Monday, August 18, 2008

SUMPAH SAIFUL – SUMPAH PERMATANG PAUH ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful, 23, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu bahawa Anwar meliwatnya menimbulkan beberapa persoalan.

Sumpah itu disaksikan oleh bapa Mohd. Saiful iaitu Azlan Mohd. Lazim, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Seperti yang diketahui umum Anwar telah didakwa telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kesalahan itu dikatakan dilakukan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ulasan saya berkenaan sumpah yang dikemukakan oleh Saiful tersebut adalah berasaskan perspektif undang-undang baik undang-undang sivil mahupun syariah.

Pertamanya dari segi perundangan sivil , sumpah Saiful tersebut tidak ada harga sama sekali . Mahkamah sivil tidak menerima sumpah sebagai satu kaedah pembuktian apalagi sumpah itu di buat di luar Mahkamah .Oleh itu sumpah Saiful tidak boleh digunakan sebagai keterangan bagi mensabitkan Anwar dengan pertuduhan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Malahan sama ada Saiful sedar atau tidak sumpah beliau tersebut akan menyusahkan beliau di dalam perbicaraan kes di Mahkamah nanti. Saya pasti peguambela Anwar akan men”grill” beliau di dalam Mahkamah nanti berkaitan dengan sumpah tersebut.

Perkara kedua adalah berkaitan status sumpah yang diberikan oleh Saiful menurut perspektif undang-undang Islam. Secara umumnya di dalam Islam sumpah boleh diberikan oleh mana-mana orang Islam sebagai satu penegasan kepada sesuatu perkara. Lafaz sumpah mesti diberikan atas nama Allah sebelum ia boleh diterima dan lafaznya adalah wallahi , wabillahi dan watallahi. Dalam konteks ini, apabila Saiful bersumpah menggunakan lafaz-lafaz yang saya sebutkan tadi secara umumnya ianya boleh dikatakan sebagai satu sumpah yang boleh diterima. .

Bagaimanapun apabila dilihat kandungan sumpah Saiful tersebut mengandungi kalimah laknat ( li’an ) di mana diberitakan ia sebagai sumpah laknat ianya menimbulkan persoalan sama ada sumpah tersebut boleh digunakan kerana sumpah li’an hanya terpakai kepada kes tuduhan zina yang melibatkan suami dan isteri. Atas dasar itulah saya bersetuju dengan Presiden Pas , Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menyatakan sumpah Saiful tidak boleh diterima kerana Saiful dan Anwar bukan suami isteri.

Pendapat yang menyatakan sumpah Saiful adalah mubahalah adalah pendapat yang amat lemah dan wajar ditolak kerana Saiful hanya bersumpah secara ex parte ( seorang diri tanpa kehadiran Anwar ). Mubahalah melibatkan inter parte ( dua pihak yang bertikai bersumpah dalam majlis yang sama )

Sekarang mari kita lihat status sumpah di dalam kes liwat ini menurut perspektif perundangan Islam . Memandangkan Anwar tidak didakwa di Mahkamah Syariah sebaliknya hanya didakwa di mahkamah sivil , maka isu sumpah ini tidak begitu relevan untuk dibincangkan in extenso ( secara panjang lebar ) .

Bagaimanapun memandangkan ada pihak yang berpendapat sumpah Saiful menepati hukum Islam , saya merasa terpanggil untuk menjelaskan di sini peranan sumpah ( al-yamin ) di dalam sistem perundangan Islam.

Tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melibatkan hukum Islam. Malangnya Anwar tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah. Antara keadah pembuktian ( turuk al-isbat ) di dalam Islam adalah melalui kaedah shahadah ( kesaksian ) , iqrar ( pengakuan ), bayinnah ( keterangan ) dan juga al-yamin ( sumpah ).

Apakah tujuan pembuktian di dalam Islam ? Ianya adalah sepertimana dinyatakan oleh Mahmassani di dalam bukunya falsafah al-tasyri fi a-Islam bahawa tujuan pembuktian itu adalah sebagai satu penghalang kepada tuntutan atau dakwaan yang kosong, palsu dan lemah.

Tidak seperti perundangan sivil , Islam menerima keterangan sumpah ( al-yamin. ) sebagai satu kaedah pembuktian. Bagaimanapun harus diingat berkaitan dengan soal pembuktian, al-yamin adalah satu kaedah pembuktian yang boleh dikatakan lemah sepertimana yang dikatakan oleh Mahmassani “ judicial experience shows that the oath is a weak method of proof. Not resorted to except in the absence of other evidence.. ( m/s 194 )

Jika tujuan bukti adalah untuk membuktikan sesuatu yang bertentangan dengan fakta yang sedia ada , tujuan al-yamin pula adalah “ to ensure the continuance of the original state” ( memastikan penerusan sesuatu perkara sepertimana keadaan asalnya ) ( lihat Artikel 77 Majallah ). Atas dasar itulah di dalam Islam beban membukti diletakkan pada pihak yang mendakwa manakala pihak yang menafikan tuduhan ke atasnya hanya diminta untuk bersumpah sahaja kerana seseorang yang dituduh dianggap tidak bersalah.

Jika kita menterjemah prinsip di atas di dalam kes Anwar v Saiful, memandangkan Anwar dituduh dengan tuduhan liwat , beban membukti dikenakan ke atas Saiful ( melalui pihak pendakwa ) dan sekiranya selepas segala bukti diberikan oleh Saiful dan Anwar masih menafikan tuduhan ke atas beliau, barulah Mahkamah meminta Anwar bersumpah dan sumpah itu hendaklah dilakukan di hadapan hakim di dalam Mahkamah.
Saya tidak berhajat untuk membincangkan di sini prinsip nukul a’n al- yamin atau yamin al-mardudah kerana ruangan yang terhad

Atas dasar itu apabila Saiful sebagai pihak yang menuduh bertindak melafazkan sumpah dan sumpah itu pula dibuat di luar Mahkamah, persoalan yang timbul adalah adakah sumpah tersebut berharga dan bernilai menurut undang-undang Islam ? Jelas jawapannya ianya tidak berharga.

Satu lagi yang perlu ditekankan di sini, al-yamin tidak terpakai di dalam kes hudud yang melibatkan huququllah ( hak-hak Allah ). Mahmassani menyatakan di dalam bukunya " an oath has been sanctioned in cases involving property and chattels but is not acceptable in penal matters involving public ( God’s ) rights…" ( lihat Mahmassani di m/s 190 )

Pendapat kuat para fuqha’Islam adalah liwat itu menyerupai zina atas alasan ”liwujudin ma’na zina fihi” ( wujudnya makna zina padanya ( liwat ). Oleh kerana kesalahan liwat sama dengan zina , ia termasuk di dalam kesalahan hudud .

Memandangkan liwat termasuk dalam zina dan ianya termasuk dalam kategori hudud, maka sekiranya Anwar dibicarakan berdasarkan perundangan Islam yang sebenar, sumpah Saiful pasti akan ditolak oleh Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya sumpah Saiful mungkin berharga di Permatang Pauh tetapi tiada nilainya jika kes Anwar dibicarakan menurut undang-undang Islam yang sebenar .

Wallahu a’lam.

11 comments:

Small Talk said...

Saudara,
Bila saiful bersumpah dgn Quran dlm masjid, saudara banyak cerewet soal sana soal sini. Dr. Mohd Osman, Bala, Raja Petra Kamaruddin sumpah depan Pesuruhjaya Sumpah dlm Surat Akuan Bersumpah/ Statutary Decalaration, saudara sikit pun soal sana sini.
Jangan macam tu...

Unknown said...

DSN,

Tidakkah anda membaca apa yang di terangkan oleh penulis blog ini. Ia berkenaan dengan proses keadilan dalam konteks perundangan syariah di Malaysia.

Terima kasih di atas penjelasan saudara penulis. Sekurang-kurangnya sahabat saya yang bukan beragama Islam akan lebih memahami yang isu 'sumpah Saiful' ini langsung tidak relevan dalam konteks prinsip dan perlaksanaan keadilan melalui Mahkamah Syariah di Malaysia.

rahza said...

sumpah saiful sumpah kerana wang, bukan sumpah kerana Allah. Apa nak dihairankan zaman ni, sedangkan orang Islam yang MURTAD pun tiap-tiap hari. Inikan pula bdk bodoh macam saiful yang bersumpah.

Sumpah macam orang kristian, sape2 pun boleh buat.

Kita tunggu tengok dan lihat, sape kena bala Tuhan.

Tapi ko orang kena ingat jugak... kalau Allah turunkan bala kpd saiful, tak mungkin kita pun akan kena juga...

Aku tlg bagitau je...ko orang jangan marah aku pulak....

Anonymous said...

The remark that Saiful did the swearing ceremony alone and without the presence of the significant other almost made me snort the coffee I was drinking out of my nose, it was so hilarious. The challenge was issued a long time ago, pre-Azizah abdication IIRC, but the significant other had steadfastly refused to come when invited. In fact, till now he is still mighty reluctant to accept the challenge.

So should we wait some more and / or get Saiful to repeat the whole thing once the significant other decided to turn up? Maybe like Saiful, who took a long time to come up with the courage to swear to accept all and any punishment from God until his keturunan keturunan, the significant other is gathering his courage as we speak? That would be great, but forgive me for not holding my breath.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya ingin mempercayai bahawa pengakuan bersumpah oleh Saiful sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh itu memang dirancang dan dimaksudkan untuk mempengaruhi proses pilihan raya di kawasan tersebut.

Atau lebih jelas lagi, pengakuan bersumpah itu diadakan sebagai salah satu senjata dipihak UMNO/BN untuk memberi "pukulan maut" kepada Anwar.

Hal ini demikian, kerana bagi orang Melayu bersumpah dengan Quran itu bukanlah perkara main-main, dan tentunya sukar untuk tidak dipercayai.

Jadi sama ada cara bersumpah itu betul atau tidak, dan sama ada pengakuan sumpah itu berguna atau tidak untuk tujuan perbicaraan, yang jelas ialah sumpah dan agama Islam telah diperalatkan untuk tujuan dan kepentingan politik pihak-pihak tertentu!

Unknown said...

tuan
saya selalu mengikuti tulisan dan pandangan tuan dan saya dapati tuan seorang peguam yang bernas

berbalik kepada isu sumpah saiful.. apalah yang nak dihairankan sangat dunia hari ini. Matlamat Menghalalkan cara.

Hamba Allah said...

Tuan Lawyer.

Soal sumpah, samada betul atau tidak dengan syariat Islam, adalah perkara yang kedua, bagi saya orang kampung.

Tetapi yang menghairankan saya kenapa DSAI tak bersumpah... Bahawa saya Anuar Ibrahim tidak pernah meliwat Saiful samada secara paksa atau secara sukarela....

Kalau DSAI bersumpah, habis cerita.. Kalau si Saiful bersumpah, kita katakan kerana wang, ada wang seba jadi, atau kerana demdam dan macam-macam lagi.

Tapi apakah DSAI itu Maksum??

Sumpah saja DSAI..Tak payah junjung Quraan, tak payah di Masjid, di Kedai Kopi Permatang Pauh pun boleh bersumpah. Asalkan ada saksi. Sumpah .jangan tak sumpah.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sekurang-kurang dia seorangg LELAKI SEJATI. BERANI KERANA BENAR.

SUmpah Saiful bukan sumpah untuk politik atau PP. Sumpah laknak. Jadi kalau dia dia berjaya kalahkan Anwar al-juburi di PP, bererti sumpahnya berjaya menghalang peliwat daripada meliwat kita semua dengan agenda MAMPUS MELAYU.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Nampaknya masih ramai lagi mereka yang keliru dengan sumpah. Saya pun boleh sumpah. Malah menyumpah lagi boleh tetapi tak naklah sampai jadi sesumpah! Isu mengenai sumpah sekarang ialah sama ada ianya mengikut Islam atau tidak? Kalau tak ikut secara Islam, buat apa nak sumpah menyumpah! Lagi pun dalam Islam, dengan bersumpah tidak pernah membuktikan seseorang itu tidak bersalah. Malah, sumpah ini hanya boleh dilakukan apabila suami menuduh isteri berzina tanpa sebarang saksi sahaja. Namun dalam kes Saiful ini adalah kes liwat!

Unknown said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sekurang-kurang dia seorangg LELAKI SEJATI. BERANI KERANA BENAR.


Abg Mie, Kalau dia "LELAKI SEJATI. BERANI KERANA BENAR." At the first place "LIWAT" ni takkan berlaku.. Saiful ni Penakut.. kalau Jantan dah lama jaga maruah diri dari disodok orang lain..

sweetlilcups said...

Why nobody from PAS defends Sdr Zulkifli Nordin yang mempertahankan ketidakwajaran forum 'memeluk islam' di parlimen?Terbaru beliau dikiritik ketua menteri P.Pinang dan diarah beri surat tunjuk sebab oleh PKR.Kenyataan beliau mengenai islam tidak sama dengan agama-agama lain adalah benar dan tepat.Mana mungkin penyembah Allah yang mencipta alam sama dengan penyembah patung yang diukir sendiri oleh tangan manusia, yang tidak dapat memberi manfaat atau mudharat?Harap peguampas dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan bukan islam.