oleh :Mohamed Hanipa Maidin
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.
Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.
Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa
a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."
Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.
Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.
Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.
Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.
Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.
Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.
Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.
Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.
21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .
Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.
Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
18 comments:
Bukan tujuan aku untuk mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi hati kecil aku berkata bahawa segalanya telah mengikut perancangan sebelum membuat keputusan yang memihak kepada Zambri.
Apakah impaknya kepada sistem perundangan pada masa hadapan?.Kes ini tentu sahaja akan menjadi rujukan sekiranya perkara yang hampir sama berlaku dimasa hadapan.Soalnya apakah UM-no telah bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Adakah kita telah besedia menerima kemungkinan pertukaran teraju pemerintahan melalui proses rampasan kuasa ini?
Apakah Najib sudah bersedia untuk menerima keadaan dimana ahli dewan boleh mengumpulkan senarai MP dan mendakwa bahawa mereka sudah mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan dan kerajaan yang sedia ada telah kehilangan kepercayaan dan Agung boleh melantik Perdana menteri baru tanpa ada proses didalam Dewan Rakyat seperti undi tidak percaya?
Keadaan ini akan memperlihatkan kecacatan undang-undang yang bukan kecil bahkan impak dari keputusan hari ini adalah amat besar dan akan menjadi bahan lawak antarabangsa kerana kerakusan pihak UM-no/be END untuk menghalalkan segala tindak tanduk mereka.
Walaupun DUN Perak dibubarkan sekalipun,calar yang telah terjadi kepada undang-undang negara tidak akan hilang dan suatu masa nanti pasti bakal menjadi bahan ketawaan terhadap wibawa dan intergriti mahkamah di Malaysia.
maka saya buatkan persoalan agar dapat di jawap apakah persepsi rakyat terhadap mahkamah rayuan.
Keputusan hari ini sudah dijangka oleh pemimpin yang arif. Seawal minggu lalu sudah diumumkan diblog. Marilah kita saksikan bab kedua dan kesudahan ceritanya. Semoga Allah berkati pasukan peguam YB Nizar, MB Perak yang sah.
keputusan mahkamah rayuan amat mengecewakan saya sebenarnya...hanya 5 minit diperlukan utk membatalkan keputusan kukuh dato aziz rahim yg saya kira amat mencalarkan lagi kewibawaan hakim2 kita. bayangkanlah suatu pertandingan debat, satu pihak berhujah dgn hujah yg amat konkrit manakala satu pihak lagi berhujah dgn fakta yg salah & menyeleweng. tiba2 para juri dlm tempoh 5 minit memutuskan yg berhujah dgn fakta salah & menyeleweng itulah yg paling benar. sepatutnya bukan 5 minit, tetapi 5 hari pun belum tentu utk reverse hujah2 yg kuat itu.
apapun, persepsi rakyat terhadap kehakiman sudah buruk. saya sendiri selaku pengamal perundangan begitu berkecil hati dgn sikap hakim. lupakah mereka dgn hadis dua hakim ke neraka, 1 sahaja akan ke syurga??
semata2 utk memenangkan parti mereka...semoga Allah membalas perbuatan mereka...
Salam,
Keputusan yang memang diduga..pelik dan benar apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan paling pantas dalam sejarah kehakiman, institusi kehakiman akan terus dicalarkan oleh gelagat-gelagat para hakim yang kita tahu boleh dicabar kewibawaan mereka. Kita juga tahu Ketua Hakim adalah berasal dari mana dan pendakwaraya juga berasal dari mana.
Tak hairanlah keputusan akan memihak kemana, rakyat dan pengundi akan mengingati tarikh ini sebagai "hari hitam" dan para pengundi akan memastikan "hari hitam" ini berbalik kepada orang-orang yang zalim.
Pembalasan akan tiba, hari pembalasan akan menjelma, tunggu pada PRU 13 nanti...
Anak_Malaysia
Alasan ringkas yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan boleh diperolehi di juhampusat@blogspot.com
testing..
Kita sekarang perlu tukar nama Malaysia ke nama baru - MAZIMBABWESIAL
Patutlah ramai hakim naik kereta kena 'tinted' gelap ...mungkin ramai yg dah malu jadik hakim ..rakyat tahu hakim boleh ditarik hidungnya seperti lembu naik Mercedez yg di bayar oleh rakyat2 sekalian ... hakim masih carik makan seperti zaman mahathir ...buat malu kaum !
manusia merancang tetapi rancangan ALLAH jua lah sempurna kita terima keputusan ini dengan redha pasti ada kebaikannya yg tidak kita lihat pada hari ini yg baik utk kita di masa hadapan
salam.
1. sy lihat masalah sbrnya adalah bahasa perlembagaan itu sndiri yg tidak secara spesifik mengatakan bagaimana kaedah majoriti sokongan ADUN ditentukan.
2. sy berpendapat mmg wajar keputusan berpihak pada zambry.
3. cuma sy ingin bertanya apa alasan YA mahkamah rayuan menolak guna pakai kes Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 )?
apa beza dua kes ini?
4. sy juga ingin bertanya apakah YA mahkamah rayuan tidak ambil kira isu wakil rakyat 'di culik' atau hilang tanpa dikesan selama beberapa hari bahkan keluarganya juga tidak tahu dan laporan polis juga dibuat tetapi tidak langsung boleh mewujudkan kemungkinan timbul rasuah atau ugutan?
termasuk juga wakil rakyat yang dituduh rasuah sehingga kes dia tangguh utk sekian lama?
5. akhirnya, perlembagaan perlu di ubah sedikit untuk diletak perkataan undi tidak percaya bagi memastikan sistem Constitutional Monarchy dan bukannya Absolute Monarchy yang diguna pakai.
6. mari kita berdoa dan memohon agar semua rakyat malaysia diberi hidayah dan petunjuk agar tunduk bertaqwa dan beriman padaNYA.
sultan perak bukan bodoh, baginda tahu nilai 31 lebih banyak daripada 28, tapi sayang peguam pas sanggup membuat kumungkaran dengan membela nizar sedangkan peguam ini dianugerahkan oleh Allah untuk membela keadilan. Keadilan 31 adalah lebih banyak daripada 28
Betul tu Alam.. 31>28. Nyata dan jelas. Mudah! Dah terang bersuluh pulak. Dah bengang satu malaysia nak memekak. Kehendak rakyat ke kehendak sapa sebenarnya.. Lu pikir la sendiri! Saje jer nak kepoh.
saya setuju...mereka tidak pernah terfikir impaknya pada kemudian hari...
www.duniacacamarba.blogspot.com
ALAM dan Manzaro,
mmg angka 31 > 28.Itu kira2 matematik.Semua org tahu.Yg menjd persoalan adalah menentukan 31 > 28 hilang kepercayaan pd MB nya dan juga proses perlucutan jawatan MB itu sendiri.
sambungan…
pertama,
Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak.
ini adalah peruntukkan perlembagaan perak.
“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.
Justice Harley dalam kehakimannya memutuskan bahawa kes Stephan Kalong Ningkan v. Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187 memihak pada Ketua Menteri.
justice harley tidak mengguna pakai kes Adegbenro v. Akintola – kes di Nigeria pada tahun 1963 (Privy Council) yang memihak pada Gavenor.
Perlembagaan yang dipertimbangkan oleh Privy Council di Nigeria berbunyi: “the Gavernor shall not remove the Premier from office unless it appears to him that the Premier no longer commands the support of a majority of the members of the house of assembly”. Oleh itu, persoalan samada Perdana Menteri Nigeria “no longer commands the support of a majority of the members of the house of assembly” boleh ditentukan seperti mana it appears kepada Gabenor Nigeria.
Oleh kerana terdapat perkataan “it appears to him”, Privy Council memutuskan perkara-perkara yang berlaku di luar Dewan boleh diambil kira dalam penentuan tersebut. Sedangkan peruntukan Perlembagaan Perak tidak mempunyai perkataan “it appears to the Sultan”. Perlembagaan Perak yang berbunyi “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly” memerlukan penentuan secara pasti yang Menteri Besar tersebut telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan di dalam persidangan Dewan iaitu melalui undi tidak percaya.
oleh itu, jelas masalah di sini adalah bahasa perlembagaan itu sndiri yg tidak spesifik menyatakan bagaimana kaedah hilang majoriti itu dinyatakan. jadi timbullah pelbagai tafsiran dari pengamal undang2 itu sndiri.
sy sentuh sedikit bagaimana kaedah yang diguna pakai para mufassirin dalam mentafsir alquran. salah satu ayat dlm quran ada menyebut “tangan Allah” secara spesifk. apakah wajar utk mentafsir tangan Allah sbg jasad fizikal Allah yg mmpunyai jisim?
jwpnnya tntu sekali tidak. ini krna kita maklum dan berpegang teguh secara asasnya bahawa Allah tidak mempunyai rupa bentuk mahupun jisim.
mungkin cara ini relevan digunapakai Y.A mahkamah dlm penentuan keputusan nizar vs zambry.
oleh krn tidak terdapat secara spesifik menyatakan kaedah bagaimana sokongan majoriti DUN maka perlulah berbalik pada asas perlembagaan itu sndiri. asasnya apa? asasnya samada (a) Constitutional Monarchy atau (b) Absolute Monarchy yang menjadi sistem asas pemerintahan negara?
keputusan yg mana lebih memenuhi tuntutan (a)?
samada penentuan sokongan majoriti DUN itu dipulangkan kembali pada Vote of No Confidance di dwn atau Sultan yang menentukan?
mana lebih rasional?
mungkin YA mahkamah rayuan telah menterjemah secara harfiah yg hanya perkara tersurat saja yg difahami, maka wajarlah kemenangan berpihak pada zambry.
sedangkan betapa pentingnya tafsiran secara mndalam dan mengambil kira yg tersirat. inilah kelemahan keputusan kehakiman YA mhkamah rayuan yang selama hanya 5 minit diputuskan.
Penyokong BN, jangan hujah panjang-panjang tentang hukum dunia yang kita tahu BN yang reka, cara paling mudah dan adil, hitung semula undi rakyak, masing-masing tak akan berdosa didunia. Kalau tidak, nerakalah akibatnya.
Cuma satu aje yg saya nak tanya.. Perkara 16(6) UUTNP ada menyatakan bahawa sekiranya Paduka Seri Sultan enggan membubarkan DUN, maka MB hendaklah meletakkan jawatan ke semua Exco-Exconya.
Soalan 1: Jika MB kena letakkan jawatan semua Exco-Exconya, MB nak berkerja dgn Exco yang mana pula?
Soalan 2: Keputusan di Mahkamah Tinggi KL yang mengisytiharkan bahawa MB Perak yg sah adalah YB Nizar, tetapi pada keesokkan harinya MB Nizar telah ke S.U.K dgn Exco-Exco lamanya, sedangkan kalau mengikut UUTNP 16(6), Exco dah tak ada, jadi mcm mana?
Soalan 3: Jika MB letakkan jawatan semua Exconya mengikut UUTNP perkara 16(6), MB dah tak ada Exco,jadi mengapa MB tidak terlibat sekali menletakkan jawatan kerana beliau adalah ketua Exco?
Itu yang memeneingkan saya dengan undang-undang ni Harap dapat membantu saya dlm persoalan-persoalan ini. Terima kasih.
Post a Comment