Monday, March 08, 2010

UMNO PERLUKAN ZULKIFLI NORDIN BUKAN PAS

Sebagai salah seorang pemimpin PAS Pusat saya tidak boleh menerima apa-apa alasan/ justifikasi sekiranya PAS bersedia menerima semula Y.B Zulkifli Nordin sebagai ahli PAS. Kecualilah PAS ingin diporakperandakan seperti mana Zulkifli berjaya memporak perandakan PKR sebelum ini.

Zulkifli adalah liabliti bukan aset kepada PAS- dan juga mungkin kepada mana-mana parti politik . Tidak tahulah kalau Umno anggap beliau sebagai aset. Saya percaya bagi UMNO Zulkifli hanya berguna selagi beliau berada di PKR atau Pakatan Rakyat kerana bodohlah jika Umno tidak suka pemimpin Pakatan sendiri ingin hancurkan Pakatan !!! Ringkasnya Zulkifli hanya berguna kepada Umno selagi Umno boleh gunakan atau salahgunakan beliau.

Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak sedar ,untuk rekod, PAS sebelum ini telah pernah membuat keputusan memecat Y.B Zulkifli apabila beliau melanggar keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Bayangkan semasa beliau masih dalam PAS , beliau dengan tanpa rasa bersalah bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain tanpa restu parti.

Jadi jika sekarang beliau ingin berhajat masuk balik kepada PAS , kita ingin mengatakan : Maaf Zul we know who you are and sorry we are not impressed at all with your behaviour and conduct. We believe you should resign as MP and just sit at home and do nothing. Many believe that you are menace to any political party in this country. If you still have dignity please resign within 24 hours from the date hereof !!!

23 comments:

al-mankaraqi said...

Saya fikir 'parti Islam' ada jalan keluar untuk memulihkan YB Zul.

Perlukah beliau dihukum lebih dari sekali?

hanipamaidin said...

Bro Al Mankaraqi.

Unfortunately Brother , you do not what we know !

al-mankaraqi said...

Tuan,

saya menghargainya.

semoga pucuk pimpinan membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan jemaah.

terima kasih!

Unknown said...

having leaders like you,made me proud being a pas member.


from another mamak pas member

bat8 said...

Setakat ni kita biarkan Zul mengeluarkan pelbagai kenyataan memburukkan PKR, Pakatan. Biar dia bercakap tentang prinsip Islam songsang dia.Biar dia keluar hari-hari dalam utusan dan MSM.

Kita jawab sekadarnya sahaja kalau perlu, kalau tidak biarkan dia merapu sorang-sorang.

Makin dia merapu, makin le tipis peluang UMNO nak ambil dia. Last-last dia kantoi sendiri.

Setakat ni tak ada pun pemimpin besar UMNO mengulas aka menyokong si zul ni. Jadi kita tahulah bahawa dia dah mula jadi liabiliti kepada UMNO.bandingkan dengan sambutan pemimpin UMNO apabila zahrain, tan tee beng keluar PKR dulu.


bat8

aduka said...

Akhirnya Zul bertindak seperti kebudak-budakan dengan mengesa kak Wan meletakkan jawatannya sebagai presiden kerana kegagalan kak Wan membendung ahli MP PKR dari keluar parti malah mencabar kak wan bertanding dgn nya 1 lawan 1 di parlimen kulimm....haahahahahahaha

ZULL cepat la kalau beraniiii
siallllllll

Anonymous said...

setuju dgn al-manraqi

sebagai gerakan Islam pas pasti ada cara....

Ismail Yahaya said...

Kita tahu siapa YB Zul... tapi masih ada Surau/Msjid yg jemput dia beri ceramah, nanti disitulah dia lepaskan jawapan dan serangannya pada PR..minta sahabat2 ambil ingatan.

Ahmad Hazry said...

Salam Tuan.
Ana setuju...PAS memang tidak memerlukan ahli sebegitu sementelah pernah membelakangi pimpinan sebab nak kejar glamor jadi YB...
Dan bertambah peliknya...UMNO pun bukannya perlukan sangat YB Zul nih terutama sekali bila dah jadi janda PAS & PKR. Setakat nak buat modal yang tak berapa sen & mudah basi boleh ler...

primehonda said...

saya ni dah betul2 malu dgn perangai yb zul. di satu segi kadangkala saya setuju jugalah dgn beberapa pandangannya pasal Islam. tapi bila mengenangkan langkahnya yg tidak ada hikmah itu saya sudah jangka dia tidak akan tahan duduk dlm pkr..sebab dia tidak tahan ujian dan mehnah perjuangan. pkr adalah satu parti yg bagus utk mengangkat minda org melayu supaya tak terlalu manja dan tak berdaya saing. benar kata guru saya, mau tahu iman kuat atau tidak, jgn duduk diam saja dlm malaysia. pergi keluar negara baru tau iman awak tebal atau tipis. begitu jugala yg terjadi kat yb zul...selama ini dia duduk dlm kepompongnya sendiri..kesian..

Unknown said...

Hoi mamak! mee goreng satu!

Unknown said...

teh tarik kurang manis satu! cepat!

Stalker said...

ENCIK HANIPA, DAH ISI BORANG PKR BLUM?

Azizul Salehudin said...

masa zul dlm PKR hangpa duduk belakang dia, kipas dia, sokong dia.. hangpa sendiri pon tak berani buat macam dia. berani duduk belakang bayang2 dia saja.

la ni bila dia dh keluaq, camni pulak..

astaghfirullaah.. astaghfirullaah..

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

Having leader like you, I feel no different between PAS and other parties. I've always been expecting well-practise Muslim leader to be able to deliver message and vent out the anger appropriately without the use of inappropriate words..
as a muslim, it is verily our responsibility to be as much help and assistance to others..but in political, I'd say how good u r, the makarimul akhlak has always been put aside...put a blame on each other just making things worst , whereas other kafir laknak just love this kind of fight.. no different when we lost Malacca to Portugese...nauzubillah... islam is nice and lovely, and PAS a massive responsibility to portray that to other people in Malaysia as a start..

asas said...

sembang je lebey zul noordin ni..kalau dia sibuk sangat mementingkan jemaah..kenapa tindak tanduk dia selama ni menjurus kepada melemahkan jemaah..??

memperjuangkan islam mestilah mengikut terms & condition yg ditetapkan islam...ada disiplin,ada kaedah...

bukan macam apa yg zul noordin buat, dia memperjuangkan islam berdasarkan islam takrif diri sendiri...bila di soal dengan hujah, dijawab dengan emosi..tu cara islam ka??

nasib ada sorang je perangai cam ni, kalau ramai alamat tak berkembang la islam...kalau begitu perangainya, apa plak beza zul noordin dengan umno??

sibuk konon mempertahankan nama dan ismu Allah, tapi pernah kita dengar tak dia bangkitkan isu mempertahankan hak saudara baru?? jabatan2 agama menzalimi saudara2 baru selama ni...mana zul noordin?? mana haramsani??

fakap..!!!

Unknown said...

Biarlah si Zulkifli tu buat tugasan peguam macam dulu dulu seperti memperjuangkan kes murtad di mahkamah sambil buat 'gempaq' di press conference..dia bukankah nak memperjuangkan agama Islam jadi mahkamah tempat dia lebih menyerlah, lagi kicking on the ass..hehe

Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam said...

http://dmpsa.blogspot.com/

JEMPUT LAWAT...

adf55650 said...

This is the true face of PR

Perak Reform said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

Unknown said...

Itu le orang politik namanya wahai Sdr Azizul Salehudin dan Sdr Aizuddeen Ahmad Zabidi. Ari ni cakap lain, esok cakap lain. Semua tu retorik belaka.
Aq sungguh respect cara al-mankaraqi.

Anonymous said...

Heih.. ntahlah apa yang mahu diungkapkan lagi.. ttapi apa yang penting, semua tahu PAS ini adalah "orang alim", so, please doe, keep your mouth shut up atau jgn sebut perkataan "bodoh" kerana ianya akan menjejaskan PAS

yuan said...

Hello! I am new here,your blog is great, I like it! I want to make friends with you.Do you mind me share my laptop batteries with you? Hope you like me,thank you very much