Thursday, June 30, 2011

POLIS KETAGIH SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?

Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?

Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.


Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .

Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?

Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.


Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?

Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .

Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahan

Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.

Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?

Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.

Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin.

4 comments:

ran03 said...

Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat,pasukan Polis telah melaksankan kewajipan asasi PDRM dengan baik seperti berikut:
1/Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
2/Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
3/Mencegah dan Mengesan Penjenayah
Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah dan
4/Mengumpul Risikan Keselamatan.

PDRM hanya menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh kita seperti termaktub dalam undang-undang negara. Kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka kerana jasabakti yang berterusan.

SEMUA ORANG ADA HAK. Hak menjaga agama, hak menjaga jiwa, hak menjaga akal, hak menjaga harta dan hak menjaga keturunan. Kita selalu berbicara tentang hak rakyat dan kita juga yang selalu lupa hak penguasa? Hak untuk di-taati dalam perkara ma’ruf, hak dinasihati secara sembunyi, hak didoakan dan hak untuk dimuliakan. Malah menjadi hak asasi penguasa pula menghapuskan pemecahbelah masyarakat.

Mereka yang degil bersedia untuk dikenakan tindakan jika disabit kesalahan nanti.

ran3

Anuar bin Safian said...

ran03..

memang benar apa yang kamu katakan tapi dalam isu yang ingin disampaikan oleh penulis ialah hak rakyat yang tidak dihormati oleh pihak penguasa itu sebenarnya point penulis.. Penekanan kepada rakyat lebih daripada penguasa kerana rakyat tiada kuasa dan 'lemah' manakala penguasa adalah pemerintah yang bersifat berkuasa maka fokus dan perhatian perlu diberikan kepada rakyat dari penguasa..

Harap kita semua memahaminya..

Zaid said...

apa apa pun saya terpaksa batalkan plan saya esok sebab jalan jammed sebab #bersih ni. aktiviti sekolah habis terbatal. cikgu-cikgu pun asyiklah nasihat suruh duduk rumah baca buku sejarah. terganggu sangat. bye.

sang sepakat said...

kalau dah sultan kata jangan buat, janganlah buat...Bersih punya perhimpunan dulu dengan sekarang lain dia punya amirr.., Ambiaga dan PSM ada agenda terselit..macam mana boleh kata tak bersih dah menang PRU lepas hampir 5 negeri..boleh kata tak bersih.. kalau nak buat secara aman...kenapa tak buat di negeri dibawah PR contohnya stadium negeri selangor kan besar tuh..., tapi pilih di kuala lumpur...harap pikirlah nak buat demo...pihak PR pasti ingin mencerahkan perjuangan anda didepan mata pengundi kerajaan, senadainya begini pasti nama buruk didalam PR.

nak buat BERSIH jugak yang ketiga pilihlah kat stadium Shah alam tu ok! salam ramadhan semua.