Tuesday, November 30, 2010

BICARA KES ANWAR- AWAT LAGU NI ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sekiranya ada pertandingan “apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini” mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.

Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.

Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.

Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.

Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar “hire” bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut

Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!

Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.

Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.

Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.

Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.

Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.

Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .

Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.

Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah

Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.

Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.

Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu “ when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged.” ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi.” )

15 comments:

jab sp said...

1.Kesilapan hakim membebas orang bersalah dari hukuman adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak melakukan kesalahan kepada hukuman bersalah.
2.Sikap pendakwaan dan hakim yang kerap menafikan hak orang tertuduh bagi mendapatkan hak membuktikan yang tertuduh tidak bersalah,berlaku dalam kebanyakan perbicaraan,tetapi tidak berlaku dalam perbicaraan Anwar.
3.Dengan dolak dalih saksi,orang yang TIDAK arif dari segi undang undang pun tahu bahawa satu kalang kalikong sedang berlaku dalam perbicaraan ini.

mra said...

jab sp
para 2 sepatutnya berbunyi-
Sikap pendakwaan dan hakim yang membenarkan hak orang tertuduh bagi mendapatkan hak membuktikan yang tertuduh tidak bersalah,berlaku dalam kebanyakan perbicaraan,tetapi tidak berlaku dalam perbicaraan Anwar.
bukankah begitu sepatutnya?

tungkaran hati.blogspot said...

Seronok sangat kalau perbicaraan ini kerap ditangguhkan kerana ini menunjukkan bahawa sistem kehakiman kita adalah yang paling adil didunia....!bukankah begitu tuan peguam.

usin said...

rekod dunia guinness ni. perbicaraan dlm perbicaraan yg cukup lama. x habis2 nk tangguh dgn alasan teknikal. dulupun terlepas krn alasan teknikal jugakkan! itulah yg diharapkan oleh pasukan pembelaan. selain dpd alasan teknikal, xde peluang dh anwar nk terlepas. wahai peguampas, kalau benar2 anwar tidak bersalah, buktikan dlm perbicaraan, bukan nk buat perbicaraan dlm perbicaraan. rakyat mcm aku ni dh naik bosan. berjuanglah atas kebenaran, walaupun akan tumpas, sebab kebenaran itu lebih bernilai dari kemenangan. para sahabat dulupun ramai yg syahid di medan perang...

nizam said...

usin ,kalau nak guna alasan syahid..memang engkau menggunakan agama konon2 adillah perbicaraan skrg. sedangkan semua orang sudah nampak Anwar hanya diikat kaki,tangan,tak adil tu oi..walaupun aku tak suka Anwar,tapi bila seorg manusia di bicarakan secara kongkalikong,aku juga takut bala akan ditimpakan Allah kerana menzalimi hambanya.dulu saiful kata di paksa, bicara suka sama suka.nampak benar ada orang2 yang bergantung hayat pada jubur saiful yang begitu menjijikkan.semuga Allah melaknatkan mereka2 yang terlibat dgn kekejaman dan kezaliman yang memalukan ini.Amen.

hanipamaidin said...

usin

Di dalam perbicaraan jenayah tertuduh tidak perlu buktikan dia tidak bersalah sebaliknya pendakwa kena buktikan melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh bersalah. This is called presumption of innocence. It applies in man made law as well as islamic law.

Kalau sahabat yang mati syahid itu masih hidup sehingga kini sudah tentu mereka pelik kenapa Anwar tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah jika benar dia didakwa melakukan kesalahan liwat . Para sahabat ( r.a) juga akan pelik kenapa Saiful tidak dituduh dengan kesalahan qazaf kerana gagal mendatangkan 4 orang saksi yang adil yang benar-benar melihat perbuataan liwat itu.

karlozpaco said...

Lu nak pergi perang,tapi tanya musuh dulu pakai senjata2 jenis apa!Apa barang ni bhai!?Pandai2 lu lah kalau nak menang.Peguam2 yg siNuar pakai dari kes pertama dia dulu sampai kes skrg pun bukan calang2!Tapi kalah gak dlm kes dulu.Bermakna undang2 telah mengatasi putar belit peguam2 Nuar,kerana mahkamah cuma nak tahu perkara liwat itu berlaku atau tidak bukan nak dengar putar belit!Sebab itu peguam2 nanti ramai jadi warga neraka kerana org2 yg membunuh,merogol,merompak,meliwat dsbnya dpt bebas kerana putar belit mereka!

mamat said...

Puak umno ni ada masalah dalam memahami konteks.Beriya-iya dan bersemangat bercerita tentang cerita liwat ni. Seronok sangat mempertahankan kebenaran yang UMNO ni yakini.Saya nak nasihatkan satu saja. Kalau nak berhukum dan menjatuhkan hukum balik dan mengaji dulu.Susah sgt rujuk pada Ustaz KAGAT yang dah jadi menteri atau bekas pendakwah selebriti UMNO tu. Ada berani....

Unknown said...

karlozpaco,jom kita doa sama2...andai kata kita ditakdirkan perlu membela diri atas apa2 pertuduhan atau fitnah ke atas diri kita,tidak ada hak kita yg dinafikan... kalau saya cakap saya ada satu laporan yg jadi bukti karlozpaco melakukan jenayah,tapi karlozpaco tak boleh melihat laporan tersebut...adilkah? ini bukan soal anwar semata2,tapi jenama keadilan sebegini akan terpakai utk seluruh rakyat malaysia...sukakah?

awat said...

usah buang masa dengan sibahlol yang guna nick name yang berlainan tetapi dari ip yang sama.
hujah guna kepala lutut dengan hujah guna otak ada beza nya.

*it forensic

Bahtera Merdeka said...

Saiful mengadu bahawa dia diliwat oleh Nuar Berahim.

Mengikut undang-undang, aduan Saiful itu diterima dan dirujuk kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran dan menegakkan keadilan.

Nuar Berahim berkata di Mahkamah dia tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Maka tugas mahkamah ialah membuktikan bahawa Nuar Berahim Meliwat Saiful atau Nuar Berahim Tak Meliwat Saiful.

Tugas ini adalah kerja Peguam2 bagi kedua-dua pihak dan dijalankan di hadapan Hakim dan di dalam mahkamah.

Kita ikutilah dengan sikap yang betul sebagai seorang rakyat di sebuah negara yang bertamadun.

Unknown said...

nak tunggu bila agaknya Anwar nak saman Umi Halifda & adik beradik beliau yg tulis 'warkah keramat buat perdana menteri'...mgkn saudara peguam boleh failkan saman jugak kot...
ohh yaa.. mcm mana dgn dakwaan Ezam...yg dia terima panggilan dr presiden PKR supaya jgn ada laki kat rumah masa dia tak da... tak nak saman jugak ka?

Lagi satu, laporan WikiLeaks tu, dah cuba check dgn Lee Kuan Yew ker? mgkn WikiLeaks fitnah kot? kalau WikiLeaks tak fitnah.... bole kot saman Lee Kuan Yew...

Unknown said...

ohhhh ya .. lagi satu... in-case Umi Hafilda tulis warkah tu TAPI Anwar tak kena pecat dgn TUN M.. n then. dia jadi Presiden UMNO n then dia jadi PM Malaysia..

hahahaaaaaaa... mesti saudara Peguam PAs bising2 pasal warkah Umi hafilda tu kan.... mesti ada beribu2 alasan utk membuktikan warkah tersebut benar.. tambah2 lagi Anwar tak berani nak cabar & saman Umi Hafilda di mahkamah....lagipun mana logiknya adik nak bunuh/fitnah karier abang kandung sendiri kan... takkan la umi hafilda tak tau abg dia azmin kerja dgn bakal PM Malaysia..

Unknown said...

En, Hanifa..

Qazaf? Mahkamah syariah? Sahabat2 (r.a.) akan binggung...

kelakar sungguh... bila ada amah TUDUH DIA DIROGOL OLEH SEORG DATO' SERI...dlm wikileaks... beria2 betul puak anti kerajaan suruh buat siasatan..

Sila rujuk..
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30116:-laman-web-dedah-gambar-mangsa-rogol-menteri&catid=1:utama&Itemid=50

Sahabat2 (r.a.) pasti lagi pelik bila melihat satu golongan yg pakai label islam buat bodoh dan tak peduli slps Saiful berani mubahalah bahawa dia betul2 telah diliwat oleh lelaki tua gila jubur... (SEMOGA ALLAH MELAKNAT BELIAU SEKIRANYA BELIAU BENAR2 BERSALAH DAN TIDAK BERTAUBAT ATAS KESALAHAN TERSEBUT).. lagi anehnya bilamana selepas 2 tahun peristiwa mubahalah tu.. Allah telah menjemput Saiful kebumi Mekah...... tp puak2 berlabel islam masih buat tak peduli........... lagi aneh bro...... sgt lah aneh....

Unknown said...

kenapa beria2 nak tgk jugak laporan bertulis saiful? kan ker saiful dah didepan mata? masih hidup.. sihat waafiat..boleh ditanya apa aja nak ditanya..........

kenapa beria2 nak nota awal para doktor yg memeriksa? bukankah doktor dah jadi saksi? tanya aja apa nak tanya...

jawapan bg semua tu sebenarnya ialah nak cari salah teknikal.. salah tulis.. salah eja.. salah tandatangan, etc...itu & ini....

lepas tu mudah la nak batalkan kes......

persoalan paling asas tak jawab juga...... aktiviti liwat berlaku ker tak? dimana lelaki tua kemaruk kuasa tu berada dimasa kejadian??? apasai lelaki tua kemaruk kuasa tu tak dakwa umi hafilda? apasai lelaki tua tu kemaruk sgt nak jadi PM?