Monday, February 09, 2009

PENDERHAKA TUDUH NIZAR DERHAKA

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka "par excellence" ( penderhaka agung ).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.

23 comments:

roh_insan said...

Itulah Pendekar Si Mate 3 yg bnyk terdapat didalam umno,mate yg sering berpure pure didalam apejue situasi.Malah pendekar2 si mate 3 ini bukan saje durhake kpd raje,malah kpd tuhan pun mereke dah biase mendurhake.

Sye teringat peristiwe 1990 yg mane di Selangor Tan Sri Mat Taib lah yg menjadi ketue pendurhake nye,dan waktu itu Ust Zainal Abidin Hj Sakom lah yg menjadi Hero nye yg konun nye die saje yg berani untuk membacekn pindaan perlembagaan Raja2.Org lame dan sezaman dgn Mat Taib tentu ingat peristiwe itu,sehingge saye dikhabarkan yg pd suatu ketike selepas Dato' Abu Hassan meletakkan jawatan sbg Menteri Besar dan name Ust Zainal Abidin telah di perkenankan olih Tun Mahaddir namun telah di tolak olih Almahrum Sultan Selangor sewaktu menjadi Yang Dipertuan Agung dek kerane teringatkan kebiadaban Ust tersebut,make itu lah Khair pule dipilih sbg MB Selangor.

Make itu dpt dilihat tanpe MENDURHAKE umno tak mungkin dpt mengekalkan kuasenye,tiap hari wkt sblm tidur mereke sdh pasti untuk memikirkan bgi mane untuk kekal berkuase dan bgi mane untuk cepat berkuase.

Ape pun sye beranggapan inilah saat-saat umno itu akan pupus di bumi M'sia ini,makin hari semakin MEMBUANG TEBIAT.

roh_insan said...

Itulah Pendekar Si Mate 3 yg bnyk terdapat didalam umno,mate yg sering berpure pure didalam apejue situasi.Malah pendekar2 si mate 3 ini bukan saje durhake kpd raje,malah kpd tuhan pun mereke dah biase mendurhake.

Sye teringat peristiwe 1990 yg mane di Selangor Tan Sri Mat Taib lah yg menjadi ketue pendurhake nye,dan waktu itu Ust Zainal Abidin Hj Sakom lah yg menjadi Hero nye yg konun nye die saje yg berani untuk membacekn pindaan perlembagaan Raja2.Org lame dan sezaman dgn Mat Taib tentu ingat peristiwe itu,sehingge saye dikhabarkan yg pd suatu ketike selepas Dato' Abu Hassan meletakkan jawatan sbg Menteri Besar dan name Ust Zainal Abidin telah di perkenankan olih Tun Mahaddir namun telah di tolak olih Almahrum Sultan Selangor sewaktu menjadi Yang Dipertuan Agung dek kerane teringatkan kebiadaban Ust tersebut,make itu lah Khair pule dipilih sbg MB Selangor.

Make itu dpt dilihat tanpe MENDURHAKE umno tak mungkin dpt mengekalkan kuasenye,tiap hari wkt sblm tidur mereke sdh pasti untuk memikirkan bgi mane untuk kekal berkuase dan bgi mane untuk cepat berkuase.

Ape pun sye beranggapan inilah saat-saat umno itu akan pupus di bumi M'sia ini,makin hari semakin MEMBUANG TEBIAT.

Mohd Isa Abd Razak said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tulisan tuan ini, dan yang tulisan tuan yang terdahulu, mencerahkan minda saya. Ungkapan “penderhaka tuduh Nizar derhaka”, insya-Allah, akan saya ingat seperti ungkapan “Umno kata, Pas kata Umno *a***”.

Saya ingin membaca tulisan tuan seterusnya. Saya doakan Allah terus memberikan tuan kesihatan tubuh, kecerdasan minda, kepetahan berbicara dan keberkesanan menulis.

Wassalam.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

itulah Melayu UMNO yang memang mudah lupa. Tindakan mereka itu tidak ubah seperti orang gila yang menuduh doktornya sebagai gila! Mana ada orang gila dalam dunia ini mengaku dia gila. Macam tu lah UMNO. Orang jahat atau penderhaka mana nak mengaku mereka jahat! Tapi kita memang dah tahu siapa sebenarnya yang jahat!!

Murtadza Mokhtar said...

Golongan ini sedangkan Al-Quran lagi mereka langgar, apatah lagi dengan undang-undang. Matlamat mereka menghalalkan cara.

Golongan ini adalah golongan yang tidak tahu malu dan bermuka tebal. Diri sendiri adalah penderhaka tetapi dikatakan org lain yang menderhaka.

Golongan ini mengingatkan saya kepada pesanan Al-Quran di mana bagi mereka yang disesatkan Allah, tidak ada sesiapa yang akan dapat memberi hidayah kepada mereka. Dan bagi mereka yang diberi hidayah oleh Allah, tidak ada sesiapa yang dapat mennyesatkannya.

Panglima Perang Cyber said...

test nak tengok komen lulus ke kena approval..

Panglima Perang Cyber said...

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.


"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Waallahua'lam.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.


"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Waallahua'lam.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :

"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
(SURAH TAHA, 20:44)

Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.

Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)

"Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *

*Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.

Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *

*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
(Al-Baqarah, 2:38)

Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*

*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

"(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*

*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).


Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.

Saudaraku yang ku kasihi,

Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim 1846.

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.

Murtadza Mokhtar said...

Kepada PENA MINANG, cuba tafsir sikit apa itu PEMERINTAH YANG WAJIB DITAATI. Tafsir itu je dulu.

Murtadza Mokhtar said...

Saudara Pena Minang tak jawab kat sini. Dia jawab dalam BLOG saya. Oleh kerana tutorial tsb diberikan oleh beliau di sini, saya rasa wajar saya copy & paste di sini juga. Ini ialah jawapan beliau dan disusuli balasan saya:-

JAWAPAN PENA MINANG:-

Saudara nampaknya masih tak faham-faham apa yang saya tulis ke??? Saya perkatakan mengenai soal ketaatan kita sebagai umat Islam dalam mentaati pemerintah. Saudara bukalah mata dan jangan terlalu taksub dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Mutadiq
-----------------------------------

INI PULA RESPOND SAYA:-

Biasalah tu cikgu kalau apa yg guru ajar murid tak faham. Bukankah sudah menjadi tugas guru untuk mengajar supaya murid-murid faham? Saya yang tak faham ni merasakan cikgu mengajar tak lengkaplah. Kalau mengajar mesti lengkap. Kalau ajar bab solat, kena ajar jugak bab wudhu. Kalau nak baca Quran, mesti tahu tajwid. Tak gitu cikgu? Cikgu cuma sentuh bab taat kepada pemerintah sahaja. Definisi pemerintah yang macam mana yang wajib ditaati tidak pula cikgu terangkan. Tak acilah gitu, cerita separuh-separuh. Macamana ni? Hitler pun pemerintah jugak. Firaun lagi besar dia punya pemerintahan.
Suharto yang melahap harta rakyat Indonesia pun pemerintah jugak. Tak gitu cikgu? So, silalah kalau nak explain tu, explain jugalah berkaitan definisi pemerintah yang macamana wajib diikuti.Salam.

asrif said...

Hebat.... kalau umno penderhaka, PKR pun penderhaka.... kalau umno masuk longkang.. korang pun terjun sama... elok sangat la tu...

Unknown said...

bodoh punya peguam! nama aje peguam tapi moral hancor.
ko lulusan uiam? bangga jadi graduate uiam?
uiam jijik dengan lepasan lulusan mcam ko ni!
kesian kat ko kan?
dahlah bahlol, bengap, nak sokong aje segale yang salah. walaupun ianya salah, tapi xpe,,, umno dah buat,,,,, kite ikot aje...kan3????
umno pernah derhaka, kite pon boleh!!!!
bodoh punya parya!
aku malu ngan org melayu yang kononnya berjawatan peguam macam ko!
melayu hina macam ko ni., memang hina sehina-hinanya!
nanti umno makan taik depan raja, ko pulak cakapla macam ni., "patik mohon makan taik depan tuanku.."
boleh??? boleh aje kan,,,,sebab umno penah buat!!!
bodoh!!!!!!

Anonymous said...

Oi Muiz...Bila pulak si Nizar tu derhaka kat Raja?Ko kalo xtau bahasa Istana, pergi la blajar..Jgn diperbodohkan dengan berita2 yg bias kat UMNO je..Bengong btol

Anonymous said...

Oi Muiz...Bila pulak si Nizar tu derhaka kat Raja?Ko kalo xtau bahasa Istana, pergi la blajar..Jgn diperbodohkan dengan berita2 yg bias kat UMNO je..Bengong btol

Anonymous said...

Eh..ade ke UIA kate malu graduate2 mcm blogger nih?Xpernah dgr pon..kah kah kah

Unknown said...

PAS = Parti Akal Singkat

Unknown said...

Kononnya...........

...undi pas masuk syurga...
... kalau aku ni rakyat vietnam, macam mana aku nak dapat nikmat ni?hahahahahahahahaha sapa la bodoh sgt cipta benda mcm ni,yg x tahannya, ada kerbau dan lembu yang percaya pulak tu....hahahahaha

Maharaja Blog said...

nizar udah derhaka, tok sah lah duk pertahan, kut ade cerita lain yang sensasi kat belakang tu. tak kan lupa cerita tokeh tokeh lombong. nampak tak sekarang ni nizar dah lebih lajak dari laju tu. kut lebih dari elizabeth wong tu.....

Maharaja Blog said...

nizar buat hal pas jadi Parti Anti Sultan ....

akhu_hurairah said...

sy rujuk artikel peguam PAS
"Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )"

sy mohon peguam pas utk beri sy rujukan berkaitan apa yg peguam pas nyatakan di atas.
atau mana2 blogger yg tau juga sy mohon utk maklum pd sy rujukan..
syukran