Thursday, December 21, 2006

KES MUHAMAD RAYAPPAN MENIMBULKAN BANYAK TANDATANYA

oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Dec 21, 06 | 03:41:07 AM

Kes perebutan mayat melibatkan orang Islam sekali lagi menjadi isu panas dalam negara ini. Kes terbaru melibatkan perebutan mayat A.Rayappan di antara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan keluarga simati.

Setelah meneliti kes ini berdasarkan laporan yang disiarkan di akhbar, terdapat banyak perkara-perkara yang menjadi tanda tanya.
Berdasarkan laporan akhbar di dalam kes ini kita boleh menyimpulkan fakta-fakta berikut sebagai fakta-fakta yang tidak dipertikaikan:

Pada 20 Januari 1990, Anthony Rayappan meninggalkan isterinya M. Lourdes Mary dan berkahwin dengan seorang wanita Indian Muslim dan menukar namnya kepada Muhamad Rayappan Abdullah di dalam kad pengenalannya.

Pada tahun 1999 dilaporkan bahawa Muhamad Rayappan kembali kepada isterinya.

Dalam bulan Mei 1999 simati telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi menukar butir-butir kad pengenalannya dengan mengemukakan akuan bersumpah dan deed poll bagi menukar namanya kepada Anthony Rayyappan dan juga agamanya kepada Kristian.

Pada tahun 2000 Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan kad pengenalannya dengan memuatkan dalam kad pengenalan simati pertukaran yang beliau pohon iaitu nama dan status agamanya.

Pada 29 November 2006 Muhammad Rayappan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan pihak Jabatan Agama Islam cuba menuntut mayatnya untuk tujuan pengebumian mengikut hukum Islam. Keluarga simati membantah.

Pada 1 Disember 2006 Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Mais boleh menuntut mayat simati.

Pada 4 Disember 2006 Mahkamah Syariah menggantung perintah yang dibuat pada 1 Disember 2006 dan ketiga-tiga anak simati yang disapina untuk menghadiri Mahkamah Syariah tidak mengendahkan sapina tersebut.

Lourdes telah menyaman Hospital Kuala Lumpur dan Kerajaan bagi mendapatkan mayat simati dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Disember 2006 sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Pada 5 Disember 2006 keluarga simati membuat laporan polis ke atas JAIS kerana tuduhan harassment.
Kabinet dan PM meminta pihak Peguam Negara campurtangan dalam isu ini.

Pada 6 Disember 2006 jam 4.50 petang, Mais menarik balik tuntutan ke atas mayat simati. Sejam sebelum itu Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan antara lain bahawa waris simati hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan status agama simati dan simati adalah seorang Islam di masa kematiannya melainkan ada keterangan sebaliknya.

Beberapa persoalan timbul daripada kes ini:

A. Persolaan bagaimanakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak meletakkan status agama Islam dalam kad pengenalan simati.

Di dalam laporan akhbar bahasa Inggeris seperti the Star dan the Sun dinyatakan bahawa tertulis perkataan Kristian di dalam kad pengenalan simati. Ini ternyata laporan palsu kerana sebenarnya tidak tertulis status agama simati di dalam kad pengenalannya.

Kerajaan wajib bertindak terhadap laporan palsu ini kerana di atas laporan palsu inilah ada ahli parlimen UMNO yang membuat komen memandangkan dalam Kad Pengenalan simati tertulis agama Kristian, maka amat wajar mayat tersebut diberikan kepada keluarga simati.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapakah JPN gagal meletakkan status agama Islam dalam kad pengenalan simati dalam keadaan tiada perintah Mahkamah Syariah yang memutuskan simati adalah murtad.

Berdasarkan kes Lina Joy yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah jelas bahawa pihak JPN tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan menukar status agama Islam di dalam kad pengenalan orang Islam jika permohonan tersebut tidak disertakan dengan perintah daripada Mahkamah Syariah yang secara jelas memerintahkan pemohon itu telah bertukar agama.

Apa yang berlaku di dalam kes Azlina Jailani @ Lina Joy adalah beliau telah membuat permohonan untuk membuang nama Islam di dalam kad pengenalan beliau dan menggantikan dengan agama Kristian dan sebagai sokongan permohonan beliau itu, Azlina telah mengemukakan sijil baptsime yang dikeluarkan oleh pihak Gereja.

Berikut apa yang dinyatakan oleh pihak JPN semasa menerima permohonan Lina Joy tersebut sepertimana yang dilaporkan di dalam keputusan di Mahkamah Rayuan:

" By a letter dated 11 August 1997, the Director General, treating the appellant's report as an application for a change of name, informed the appellant that her application was refused. No reasons were stated in the letter. In the appeal the Director General explained by affidavit that the application was refused because the NRD had no jurisdiction to approve an application for a change of name by reason of change of religion without documentary proof of the change of religion, which in the case of the appellant would, he said, be a certificate or order from the Syariah Court or any appropriate Islamic religious authority confirming that she had renounced Islam, of which there was none."

Dan ini pula keputusan majoriti Mahkamah Rayuan berhubung isu tersebut:

" Renunciation of Islam is generally regarded by the Muslim community as a very grave matter. This is reflected in the very things reported in the newspapers that constituted one of the reasons that the appellant said it was necessary that her right to renounce Islam, and her position as no longer a Muslim, be recognized. The Muslim community regards it as a grave matter not only for the person concerned, in terms of the afterlife, but also for Muslims generally, as they regard it to be their responsibility to save another Muslim from the damnation of apostasy.
The incidence of apostasy is therefore a highly sensitive matter among Muslims. Apart from the spiritual aspect, Muslims in this country, where Islam is the official religion, are subject to special laws that no other community is subject to. In particular there are statutory offences that are committable by Muslims as Muslims that are not committable by others.

Against that background must be mentioned the fact that whether a person has renounced Islam is a question of Islamic law that is not within the jurisdiction of the NRD and that the NRD is not equipped or qualified to decide. What the Islamic law on the matter is has not been ventilated in this appeal. One might be tempted to think that the fact that a person affirms in a statutory declaration that he is no longer a Muslim or the fact that he has been participating in a Christian form of worship, or the fact that he has been baptized is sufficient, according to Islamic law, to warrant others to treat him as having-apostatized and as being no longer a Muslim.

But is that so in Islamic law? The NRD would be right in taking the stand that it is not for it to decide. It may be that according to Islamic law no Muslim may be treated as having apostatized, no matter what he may have done or failed to do, unless and until he has been declared an apostate by some proper authority. If the NRD were to accept that a person has apostatized merely on his declaration, and on that basis officially stamp him a non-Muslim by deleting the word "Islam" from his identity card, it runs the risk of mistakenly stamping a person a non-Muslim who according to Islamic law has not apostatized.

It will also be making it easy for persons who are born and bred as Muslims but who are indifferent to the religion to get classified as non-Muslims simply to avoid being punished for committing the offences that I have mentioned. It will consequently be inviting the censure of the Muslim community.

Jadi adalah jelas bahawa JPN tidak akan membenarkan permohonan menukar status agama Islam dalam kad pengenalan seseorang tanpa perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan orang itu murtad.

Berdasarkan laporan akhbar tidak langsung dinyatakan bahawa terdapat perintah Mahkmah Syariah yang memutuskan simati telah murtad dan atas dasar itulah Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan bahawa ketika kematiannya simati adalah seorang Islam.

Dalam keadaan begini mengapakah JPN tidak meletakkan status Islam di dalam kad pengenalan simati. Bagi saya JPN tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat tentang perkara ini.

B. Persoalan mengapakah Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) menarik balik tuntutan mayat simati

Sepertimana yang dilaporkan bahawa pada 1 Disember 2006, Mahkamah Syariah telah membenarkan permohonan Mais untut menuntut mayat simati dan mayat tersebut diperintahkan untuk dikebumikan mengikut hukum Islam.

Malangnya pada 6 Disember 2006 jam 4.50 petang Mais telah membuat permohonan menarik balik tuntutan mayat tersebut. Dan yang lebih menghairankan keputusan Mais tersebut dibuat setelah Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa simati masih seorang Islam semasa kematiannya.

Keputusan Mais ini bukan sahaja tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Syariah tetapi juga menghampakan dan menghiris perasaan orang Islam dalam keadaan Mais diharap melindungi kepentingan Islam dalam isu ini.

Kita percaya orang Islam boleh menerima dan lebih berpuashati keputusan Mahkamah Syariah misalnya yang menyatakan simati adalah bukan Islam semasa kematiannya daripada tindakan unilateral Mais yang dirasakan tidak bertanggungjawab menarik balik keputusan tuntutan mayat tersebut.

Apa yang berlaku sekarang ini amat celaru. Dari satu segi terdapat keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang menyatakan simati adalah orang Islam (dan keputusan tersebut tidak dibatalkan) manakala dari satu segi yang lain simati yang masih Islam dibenarkan dikebumikan mengikut agama Kristian!

Apa yang lebih mencurigakan adalah MAIS berubah sikapnya serta merta apabila Kabinet dan Perdana Menteri membuat kenyataan sehari sebelum penarikan balik tuntutan mayat oleh MAIS yang mana PM meminta pihak Peguam Negara campurtangan. Ini sekaligus menimbulkan prasangka yang munasabah bahawa MAIS " was acting under dictation".

C. Persoalan kenapakah kabinet Abdullah Badawi mahukan Peguam Negara campurtangan dalam isu ini.

Berikut adalah kenyataan PM dan anggota kabinet sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar the Sun:

" The Cabinet today discussed the Anthony Rayappan body tussle case and directed the Attorney-General to determine his religion. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, in confirming that the matter was discussed, said "if the AG's Chamber finds that he is not a Muslim, his body should be returned to his family".

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Bernard Giluk Dompok told the Sun in a telephone interview: "The Cabinet is very sympathetic towards the family. The sentiment of the Cabinet was that he should be allowed to be a Christian." He said he brought up the matter for discussion, explaining to his colleagues that Rayappan had gone back to his original faith as a Catholic, after his conversion to Islam in 1990 (to marry a Muslim woman). He said it was a clear-cut case as "everyone knows he (Rayappan) went back to Christianity".

Berdasarkan kenyataan tersebut di atas adalah jelas Abdullah dan anggota Kabinetnya tidak memahami ataupun keliru berhubung perkara asas undang-undang apatah lagi Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan PM bahawa pihak Peguam Negara ( AG ) hendaklah menentukan agama simati adalah kenyataan yang begitu dangkal dan juga boleh dikatakan satu kenyataan yang amat lucu.

Sejak bila AG diberi peranan di sisi undang-undang untuk menentukan status agama simati. Telah menjadi satu prinsip undang-undang yang tuntas bahawa kuasa menentukan agama orang Islam, jika berlaku pertikaian, adalah di tangan Mahkamah Syariah sahaja. AG bukan sahaja tidak mempunyai kuasa tersebut malahan tidak dibenarkan menurut Perlembagaan untuk campurtangan urusan Mahkamah Syariah.

Arahan Kabinet dan kenyataan PM bukan sahaja tidak bertanggungjawab malahan mencelarukan kes tersebut dan dari pandangan yang lain ianya dilihat sebagai satu campurtangan eksekutif dalam badan kehakiman dan ini amat bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers).

Jika pun AG perlu berperanan dalam kes ini ianya boleh dilakukan semasa pihak AG mewakili pihak kerajaan di mahkamah sivil di dalam pendengaran permohonan pihak keluarga simati. Dalam hal ini pendirian AG seharusnya konsisten sepertimana yang ditunjukkan di dalam kes Mohamad Moorthy yang mana pihak AG berhujah bahawa berdasarkan Perkara 121 (1A) mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam menentukan status agama orang Islam.

No comments: