Sunday, November 14, 2010

LARANG MEDIA UMNO DI DUN KEDAH-JANGAN SAMA DENGAN DEPA

oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya berpendapat tindakan Kerajaan Kedah melarang media pro Umno membuat liputan sidang Dun Kedah bukan satu tindakan yang bijak.

Kerajaan Kedah berhak marah dengan sikap tidak profesional media pro Umno yang membuat laporan yang negatif terhadap Kedah dalam isu banjir di negeri itu. Apa yang Kerajaan Kedah harapkan dari media umno-berita yang adil dari media musuh?

Harakahdaily melaporkan tindakan Kerajaan Kedah itu disokong oleh beberapa pihak atas alasan Kerajaan Bn di Perak juga pernah melarang media alternatif membuat liputan sidang Dun Perak. Kalau itu hujahnya apa beza kita dengan musuh kita? Kalau itu hujahnya bukankah itu namanya politik balas dendam?

Bagi saya lebih elok kalau Kerajaan Kedah tidak mengambil pendirian yang boleh ditafsirkan tidak mesra demokrasi. Demokrasi merestui berita yang tidal memihak kepada kita walau seteruk mana berita itu . Biarlah kita berbeza dengan musuh kita .

Apa pun tahniah dan syabas kepada komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Kedah dalam menangani isu banjir di negeri itu.

13 comments:

dani_sanin said...

saya rasa ini hanyalah satu pengajaran kepada media pro BN supaya berhati2 dan lebih telus dalam mmberikan laporan. jangan nampak sangat double standard. segala kebaikan yg kerajaan kedah buat mereka tak pernah siarkan, tapi sedikit kelemahan dan adakalanya diada-adakan itulah yang diperbesarkan.. mereka sememangnya berniat jahat nak menjatuhkan kerajaan kedah sebab selama ini mungkin mereka hidup senang lenang dengan UMNO-BN. janji mereka kepada UMNO-BN, buat apa sahaja demi menjatuhkan kerajaan PR.

Ahmad said...

hanipa maiden ada pi Kedah tolong mangsa banjir ker tak? kalau tak jangan bising atas tindakan kerajaan PAS
ramai org yg bersusah payah membantu apa yg termampu kepada mangsa2 abnir tetapi telah dimanipulasikan media dan mebuat fitnah
ingatlah yg sakit hati tu bukan setakat MB Kedah tetapi mangsa2 banjir, semasa kesusahan mereka tak banyak membantu, dah ler buat tuduhan mcm2, ingat kami ni apa tunggul kayu?
rakyat tak perlu media2 mcm ni, kami di Kedah lebih rela mendapatkan berita dr Sinar Harian drpd akhbar2 dan media yg belum tentu menyiarkan persidangan Dun Kedah

tungkaran hati.blogspot said...

PAS akan lebih kuat dan hebat tanpa bekerjasama dengan DAP dan PKR! percayalah.....

zuber said...

bos...berita tidak memihak dengan berita putar belit dan palsu...amat berbeda...mesti ada pihak yg perlu tegur, ambil tindakan dan ajar mereka yg hidup dalam serba fitnah, putar belit dan jahat..supaya mere dpt sikit pengajaran...buat cara Islam kata DS MB.....

jab sp said...

1.sama ada dibenar atau tidak.ia tidak akan mengubah stail dan corak lapuran daripada media media ini.yang pasti semuanya akan ditongeng terbalik mengikut citarasa dan mengikut kemahuan tuan tuan mereka.jesteru rasanya tiada sebarang kerugian MB Kedah bertindak seperti ini.

2.mengulas pula ulasan sahabat saya tukaran hati,saya sokong saranan jika niat kita hanya setakat mahu jadi pembangkang untuk selama lamanya.
rentetan krisis politik yang berpanjangan semenjak 1987 ternyata membantu kita menguasai Kelantan sehingga sekarang dan ini membuktikan sokongan lain pihak adalah perlu.jika niat kita hanya ingin berdakwah,kumpulan tabliq adalah kumpulan yang perlu kita ikuti.

amibai5610 said...

inilah perangai2 yang merugikan PAS... semua nk tunjuk hebat... semua nak bercakap.. dulu masa selangor dgn perak boikot utusan us. azizan cakap kita terbuka, semua akhbar kita bagi peluang.. bila kena batang hidung baru la nak sekat sana sini.. ni peguampas pulak cakap mcmni takda penyelarasan langsung.. mcmni nk ganti UMNO.. taktau lah aku...

ran03 said...

Peguampas,
Tahniah atas nasihat itu,
Itu yang saya mahu lihat, yang tak betul ditegur supaya PAS dilihat berbeza dan lebih baik berbanding yang lain.

ran03 said...
This comment has been removed by the author.
Iskandar PT said...

Salam,
Media-media Pro-BN kalau dilarang pun akan buat fitnah, dan kalau di biarkan berleluasa pun akan bertambah-tambah berleluasa le fitnah disebarkan. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjatuhkan semua kerajaan negeri yang di perintah PR.
Hati yang busuk tak akan menjadi baik tanpa "keimanan" kerana hati orang -orang yang menerajui kepimpinan media-media tersebut telah diselaputi kegelapan daripada kebenaran.

Iskandar PT

karlozpaco said...

alahai xde bezanya paper pro gomen atau pembangkang.dua2 sama jer nak menjatuhkankan diantara satu sama lain.dua2 paper ada cerita benar dan cerita kelentong.xyah lah masing2 nak mengaku malaikat.dua2 pun haprak!!!

awat said...

karlozpaco-nama yahudi,tentu ada pemikiran yahudi.
antara sikap yahudi,berpendirian dia sahaja yang pandai dan dia saja yang betul.
manusia gila dengan rock dan muzik gila,tidak diperlukan olih mana mana parti.hanya mat gian saja yang mahu orang yang mengamal aktiviti yahudi ini

karlozpaco said...

alahai awat,xyah lah emosi sgt.kenapa kalau dengar lagu rock masuk neraka ke dan kalau dengar nasyid garenti masuk syurga ke?piraaah...!wa berani jamin la bhai semua ahli2 pas 1000%, masuk neraka!termasuk tok guru lu nick ajis tu.
2.tolong jelaskan pd wa mana satu nama Islam...Omar,Ali,Abu Bakar,Siti Khatijah!nama2 ini telah ada sblum adanya Islam lg,ianya nama2 org2 Arab.Isa,Yaakub,Musa nama org2 Yahudi.Awang,nama org2 Melayu,Suharto nama Jawa.
3.lu tuduh wa mat gian...betul ke!?bila lak lu nampak wa tgh gian.mcm tuduhan liar je!x takut neraka ke?
4.wa x perlu parti politik dimuka bumi ini.
5.last se x bhai cuba jawap ini:-bagi 10 kebaikan kerajaan dan 10 keburukan pembangkang.jgn lak cakap xde bg dua2 pihak...pembohong namanya tu...x takut neraka ke kalau membohong!k sok wa tggu jawapan lu kat blog ni ye,tapi jgn lari topik.

karlozpaco said...

AWAT....AWAT....AWAT...MANA LU NI?DAH BRAPE HARI WA TGGU JAWAPAN LU!AWAT....AWAT...AWAT!!???