Wednesday, September 29, 2004

Khairy- Serigala dan Anggur Masam

Ketua Pemuda Umno 0rang cuba bersifat agressif dengan mencabar Menteri Besar Kelantan supaya menarik balik tuduhan UMNO terlibat dengan politik wang tiba-tiba menyalahkan proses Mahkamah yang memakan masa panjang untuk menyelesaikan kes yang menyebabkan UMNO tidak berhasrat meneruskan tindakan undang-undang ke atas Tuan Guru Nik Aziz.

Apabila melihat gelagat Khairy ini teringat saya tentang cerita zaman kanak-kanak dahulu tentang serigala dan anggur masam. Sang serigala yang sangat kepingin memakan buah anggur telah terkial -kial melompat untuk mendapatkan buah anggur yang terlekat di atas pokok anggur tersebut. Meskipun beberapa kali serigala malang itu cuba mendapatkan buah anggur tersebut tetapi usahanya gagal kerana lompatannya tidak cukup tinggi untuk mencapai anggur tersebut. Akhirnya serigala malang tersebut dengan perasaan hampa berlalu pergi daripada pohon anggur tersebut sambil mengeluh saya bukan nak sangat makan anggur tersebut sebab anggur itu masam rasanya.

Demikianlah nasib Khairy setelah beliau mungkin menyedari usaha pertamanya untuk menjadi jagoan kampong dengan menggertak Tuan Guru Nik Aziz tidak kesampaian disebabkan undang-undang memihak kepada pemimpin Pas tersebut , beliau kini menyalahkan pihak mahkamah pula. Alasan beliau kini ialah proses mahkamah memakan masa panjang. Good try Khairy but bad luck Khairy !!!

Di dalam kenyataannya ketika menggertak Tuan Guru , Khairy menyatakan bahawa tuduhan Tuan Guru tersebut adalah satu fitnah yang tidak berasas dan boleh menjejaskan atau menghilangkan krebidiliti UMNO. Betulkah Khairy ? Bagaimanakah UMNO boleh kehilangan atau terjejas kredibiliti jika UMNO sendiri tidak memiliki kredibiliti. Perpatah arab menyatakan Pakidu al-syai la yukti “orang yang tiada sesuatu tidak boleh memberi ( atau hilang ).

UMNO mesti mempunyai kredebiliti terlebih dahulu sebelum ia boleh mendakwa kehilangan kredibiliti.Sesuatu yang amat malang jika kita menggertak seseorang tetapi orang yang digertak tersebut tidak menunjukkan sebarang rasa ketakutan. Khairy menggertak untuk membuat laporan polis dan membawa kes ke Mahkamah ke atas Tuan Guru tetapi Tuan Guru dan PAS bukan sahaja tidak takut malahan menyokong supaya Khairy meneruskan tindakan Mahkamah ke atas Tuan Guru.

Berani kerana benar . Itulah sikap Tuan Guru dan PAS. PAS tidak takut dengan gertakan UMNO kerana ia terlalu arif bahawa undang-undang memihak kepadanya. PAS tidak memfitnah UMNO bukan kerana ada undang-undang yang melarang PAS berbuat demikian sebaliknya kerana ada Allah yang mengancam dengan azab yang berat jika PAS memfitnah. Secara kebetulan undang-undang negara ini khususnya Akta Fitnah juga melindungi PAS dalam hal ini.

Berdasarkan undang-undang fitnah sesuatu kata-kata yang dikatakan fitnah tidak akan dikira fitnah sekiranya penutur kata-kata tersebut dapat menjustifikasikan apa yang beliau katakan tersebut. Justifikasi adalah salah satu pembelaan ( defence ) di dalam kes fitnah.Bagaimanakah PAS tidak seronok jika Khairy atau UMNO ingin menyaman PAS atau Tuan Guru di atas dakwaan bahawa PAS memfitnah UMNO menggunakan wang dalam pilihanraya sedangkan dalam Mahkamah tersebutlah PAS dapat membawa berlori-lori bukti salahlaku UMNO dalam pilihanraya termasuk penggunaan wang .

Kes DUN Pasir Raja di Johor sudah lebih daripada mencukupi untuk membuktikan bahawa PAS tidak memfitnah UMNO.Rasuah adalah sinonim dengan UMNO. Jika perpatah melayu menyatakan bahawa di mana ada semut di situ ada gula saya ingin mencadangkan perpatah tersebut ditukar kepada di mana ada rasuah di situ ada UMNO.

Kolumnis akhbar The Edge Gunesegaram dalam salah satu tulisannya di akhbar itu menyatakan bahawa sekiranya kita menaip perkataan money politics ( politik wang ) dalam mana-mana search engine seperti yahoo , altavista dan sebagainya maka akan hasil yang kita terima adalah UMNO- menunjukkan betapa intimnya UMNO dan rasuah. Bukankah Prof Ungku Aziz menyatakan politik wang adalah rasuah dan kenyataan Ungku Aziz itu disokong oleh Prof Hussein AlAttas di dalam satu tulisannya di akhbar the Edge.

1 comment:

ujana digital sizazila said...

http://www.freewebs.com/ezaiza/