Friday, October 01, 2010

PENEROKA MENANG LAGI KES SAMAN FELDA

Harakahdaily

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka kepada Tabung Tanam Semula tidak mencapai RM 1700 seekear.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Tambahan :-

1. Peneroka-Peneroka yang menjadi Plaintif-Plaintif di dalam kes ini adalah bekas perajurit negara.Mereka menyaman Felda hanya untuk menuntut hak mereka yang bagi mereka telah dinafikan oleh Felda.

2. Ladang mereka adalah seluas lebih kurang 14 ekar.

3. Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut mereka sepatutnya layak menerima, bagi setiap orang, lebih kurang RM 23,800-00 dari wang tabung tanam semula yang dipegang oleh Felda.

4. Bagi mereka keputusan Y.A Hakim Dato'Mariana tersebut menunjukkan bahawa Mahkamah mengiktiraf hak mereka. Dari reaksi mereka , saya dapati pengiktirafan tersebut lebih bermakna dari wang RM 23,800-00 tersebut.

5. Salah seorang peneroka yang terlibat di dalam kes ini adalah seorang yang berbangsa Cina iaitu saudara Pang Kong Meng.

6. Suatu perkara yang agak lucu semasa peguam Felda menyoal balas Encik Pang Kong Meng, beliau menjawab lebih kurang berikut " I dont understand your question, can you ask me in english." Saya nampak mereka yang berada di Mahkamah agak terkejut kerana saksi ini , meskipun seorang peneroka namun fasih berbahasa Inggeris.

7. Anakguam-anakguam yang saya wakili adalah peneroka yang sudah tua dan ada dari mereka yang sudah tidak jelas pendengaran dan ada juga yang terpaksa dipapah untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Yang lebih menyedihkan anakguam saya yang perlu dipapah ini ketika hendak turun tangga ( Mahkamah di tingkat 2 ) ia perlu turun secara "reverse" ( gostan ) dan perlu dipapah oleh isteri yang setia menemani suami memperjuangkan hak mereka.

8. Untuk makluman juga sebelum ini Y.A Hakim Dato' Mariana Yahya juga adalah Hakim yang membuat keputusan memenangkan Dr Hatta Ramly dan 2 pemimpin Pas yang lain di atas saman yang dikemukakan oleh mereka ke atas mantan OCPD Rompin yang menangkap dan menahan mereka dalam satu aktiviti ceramah PAS di Markaz PAS di Rompin.

9. Dato Mariana telah memutusakan bahawa OCPD telah menyalahgunakan kuasa apabila menangkap Dr Hatta dan 2 yang lain dan beliau telah memerintahkan OCPD Rompin membayar gantirugi am, gantirugi tauladan dan gantirugi melampau serta kos Mahkamah kepada Dr Hatta dan 2 yang lain. Kes tersebut kini sedang dalam proses taksiran gantirugi di hadapan Timbalan Pendaftar.

Moga kemenangan kecil ini insya'Allah membawa makna yang besar kepada perjuangan para peneroka yang tahu apa itu erti harga diri dan kehormatan dan terus sabar dan istiqamah mengharungi liku-liku perjuangan.

3 comments:

al-mankaraqi said...

salam tuan!

tahniah kerana memenangi kes ini. harap Felda akur dan x perlulah buat rayuan pulak.

video ucapan tuan di Darul Ikhwan, Kampung Mengkarak pada 25/09/2010 di http://almankaraqi.blogspot.com/2010/10/jamuan-hari-raya-pas-kawasan-bera-10.html

WAN KOYAN said...

Terima kasih Tuan Mohamed Hanifa kerana memperjuangkan hak orang tua kami di makhamah, akhirnya dapat jua orang tua kami wang tanam semula kelapa sawit mereka. Walaupun perlu mematuhi beberapa syarat yg dikemukakan felda dan hanya memperolehi tuntutan asas sahaja, yang lebih penting daripada itu adalah maruah kami yang tercalar selama ini terbela juga. Sekalipun selama ini dinafikan hak kami, dihalang memasuki tanah kepunyaan kami, difitnah dengan pelbagai tokmahan oleh masyarakat sekeliling dsg.. Orang tua kami tetap bertahan.. Buat tuan mudah-mudahan dimurahkan rezki, hanya tuhan yang dapat membalas jasa tuan.. Amin. Bagi kami tuan seorang peguam yang hebat, kita sebenarnya bukan berhadapan dengan felda tetapi dengan petualang najib dan umno.. Perjuangan ini belum berakhir malah ianya baru bermula.. bermula dengan new chapter.. umno vs peneroka..

Zahari Affendi Abdul Kadir said...

assalamualaikum, saya merupakan anak jati sg koyan 2 dan juga mempunyai sebuah firma guaman di selatan tanahair, dan untuk pengetahuan tuan, Y. A Hakim juga merupakan anak jati Felda Sungai Koyan 2 dan sudah tentu belaiu amat memahami situasi kes tersebut.....:)