Monday, May 12, 2008

KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG TIDAK SELARI DENGAN PANDANGAN FUQAHA’ ISLAM.

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai orang Islam yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang 7 Mei yang lalu yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998. Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.

Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004. Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Keputusan Mahkamah Syariah ini amat menarik kerana secara jelas Hakim yang membuat keputusan tersebut mendekati kes tersebut dengan pendekatan yang amat berbeza dengan pandangan para fuqaha’ Islam yang mengklasifikasikan perbuatan murtad sebagai satu jenayah ( jarimah ).

Meskipun para fuqaha’ Islam berbeza pandangan sama ada murtad boleh dikategorikan sebagai jenayah hudud atau ta’zir namun mereka tetap berpandangan murtad adalah satu jenayah.

Memandangkan Hakim tersebut memutuskan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah keluar daripada agama Islam (murtad) keputusan tersebut boleh ditafsirkan bahawa wanita tersebut dan secara luasnya mana-mana orang Islam di Pulau Pinang mempunyai hak untuk keluar agama ( murtad ) dan Mahkamah Syariah atau Islam melindungi hak tersebut.

Keputusan tersebut membawa kesan yang amat besar dan mendalam . Ia boleh membuka ruang yang besar kepada orang Islam yang tidak begitu komited dengan agamanya untuk memohon kepada Mahkamah Syariah bagi menukar agamanya atas alasan ia tidak lagi berpegang atau beramal dengan ajaran Islam.

Dengan penuh hormat, saya berpandangan keputusan tersebut adalah tidak tepat dan silap. Kesilapannya bermula apabila Hakim tersebut tidak mendekati murtad sebagai satu jenayah sepertimana yang ditentukan oleh fuqaha’ Islam.

Apabila murtad dikategorikan sebagai satu jenayah tidak timbul seorang Islam itu mempunyai hak untuk membuat permohonan untuk murtad, Sebaliknya Negara yang bertanggungjawab membawa pesalah murtad ke Mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan murtad dan jika didapati bersalah simurtad tersebut boleh dihukum . Bagaimanapun simurtad tidak boleh dihukum tanpa terlebih dahulu diberi peluang untuk bertaubat.

Islam mempunyai sebab tersendiri menjadikan murtad sebagai satu kesalahan jenayah. Menjadikan murtad sebagai satu jenayah adalah selari dengan maqasid syariah yang meletakkan agama sebagai satu perkara asas yang amat perlu dilindungi.

Menjaga agama ( hifz al-deen ) bukan hanya melalui pensyariatan segala bentuk “ibadah ( solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ) dan juga jihad tetapi juga melalui pensyariatan hukum ke atas orang yang murtad. Penjagaan agama ( al -deen ) diletakkan di tempat yang paling atas dari segi aulawiyatnya kemudiannya barulah diikuti oleh penjagaan nyawa ( al-nafs ), akal, keturunan ( nasab ) dan harta benda ( al-mal ). Al-Qarafi meletakkan penjagaan air muka ( muruah ) sebagai tambahan daripada lima perkara tersebut

Bagi menjaga nyawa Islam mensyariatkan hukum qisas dan diyyah. Bagi menjaga aqal ada hukuman ke atas peminum arak. Bagi menjaga keturunan Islam bukan sahaja menggalakkan perkahwinan tetapi juga mengenakan hukuman ke atas penzina dan bagi menjaga harta benda bukan sahaja zakat diwajibkan malahan pencuri juga boleh dihukum. Bagi menjaga air muka ada hukuman ke atas jenayah qazaf. Jadi mengapa pula murtad dibiarkan bebas dan tidak perlu dihukum ?

Untuk berlaku adil kepada Hakim tersebut, beliau mungkin tersepit kerana tiada peruntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Pulau Pinang yang membolehkan murtad didakwa di Mahkamah Syariah di Pulau Pinang.

Enakmen yang sedia ada iaitu Enakmen Aturcara Mal 2004 pula membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah. Jika kita mengambil hujah ini bermakna yang silap bukanlah Hakim tetapi pihak Kerajaan yang menggubal undang-undang tersebut.

Bagi saya hakim tersebut tidak terlepas dari tanggungjawabnya untuk memastikan sebarang keputusannya selari dengan hukum Islam. Saya berpandangan hakim tersebut sepatutnya menggunakan kuasa sedia ada ( inherent power ) untuk mengisytiharkan Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah adalah satu undang-undang yang ultra vires ( bertentangan ) dengan undang-undang Islam yang sebenar.

Oleh itu, bagi saya, Hakim tersebut sepatutnya memutuskan bahawa berdasarkan hukum Islam beliau tidak ada bidangkuasa mendengar kes tersebut kerana undang-undang yang dirujuk oleh peguam wanita tersebut adalah ultra vires perundangan Islam yang sebenarnya. Malangnya peguam MAIPP mahupun peguam wanita tersebut tidak membantu Hakim dalam hal ini.

Seorang hakim Islam di Mahkamah Syariah berbeza dengan seorang hakim di Mahkamah sivil. Hakim Mahkamah sivil hanya memutuskan sesuatu perkara tanpa mengambil kira keputusan tersebut selari dengan Islam atau tidak. Sebaliknya hakim Mahkamah Syariah wajib memutuskan sesuatu perkara selaras dengan hukum Islam yang sebenarnya.

Suatu yang tidak begitu pasti mengapakah hakim tersebut tidak mengarahkan wanita tersebut bertaubat. Sepatutnya wanita tersebut sewajarnya diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk dikaunseling dan disuruh bertaubat. Jika ini boleh dibuat mungkin ‘aqidah wanita tersebut dapat diselamatkan.

Saya berharap Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan pihak MAIPP dapat membuat koreksi terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.

6 comments:

ANAK BAPAK said...

assalamualaikum...

ana ada info tentang penjelasan peguam kepada siti mariam yang dibenarkan murtad baru2 ini..

http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=69&itemid=9

ana harap enta dapat tulis satu respon dalam blog enta terhadap penjelasan peguam tersebut dari segi perundangan dan apa kesannya terhadap islam

Ibrahim Bin Baharuddin

www.anakbapak8385.blogspot.com

ANAK BAPAK said...

http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=9

ketam said...

Assalamualaikum,

1. Tolong ustaz beritahu saya kenapa Kes Batu Putih kita boleh kalah dari segi perundangan..

2. Kenapa peguam PAS,PKR dan DAP yang terkenal dgn bijak pandai dan terlalu mahir dengan undang-undang tidak menawarkan diri untuk mempertahankan kedaulatan negara?
Kenapa Karpal Singh yang ditakuti dikalangan Peguam dari segi undang-undang tidak menawarkan diri untuk turut serta mempertahankan kes ini di ICJ?
Dimana semangat patirotisma kita semua?? Saya sungguh kecewa apabila ada pemimpin PAS yg terus menunding jari kepada kerajaan (walaupun kita tak setuju dgn kerajaan) tetapi apakah langkah yg telah kita lakukan sebagai rakyat (pemimpin) dalam membantu mempertahankan kedaulatan negara??
Kita sibuk dengan altantuya sibuk dengan V.K Linggam tetapi Batu Putih apabila dah kalah baru bising kenapa??

Jujurlah pada diri sendiri,jgn menuduh sebarangan kerana jika tidak betul dah jadi fitnah dan orang itu patut minta maaf kepada orang yang dituduh dan bertaubat

ketam said...

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekekeling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

"Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya

Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan. - mns

Untuk pengetahuan Noridah pakaian pelajar sekolah perempuan dari dahulu sebenarnya tidak ada masalah apa-apa pun. Adakah di Malaysia dan khususnya di kelantan terjadi banyak kes rogol dikalangan budak sekolah semasa mereka disekolah,dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah?? Jawapan nya adalah tidak.
Disini adalah penting kita umat islam wajib kepada siapa yang mampu buka lah perniagaan dan bekallah pakaian sekolah yang tidak nipis dan tidak lutsinar.. kalau cakap sahaja tanpa menunaikan tanggungjawab fardu kifayah berdosa kan terutamanya sebagai seorang pemimpin. Ingat bahawa sekarang hampir 95% pelajar perempuan pakai tudung jadi buat lah perniagaan untuk pakaian tebal untuk pelajar sekolah.
Saya sedih kerana masih ramai lagi pemimpin PAS masih mengeluarkan kenyataan mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.

Dan jika bukan islam membantah peraturan itu atas alasan kebebasan bukankah akan menjadi masalah? Bagaimana kalau sahabat baik kita DAP yang membangkitkan isu ini macam mana nak jawab.

Dan tolong beritahu PKR suruh wanitanya semua supaya mengenakan pakaian yang tertib mengikut Syariat ISLAM jangan terjebak sama ikut pakaian wanita UMNO terlalu menarik perhatian.Jikalau sahabat PKR pun susah kita nak tarbiah macam mana kita nak tarbiah satu Malaysia.

wassslam

Kak kiah said...

"Pulau Batu Puteh means white rock in Malay and was so named because of the bird droppings which covered it. Its Portuguese name, Pedra Branca, also means white rock. The Chinese also called it white rock, “Pia Chiao” in Chinese, as recorded on the Chinese Wubei Zhi sailing chart and instructions of 1621. The French called it Pierre Blanche, in translation from the Vietnamese envoy’s description of it in Vietnamese on his 1833 trip to Batavia, and on the Bellin’s chart of 1755. Everyone called it white rock in their own language, for the obvious
reason that it was one. It is quite preposterous to say, as Singapore has, that the name Pulau Batu Puteh has, and I quote from my Singapore friends, “only recently appeared in maps of the region and is the name by which [Malaysians] refer to it today”, as if we had never called the island white rock in Malay as others did in Portuguese, Chinese, French and Vietnamese. J. T. Thomson in his account of the Horsburgh lighthouse notes that the island is called “Batu Putih” by the Malays. He even recalls Malays working on the construction of the lighthouse singing songs about “Batu Putih de tingah laut”. I won’t attempt to sing it myself, Mr. President, but in English it means “Batu Puteh in the middle of the sea”. It is referred to by its Malay name in the Singapore Free Press. The article of 1843 on piracy refers to “Batu Puteh” as being within the territories of the Sultan of Johor. A 1928 map of Johor labels the island “Batu Puteh”.
Quoted from www.carigold.com

Iwan raihan said...

Kawin kerana nafsu ke atau suka sama suka. Masuk islam hanya kerana nak berkawin dengan lelaki muslim . Dah lah nawaitu tak ikhlas. Dah masuk islam tapi masih makan babi. Masih sembah tokong. Apakah?