30 Julai 2010- Hakim Mahkamah Sesyen hari ini telah merekodkan penghakiman persetujuan di mana Defendan-Defendan bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55,000-00 kepada YB Dr Ahmad Yunus Khairi iaitu Adun Pas bagi Dun Sijangkang.
Pada 29/7/2004 Dr Ahmad Yunus telah memfailkan saman dengan menamakan bekas exco Kerajaan Selangor dari Umno iaitu Datuk Abdul Fatah bin Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad sebagai Defendan-Defendan di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20/3/2004 yang bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon Pas” . Antara lain berita tersebut menyatakan
“ Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.’.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai “menikamnya dari belakang” kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi.” Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup.”
Di dalam samannya Dr Ahmad Yunus yang ketika itu adalah calon Pas bagi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti. Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Ahmad Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon tangkap muat dan beliau adalcah calon yang berjuang berdasarkan emosi.
Saman Dr Ahmad Yunus telah ditetapkan untuk bicara hari ini di Mahkamah Sesyen Klang
Dr Yunus diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh Puan Siti dari firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.
3 comments:
salam, saya pernah mengendalikan kes ini. CJ direkod dengan tanpa pengakuan liabiliti. Bermakna tak semesti Datuk Fatah dan akhbar bersalah.
Apapun beruntungnya Dr Ahmad Yunus . Datuk Fatah dan pihak akhbar setuju bayar gantirugi kepada beliau walaupun tiada pengakuan bersalah dari Datuk Fatah dan pihak akhbar
Orang kampung tertanya-tanya : Kalau depa tak salah kenapa sanggup bayar RM 55,000-00 kepada Dr Ahmad Yunus ?
Post a Comment