Tuesday, April 28, 2009

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

12 comments:

fazilogic said...

Salam sdr PeguamPas. Saya tertarik dgn stetmen sdr ini:

"e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut."

Saguhati? Kenapa tidak hakim-hakim berkenaan tidak saja "calling a spade, a spade"?

Adakah dgn pemberian keputusan "saguhati" ini para hakim memberikan harapan palsu (dan menafikan pencapaian keadilan kpd semua pihak yg terlibat dlm kes ini) kpd Zambry?

Zawir Al-Hamidi said...

Saya bukanlah seorang peguam atau seorang yang mahir undang-undang, tetapi saya sentiasa berpegang pada pendapat saya sendiri dalam konflik ini. Kedua-dua orang pemimpin ini, Zambry dan Nizar merupakan orang kita juga, bukanlah orang lain. Bukan kita tidak mempercayai institusi kehakiman, tetapi dalam kes ini, lebih banyak baik daripada buruknya. Kalau nak diikutkan logik akal, perkara sebegini boleh dibincangkan dalam meja rundingan tanpa menjejakkan kaki langsung ke mahkamah. Tetapi apa yang jelas sekarang, masing-masing ingin memenuhi kehendak penyokong masing-masing. Semua pihak ingin membuktikan siapa betul atau siapa salah. Bukan ingin berfikir siapa rugi dan siapa untung. Asal dapat menang kes, maka nama bersihlah konon. Entahlah.

bakarmo said...

Saudara Fazilogic dan Zawir Al-Hamidi,

Pada saya perkara ini boleh di selesaikan dengan mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat. Sultan sepatutnya memperkenankan permohonan Ir Nizar utk membubarkan dewan. Berikan lah kuasa kepada rakyat sama ada memilih Zambri atau Nizar.

Usahlah kita berdolak dalik, berikan kuasa kepada rakyat.

A Voice said...

Hanipa

Wl post on my blog and keep this going. U lawyers ...tak habis2 :)

I have written a little bit on this issue.

Untuk menjawab seorang komentator di atas, saya nak jawab berkenaan tuntutan seorang rakan komentator.

Unlike England without a constituition, Parliament is supreme. Bagi negara kita Constitution yang supreme dengan caveat Allah is most supreme.

Menurut constitution, bukan rakyat memilih kerajaan, tetapi Sultan mengikut peruntukkan perlembagaan persekutuan dan negeri serta undang2.

Rakyat hanya memilih ahli Parlimen atau ADUN. Secara teorinya, rakyat tidak pilih parti tetapi orang.

Apabila seseorang itu mendapat cukup sokongan, maka dialah yang akan dipilih Sultan.

Peranan parti memudahkan proses ini. Sering kali, Sultan memilih mereka yang dicadangkan oleh parti.

Adakah rakyat pilih orang atau parti?

Mungkin kalau ianya boleh dijawab, maka adalah legitimasi tuntutan suruh rakyat pilih balik.

Katakan ada pilihanraya dan PAS berkempen untuk Nizar jadi MB. Tapi bila ADUN2 yang dipilih tidak mahu memilih Nizar, apa nak rakyat kata?

Katakan ADUN tak dapat tentukan dan Sultan pilih dan alkhirnay dipersetujui. Bukan juga rakyat yang pilih.

Macam kita nak jawab untuk mereka2 seperti Ibrahim Ali, atau dahulu Shahrir atau Onn Jaafar dll. Mereka dipilih kernaa diri mereka bukan parti.

Macam mana pula Johari Abdul yg berjaya bukan kerana parti tapi saudara dan pujuk rayu kasi can? Ia bukan kerana parti, bukan kerana ideologi dan bukan kerana personaliti tetapi kerana sedara atau kesian.

Ada kata orang melayu marah pada UMNo dan undi PAs bukan kerana suka PR tapi nak kasi peringbat UMNO. Adakah ini bermakna orang ramai pilih PAS? Ya dan tak.

Sampai bila kita tak akan habis untuk menjawab orang pilih parti atau pilih orang.

Patutkah kita buang duit banyak2 apabila yang jelas adalah BN ada 28 dan 3 bebas pilih BN menentang PR yang dah tinggal 27 (setelah tolak speaker).

Cuba lagi lain kali. gentlemen lah. Masa nasa lompat kamu orang horey2. masa Nuar main wayang nak lompat 916, lau orang berlakun macam sopan sopian dan widyawati.

Salah siapa jika 3 ADUN PR tidak puashati, hilang keyakinan dan keluar parti? Kalau mereka waras, mereka salahkan diri sendiri dahulu, perbaiki kesilapan mereka dan bukan menuding jari menyalahkan orang lain serta menghasut rakyat membuat rusuhan.

Alah mengaku sajalah ... kau orang pun senang hati dgn tindak tanduk Nizar. Pangkor II, tanah 999 tahun, dan lain2 tak suka.

Politik mesti ada limit. Akhirnya baik pemerintah atau pembangkang kena tadbir negeri atau negara.

Rakyat dah bosan dgn politik. Negara lain nak recover tapi kita tak habis2 nak berpolitik dan neglect. Challenges banyak, bro.

Nasharrawy said...

Blog

April 23
Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )
Konsep dan Semangat Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )
Nik Aziz: " Selagi saya masih hidup saya akan pastikan PAS tidak akan masuk BN ( lagi ) ........ petikan Harakah
Hadi Awang : " Perkukuhkan Pakatan " ....... Keputusan Muktamar PAS di Ipoh , Perak.
Pakatan ( Universal ) BN ( Hidup dengan perkauman, assobiyyah , kaumiyyah )
KONSEP ' UNITY GOVERNMENT ' :

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam
State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Governmen t" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
dibayar oleh kerajaan ( Rakyat ) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi
konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan
( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah
dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang
ikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia;
automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan
lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament
pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.
06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat
kerehaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa
bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah
guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk
menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah
ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present
civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba
dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

Nash Ar-Rawy / 23.04.05
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )
sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan
dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada
kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua
parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.Penghapusan JKKKP(Persekutuan);Hapuskan
'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'
supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai,
semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal,
dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak
sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas
perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan
nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS
FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Email ID/ YM Chat : nasharrawy.nasser@yahoo.com






1:13 PM | Add a comment | Permalink | Blog it | Politics

bakarmo said...

A Voice, tulah dol, Nizar suruh Sultan untuk bubarkan dewan supaya rakyat memilih wakil mereka untuk perintah negeri. Parti yang mendapat mandat rakyat utk mentadbir negeri bolehlah mencalon nama utk menjadi menteri besar tak kiralah nizar ke, zamri ke, samy ke, ah kiong ke terpulang yang Mulai Sultan untuk memperkenankan. Itu saja, berikan pilihan tu kepada rakyat, FAHAM !!!!

TBO said...

salam buat a Voice,

Masalahnya siapa yg ambil kerajaan tanpa ikut perlembagaan, usah lah berselindung disebalik daun kecil, UMNo gadai genting highlands dan tanah kpd U merdeka dan tanah dilumut kpd KL kepong ape ke heinye.

Unknown said...

Salam,
Saya bukan seorang peguam...

Kekeliruan dalam memahami apayang diputuskan oleh Mahkamah.

Jika kefahaman Sdr Hanipa sebegitu:-
1. Mengapa peguam lain tidak sependapat dengan sdr.
2. Mengapa MB BN masih mahu meneruskan persidangan DUN Perak dan diperkenankan oleh Sultan Perak?
3. Adakah Sultan tidak memahami dan mengetahui keputusan mahkamah yang diberikan sehingga memperkenankan persidangan DUN 7 mei ini?
4. Kalau dilihat interiti Jabatan Kerajaan yg berkaitan dengan DUN berjalan mengikut perintah dan peraturan bagi menjayakan persidangan DUN tersebut? istiadat pembukaan DUN bersama Sultan dan perjalanannya DUN
5. Tak mungkin BN dengan mudah mengambil risiko yang tinggi dan tidak memahami keputusan seperti Sdr Hanipa...sedangkan Peguam Negara pun bersama mereka....

fateh saleh said...

salam abang hanifa,

saya menantikan artikel abang berkenaan isu keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam, daripada persepktif perundangan.

All the best!

Fishing Around said...

Amir,

Saya pun bukan seorang peguam. Tapi untuk jawab soalan saudara tu sesiapa jer boleh jawab.

1. Peguam lain seperti Dato' Hafarizam and d gang memang la tak sependapat dengan Sdr Hanipa. Ramai antara mereka nak jaga periuk nasi. Common sense la bro.

2. MB haram Zambry memang la nak teruskan sidang DUN pasal dah nak habis tempoh. Kalau tak lagi haru nanti kalau DUN kene bubar secara automatic. Lagipun kalau la bro celik sikit, parti yang memerintah ni boleh buat macam-macam. Undang-undang kita ni undang-undang labah-labah.. siapa besar lepas jer. Yang pasal Sultan perkenan tu, tak boleh la nak komen.. kan tak pasal2pulak aku kene masuk mahkamah nanti.. again use your common sense la bro.

3. Yang pasal sultan ni.. tak dapat jawab. Common sense la.. celik sikit mata hati bro. Pasti jumpa jawapannya.

4. Segalanya mungkin bagi Umno dan BN ni bro. Yang pasti memang peguam negara memihak kepada mereka.. dulu, kini dan selamnya. Apa lagi yang bro susah-susah tanya kan tu saudara dah akui jawapannya.

Unknown said...

saya rasa fufti2 di malaysia kita ini.tidak lah boleh di mertabatkan sebagai mujtahid .banyak yg menhukum dengan tidak mengunakan hujah2 yg muktabar.setakat menghukam itu halal itu haram . siapa2 pon boleh.tinguk hujah2 alqardawi seseorangitu merasa benar2 tenteram hukum hakam yg di fatwa.boleh bagitahu aku harsani ini apa kelulusan nya 'berapa buku yg di tulis nya.entah2 buku untok tadika.mana dia kalau di bandingkan dengan ulama2 petani dan kelantan dulu. aku rasa nak bercakap bahasa arab pon tak boleh nak bercakap. kalau setakap doa siapa2 pon boleh . sedarlah diri kalau tak mampu berijtihad dan tak berani berkata benar berilah laluan kepada orang yg lebih mampu. jawatan mufti bukan main2 sedangkan imam2mazhab berempat menulak untok menjadi mufti sampai di penjarakan supaya menerima jawatan tapi mereka engan juga menerima tawaran. bukan macam kita dimalaysia.jawatan mufti macam tidak ada nilai kehibatan nya.dan tidak di hurmati oleh kebanyakan rakyat di sebabkan status mufti itu sendiri yg memperlekehkan institusi kemuftian itu sendiri dengan gelagat mereka yg mudah di peralat oleh pemerintah . sedarlah wahai mufti2 malaysia tingutlah kehibatan mufti2 alazhar.kehibatan mereka menjangkau zaman dipertuturkan dari jenarasike jenarasi oleh kehibatan mereka berani berkata benar walau dipenjarakan dan di sebat.

Arif Omar said...

dah terbukti anda silap dan 16 tahun hanya sia2 dalam bidang perundangan. hanya kosong. yang betul , dato hafarizam juga. lihat keputusan hakim rayuan. apa komen?