Monday, July 26, 2010

" Saya Mufti takkan saya tak tahu Pas betul Umno salah"

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perak Tan Sri Harussani mengatakan berikut " Saya mufti takkan saya berbohong " ( Utusan Malaysia 21/7/2010 ). Kita boleh bersetuju dengan kata-kata tersebut.

Tapi saya rasa beliau kena lanjutkan kata-kata tersebut dengan ayat berikut " Saya Mufti takkan saya tidak tahu Pas betul Umno tidak betul. Sebagai mufti ( yang tahu Islam ) maka saya menyeru marilah kita tinggalkan Umno dan pakat sokong Pas ramai-ramai."

Kalau Mufti Perak masih tidak nampak perbezaan Pas dan Umno, beliau kena malulah dengan Ah Chong dan Mutusamy yang kini menyokong dasar Islam yang Pas bawa dan perjuangkan. Takkanlah Ah Chong dan Mutusamy lebih kenal perbezaan antara Pas dan Umno dibandingkan Mufti Perak ?

Untuk Mufti Perak ikutlah dan contohilah jejak langkah Almarhum mantan Mufti Selangor Dato Ishak Bahrom yang teruk dizalimi Umno tetapi istiqamah berjuang dengan Pas sehingga akhir hayat beliau !!!

7 comments:

ruslan said...

Tuan Peguam,

Bagus, tersangat bagus. Sebagai seorang berkelulusan Ijazah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa LL.B ( Hons ) UIA pada tahun 1992 dan Ijazah Undang-Undang Shariah LL.B ( Sha) ( Hons ) mempunyai sangkaan tersangat buruk sesama Islam.

Bagus tersangat bagus....

Untuk PAS semuanya betul...

Bagus tersangat bagus....

feis said...

abih tu kau tu bagus la..kalau parti islam ko tak nak sokong ko nak sokong parti apa lagi..sudah terang lagi bersuluh..didikan apa yang ko nak bagi anak bini ko...takan nak tolak sistem islam...hidup ni bukan atas dunia jer brader...duit projek dan pangkat tak leh bawa mati..yang kita bawa ialah bekalan amalan kita semasa hidup ..klau dah jahil peh tu memperlekeh orang yang memakmurkan dunia dengan hukum Allah...ko nak jadi apa..ulama tu warisatul ambia ..klu dah ulamak ko tak nak ikut..ko nak ikut sapa..selamat ker ko kat kubur nanti ..

Razman said...

bagi ana sapa saja yg sokong umno adalah spesis munafik..zaman nabi muhamad dulu spesis jenis ni paling bahaya di mukabumi...benda mudah saja depan mata boleh fikir mana betul mana salah..tapi dah jenis makan duit projek sana sini..sedap dapat duit haram ..mana nak sedar..buta hati..

Le Chevalier said...

mmg la PAS tu bagus, bukan cam umngok tu, curi pasir kt selangor tp tuduh org lain. itu munafik namanya....haha

magn said...

ceh roslan pentaksub melayu dan zambri kudeta.dia confuse antara islam dan melayu.

ini blog dia..dia seronok rampasan kuasa berlaku.

http://ruslan-enggor.blogspot.com/

謝俊柯凡豐德 said...

quite touching~~~thx for sharing............................................................

Wes said...

Salam,

Pada saudara Razman, apa ciri-ciri orang munafik? Kita tak boleh kata sesuka hati orang munafik walaupun nampak tanda-tandanya.

Feis,

Ko configrm ke kalau PR memerintah hukum Islam akan ditegakkan? Sudah terang DAP menolak hukum Islam, aku tak nak komen yang Nik Nazmi ulaskan.

Aku pun suka kalau hukum Islam ditegakkan.

Sebenarnya Allah bagi kita jalan untuk memilih - Solat Istikharah untuk memilih mana yang betul mana yang tidak.

Tapi yang paling betul adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W., tiada hina-menghina sesama Muslim tak kira dia UMNO, PAS atau PKR