kes tuduhan liwat. Dari segi perundangan Islam, hendaklah si pendakwa mempunyai 4 orang saksi lelaki lagi dipercayai untuk mendakwa. Jika gagal gugurlah dakwaan tersebut dan si pendakwa hendaklah dihukum. Kenapa dalam kes liwat Saiful ini tak di bawa ke mahkamah syariah? Dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Kerana kedua-keduanya orang Islam.

antilie said...

kalau tak bersalah, kenapa nak takut. bukannya susah sangat nak buat.kalau dia buat, orang akan lebih yakin. saya cabar penyokong Anwar untuk menyuruh Anwar melakukan sumpah tersebut.

mat penang said...

Kepada "antilie"

Kamu takkan yakin juga walaupun DSAI bersumpah pun, trust me.

Nasihat saya, lapangkan dada dan baca artikel Saudara Hanipa ni dengan niat untuk menambahkan ilmu, bukan sebaliknya.

Semoga Allah SWT melapangkan dada kamu kepada kebenaran dan keadilan Islam. Tinggalkan parti Toghut kamu itu. Komunisma dan sosialisma sudah runtuh. Sekularisma juga akan diruntuhkan Allah SWT, Insya Allah.

Long Man said...

spot on bro. hanipa... sepatutnya undang2 Islam/Al-Quran harus ditegakkan sepenuhnya, baru lah boleh bercerita pasal sumpah menyumpah nih... takut pulak kalau bala turun kat kita... nak suruh junjung quran la nak suruh bersumpah la tapi kita tak nak suruh diorang buat benda yang wajib i.e. menegakkan undang2 islam sepenuhnya...

mat penang said...

Pandangan Ulama silam tentang tuduhan Zina dan Liwat. Jangan buat main buat tuduhan tanpa 4 saksi.
Bacalah:

===========================

Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

* Beraqal
* Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَا

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Sekian

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sumber: http://www.zaharuddin.net

Abdul said...

Saudara Ibnu Ali

Isu Anwar Ibrahim dan Saiful juga tidak menepati Qazaf, yang sesuai di gunapakai didalam situasi dimana orang ketiga ingin menuduh satu pasangan telah melakukan zina; misalnya, saudara Ibnu Ali sendiri ingin menuduh Anwar dan Saiful telah melakukan perbuatan liwat.

Dalam kontek Anwar dan Saiful, apa yang berlaku ialah Saiful telah menuduh Anwar meliwatnya, yakni kes ini lebih kurang sama dengan kes di mana A menuduh B merogolnya. Adalah tidak munasabah meinta A mendapatkan empat saksi sebelum boleh menuduh B kerana tidak mungkin perbuatan rogol ini berlaku didepan empat saksi melainkan kes rogol beramai-ramai. Allah itu maha adil, dan telah jelas peristiwa -peristiwa dizaman Rasulullah, ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk dijadikan pedoman bagi menghadapi kemelut ini. Saya rasa di dalam konteks ini, Muhabalah (Ali Imran; 61) yang asalnya diturunkan untuk menyelesaikan masalah perdebatan di antara umat Islam dan golongan Nasarani1, patutlah digunakan untuk menghalang kekeliruan dan fitnah daripada terus bermaharaja lela dan membawa kepada kekacauan di dalam masyarakat.

Kita ini sepatutnya menumpukan perhatian kepada isu menegakkan syiar Islam di samping memperbaiki kehidupan penduduk Malaysia, bukannya dikalutkan dengan isu ini yang patutnya sudah lama diselesaikan dengan cara Islam. Sekiranya benarlah Anwar itu ingin menolong rakyat, maka buatlah inisiatif untuk bermuhabalah, bukannya berceramah serata pelusok Malaysia untuk melemparkan fitnah kepada kerajaan BN. Memanglah orang-orang yang teranianya dibenarkan menceritakan ketidakadilan terhadap beliau, tetapi janganlah sampai menyusahkan rakyat dan membawa kepada keporak porandaan kepada negara, contohilah perjuangan al shahid Hassan Al-Banna.

Setiap diri kita ini sentiasa belajar, jelaslah banyak lagi yang anda mesti pelajari. Semoga Allah menetapkan iman, memberkati, memberi ilmu yang berguna, merahmati serta menetapkan kita semua dijalan yang benar.

mat penang said...

Akum semua,

Aku yakin yang memporak peranda kan negara kita bukan pembangkang (PAS, KEADILAN, DAP) tapi BN dan UMNO yang selama ini berkuasa tak pernah memperluangkan Islam pun. Mereka ini berkuasa hasil undi orang Melayu (Islam ka) yang menolak hukum Islam di dalam Al Quran.

Tiba tiba mereka cuba menipu rakyat untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu kesusahan ekonomi rakyat (minyak, beras, harga barang) dengan menCIPTA tuduhan liwat itu.

Dan lebih menghairankan pula, mereka ini (kelompok UMNO BN) mendesak DSAI bersumpah, walaupun sudah di fatwakan oleh ramai mufti2 dan ulama2 terkemuka (dari segi keilmuannya) bahawa tidak perlu bersumpah.

Kenapa dengan mereka ini?
Inilah golongan munafik. Menolak dan menerima Islam separuh separuh. Ada kepentingan untuk mereka, Al Quran disebut. Bila tak menguntungkan mereka, berhabis habisan menentang.

Saudara Abdul,

Tak perlu lah nak menegakkan benang nya basah. Sudah terang lagi bersuluh. Rakyat malaysia sudah boleh memahami keadaan sebenar. Usaha UMNO BN nak menipu rakyat dah terbongkar.

Kalau nak sangat bersumpah, saya cadangkan saudara suruh dulu Najib dan Rosmah bersumpah dengan nama Allah (tak perlu junjung Quran) mereka tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya.

mat penang said...

Akum semua,

Aku yakin yang memporak peranda kan negara kita bukan pembangkang (PAS, KEADILAN, DAP) tapi BN dan UMNO yang selama ini berkuasa tak pernah memperluangkan Islam pun. Mereka ini berkuasa hasil undi orang Melayu (Islam ka) yang menolak hukum Islam di dalam Al Quran.

Tiba tiba mereka cuba menipu rakyat untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu kesusahan ekonomi rakyat (minyak, beras, harga barang) dengan menCIPTA tuduhan liwat itu.

Dan lebih menghairankan pula, mereka ini (kelompok UMNO BN) mendesak DSAI bersumpah, walaupun sudah di fatwakan oleh ramai mufti2 dan ulama2 terkemuka (dari segi keilmuannya) bahawa tidak perlu bersumpah.

Kenapa dengan mereka ini?
Inilah golongan munafik. Menolak dan menerima Islam separuh separuh. Ada kepentingan untuk mereka, Al Quran disebut. Bila tak menguntungkan mereka, berhabis habisan menentang.

Saudara Abdul,

Tak perlu lah nak menegakkan benang nya basah. Sudah terang lagi bersuluh. Rakyat malaysia sudah boleh memahami keadaan sebenar. Usaha UMNO BN nak menipu rakyat dah terbongkar.

Kalau nak sangat bersumpah, saya cadangkan saudara suruh dulu Najib dan Rosmah bersumpah dengan nama Allah (tak perlu junjung Quran) mereka tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya.

tiger006 said...

Ada orang yang menyamakan kes sumpah Saiful yang Anwar liwat dia seolah-olah macam kes dia "dirogol". Maka tempat pengadilannya ialah di mahkamah sivil. Anwar Ibrahim pula mengira tuduhan dia liwat itu satu tuduhan berupa "qazaf" maka dia lapor pada mahkamah syariah. Si Saiful pula bersumpah dengan Al-Qur'an di masjid bawa Anwar meliwat dia, maka ia menjadi mahkamah sumpah yang mana orangramai diajak menghukum.

Implikasi sumpah di masjid itu sangat besar. Saiful mengakui secara resmi bahawa Anwar Ibrahim ada membuat perbuatan liwat. Persoalannya, adakah maksud kes Saiful mesti dihukum secara syara' atau secara sivil ? Dan adakah pengakuan Saiful itu berupa Qazaf ataupun kes rogol ?

Pertama, Saiful menuduh Anwar meliwat, tak kira siapa yang dia liwat samada orang lain atau diri Saiful itu sendiri. Itu termasuk dalam ertikata qazaf.

Kedua, Saiful bersumpah di atas masjid pegang Al-Qur'an itu masalah dia sendiri. Walaupun dia cabar Anwar sumpah balik, pada pandangan saya tidak perlu Anwar berbuat begitu kerana dia sudah laporkan perkara Qazaf di mahkamah syariah. Maknanya Anwar menggunakan cara syara' untuk mempertahankan dirinya.

Ketika, sekiranya perbicaraan dijalankan, kes Saiful ialah kes rogol dan tempatnya ialah di mahkamah sivil. Jadi, apa gunakan Saiful bersumpah diluar mahkamah , di atas masjid dengan pegang Al-Qur'an, yang dia kata adalah mengikut cara Islam ?

Keempat, apabila mahkamah syariah menjalankan perbicaraan atas kes tuduhan Qazaf, maka ia bukan kes rogol, kerana Anwar membuat laporan atas tajuk "QAZAF". Oleh itu, sumpah Saiful tidak memberi kesan apa-apa yang dia dirogol. Sumpah Saiful tetap dikira Qazaf kerana dia tuduh Anwar meliwat, tak kira siapa yang dia liwat.

Kalau mengikut hukum syara' dengan tidak ada 4 orang saksi maka Saiful akan menerima 80 kali sebatan.

Akhir, jika Saiful sanggup bersumpah cara Islam, adakah dia sanggup menerima hukuman secara Islam ?

east-one said...

Merujuk kepada ayat An-Nur:4

ia jelas menyatakan tuduhan itu adalah datang dari pihak ke-3. (iaitu org lain yg menuduh). Bkn mangsa.

Saya adalah nuetral dari aspek politik, namun dalam hal hukum ini, kita harus faham. Saya beri satu situasi lain.

Seorang gadis dirogol oleh Si A. Gadis tersebut mahukan pembelaan, maka ia pergi kemahkamah. Bagaimana si gadis tersebut mahu membawa 4 org saksi kerana sudah tentu perlakuan rogol tersebut tidak dilakukan di tempat awam. PERSOALANNYA : Bagaimana si gadis tersebut mahu mendapat pembelaan bagi nya?

Maka adakah kita sama2 nampak dimana bahagian yg harus kita fokus? Sy tak mahu komen tentang mangsa2 politik ini. cuma bagaimana klu ada saudara mara kita anak gadis yg mandapat malang seperti ini, adakah siperogol akan lepas, sedangkan mangsa dirotan?

Maka atas pemahaman saya, ayat An-Nur:4 adalah merujuk kepada pertuduhan yg datang dari pihak ke-3 dimana ada org lain membuat pertuduhan.

Shopping Blog said...

Many jewelers have personnel links jewellery on staff that is able to create a unique piece of jewelry to your specifications, links of london bracelet sale and if there are no personnel that can accomplish this task, links of london charms sale they can order it specially made for you. Not only do you have links of london womens watches the option of making this piece exactly the way you want it links of london rings sale to look, but no one will have one exactly like it. links of london necklaces sale Unique diamond jewelry does not have to be gaudy, but many people think gaudy is gorgeous.