Tuesday, April 06, 2010

RAKYAT MAHU KERAJAAN BARU BUKAN MODEL EKONOMI BARU

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Pada 30 Mac yang lalu Najib Tun Razak mengumumkankan kepada rakyat kononnya satu reformasi ekonomi Malaysia melalui pengenalan bahagian pertama Model Ekonomi Baru ( MEB). Bahagian kedua MEB akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

MEB mengandungi 8 inisiatif perubahan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN.Di dalam laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan ( MPEK ) didedahkan satu penilaian yang agak terbuka tentang apa yang tidak kena dengan ekonomi Malaysia sebelum ini . MPEK juga mendedahkan halangan-halangan yang mengakibatkan pencapaian ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.

Kadar pertumbuhan tersebut mula menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada purata 4.5 hingga 5 peratus sahaja.

MEB sepertimana slogan 1 Malaysia adalah slogan-slogan baru yang dicanangkan kepada rakyat negara ini. Menjadi satu trend dalam negara ini setiap kali berlaku pertukaran Perdana Menteri maka bertukar juga slogan-slogan manis yang dicanangkan kepada rakyat. Satu Malaysia ganti Islam Hadhari. MEB ganti DEB.

Bagaimanapun satu perkara yang tidak bertukar adalah sama ada konsep Islam hadhari atau 1 Malaysia atau DEB atau MEB idea-idea ini masih datang dari partai politik yang sama yang menerajui negara ini selama ini- UMNO atau Barisan Nasional ( BN ). Sejarah membuktikan idea-idea seperti DEB meskipun manis dari segi konsep dan niatnya namun bercelaru apabila tiba waktu pelaksanaannya.

DEB yang bertunjangkan idea yang baik iaitu untuk menyusun semula masyarakat dan menbanteras kemiskinan diakui oleh Najib sendiri dalam ucapannya dengan kata-kata berikut “ untuk sekian lama, perlaksanaan dasar affirmative ( DEB ) tidak sampai kepada pihak-pihak yang perlu kepada dasar tersebut”. Secara mudahnya DEB gagal.

Para penganalisa ekonomi meskipun mengambil sikap terbuka menerima konsep MEB ini namun masih ragu-ragu sama ada perlaksanaannya akan benar-benar dapat dilakukan dengan jayanya. Melihat kepada beberapa tulisan di dalam “the edge” seperti tulisan oleh Azam Aris ( “the missing political will” ) dan Anna Taing ( “So much to do and so little time to do it “) adalah jelas mereka percaya dasar ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya selagi mana budaya “rent seeking and patronage” masih terus berleluasa.

Azam menulis “ budaya rent seeking dan sistem patronage adalah faktor besar yang menyumbang kepada ketirisan dan kebocoran dalam ekonomi- sebahagian menyatakan beratus-beratus billion ringgit- yang membawa kepada persekitaran ekonomi yang tidak cekap dan berdaya saing. Budaya ini berkait rapat dengan amalan rasuah”

Secara mudahnya budaya “rent seeking “ berlaku apabila mana-mana individu atau syarikat atau organisasi menggunakan segala sumber yang mereka ada untuk mendapat faedah-faedah ekonomi daripada Kerajaan tanpa mengembalikan semula faedah-faedah yang mereka terima itu kepada masyarakat. Contoh rent seeking adalah apabila syarikat melobi pihak Kerajaan bagi mendapatkan pinjaman, geran atau perlindungan tariff di mana aktiviti-aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat bawahan kerana ianya hanya adalah satu pengagihan semula sumber –sumber dari pembayar cukai kepada golongan-golongan yang mempunyai kepentingan tertentu.

Apa yang didedahkan oleh Azam bukan satu omongan kosong. Sejarah Umno mengurus ekonomi negara membuktikan apa yang dikatakan oleh Azam adalah satu realiti. Sebagai satu contoh kita lihat pendedahan yang dilakukan oleh Barry Wain tentang budaya rent seeking dan patronage” di dalam bukunya “Malaysia Maverick Mahathir Mohamed in turbulent times” . Di m/s 186 buku tersebut Barry Wain menulis bagaimana Mantan Presiden Umno itu menberikan kontrak projek empangan Bakun di Sarawak bernilai RM 15 bilion tersebut kepada Ting Pek Khiing yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan presiden Umno itu.

Barry Wain menulis “Dr Mahathir memberi keizinan kepada Ekran Bhd ( syarikat milik Ting Pek Khiing ) pada awal tahun 1994 selepas Ting dan Ketua Menteri Sarawak yang amat berpengaruh iaitu Abdul Taib Mahmud secara bersendirian membincangkan projek tersebut hanya dalam beberapa minggu sahaja. Tiada persaingan /tender yang terbuka dibuat , Ekran yang tidak mempunyai apa-apa kepakaran atau pengalaman dalam projek pembinaan empangan tidak mengemukakan apa-apa cadangan kepada Kerajaan Negeri sebelum mendapatkan kontrak tersebut. Ting hanya mengemukakan kajian kesan kepada alam sekitar ( environmental impact study ) hanya setelah 6 bulan beliau mendapatkan kontrak tersebut.”

Barry Wain juga menulis rakan kongsi kepada Ekran iaitu “Swiss Swedish engineering powerhouse Asea Brown Boveri Ltd. iaitu syarikat yang dipilih oleh Kerajaan Malaysia bagi mengetuai Konsortium pembinaan empangan bakun itu telah bertelingkah dengan Ekran apabila Asea Brown Boveri Ltd. membantah pemberian kontrak berjumlah RM 9 bilion kepada empat syarikat yang Ekran mempunyai kepentingan tanpa tender terbuka. Bantahan itu mengakibatkan syarikat asing itu dikeluarkan sebagai rakan kongsi Ekran.

Pendedahan Bary Wain itu satu contoh daripada beberapa contoh yang menunjukkan budaya rent seeking dan patronage boleh merosakkan sebarang dasar atau teori ekonomi meskipun dihiasi dengan kata-kata yang indah. Apa jaminan selagi Umno memerintah budaya tidak sihat sepertimana dalam kes Bakun itu tidak akan berlaku dan merosakkan kata-kata indah yang mendasari MEB yang dicanangkan oleh Najib.

Sepertimana yang dikatakan meskipun MEB adalah idea baru namun ianya datang dari pemimpin Umno- parti yang sama memperkenalkan DEB dan dalam masa yang sama menggagalkan DEB kerana perlaksanaannya yang penuh dengan ketirisan, kronisme , nepotisme dan juga rasuah di mana-mana.

Apa yang lebih malang di zaman Umno memerintah krisis keyakinan melanda institusi –institusi penting negara ini . Keyakinan para pelabur terhadap integriti institusi kehakiman sebagai contoh sehingga kini masih belum pulih sekaligus ia merencat iklim pelaburan. Bukan menjadi rahsia lagi para pelabur asing lebih rela dan yakin kes –kes mereka dibicarakan oleh timbangtara yang dikendalikan di luar negara daripada dibicarakan oleh Mahkamah di negara ini. Atas dasar itu semasa menandatangani mana-mana kontrak di negara ini para pelabur ini akan mengarahkan para peguam mereka meletakkan klausa di dalam perjanjian bahawa sebarang pertikaian yang berlaku hendaklah diputuskan oleh timbangtara dan bukannya oleh Mahkamah di Malaysia. Lihatlah betapa hinanya institusi kehakiman setelah dirosakkan oleh Umno.

Atas dasar itu rakyat mempunyai alasan yang kukuh untuk meragui konsep MEB meskipun dasar itu dihiasai dengan pelbagai kata-kata yang enak dan manis didengar. Najib mengatakan bahawa MEB masih mengekalkan dasar affirmative tetapi ianya kini berdasarkan empat prinsip – prinsip mesra pasaran ( market friendly ), prinsip berdasarkan merit ( merit based ), prinsip berdasarkan keperluan ( need based ) dan prinsip ketelusan ( transperancy ). Ya memang sedap didengar tetapi dengan trek rekod yang buruk BN mengurus ekonomi negara ini adakah kata-kata yang indah itu yang diperlukan oleh rakyat pada ketika ini ?

9 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Hanipa Maidin,

Benarkah rakyat mahu kerajaan baru?

atau rakyat hendak MEB?

Banyak sangat soal PR (tak berdaftar)ini yang sekarang banyak masalah dalaman.

Baru memerintah di 4 negeri yang terumbang-ambing sudah nak kata rakyat mahu kerajaan baru.

Kalau nak kata rakyat hendak kerajaan baru di 4 negeri tersebut memang sangat wajar.

Tapi kalau nak kata rakyat hendak kerajaan baru di peringkat pusat rasanya jauh panggang dari api.

Sekian.

dulukini said...

kalau ko penyokong rasuah mmg ko akan sokong BN mamat oiiii

jangan jadi pekak badak dengan rasuah oleh parti BN ko tu.

Unknown said...

PKR (Puntung Kaki Rokok) tu bukan maksudny kau takut dengan PKR yang bermaksud Penghapus Kaki Rasuah (PKR) yg ada dlm Umgok

Alexia Aqram said...

lu orang ni nak politik sampai bila?

amieiezam said...

kalau rakyat nak tukar..dah tukar dah...tapi tak tukar pun...hehehhe parak yang bertukar...

errr sudah tukar ker?

Mozas said...

Uniknya cara Zaid bersukan kuda, jauh berbeza dari Tuanku Mizan dan Tun M! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html

Mozas said...

Menggelupur Mahfuz pertahan Pas For All. Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/menggelupur-mahfuz-pertahan-pas-for-all.html

Legend said...

Name: MOHAMED HANIPA MAIDIN
Location: Selangor, Islam, Malaysia

Berkelulusan Ijazah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa LL.B ( Hons ) UIA pada tahun 1992 dan Ijazah Undang-Undang Shariah LL.B ( Sha) ( Hons ).

DEB x berjaya?. saya ada satu soalan untuk saudara.
jika Tun ABD RAZAk tidak melaksanakan dasar D.E.B pada masa dahulu mampukah saudara mencapai kelulusan seperti diatas dan mampukah orang melayu iaitu kaum bangsa saudara sendiri mampu mencapai kejayaan tanpa dibayangi golongan minoriti di malaysia.

Bukan umno atau pas yang menjdi persoalan disini cuma kepintaran pemimpin terdahulu yang mempertahankan sosio-ekonomi orang melayu yang mampu berdaya saing sehingga kehari ini.

Ekonomi terbuka dan sama rata tanpa berat sebelah kepada mana-mana kaum dan sesiapa sahaja yang boleh memerintah negara! itukah yang diharapkan saudara. pernakah saudara terpikir mengenai sinagpura dimana sebuah negara yang 3x lebih membangun daripada Malaysia dimana pusat ekonominya dikuasai oleh golongan bukan melyu.

Jika itu yang saudara mahukan tolaklah dasar D.E.B dan M.E.B dan nescaya Malaysiaa akan lebih maju daripada singapura tetapi ingat melayu hari esok (tanpa D.E.B) akan lebih binasa ekonominya daripada melayu hari ini.

P/S : sifat belas kasihan dan lemah lembut yang dimiliki orang melayu tidak dimiliki oleh bangsa lain ini kerana melyu itu satu bangsa yang aman,bertolak ansur dan lemah lembut.

renung-renungkanlah......

Talhah said...

Jangan sewenang-wenang guna perkataan "Rakyat". Malu la sikit bila pulak aku sebagai rakyat mewakilkan engkau untuk menyatakan apa yang aku mau. Aku pun rakyat juga dan aku tak mau kerajaan yang baru. Aku cuma mahu kerajaan Persekutuan yang ada diperbaiki lagi.

Memang aku sengaja guna "beraku-engkau" dengan engkau supaya engkau paham bahawa bukan semua orang setuju dengan apa engkau tulis. Barry Wain di quotenya.zzzzz

Satu lagi aaa jangan la ambik mentaliti bahawa kronisme +nepotisme itu benda yang buruk selalu. Jangan la terperangkap dalam dialektik dan rhetorik.

Cuba engkau pikir la Tuan Loyor apakah kebaikan-kebaikan atau advantage yang kita dapat kalau kita lakukan kronisme dan nepotisme yang berhemah. Dengar macam kelakar pulak. Mana boleh nepotisme dan kronisme digambarkan dalam sudut positif.??? kalau engkau macamni la pemikirannya maknanya jelas hang terperangkap dalam retorik dan dialektik. Atau pun kalau tidak terperangkap pun engkau cuba memerangkap orang lain.

Mungkin boleh suruh Barry Wain tulih pasal Saidina Uthman hatta pasal Saidina Abu Bakar sekali pun dalam kontek kronisme dan nepotisme positif etc. Lepas tu quotela dia di sini. Pikir dalam dalam ye... lagipun Tuan Loyor ada 2 ilmu perundangan. Mesti bacaan luas.