Tuesday, May 26, 2009

ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :-

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu ?

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan ke atas beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat berketurunan Qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti V.Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakan kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun menghormati mayat seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah
Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang bukan Islam !!!

g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?

43 comments:

sol amano said...

Jangan terlampu cepat menghukum Mufti2 yg tegas dan jelas dlm menganalisa hukum2 Quran dan Hadith. Tanyalah iman sedara, apakah sedara lebih berilmu dari mereka atau lebih layak dari mereka dlm menjelaskan hukumnya. Tak usahlah nak menghasut rakyat atas nama Islam.

mohamadhafizudin said...

kadang2 mufti dgn ulama pn tak betul,jgn tgk pada pangkat dan ilmu semata2...tgk pada sejauhmana dorang mempraktikkan apa yg dorang dah blajar,dorang ni tau hukum hakam,banyak,tapi ada yg dorang sorok,simpan sbab ada kepentingan tertentu,antara nya takut ilang pangkat dan desakan dr org atas...
Mengampu je,dorang ni...Ulama yg sebenar2nya adalah yg mewarisi ilmu,menggigit ilmu tu dan menyampaikannya tanpa sorok2...dan tak takut utk menyampaikan kebenaran...aku dah tak hormat institusi mufti dan sesetengah ulama dalam negara ni....tak berape nak btul

sol amano said...

Tak usah emosi sdr hafizudin. Saya percaya sdr masih boleh berfikir dgn waras dan tenang.

Ayiem said...

Sdr Sol amano ni berpikir dengan waras ke?

Adakah hujah yang diberikan tidak mencukupi untuk menilai kebijaksanaan mufti yang nampak benar senget sebelah dan amat layak bertanding atas tiket ameno?

Saya tidak nampak sol amano berpikir dengan waras dalam menilai situasi sebenaar dan ternyata sol amano terlalu jumud dan tidak melihat dari sudut keadiln....

zeqbbu said...

pandangan saya, mufti adalah org yg di iktiraf sebagai org yg mengendalikan hal2 agama, sekiranya keputusan atau pandangan yang di berikan mengikut Al-quran dan sunnah nabi ahlamdulillah, jika sebaliknya maka mufti kena la tanggung dosanya sbb hukum hakam Allah tidak boleh di buat main2.

Orang Lama said...

sol amano, jika kamu berilmu, gunakan lah ilmu yang kamu ada untuk menilai yang mana buruk dan yang mana keji, jika kamu mempunyai akal, gunakan lah akal kamu untuk melihat kebaikan, jika kamu beriman kepada tuhan, takutlah kamu kepada hari pembalasan. Jika kamu menyokong orang yang zalim segala ilmu, akal dan iman yang kamu ada tak bernilai apa-apa baik di sisi manusia apalagi di sisi tuhan. Kasian, kamu seorg yang celik mata tapi buta hati

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat.

pyan KEMAIN™ said...

A hingga H... Kalau ada huruf sampai Z, agaknya semunya sekali disalahkan UMNO/BN (pemerintah)...

Persis Pakatan Pembangkang adalah Gabungan partai maksum.

sapien said...

Kiranya macam nilah wahai jauk-juak UMNO.Dalam PAS kalau pemimpin yang terbukti melakukan sebarang kesalahan beliau akan ditegur bukan hanya oleh pemimpin yang setaraf dengannya malahan oleh ahli bawahannya sekali. Kalau TGNA atau TGHH sekalipun berpandangan dengan pendapat yang berbeza dengan sekalian ahli akan ditegur. Tegurannya bukanlah dengan menghina tetapi dengan memperbetulkan pendapat dan ahli yang mendengar pendapat itu akan cuba difahamkam akan pandangan serta pendapat mereka. Pernahkah pendapat mereka berdua ini dilihat berbias dengan menidakkan sebarang hukum agama.

Yang jadi masalah bagi mufti puak UMNO ini adalah pendapat mereka berbias dan memihak. Apabila ada sebarang masalah yang berbangkit yang menampakkan sebarang keburukkan yang dilakukan oleh sebelah pihak hanya didiamkan tetapi sekiranya ada sesuatu yang mendatangkan keuntungan akan dibela.Kenapa tidak ada sebarang pandangan atau cemuhan apabila berlaku sebarang kezaliman yang dilakukan oleh polis yang dipacu oleh UMNO. Dimanakah letaknya maruah dan harga diri apabila berterusan mengeluarkan pendapat yang sememangnya mengelirukan dan berpihak kepada yang salah.Kenapa tidak ada sebarang kenyataan apabila Speaker dengan cara yang salah dinafikan haknya.Kenapa mufti ini hanya mendiamkan diri. Apakah syaitan bisu mereka ini.

Kalau benar Mufti yang menjaga hak dan kepentingan agama mengapa berterusan mendiamkan diri dan terus mengeluarkan kenyataan yang nampak terangnya berpihak kepada yang melakukan mungkar. Sekiranya tegas dan jelas dalam menganalisa hukum Quran hanya melalui pandangan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang kitab dan pendapat yang lebih syumul maka jadilah seperti dua mufti yang mengeluarkan pendapat mogok lapar haram.

Kalau dah berperang namanya salah, menulis membantahpun salah, protes memakai baju hitam pun salah adakah berpuasa menahan lapar menunjukkan tanda bantahan pun dilarang.

Jadi bagaimana lagi caranya hendak menunjukkan rasa benci dan bantahan kepada yang mungkar.Mendiamkan diri dan menolak dengan hati?. Itulah selemah-lemahnya iman. Takkan mufti tu lemah imannya.

antahberantah said...

Majority mufti kat Malaysia ni gagal memainkan peranan mereka sebagaimana yang dikehendaki Allah swt. Tanpa rasa bersalah dan mungkin tanpa rasa berdosa mereka patuh kepada kehendak penguasa yang zalim. Mereka membisu apabila kemungkaran dilakukan oleh penguasa. Mereka tak berani nak tegur amalan ketua agama negeri yang bertentangan dengan ajaran Islam. Inilah ulama akhir zaman, ulama syaitan bisu.Apakah ulama tersohor Perak termasuk dalam golongan ini????? Jangan terkejut jika mufti2 hari ini dan hari esok dipandang sinis dan dicurigai oleh rakyat kebanyak.

mountdweller said...

satu pandangan yang mudah untuk menilai.

"Hanya orang yang waras akan mengenali dan menilai orang yang waras. Orang-orang gila tidak akan dan tidak pernah mengaku dia gila"

aNaK BaPaK said...

sebenarnya sol amano tak baca pon tulisan hanipa ni..dia tau nak bagi komen aje,,

aNaK BaPaK said...

kepada pyan KEMAIN™

kalau dah dari A samapi ke Z ditambah pulak dari alif samapi ya sekalipun..jika ianya salah..dia tetap salah...jika separuh salah..yang separuh itu memang salah..kalau semua salah..takkan nak kata betul...!!!

setakat inikah mentaliti pencacai UMNO..sila keluarkan kenyataan berasaskan fakta dan hujah...

pakat said...

sol amano

tegas dan jelas untuk kepentingan UMNO baguslah untuk saudara.

sebenarnya kebanyakkan ulama di malaysia telah 'dikilangkan' oleh UMNO.

cakap soal hukum hanya bertempat

sebab kerusi empuk, masuk tv, dapat pangkat akhirnya jadilah syaitan bisu

tengoklah betul-betul dengan mata hati, ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin bukan UMNO mempertaruhkan keluarga, anak pinak, harta benda, wang ringgit untuk perjuangan yang ikhlas.

kalau nak senang dan lenang jadilah ulama AMANO

Mr.KETAM said...

Kalau setakat belajar jadi peguam jgnla nak bisng2 jadi tegur mufti.. kalau dah hafal alquran,berapa banyak hadis yg kamu dah hafal??
Berapa banyak kitab agama dah kamu baca??

Kalau pun mengaku peguam jgn la tulis yg orang biasa macam aku pun boleh tau yg otak peguam macam korang ni bukan untuk keadilan tetapi untuk diri sendiri.

Ini pendapat aku kenapa beriya-iya nak kan PERAK tu kalau nak BUBARkan DUN itu akan menyebabkan negara terpaksa belanja RM30 juta?
Tak fikir ke benda tu membazir?

Jangan jadikan alasan untuk kepentingan rakyat la... kalau betul-betul jujur amanah dan betul-betul nak berjuang untuk rakyat,biarkan la mereka BN itu memerintah tetapi di PRU13 nanti PR akan menang majoriti yg lebih besar!! Nampak situasi sekarang bukan sahaja BN tetapi DAP memang kemaruk KUASA (saya tak sebut PAS kerana dimana saja NIzar ada orang2 DAP ada tetapi orang2 PAS takde pun).

Kalau betul-betul korang ni PEGUAM memang korang adalah PEGUAM yg paling BODOH kerana apa? Kerana kenapa nak saman Zambry yg menerima perlaktikan daripada SUltan? Sepatutnya korang saman SULTAN!!

Nampak sangat PEGUAM PAS semua bodoh.. dalam kes

Abd Rahim said...

Nama pun dah ketam,jadi kalau ketam ni kita tau ler memang dia jalan tak betul,lepas tuh nak ajar juak-juak pencacai jalan betul cam mana..

Kepala hotak puak pencacai ni memang tak de hujah dan tak de akal pun,cuma ada makian dan celaan je,itu jer ler senjata yang sering digunakan.

Ada akal kosong tak leh guna,ada mata,buta tak nampak,ada telinga,pekak tak leh dengar,maka jadilah puak pencacai ni cam haiwan yang melata,bahkan lebih teruk lagi.....

Zahan said...

mmg akhir2 ni kenyataan beliau nampak menyebelahi Umno, tp Datuk Harussani juga lah yg berani mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Job Heboh haram.. serta beberapa isu lain seperti murtad, etc.. mengapa ini kita lupa? aku bersangka baik bahawa Mufti Perak terpaksa bersikap seperti ini kerana beliau bimbang, sekiranya DAP/PKR berkuasa, Islam akan terancam.. sekiranya kebimbangan Mufti Perak ini salah, maka jelaskanlah kpd dia dgn elok, bukan dgn mencaci maki dia.. PAS kalau dgn Umno dan Mufti bukan main berani, tp dgn Sultan kecut perut.. bila Sultan Selangor pertahankan Ella dan Mas Idayu, terus cancel demo.. hipokrit!

Ampun Tuanku said...

yang di kecohkan sekarang ialah mufti perak buat kenyataan berpilih.

Ayiem said...

kita tau memang mufti perak yang buat fatwa kata jom heboh haram,kita tak lupa tapi kenapa bila baru2 nih jom heboh dibuat diipoh mufti senyap sejuta bahasa,tak de sebarang komen pun......

Rantong said...

Kita perlu hormat orang yang berilmu. Kalau saudara tiada ilmu, diam saja. itu lebih besar pahalanya.

View Profile: Rantong™

anamuslimah said...

Harap pihak yang berkenaan membaca atau dipanjangkan kepada pengetahuan mereka akan pandangan awam terhadap mereka.
Juga mufti kena bagi pandangan konsert jomheboh yang baru ni udah halal ke?

Rancangan TV yang banyak cerita tahyul, apa kesan kepada aqidah generasi hari ini?

Majlis perkahwinan yang memakan belanja besar, sedangkan selepas tu riuh bercerai-berai pula, apa jalan penyelesaiannya?
Jangan harus sana sini sahaja!

Fishing Around said...

Ketam,

Dato' Mufti memang diakui tinggi ilmu agamanya.. tiada siapa yang mempertikaikannya..

WITHOUT PREJUDICE!!

Dari Abi Zaid ra mengatakan : Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Pada hari kiamat nanti seorang laki-laki dihadapkan dan kemudian dilemparkan kedalam api neraka. Maka keluarlah segala isi perutnya dan ia berputar-putar seperti seekor khimar di putaran penggililingannya, kemudian berkumpulah seluruh penghuni neraka dan bertanya padanya,

Ahli neraka : Hai Fulan, apa gerangan yang terjadi dengan dirimu? Bukankah kamu telah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari perbuatan jahat?

Ulama : Benar, aku telah menyuruh kepada kebaikan akan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya". (HR. Bukhari-Muslim).

Para ulama jahat ini dijadikan tontonan menarik bagi para penghuni neraka disebabkan oleh kedudukan mereka sewaktu didunia sebagai pewaris para nabi akan tetapi mereka mempermalukan nabi-nabi karena perbuatan mereka berlainan dengan ucapan mulut mereka.

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". (QS. Ash-Shaf : 2-3).
ya..

Ayiem said...

Berilmu dan beramal dengan ilmu adalah dua perkara yang berbeda...

Ulamak pun terbagi kepada dua,dan kita perlu ingat ulamak yang tinggi ilmu juga ada yang tergolong didalam kalangan ulamak yang celaka kerana tidak beramal dengan ilmu tinggi yang dia ada.

Mr.KETAM said...

Niat puasa sunat "mogok lapar"...

Puak2 Pas kata mogok lapar tak haram kalau diniatkan sebagai puasa sunat. Jadi tertanya2 juga aku bagaimana niat puasa sunat mogok lapar ni? Sebab Tok Guru tak ajar pula tu. Jadi puas menyelongkar kitab2, agaknya begini lah kot:

"Sahaja aku puasa sunat mogok lapar pada esok hari selama tiga hari kerana Nizar nak jadi MB"

Hemm... sesiapa yang tahu tolong leraikan kekusutan otak aku ini??

Pembela said...

Tak payah nak ulas dah ayat ko tuh ketam weh,ko tuh mmg baka pencacai tak de otak...

Otak cam ko nih lah yang membantu menjatuhkan martabat Islam melayu sebenarnya.

Sandus said...

tuan,adakah satu ksalahan bila saya inging bertanya, soalan nya adakah institusi fatwa di bawah printah raja2 di setiap negeriberaja di malaysia ini? dan kalau mereka (mufti)di bawah kuasa raja2 adakah mereka bebas mengeluarkan fatwa walau ponbertentangan dengan kehandak raja2.harap tuan jawab . dari jawapan tuan kami akan tahu kedudukan sebenar mufti2 kita.

Sandus said...

tuan,adakah satu ksalahan bila saya inging bertanya, soalan nya adakah institusi fatwa di bawah printah raja2 di setiap negeriberaja di malaysia ini? dan kalau mereka (mufti)di bawah kuasa raja2 adakah mereka bebas mengeluarkan fatwa walau ponbertentangan dengan kehandak raja2.harap tuan jawab . dari jawapan tuan kami akan tahu kedudukan sebenar mufti2 kita.

Ramli Saripz said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas pandangan dan hujan yang tuan berikan. Sedikit sebanyak dapat juga masyarakat umum membaca dan menilainya.

Saya percaya tulisan dan pandangan tuan akan dijadikan sedikit garis panduan oleh rakyat Malaysia untuk terus berjuangan untuk melawan semua pemimpin yang zalim.

Ternyata sekali, wujudnya ulama yang menyimpang dari tanggungjawab mereka.

Teruskan perjuangan. Saya akan cuba edarkan artikel tuan melalui email untuk tatapan rakan2 seperjuangan. Saya percaya penyokong dan pemimpin umno amat takut dengan hujah dan pandangan tuan.

Selamat berjuan TUAN,


Hidup Pakatan Rakyat

matinza said...

Semoga Allah swt memberi perlindungan, keselamatan, meningkatkan lagi kebijaksanaan dan keadilan Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim yang dinantikan dapat membaikpulih sistem kehakiman negara kita yang telah punah.

nancy said...

Insyaallah yg tersirat akan tersurat.Mufti juga bukan maksum kalau tak salah saya

Mata Hati Jiwa said...

wawawawa..budus nya ko nih..
patut la Ular2mak Pas xceredik jgk sbb ada peguam cam nih..
ko nak persoal bab hukum..sedangkan PAS dok memaki hamun dan mengata waktu khutubah tu apa hal? Ikut ajaran ISLAM ka?????
tolong la jgn mempamerkan kebudusan sedara k..

Mata Hati Jiwa said...

mana puak2 PAS nie letak akal depa ha????? tak nampak ka apa yg berlaku sekrang..
adakah lagi makcik2 pi mkn kenduri pakai baju kebaya nampak bj dalam????
adakah lagi???
itu la korang butakan mata hati jiwa untuk menilai sesuatu..
adakah Islam akan sehebat hari ini di malaysia kalu tidak kerana perjuangan suci nenek moyang kita dalam umno?
korang memang dah dasar xreti nak bersyukur ckp lah apa pun juak2 pas xkan berubah kerana hati dah hitam dengan hasad dan kebencian kepada sesama umat Islam dan rela berkawan ngan kafir laknat..

Pembela said...

Matahatijiwa yang buta mata buta hati buta jiwa,ko tuh sebenarnya jauh sesat dan buta sejarah,buta untuk menilai kebenaran.....

Ko jangan pikir kerana ameno yang menyebabkan keadaan itu berubah kerana ameno tidk pernah memperjuangkan Islam.

Ko tak payahlah nak perlekehkan orang wahai maanusia yang buta hati buta jiwa dan buta mata.

Pencacai rendah martabat seperti ko ni hanya layak bercakap dengan haiwan,jangan kata nak komen peguam pas,nak komen penyokong PKR pun ko tak layak kerana ko tuh hanya layak berkawan dengan binatang.

Ko bukan sahaja buta mata,buta hati dan buta jiwa tetapi jiwa ko sebenarnya penuh dengan kebusukkan

Pembela said...

Aku pun pelik ler mana ko letak mata hati jiwa ko,agaknya tiap2 hari ko rendam mata,hati dan jiwa ko nih dalam tok taik agaknya.

Sebab itulah ko tak pernah nampak kebaikkan orang lain bahkan ko nampak kebusukan sebagai kebaikan.

teramat bodoh dan banggang sekali jiwa ko nih matahatijiwa yang penuh dengan kebusukan.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd(GEM) - gem.socialgo.com said...

Direktori / Forum - http://gem.socialgo.com

Tinta Hitam said...

Ramai juga dikalangan ulamak dan ustaz masih lagi bersifat assabiyyah dan melihat sesuatu isu itu pada kacamata perkauman dan tidak pada pandangan Islam.Malahan terdapt juga Ustaz PAS yang masih berfahaman sebegitu..

DR 1221 said...

Syabas, ini adalah satu usaha untuk merendahkan martabat mufti di malaysia. Lepas ni ko jalankan satu lagi usaha untuk menjatuhkan ulama PAS pula.

Ada bukti ke 3 ADUN di beli UMNO ? ko ni lawyer btol atau loyar burok.

ADUN PAS masuk UMNO = beli
ADUN UMNO masuk PAS = ? mesti ko kata dia dah sedarrrrr.

Mr.KETAM said...

Sunday, June 7, 2009
USUL MENGHARAMKAN SIS: USTAZAH TERESSA KOK MEMBERI TAZKIRAH KEPADA PEMIMPIN PAS MENGENAI ERTI DEMOKRASI DAN KEADILAN
MALAYSIAKINI: DAP pandang serius desakan haramkan SIS



USTAZAH TERESA MEMBERI TAZKIRAH MENGENAI KEADILAN DAN DEMOKRASI KEPADA USTAZ PAS

" DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Teresa Kok berkata “ sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama.

Teresa kok menambah "SIS bebas bersuara dan jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan pendiriannya, maka perlu dibahas secara sopan dan terbuka. "Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita ".

Teresa berkata "Pada masa yang sama, Islam sendiri bersifat terbuka dengan menerima perbezaan pendapat yang boleh dibincang, dihujah atau dicari jalan penyelesaian melalui rundingan dan dialog.

1. BAGAIMANA DENGAN ULASAN USTAZ-USTAZ DALAM PAS SELEPAS DITEGUR OLEH USTAZAH DAP INI???

2. MEMANG ADA KEBENARANNYA USTAZAH DAP INI MENEGUR USTAZ PAS YANG SUDAH LUPA DARATAN DAN MENGANGGAP MEREKA SUDAH BERKUASA UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA.

3. SEKIRANYA USTAZ-USTAZ DALAM PAS TIDAK BERSETUJU DENGAN TAZKIRAH USTAZAH DAP INI, MENGAPAKAH DIADAKAN KERJASAMA POLITIK SEJAK DULU LAGI???

4. SEMUA TAHU DAP MEMANG MENOLAK ISLAM DAN KARPAL SINGH PERNAH BERKATA LANGKAH MAYAT DIA DULU KALAU PAS MAHU WUJUDKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA. MAKA MENGAPAKAH PEMIMPIN PAS MASIH MAHU MENGADAKAN PAKATAN DENGAN DAP YANG JELAS KAFIR DAN TIDAK MENRIMA ISLAM BERBANDING UMNO???

5. USTAZ-USTAZ DALAM PAS FIKIR-FIKIRKANLAH TAZKIRAH USTAZAH TERESA KOK ITU...

myartch said...

Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat berketurunan Qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

Soalannya sekarang.... setaraf ke si NIzarudin dgn Saidina Umar kalau nak compare dgn MUFTI...

Bongok tol korang ni... ntah2 belajar agama sampai tingkatan 5 jer.... tapi hujah mengalahkan Mufti pulak.... samdol...

myartch said...

Memang mufti bukan Maksum....tapi yang pasti maksum adalah NIK AZIZ, HADI AWANG dan rakan2 pas termasuk ANWAR DAN LIM KIT SIANG....

Bongok... dulu cakap UMNO berkawan ngan kafir bila bersama MCA dan MIC... skrg... dah jadi balaci DAP dan PKR....

Tak gherti bersyukur dgn negara yang aman... cuba korang pegi kat indon sana tu... takpun gi kat Palestin....barulah real kalau nak berjihad.....

myartch said...

untuk pengetahuan MR KETAM... Ustazah Teresa KOK termasuk dlm ahli syurga dan Maksum jugak sebab menjalinkan hubungan dgn PAS... Ulama PAS dah booking satu tempat dalam syurga untuk dia melalui online.... percayalah...

rabun said...

ada 3 jenis pemimpin akhir zaman:
1.pemimpin bukan islam dan mmg benci islam.
2.pemimpin islam yang menjurus ke arah duniawi tapi masih menegakkan islam.
3.pemimpin islam yang memperjuangkan islam bermati-matian tapi menyebabkan perpecahan,perbalahan,halalkan mencarut,derhaka pada sultan,kua fatwa xsokong depa msk neraka dan berkawan ngan pemimpin jenis no 1 tadi.

aku pilih no 2.
korg plak?

Shopping Blog said...

Many jewelers have personnel links jewellery on staff that is able to create a unique piece of jewelry to your specifications, links of london bracelet sale and if there are no personnel that can accomplish this task, links of london charms sale they can order it specially made for you. Not only do you have links of london womens watches the option of making this piece exactly the way you want it links of london rings sale to look, but no one will have one exactly like it. links of london necklaces sale Unique diamond jewelry does not have to be gaudy, but many people think gaudy is gorgeous.