Thursday, March 29, 2012

ANCAMAN KRISTIAN ATAU ANCAMAN UMNO?

Saya boleh bersetuju orang Islam berhak mengadakan seminar bertema ' ancaman kristian' kerana ia sebahagian dari hak bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan walaupun saya tak bersetuju seminar yang dicadangkan tersebut adalah 'aulawiyyat' ( keutamaan ) umat Islam di negara ini pada masa ini. Gagal memahami aulawiyat juga satu ancaman kepada umat Islam

Namun bagi saya 'aulawiyyat' nombor satu umat Islam negara ini adalah memahami bahawa Umno adalah ancaman besar negara ini jika parti itu terus diberi mandat untuk memerintah negara ini. Umat Islam kena difahami bahawa negara ini akan terjerumus ke lembah kehancuran jika Umno diberi kuasa untuk 5 tahun lagi memerintah.

5 comments:

Abdul Rahman said...

Salaam,

Aulawiyyat boleh berbeza.Tapi lebih buruk aulawiyyat jumud dan sesat yang dipandu oleh iblis.

Aulawiyyat setiap masa ialah menegakkan Islam dan menentang jahiliyyah dan kekufuran.Waspada terhadap ancaman kristian adalah kebijaksanaan umat.

Kristianisasi datang dalam satu pakej merosakkan ahlak dan menakluki umat Islam.Di Selangor nak mencegah kemungkaran pun tak boleh!

Apa ancaman UMNO?Persaingan merebut kuasa antara BN dan PR.Tidak ada jaminan PR lebih bersih dari BN.

Melihat personaliti dalam PR lebih besar kemungkinan kehancuran lebih cepat dan lebih dahsyat.Unmitigated disaster!

Keangkuhan punca gagal memahami ajaran Islam.Lagipun negara Islam tak ada dalan AlQuran.Allah dah butakan mata dan hati.Azab di dunia dah bermula!

Subang Jaya

hanipamaidin said...

Saya tak pasti saudara benar benar faham istilah aulawiyat yang saya maksudkan. Secara literal makna aulawiyat adalah keutamaan ( priority). Apabila kita bercakap keutamaan ianya bermakna ada beberapa pilihan dan kita dikehendaki memilih antara satu yang perlu didahulukan.

Saudara menyatakan aulawiyat setiap masa adalah menegakkan Islam dan menentang jahiliyah. Dengan hormat, menegakkan Islam dan menentang jahiliyyah satu kewajipan bukan keutamaan. Persoalan dalam kita nak menegakkan Islam itu di sana ada pelbagai uslub yang harus kita perhatikan dan ketika itulah isu aulawiyat menjadi relevan. Tanpa memahami aulawiyat kita mungkin akan mendahulukan yang tak penting dari yang penting atau mendahulukan yang penting dari yang lebih penting ( taqdim al-aham min al muhim )

Saudara kata tidak ada jaminan PR lebih bersih dari BN. Ya boleh dibahaskan jika saudara merujuk untuk masa akan datang . Namun yang boleh dijamin sekarang BN memang lebih kotor dari PR. Kes 'cowgate' sebagai satu contoh.

Abdul Rahman said...

Memang selalu ada kecenderongan di kalangan pimpinan Pas take refuge kepada polemik semantik terutama kalimat Arab.

Adakah aulawiyyat terbatas pada uslub? Kalau setakat uslub bukankah ia diijtihadkan.Apa hukum salah ijtihad?
Wajarkah diserang penganjur yang mengijtihadkan pakej kristianisasi,syirik dan jabbaran fil ard sebagai ancaman kepada Islam.

After all,as you defined it's a question of priority.Do you get rage in enmity because someone disagree with you on a matter of priority.

Now, why are you so offended about muslims safeguarding against the onslaught of Christianisation.You must be naive not to understand that today the church is a garb for social capitalism.DAP is a social capitalist party that has adopted christianity to fortify allegiance to the party leadership.Of course Karpal Singh is an exception.

I do not support UMNO and Cowgate is wrong and unacceptable.

However,the rakyat wants PR to be honest and reasonable.The youths wants to support PR but they are disgusted with corrupt behaviour of some of PR leaders.

These corrupt behaviour has nothing to do with UMNO.They are just corrupt and liars.First to go must surely be Anwar Ibrahim.The whole PR is today hostage to Anwar Ibrahim.We must all be fools to allow Anwar to hold 3 political parties as hostages.

Adversely,Anwar has astutely position himself to be indispensable.Don't blame him but blame ourselves for being willing suckers.

Now,back to Aulawiyyat,isn't it a priority now to free ourselves of Anwar?

Imagine,if PR now free herself of Anwar PR does not have to answer to various allegations and crimes that Anwar has committed.

You can defend Anwar in this world but would you be able to defend him in front of Allah in The Day of Judgement?

So,for PR get rid of Anwar and be a party that is honest and reasonable.Criticise if you need but do not fabricate lie against your opponent.Your ceramah may not be juicy but the people will respect and support you.Lies and fabrication create laughter at Ceramah but the support fades easily.

Pas has to remain an Islamic party.Never again say Islamic State is not in the Quran.Is Tahalluf Siyasi in the Quran?

Mari kita mohon perlindungan Allah daripada fahabitat 'amaluhum.Jangan kita sangka telah buat amalan yang besar tetapi besar yang menggelembung yang tidak ada nilai di sisi Allah.

Anuar bin Safian said...

Kepada Abdul Rahman..

Sewajarnya isu kristian ini anda wajar persoalkan kepada UMNO.. Mengapa selama 50 tahun sehingga kini tiada usaha untuk memantapkan Islam oleh mereka. Sekadar membina puluhan masjid bukanlah lambang Islam itu dibela.. Kaedah yang membela dan menyebarkan syiar Islam adalah salah satunya dengan memberikan pendidikan kepada SETIAP anak muslim dalam keagamaan. Menyuburkan dakwah Islamiah dan bukan menindas dan mengurangkan hiburan bukan menambah. Yang paling utama untuk melaksanakan semua syiar ini, pemimpin itu sendiri perlu membuktikan dirinya mengikut sunnah dan begitu juga keluarga mereka. Tiada guna bertengkar mengenai isu kristian dsbnya jika phk yang sedang berkuasa ini hanya berdiam diri tidak melakukan apa2. Sedarkah kita apabila pergaduhan isu kristian ini berlaku pihak kepimpinan UMNO berdiam diri, Yang menghangatkannya adalah media.
Abdul Rahman..
Isu murtad telah lama sejak 80 dan 90 an lagi cuma ianya tidak diperbesarkan kerana ketika itu UMNO berkuasa penuh di tanah melayu. Jika diperbesarkan sudah tentu rakyat akan menyalahkannya.
Jika ikhlas berjuang UMNO sebagai pihak yang memegang kuasa perlu menghulurkan bantuan kepada saudara mereka (PAS)untuk memantapkan Islam.

Anuar bin Safian said...

Kepada saudara hanipa Maidin..

Saya bersetuju dengan anda di perenggan yang terakhir.

"..tidak ada jaminan PR lebih bersih dari BN. Ya boleh dibahaskan jika saudara merujuk untuk masa akan datang . Namun yang boleh dijamin sekarang BN memang lebih kotor dari PR"

Benar kerana semua pihak tidak perfect..Oleh itu menjadi pilihan rakyat untuk memlilih antara mereka siapa yang kurang membawa masalah.

Untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai negara Islam, perjuangan masih jauh dan perlu usaha yang kuat dalam berdakwah dikalangan umat Islam. Usah menjatuhkan beban kepada PAS sahaja kerana setiap umat Islam perlu terlibat. PAS hanya satu organisasi yang perlu sokongan setiap Umat Islam dibawah sistem ini untuk menjadikan mereka kuat agar dapat menubuhkan negara Islam.