Thursday, August 07, 2008

KES ANWAR- MAHKAMAH SYARIAH ATAU MAHKAMAH SIVIL ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Akhirnya Anwar didakwa juga dan kali ini dengan tuduhan berikut :-

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Kes berunsur seks seperti zina, rogol dan liwat adalah senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin termasuk pemimpin politik. Kes-kes sebegini mudah untuk dibuat dan sekiranya seseorang itu dituduh dengan kesalahan tersebut amat sukar untuk beliau membuktikan sebaliknya . Apa yang beliau boleh buat hanya menafikan hal tersebut. Atas dasar itulah di dalam Islam , mereka yang menuduh seseorang dengan kesalahan seks seperti zina dan liwat, diletakkan syarat ianya mesti disaksikan oleh empat saksi. Di dalam undang-undang sivil juga disyaratkan bagi kes-kes seperti ini keterangan pihak pengadu sahaja tidak mencukupi sebaliknya mesti ada keterangan sokongan yang dipanggil “corroboration”.

Ada dua senario yang akan berlaku di dalam kes tuduhan liwat ini. Senario pertama adalah sama ada kes ini wajar dibicarakan di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah ?
Memandangkan Anwar telah didakwa di Mahkamah sivil iaitu pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan ( Penal Code ) persoalan yang timbul ,adakah pendakwaan tersebut dikira sah ?

Mereka yang mengatakan pendakwaan tersebut adalah sah akan berhujah bahawa Kanun Keseksaan adalah satu undang-undang umum yang mana pemakaiannya adalah tidak terhad kepada agama seseorang. Dengan kata lain ianya terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Berdasarkan hal tersebut, mana-mana orang yang didakwa di bawah mana-mana kesalahan di bawah Kanun Keseksaan berhak didakwa oleh Peguam Negara di Mahkamah sivil ( sama ada Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi )

Mereka yang mengatakan pendakwaan tersebut adalah tidak sah pula akan berhujah bahawa benar Kanun Keseksaan adalah umum dan terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam. Namun kes ini berbeza dari beberapa sudut.

Pertamanya kesalahan liwat bukan sahaja merupakan kesalahan di dalam Kanun Keseksaan tetapi ia juga satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 ( Akta 559 ) ( lihat seksyen 25 Akta tersebut ). Ia tidak seperti kes mencuri atau merompak misalnya. Di dalam undang-undang di negara ini kes mencuri dan merompak hanyalah kesalahan di dalam Kanun Keseksaan sahaja. Kesalahan tersebut hanya boleh didakwa di Mahkamah sivil sahaja kerana ia bukan satu kesalahan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 . Jadi tidak timbul ia boleh didakwa di Mahkamah Syariah.

Oleh itu mana-mana orang Islam yang dituduh dengan kesalahan mencuri tidak boleh berhujah bahawa ia perlu didakwa di Mahkamah Syariah kerana sehingga kini mencuri bukan satu kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jangan salahkan Mahkamah Syariah tapi salahkan UMNO/BN yang bertanggungajwab menggubal undang-undang tersebut.

Keduanya di dalam kes ini baik orang yang menuduh ( Saiful ) dan juga bakal tertuduh ( Anwar ) adalah mereka yang beragama Islam. Mahkamah syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

Ketiganya , tuduhan liwat di Mahkamah Syariah juga berkaitan dengan kesalahan qazaf. Di dalam kes kali ini , Anwar telah secara rasmi membuat satu laporan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) berhubung dakwaannya bahawa lelaki yang menuduh beliau iaitu saudara Saiful telah melakukan kesalahan qazaf.

Keempat tuduhan liwat , menurut Ulama’ Islama adalah sama dengan tuduhan zina. Maka mereka yang menuduh seseorang lain melakukan liwat adalah sama seperti menuduh orang lain melakukan zina . Oleh itu ia perlu mendatangkan empat orang saksi yang melihat kejadian tersebut. Jika tidak ia boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf .Jika dakwaan Anwar diterima oleh JAWI, JAWI bertanggungjawab mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf. Kesalahan qazaf hanya boleh didakwa di Mahkamah Syariah sahaja.

Kelima, kes ini jika dilihat kepada “subject matter”nya menyentuh tentang precepts of Islam, maka berdasarkan Artikel 121 (1A ) Perlembagaan Persekutuan , Mahkamah yang layak mendengar kes liwat ini adalah Mahkamah Syariah. Oleh itu pendakwaan di Mahkamah sivil adalah tidak sah dan wajar dibatalkan.

Keenam Anwar tidak boleh didakwa di kedua-dua Mahkamah atas kesalahan yang sama ( liwat ) kerana ia akan bercanggah dengan Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan yang memakai prinsip “ double jeopardy.”

Kesimpulannya hujah untuk Mahkamah Syariah mendengar kes ini adalah lebih kuat .
Senario kedua pula adalah jika JAWI menerima laporan qazaf yang dibuat oleh Anwar sekaligus mendakwa Saiful, adakah Saiful akan berjaya disabitkan dengan kesalahan tersebut ?

Dalam hal ini ada beberapa perkara yang mungkin boleh dibangkitkan oleh Saiful atau peguamnya jika beliau didakwa dengan tuduhan kes qazaf.

Pertamanya, jika dilihat kepada kesalahan qazaf di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, qazaf hanya dikaitkan dengan tuduhan zina sahaja . Perkataan liwat tidak dinyatakan secara spesifik. Ini mungkin boleh digunakan oleh peguam Saiful untuk berhujah bahawa berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam Akta , tuduhan ke atas beliau tidak boleh disabitkan. Bagaimanapun pendakwa dengan mudah boleh menjawab isu ini dengan mengemukakan hujah berikut . Ya, benar di dalam Akta hanya dinyatakan zina tetapi menjadi satu tanggungjawab Hakim untuk menafsirkan undang-undang – iaitu sama ada zina juga termasuk liwat .

Dalam konteks Mahkamah Syariah, sudah tentu Hakim perlu merujuk pendapat para fuqaha’ Islam dan jika dirujuk pendapat yang muktabar sudah tentu Hakim Mahkamah Syariah tidak berhadapan masalah untuk menafsirkan perkataan zina termasuk juga di dalamnya kesalahan liwat.

Keduanya, dan ini saya nampak lebih kuat dibanding yang pertama. Saiful mungkin boleh berhujah di dalam Islam qazaf adalah satu kesalahan yang mana hukumnya telah ditetapkan oleh Al-Quran iaitu sebanyak 80 rotan jika disabitkan.

Memandangkan qazaf termasuk di dalam jenayah hudud, maka hukuman 80 rotan tidak boleh ditukar , diubah atau dipinda kerana hudud adalah “uqubah muqadarrah.” Jadi, bagaimanakah kamu ingin mengatakan kesalahan yang dinyatakan di dalam Akta tersebut adalah kesalahan qazaf jika ianya dengan secara jelas diubah dari hukum Al Quran iaitu dari 80 rotan kepada hukuman denda , penjara atau hukuman rotan yang tidak boleh melebihi enam rotan.

Eloklah para pembaca memikirkan jawapan kepada persoalan ini. Bagi saya inilah kesalahan besar UMNO di dalam negara ini – terlalu berani menukar hukum Allah !!!

Kesimpulannya kes Anwar ini pentas ujian untuk menentukan sama ada UMNO ikhlas dan berani ingin melaksanakan syariat Islam. Kalau ikhlas dan berani barulah seronok nak muzakarah dengan PAS.

8 comments:

Anonymous said...

Tuan Lawyer.

saya merasakan tak payah bising kerajaan Persekutuan (BN) untuk laksanakan hukum Allah (Hudud).

Sepatutnya tuan lawyer kemukakan apa cadangan kepada 5 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk daulatkan Islam.

Paling tidak pun, susun semula jaualan arak. Tutup premis judi dan maxam-macam lagi.

Tuan sebagai AJK PAS Pusat, saya cadangkan PAS Pusat mengadakan seminar dalaman bagi membincangkan apakah strategi berkesan untuk laksanakan perundangan Islam dalam pemerintahan 5 negeri sekarang.

Pacar Merah said...

Salam,

Buat masa ini saya tidak melihat kemampuan atau kekuatan untuk melaksanakan hukum syariat itu ada sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat.

Pelaksanaan hukum syariat agaknya masih merupakan satu mimpi yang terlalu sukar untuk menjadi realiti.

PAS sebagai parti Islam memang boleh berkokok mengatakan ia mahu menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam. Tapi adakah PAS mempunyai "kekuatan" untuk berbuat demikian?

wangikasturi said...

tak usah tuan lawyer nak layan dua orang ini..ini pencacai umno..umno yang kecewa dengan kekalahannya..50tahun umno takdak usaha pon nak daulat islam..tiba2 dua orang yang lagak macam abdullah bin ubai aje masa zaman rasulullah, terus bersuara suruh tak payah bising kerajaan persekutuan utk laksana islam la apa la..bukan bulih pecaya depa dua ni..dok bagi ayat pecah belah orang ja..toksah layan..depah kaedah feqah dan kaedah politik islam pun tak tau..kalau tau tobat depa tau nak kata apa..yg dekatnya..DEPA DUA NI SEBENAQNYA SUARA UMNO..PEDULIKAN UMNO..PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA!!!!

Pacar Merah said...

Salam Sdr Wangikasturi,

Tugas melaksanakan hukum syariah itu bukan hak monopoli PAS sahaja. parti lain juga wajar melaksanakannya kalau mereka mampu.

Tapi dalam konteks Malaysia, saya fikir tidak ada parti yang ada "kekuatan" atau mampu melaksanakannya.

PAS sudah cuba hendak laksanakan hukum Hudud di Kelantan. Tapi apa sudah jadi?

Malaysia sebenarnya "tidak cukup syarat" untuk jadi negara Islam dan untuk melaksanakan hukum Islam, kerana orang Islam di negara ini hanya kira-kira 50 peratus dan bukan semuanya menyokong PAS.

PAS hanya ada kemungkinan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam, kalau majoriti orang Islam dan bukan Islam di negara ini menyokong PAS dan PAS dapat memerintah kerajaan Pusat melalui pilihan raya.

Tapi adakah itu mungkin berlaku?

Kemungkinan ini rasanya terlalu jauh, kalau pun bukan mustahil.

ayubzainy said...

Asslamualaikum Tuan laywer,

Kekuatan untuk melaksanakan hukum Islam,tidak perlu ditangguh2. Suruhanjaya Reid / Cobbold yang dibentuk ketika zaman Tan Sri Ghazali Shafie untuk merangka undang - undang dengan zalimnya meletakkan undang undang lebih tinggi dari undang Islam. Ini memang kerja orang British. Ksempatan tolong baca penubuhan negara Isarel 1946,laknatullah.

Apa yang termaktub dalam Alquran dengan lebih tepat kata kata Allah
memang sesuai sehingga ke hari kiamat. Siapakah kita yang begitu angkuh dengan senang senang hendak pertikai hak Sang Pencipta. Mudah sangat kita bercakap sombong dan bongkak yang mengatakan hukum Allah tidak boleh. Najis / taik yang nak keluar dari punggung kita pun tak boleh kita tahan , inikan pula nak pertikai hukum Allah.

Sejarah sama sekali tidak pernah berbohong. Kejatuhan kerajaan Islam dari zaman Ummayah ke Abbasiah , kerajaan Moghul di India , kerajaan Othmaniah adalah berpunca dari sifat pemerintahan yang memebelakang undang undang Islam. Jadi jangan kita terpedaya dengan kata kata yahudi / british / amerika sebab sarjana barat R.O Winstead ada menyebut dalam buku " Sejarah Melayu , " sekiranya Britsh lambat datang ke tanah melayu , sudah pasti undang - undang asas yang menjadi pegangan orang melayu adalah undang - undang Islam. Muga muga Allah Taala memeberikan kita kekuatan dan kefahaman agama yang kuat kepada kita , supaya kita tidak leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini. kata kata ulama silam, orang sekarang sibuk nak membesarkan rumah atas tanah tapi tidak peduli rumah bawah tanah yang pasti akan kita pergi.

bat8 said...

Ayubzainy

Saya setuju dengan pendapat umum saudara. Bahkan pendapat secara general inilah yang sering di canang oleh PAS dari Presiden sampailah kepada akar umbi.

Selain Enakmen Hudud Kelantan dan terengganu, ada tak penerangan atau buku yang menerangkan secara detail dalam bahasa yang mudah bagaimana nak laksanakan Islam kat Malaysia? Dimana kita nak mula. Apa kah urutan atau modul perlaksanaannya.

Yang lebih penting lagi adakah PAS sudah bersedia? Tahap manakah persedian PAS?

Mengapa soalan-soalan ini timbul kerana akhir-akhir ini kenyataan pemimpin PAS memberikan gambaran yang mengelirukan.

Sekali nampak dari kenyataan Presiden PAS semasa merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang - macam bersungguh-sungguh POAS nak keluar Pakatan dan join UMNO dalam BN?

APa mesej usul pemuda PAS Terengganu nak bawak usul untuk menubuhkan badan pengawas hak melayu islam ala suqui? Macam senada je usul PAS dari terengganu ni dengan Presiden.

Hakikatnya senang aje - Kalaulah ade pemimpin PAS nak bawak PAS menyertai BN.....aku kata silakan.

Aku tak reti dan tak faham langsung dengan sikap Pemimpin2 PAS dari Terengganu ni - berpuluh-puluh tahun dok menentang UMNO atas dasar Islam tiba-tiba hari ni bercakap pasal hak orang melayu pulak.

Aku tak ade ilmu laduni tapi sejahil-jahil aku, aku tahu UMNO saje nak perdajalkan PAS dan hanya ingin menggunakan PAS untuk terus berkuasa.

Tak reti ke hangpa ni, dalam UMNO sendiri dok kecoh dengan macam-maca perkara, tak nampak sebarang tanda dah berubah...sekonyong-konyong pemimpin PAS dari terengganu dok percaya dengan tipu muslihat UMNO.

Jadi aku tak nampak macamana PAS tiba-tiba nak bela hak orang melayu pulak. Hak orang melayu sebenarnya dah digadai UMNO sejak zaman mahathir lagi, bukan sebab keputusan PRU12.

Aku dok nampak ade pemimpin PAS yang dah rimas pakai jubah yang dipakai berpuluh-puluh tahun. Sekarang ni dok gian nak pakai baju kot, necktie, pakai seluar, naik BMW, pegang jawatan menteri.

Bat8

tuan hanipa

I guess u understand my frustation towards TGHH statement in penang few days ago.

Now am not buying the auguement that the previous secret mtgs with UMNO was a political ploy. I tend to believe there are agroup of ppl who is so hard up for worldly trappings at the expense of Islam.

My last piece is - no wonder PAS Terengganu only managed one term only compare with PAS Kelantan. I hope they are living in present era,not some old era.....

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Kalau PAS nak melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam, saya tak pasti model manakah yang hendak dipakai oleh PAS? Model Arab Saudi, Iran, Sudan atau apa?

Kesemua model itupun sebenarnya tidak sempurna dan ada kekurangan.

Adakah PAS ada model sendiri? Rasanya tidak ada, kerana PAS pun agaknya belum bersedia.

Kalau tak ada model, apa yang akan dilakukan oleh PAS? Tak kan cukup hanya mengatakan "perlembagaan kita ialah Quran dan hadis".Itu terlalu umum dan belum boleh dijadikan "cetak biru" untuk mentadbir negara.

adam 65 said...

MATTIORY

ASSALAMUALAIKUM SEMUA YANG COMMENT,DEN TENGOK ADA YANG RESIONAL ADA YANG TIDAK TAPI TAK APALAH NAMA PUN COMMENT.
APA YANG NAK DEN BAGI PANDAGAN IALAH BERUSAHALAH ORANG ISLAM UNTUK MEMERTABAT KAN HUKUM ALLAH DI MUKA BUMI INI .TIDAK ADA SATU AGAMA PUN DIDUNIA INI YANG DITURUN KAN LENGKAP SEPERTI UGAMA ISLAM KALU ADA ORANG YANG MUSKIL KAJILAH KEBENARAN NYA JANGAN DOK NAK HENTAM AJA.
ISLAM DITURUN KAN UNTUK SEMUA YANG MENDAPAT HIDAYAH SAHAJA YANG BERUNTUNG TETAPI SEBAGAI ORANG ISLAM SEPATUT NYA KITA BERSYUKUR DAN BERUSAHA MENYAMPAIKAN KEBENARAN NYA TIDAK KIRA PADA SIAPA.
INGATLAH ALLAH JADIKAN DIBUMI INI PERBAGAI MAKLUK NYA,ADA YANG AKAN MENGISI NERAKA DAN ADA YANG MENGISI SURGA,TETAPI SEBAIK2 MAKLUK ADA LAH MANUSIA DAN SEBAIK 2MANUSIA ADALAH YANG BERTAKWA KEPADA YANG ESA DAN MENGIKUT PERINTAH NYA.
INGAT LAH ORANG ISLAM MATILAH KAMU DENGAN SENTIASA BERINGAT UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DAN JAGAN MATI DALAM KESESATAN ,SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMAT DASYAT.
TIDAK ADA SATU MAKLUK DIBUMI INI TIDAK TAHU UJUD NYA ALLAH DAN SEMUA ORANG SEKARANG INI NAK PAKAI NAMA ALLAH TAPI KENAPA TAK REBUT NAK BUAT APA YANG ALLAH SURUH.
BAGI DEN KITA MESTI CONSISTEN DALAM HAL INI .AKU DAH KAJI DALAM POLITIK MALAYSIA INI HANYA PAS SAJA SEKARANG INI YANG RELIVEN UMNO SUDAH HANCUR KERANA DAHI HATI NULARI YANG SEBENAR NYA PEMIMPIN UMNO TIDAK BERMINAT LANGSUNG UNTUK MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIAH DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN NIKMAT YANG DI KECAPI CUKUP MERIAH.MALU LAH KEPADA ALLAH WAHAI PEMIMPIN ISLAM.
DEN RASA KALAU PENERANGAN YANG BAIK DIBERIKAN KEPADA BUKAN ISLAM TENTANG KEINDAHAN ISLAM MEREKA TIDAK ADA MASAALAH KITA BUKAN NAK SURUH MEREKA MASUK ISLAM KITA CUMA NAK TERANGKAN KEWAJIPAN UMAT ISLAM DUDUK DALAM HUKUM ISLAM UNTUK DILAKSANAKAN KEPADA UMAT ISLAM.
KALU NAK TUNGGU ORANG SETUJU SAMPAI KIAMAT PUN ORANG TAK SETUJU SEBAB MAKLUK YANG NAMA NYA MANUSIA INI SOMBONG.
KITA DUDUK RENUNGKAN PANDAGAN DEN INI.BERSYUKURLAH SENTISA DENGAN NILMAT HIDUP YANG ALLAH BERIKAN INI,TETAPI APA PULA USAHAKITA ?.
UMAT ISLAM SEKARANG INI SUDAH TAKUT KEPADA MANUSIA DAN TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH,TUNGGULAH BALASAN NYA .

YA ALLAH JAUHILAH AKU DARI AZAB MU DAN LINDUNGILAH AKU DARI PENGARUH SYITAN LAKNATULLAH.